Monday, November 15, 2010

Jadilah Mukmin Profesional

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Masing-masing Ada Peranan

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."[QS Al-Baqarah, 2:208]

Tidak kita siapa kita, apa profesion kita, berapa usia kita, dimana posisi kita, kita semua adalah umat islam yang perlu praktikkan Islam dalam segenap kondisi, umat yang ingin meningkatkan keimanan setiap detik, bahkan juga ingin meningkatkan keimanan saudara sekeliling.

Tugas ini bukan hanya diletakkan di bahu ustaz dan ustazah, tapi juga kita yang berada di posisi yang berlainan dalam sesebuah masyarakat. Ada pelajar, pensyarah, doktor, jurutera, guru, pengembala kambing, penceramah motivasi, pengkaji cuaca, agen pelancongan, dan sebagainya  yang semuanya boleh memainkan peranan masing-masing dan melaksanakan amanah masing-masing, kerana apa, agar kita terlepas pertanggungjawapan dihadapan Allah kelak.

"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa."[QS Al-A'raf, 7:164]



"Sesunggunya Allah telah mmbuat prjanjian dgn mereka yg berilmu supaya mereka menympaikan ilmu mereka kepada seluruh manusia (Hasan al-Basri)


Siapa Kata Guru Tidak Boleh?

Contoh bagi seorang guru yang mengajar di sekolah, alangkah indah jika dia mengajar dengan mengaitkan ayat-ayat al-Quran, perkataan seiring dengan dalil al-Quran. Sebagai contoh guru Biologi.

"Baiklah murid-murid, salah satu kaedah pollination berlaku adalah peranan angin yang membawanya kepada tumbuhan yang lain, ini sesuai dalam al-Quran jika kita lihat dalam surah 15 ayat ke 22 ya murid-murid"

"Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya." [QS 15:22]

Atau Guru Fizik.

"Pembiasan yang kita belajar yang salah satu aplikasi dalam alam adalah pelangi. Cuba kita lihat dalam surah 35 ayat 27"

"Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat."[QS Al-Fatir, 35:27]

"wah cikgu, ada pula pasal pembiasan cahaya dalam al-Quran"

Guru Geografi juga boleh.

"kita sudah belajar purata tahunan yang berbeza-beza di pelbagai kawasan, kawasan hujan juga berubah-ubah, bergilir-gilir hujan turun di beberapa kawasan. Murid sekalian, Allah sendiri menyatakan dalam surah 25 ayat ke 50"

"Dan sesungguhnya Kami telah mempergilirkan hujan itu diantara manusia supaya mereka mengambil pelajaran (dari padanya); maka kebanyakan manusia itu tidak mau kecuali mengingkari (nikmat)."[QS Al-Furqaan, 25:50]

"kita masuk pula bagaimana dengan kitaran hujan berlaku, sebelum kita buka buku text, cuba bacakan dulu surah 24 ayat 43"

"Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan." [QS An-Nur, 24:43]

"dalam ayat ini mengenai salji pun ada la cikgu"

Guru Kimia jangan ketinggalan.

"semua ingat tidak konsep Plating atau penyaduran elemen lain dalam kelas lepas?"

"ingat cikgu, kami lebih ingat ayat dia, dalam surah 18 ayat 96 kan cikgu?"

"mari kita baca sama-sama"

"berilah aku potongan-potongan besi." Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain: "Tiuplah (api itu)." Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu."[QS Al-Kahfi, 18:96]

"alhamdulillah, bagus semua sini contoh Iron atua Ferum yang disadur dengan tembaga."

Banyak lagi ayat-ayat al-Quran untuk guru-guru bagi memartabatkan sumber rujukan utama kita semua. Bahkan sarana da'wah untuk generasi muda dekat dengan islam serta mengagumkan golongan bukan Islam.

Medik Pula Bagaimana

"nak, pakcik ada masalah la, tak tau sakit apa ni, bila letak barang, kekadang pakcik lupa la, nama-nama cucu pakcik pun kadang dah lupa,"Seorang pakcik tua datang berjumpa doktor.

"owh, pakcik, jangan risau, biasalah tu, pakcik dah makin berusia, sini saya bacakan satu ayat quran mengenai penyakit pakcik ni ya"

"Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun (lali), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya.." [QS Al-Hajj, 22:5]

"eh pakcik, kenapa pakcik menangis"

"tak da la nak, terima kasih ingatkan pakcik mengenai kehidupan ni..usia pakcik dah tak lama ni..amal pakcik masih kurang nak.."

"usia bukan kita yang tentukan pakcik, boleh jadi saya lebih awal meninggal dari pakcik..kita sama-sama beramal ya pakcik"

"ok nak..terima kasih ya nak..untung ada doktor macam anak ni..tidak ramai dah orang yang bekerja ada masa untuk agama..ada juga meletakkan agama hanya di surau atau masjid..teruskan ya nak..pakcik balik dulu"

Banyak kes doktor-doktor atau bakal doktor-doktor sekalian, yang anda boleh manfaatkan posisi anda menyampaikan kalimah suci Allah SWT.

"Dok, anak saya ni ada athma rasanya, dia cepat sangat penat.."

"pernafasan dia macam mana ya kak? ada susah nak bernafas?"

"doktor, zara kekadang pernah juga tersekat-sekat pernafasan"

"baiklah zara, doktor nak check sekejap ya, kak, ini Peak Flow Meter, untuk mengukur angin yang keluar dari paru-paru, sebelum tu, saya cadangkan akak boleh usahakan beri zara makan madu, ianya amat berkhasiat"

"owh..nanti akak belikan untuk zara makan"

"lagi satu kak, Allah sendiri ada menyentuh mengenai madu ni..ni quran terjemahan saya, kejap saya bukakan ayat dia..dalam surah 16 ayat 69.."

"kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."[QS An-Nahl, 16:69]

"subhanallah, dalam quran ada pasal madu ya dok..madu memang ubat la ya..akak tak sangka dok..maklumlah, akak ni pun lama dah tak baca quran..nak baca terjemahan lagi la dok.."

"pelan-pelan kak, ada masa akak baca la Quran..yang penting ada baca sehelai ka setiap hari..insyaAllah.."

Semua Profesion Boleh

Banyak lagi profesion yang boleh dikaitkan..tadabbur la al-Quran..hayati maksudnya..ambil pelajarannya..jadilah ulul albab..jadilah orang-orang yang berfikir..

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal"[QS Al-Imran, 3:190]

Pengembala/Penternak : "Makanlah dan gembalakanlah binatang-binatangmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu, terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang berakal."[QS Thaahaa 20:54]

Tentera : "Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)." [QS al-Anbiya 21:80]

Pelancongan (Tujuan Melancong) : "Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka?" [QS Ar-Rum, 30:9]

Pengkaji Serangga : "Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba kalau mereka mengetahui." [QS Al-Ankabut, 29:41]



"Mutiara tarbiyyah Rasulullah ini perlu kita ungkap kembali (Abu Muhammad)


Terlalu banyak peluang-peluang kita tidak kita dimana kita berada. Kita harus bekerjasama dalam menyingkap kembali mutiara Islam dalam hati semua umat Islam. Kita bersama akan membina sebuah mahligai Islam, sebuah tamadun Islam, sebuah kegemilangan Islam, kerana Islam-lah agama yang sebenar. Sampaikan keagungan ayat al-Quran.

"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat" [HR Bukhori]

Jika anda seorang ustaz/usatazah, jadilah ustaz/ustazah yang beriman.
Jika anda seorang guru/pensyarah, jadilah guru/pensyarah yang beriman,
Jika anda seorang peniaga, jadilah peniaga yang beriman.
Jika anda seorang doktor, jadilah doktor yang beriman.
Jika anda seorang polis, jadilah polis yang beriman.
Jika anda seorang pencuri, jadilah pencuri yang beriman, eh..maksudnya pencuri beriman tu, orang beriman tidak akan mencuri..=)


"Kita perlu jadi batu-bata yang menguatkan binaan, bukan batu-bata yang menghancurkan"
 (Abu Muhammad)


Bangkitlah umat Islam. Cukup la penindasan terhadap kita. Bangkitlah kita dari terus dijajah musuh Islam kerana kita hanya boleh dijajah oleh Allah, bukan lainnya. Teruskanlah usaha kita bersama. Laksanakan posisi yang telah diamanahkan. Semua itu ada hikmah mengapa kita di situ. Jadilah Muslim Realiti dan bukan sekadar Illusi.


"Jika kita terus menjadi mukmin ilusi, sampai bilapun kita tidak akan dapat mengalahkan orang kafir yang realiti." (Abu Muhammad)


Mari kita lahirkan generasi Mukmin Profesional.

4 comments:

Anonymous said...

Takleh lari lagik daripada slang Sabah dia tuh...Pakci...Paci...aisey man...pakcik lah....

Daripada yg hero lagi bergaya,
(AAM)

Fakhrullah Bin Mawardi said...

fuh..hero yang beriman..AAM..

i'm sabahan..b natural..huhu..

Anonymous said...

subhanallah..sedih membacanya..terasa sungguh kurang memanfaatkan profesion yg Allah pinjamkan nih...tp alhamdulillah lepas bc artikel nih..makin bertambah keimanan dan mood utk aplikasi dawah dlm teaching and learning..May Allah give me strength..amin..

Akhwatlecturer kk

Fakhrullah Bin Mawardi said...

anti pasti blh akhwatlecturer kk..insyaAllah..