Wednesday, September 22, 2010

Baksos Masuk Sinar Harian

Sumber :   http://synergymedia2010.blogspot.com/2010/09/baksos-masuk-sinar-harian.html

Assalamu'alaikum..sepanjang Synergy Media bercuti..Baksos yang dijalankan pada bulan Ramadhan dimasukkan ke dalam akhbar sinar harian..semoga perkongsian tersebut menaikkan semangat masyarakat untuk sentiasa membantu golongan yang memerlukan..Alhamdulillah..Di bawah kami sertakan keratan akhbar tersebut.

Gambar Atas: Fasilitator dan Peserta Baksos bersama Putera-putera Bait Al-Amin

Memandangkan perkataan di keratan di atas kurang jelas, sini kami re-type untuk bacaan semua.

PARIT - Anak-anak yang tidak bernasib baik perlu diberikan semangat untuk merubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.
      Oleh itu, sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi yang pernah mendapat bimbingan dari pada sebuah syarikat motivasi dan latihan iaitu Synergy Training Centre (pembetulan : Neo Synergy Training Centre) menganjurkan satu program bakti sosial atau bakso (pembetulan : Baksos) di rumah anak yatim dan miskin Bait Al-Amin, Parit.
     Pengarah program, Fakhrullah Mawardi, 20, berkata, program itu bertujuan memberikan motivasi dan keceriaan kepada penghuni rumah kebajikan berkenaan.
     Menurutnya, konsep yang digunakan diambil daripada al-Quran supaya perkara itu dapat terpahat dalam hati masing-masing.
    "Kita mahu memberikan motivasi kepada anak yatim ini supaya mereka mampu merubah kehidupan menjadi lebih baik dari sekarang."
    "Kita memberikan kesedaran kepada mereka kenapa mereka perlu berubah ke arah lebih baik dan tahu hala tuju hidup sebenar", katanya.
     Fakhrullah adalah pelajar Kejuruteraan Kimia tahun dua dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) berkata, bukan sahaja anak yatim akan mendapat manfaat daripada program berkenaan kerana fasilitator juga turut sama mendapat faedahnya.
     "Apabila datang ke sini secara tidak langsung fasilitator sendiri akan dapat melihat cara hidup di sini dan akan lebih menghargai ibu bapa masing-masing"
     "Kita juga mahu perkara ini berterusan iaitu mereka yang mendapat khidmat motivasi daripada program ini akan menjadi fasilitator kepada orang lain pula selepas ini", katanya.
     Sementara itu, seramai 12 fasilitator daripada UTP, UniKL, Kolej Matrikulasi Gopeng, UIA turut serta menjayakan program berkenaan. (Pembetulan : 12 Fasilitator, 60 yang lain adalah peserta baksos dari pelbagai institusi pengajian)


Synergy Media mengucapakan seikhlas terima kasih kepada Neo Synergy Training Centre yang menjemput kami bekerjasama menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada pembeli Majalah Sinergi atas sumbangan anda ke tabung kebajikan kami dalam setiap belian anda. Semoga Allah meredhai semua usaha amal kita. Amin.

Sunday, September 19, 2010

Hari Bersama Lapisan Masyarakat 1 - Raya Bersama Kanak-Kanak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Camera Handphone..kurang jelas..

Raya Masih Ada..
Sedikit perkongsian untuk ibrah bersama..saya masih berada di rumah kakak kandung saya di shah alam..akak ajak beraya di rumah jiran..selepas habis ziarah..rumah akak pula didatangi pengunjung..tetamu terakhir pada malam tadi (Sabtu Malam) adalah 5 kanak-kanak yang merupakan anak-anak jiran.

Sesi Ta'aruf
Kanak-kanak tersebut merupakan 4 perempuan dan 2 lelaki..semua pasangan adik-beradik..mereka sudah biasa dengan kakak saya..cuma kurang kenal sapa gerangan lelaki lagi sorang ni(saya)..saya pun mula beramah mesra untuk hilangkan rasa malu mereka..buat perkara ceria kemudian buat sedikit ta'aruf..

seingat saya nama mereka Nur Azimah(10 Tahun) dengan Mohd Shahril(1 Tahun 8 Bulan) adik beradik, Nurul Adilah(8 Tahun) dan Nurul Afidah(5 Tahun) adik beradik serta Nur Adrina Balqis(8 Tahun) dan Mohd Ariel Iskandar(5 Tahun) adik beradik..semua comel-comel belaka..dan ceria..

bagi sesi ta'aruf saya, saya serahkan majalah sinergi dan minta dorang cari biodata saya dalam majalah tersebut..

"Eh..muka abang.." Kata seorang adik..
"Fakhrullah Bin Mawardi" Seorang adik baca nama saya..

Da'wah Bermula
saya cuba beramah mesra dan cuba hilangkan rasa takut dan malu mereka pada saya..sekadar buka sedikit perbicaraan dan ceriakan keadaan..kemudian saya ajak untuk bermain sedikit kuiz sebagai tugasan bagi mendapat duit raya..

Sebelum memulakan kuiz..saya ceriakan dahulu dengan permainan 'bola konsentrasi'..ketika bola dilambung, mereka harus tepuk tangan, jika tidak dilambung, maka jangan tepuk tangan..riuh rendah rumah dibuat mereka..akhirnya yang memenangi game 'bola konsentrasi' adalah adik Iskandar..

Kemudian saya mulakan kuiz dengan beberapa soalan..soalan pertama saya..

  1. Siapa nama penuh abang? (Cancel sebab jawab tanpa angkat tangan)
  2. Siapa nama penuh akak ni(kakak saya)? (tiada dapat jawab, kerana sebelum ni dorang hanya gelar kakak dengan akak)
  3. Berapa Jumlah Rukun Islam dan Sebutkan? (Adik Azimah dengan semangat mengangkat dan menjawab :"ada 5 bang, kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan..betul kan bang?" dengan penuh yakin dia menjawab.
          "itu rukun negara..bukan rukun islam" kakak saya menyampuk.
          "eh, iyaka, dah ubah ya??"tergelak kami dengan sahutan Adik Azimah
          "mana pernah ubah Azimah oi..rukun islam yang mengucapkan kalimat....."saya cuba memancing 
           mereka.
          "ohh..yang itu..tau-tau.."mereka pun membaca 5 Rukun Islam walaupun tersekat-sekat lupa..saya
           bantu mereka dengan memulakan sedikit perkataan dihadapan rukun-rukun tersebut..

     4. Berapa Jumlah Rukun Iman? (Semua salah kecuali adik Iskandar..yang lain jawab ada 8, 10, 
         9,etc..adik Iskandar sahaja menjawab 6(tidak tahu meneka atau memang tahu)

     5. Sebutkan 6 Rukun Iman. (Semua juga sudah ingat-ingat lupa, sekali lagi saya bantu dengan memulakan
         sedikit awalan rukun-rukun tersebut dan mereka ucapkan sambungannya.

Ceramah Kanak-Kanak
Selesai dengan kuiz..saya berikan sedikit huraian mengenai Rukun Iman..

"Rukun iman yang pertama ialah beriman kepada...?"
"Allah" Adik-adik menjawab.
"Semua tahu kan siapa Allah?"saya tidak hurai banyak mengenai ini.
"Tuhan kita" Adik-adik menjawab.

"Seterusnya beriman kepada Nabi dan...?"
"Rasul"
"Siapa Nabi kita?" Adik-adik terdiam..
"Nabi Mu....?" Saya berikan clue.
"Muhammad!!" Sambung adik-adik.
"Nabi Muhammad lahir pada tahun ga....?"
"Gajah!!"
"Abang ada satu lagu untuk kita kenali Nabi kita..mahu dengar?"
"Mau!!"

Lagu : Kisah Rasul

Pada zaman dahulu kala.....
Pada zaman Jahiliyyah..
Lahirlah seorang Rasul..
Yang terakhir dan mulia...

Nabi Muhammad namanya..
Siti Aminah ibunya..
Abdullah nama bapanya..
Madinah tempat tinggalnya..

c/o 
Setelah dewasa..
diangkat menjadi Rasul..
oleh Allah Maha Kuasa...
Pencipta Alam Semesta

"macam mana lagunya?..best?" saya bertanya pada mereka..
"best bang..nyanyi lagi.."
"kita nyanyi sama-sama ya.."kami pun menyanyi bersama sebagai didikan agar mereka mengenali Rasulullah.

"baiklah..rukun iman seterusnya..beriman kepada malai...?"
"malaikat!!"
"bilangan malaikat ni banyak..abang ada satu cerita..mau dengar tak?"
"mau!!"
"ini cerita Upin dan Ipin.."
"wah..nak nak nak.."

saya pun memulakan cerita..

"Upin dan Ipin ni merupakan adik-beradik..mereka berumur 8 tahun..yang upin tu abang dia..ipin pula adik..mereka tinggal di shah alam dan sekolah di SK Syeksen 17(sesuaikan dengan adik-adik).."

"eh..sama dengan kami..manada dorang tinggal disini.."

"saja ja..siapa sekolah di SK 17?"semua angkat tangan kecuali Adik Iskandar dan Adik Afidah yang masih tadika.

"Upin dan Ipin ni berjalan kaki ke sekolah..suatu hari..Upin berjalan dihadapan dan Ipin ikut di belakang..tiba-tiba, Ipin melihat Upin mengutip sampah di jalanan dan buangnya ke dalam tong sampah..Ipin pun tertanya-tanya..kenapa abang upin ni pungut sampah yang bukan dia yang buang?..ketika meneruskan perjalan, Upin buat lagi benda yang sama..Ipin hanya diam tertanya-tanya..ketika Ipin melewati secebis sampah, dia tidak mengambilnya..terus lalu sahaja.."

"selepas habis sekolah, Upin dan Ipin balik ke rumah..Ibu dan Ayah mereka belum balik..Kak Ros mereka tengah tidur..tiba-tiba..."

"tiba-tiba apa bang?" seorang adik bertanya selepasa saya buat suara seram..

"tiba-tiba, Ipin terdengar bising di dapur..dia pun pergi tengok..dia nampak Upin tengah membasuh pinggan..Ipin pun tertanya-tanya dalam hati..kenapalah abang Upin basuh pinggan tu..Ibu tak suruh pun dia basuh pinggan tu..hurm...Ipin terus tertanya-tanya.."

"Selepas itu..sekali lagi Ipin melihat Upin tengah menyapu kawasan ruang tamu..Ipin hanya melihat abangnya itu sambil tertanya-tanya..kenapa la abang upin ni buat kerja tu...ibu tak suruh pun..akhirnya, Ipin pun pergi berjumpa dengan Upin dan bertanya:

"abang Upin..Ipin nak tanya sikit..pagi tadi..kenapa abang kutip sampah dan buang ke dalam tong sampah sedangkan bukan abang yang buang sampah tu??"

"lepas tu..kenapa juga abang Upin pergi basuh pinggan dan menyapu..sedangkan Ibu tiada pun suruh abang buat tu?"

"cuba teka apa Upin jawab?" saya bertanya kepada adik-adik semua..

"kerana dia rajin"
"sebab dia tidak mau menyusahkan ibu bapa"
"kerana dia mau menolong"
dan banyak lagi jawapan dari adik-adik ni..

"Upin menjawab..Ipin..abang buat semua tu..sebab abang yakin ada malaikat yang mencatat kebaikan abang..adik-adik..sebelah kanan kita ada malaikat yang mencatat kebaikan ki...."
"kita"jawab adik-adik
"sebelah kiri pula mencatat keburukan kita"

"contohnya..hari ni..balqis ada belajar..malaikat catat..balqis ada baca quran..balqis ada sembahyang.."
"eh..balqis tak sembahyang bang.."Adik Balqis menyampuk..saya terkejut juga sikit..
"takper..Balqiskan tengah belajar..nanti pun pandai sembahyang.."Balqis pun menganggukan kepalanya..

"kemudian, Iskandar pun dicatat..Iskandar tidak bergaduh hari ni..tiada melawan ibu bapa..tidak teriak-teriak..malaikat pun tulis semua.."

"Adilah pula..rajin belajar..menjaga adiknya..pemalu orangnya.."sengaja selitkan malu, kerana pemalu orangnya..

"tapi, yang buruk pula..ada juga ditulis..contohnya Iskandar tadi bergaduh dengan kakaknya..ditulis..Balqis pula teriak-teriak tadi..malas belajar..ditulis semua...Azimah pula suka kacau kawan-kawan lain..suka mengejek-ejek..semua ditulis..hah..semua ditu..........?"
"lis!!"jawab adik-adik.

"Rukun Iman seterusnya percaya kepada ki..?"
"tab!!"
"siapa pandai mengaji disini?"semua angkat tangan kecuali Adik Shahril..
"saya sudah iqra' bang.."
"wah..sudah iqra'..baguslah..nanti lepas pandai baca iqra'..pandai mengaji al-Quran..setiap huruf yang adik baca..adik dapat pahala.."
"diganda 10 kan bang?"Adik Adilah berkata.
"iya..dapat 10 kebaikan..contoh adik baca : A A BA..sudah dapat....?"
"30"Azimah menjawab.
"Bayangkan adik baca Bismillahirahmanirahim..sudah berapa banyak huruf kan?"

"seterusya..berimana kepada hari..?"
"Kiamat"semua menjawab
"tahu apa itu hari kiamat?"
"kita mati"adik menjawab
"iya..nanti kita semua akan mati..kemudia kita semua dikumpulkan di padang mahsyar..di sana nanti..kita dipanggil..contoh..seterusnya..Nur Adrina Balqis..balqis pun maju..kamu di dunia banyak buat baik..ada mengaji..rajin belajar..sayang ibu bapa..baiklah..kamu masuk syurga...Next..Mohd Ariel Iskandar..woh..kamu dulu banyak bergaduh..ada buat jahat..tapi, sudah jadi baik..sudah minta maaf..kamu pun ada mengaji..tidak melawan cakap ibu bapa..baiklah..kamu masuk syurga.."

"abang mau tanya..siapa mau masuk neraka?"semua diam.
"siapa mau masuk syurga?"semua angkat tangan.
"di syurga kita boleh minta apa saja..(cakap style mamak) : nasi ayam ada, mee ada, air ada, PS 3 ada, itu ada, ini ada..semua ada.."
"macam-macam ada"Adik Azimah menyahut.
"sama macam yang di Upin dan Ipin tu kang bang? yang di kedai tu?"Adik Balqis bersuara
"huh..sama dengan yang itu..dia cakap itu ada,ini ada kan.."saya melayan dia.
"iya..tapi lelaki tu dia mau cari atok dia kan bang.."Adik Balqis bersemangat
"iya..dia mau cari atok dia..di syurga semua ada..jadi..kalau mau syurga..tidak boleh buat dosa..buat kesalahan..kena banyak buat baik..."

"yang terakhir..rukun iman seterusnya...beriman kepada qada' dan qadar..siapa tahu apa tu qada' dan qadar?"
"kita mati bila.."jawab Adik Adilah.
"iya..semua ketentuan..contohnya adik Azimah sekolah di SK 17..dia ditakdirkan di sana..tapi dia cakap..saya tak mau di SK 17..saya nak di Universiti.."ketawa semua adik-adik.

"contoh lain..bila kita mati..siapa jodoh kita..contoh adik Adilah akan dikahwinkan dengan Iskandar.."habis tergelak adik-adik ni..

"gurau ja..itu contoh..ok..semua faham?ada mau tanya?" saya ingin menutup.
"abang..ulang lagi semua"Adik Balqis bersuara. Kami pun mengulang Rukun Islam dan Rukun Iman.

Duit Raya Bermakna
"baiklah..ini sedikit duit raya dari kami"Kak Faiqah bersuara. selepas semua mendapat duit raya..mereka masih belum inign pulang..nak bergambar la pula..habis foto sini sana..selepas selesai..Adik Azimah mengangkat cawan-cawan dan membaca ke dapur..saya dan kakak hanya diam melihat..mereka semua masuk ke dapur dan membasuh cawan-cawan tersebut..saya dan kakak hanya tersenyum bersama melihat karenah kanak-kanak tu..

Tamat Raya di Shah Alam..Perak menanti..
Ahad..hari ni..akan bertolak ke UTP..Indah juga kenangan Raya di Shah Alam..lagipun Kak Faiqah yang minta temankan kerana house-matenya belum balik dari kampung..

Perak destinasi beraya seterusnya..banyak juga kenalan-kenalan warga masyarakat yang perlu diziarah..sekadar bina hubungan dengan mereka..dan yang pasti, jamuan Raya sesama Ikhwah dan Kawan-kawan akan mendatang...insyaAllah..

Friday, September 17, 2010

Kenangan Indah Seminggu Di Hari Raya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Hari Kemenangan
Alhamdulillah..sudah berapa hari kita menyambut dan meraikan hari kemenangan bagi semua umat islam..semoga kita teruskan trofi kemenangan hingga ke bulan-bulan seterusnya..semoga amalan pada bulan Ramadhan Allah terima dan redha akannya..amin..semoga juga kita disampaikan di bulan Ramadhan seterusnya bagi perbaiki Ramadhan sebelumnya..insyaAllah..

Jaulah / Ekspedisi Raya
Subhanallah..Hari Raya kali ini terlalu banyak keistimewaan berbanding raya sebelumnya..sejurus solat raya di Masjid Al-Firdaus yang hanya lebih kurang 50 langkah dari rumah di Kg Sri Pandan, Pasir Putih, Putatan, Kota Kinabalu, Sabah; kami sekeluarga memulakan jaulah raya menuju ke Sandakan (5 Jam Perjalanan dari Kota Kinabalu, + 350KM). Saya menjadi Pak Supir (Driver) menaiki kenderaan keluarga Naza Ria seramai 7 ahli keluarga. Perjalanan berjalan lancar, sempat melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah menjadi pasak kepada muka bumi dengan izin Allah.

Jaulah berehat dan singgah sebentar di Masjid Ranau sebelum meneruskan perjalanan ke Sandakan. Sampai  di Sandakan ba'da asar terus singgah di kebun buah-buahan (Batu 25)..menjamah makanan yang dimasak menggunakan kayu api..subhanallah..amat berbeza dengan masakan menggunakan gas..Pada malam itu terus singgah beraya di rumah keluarga (Batu 7) dan bermalam merehatkan tulang belakang selepas penat memandu.

Perancangan berubah mengejutkan saya
Pada keesokan harinya, kami sekeluarga dikejutkan dengan destinasi raya seterusnya telah lari dari perancangan asal..kami akan menuju ke Kudat (6 Jam dari Sandakan, 400KM ; 2 Jam 30 Minit dari Kota Kinabalu, 160KM)..perancangan asal hanya ke Sandakan selama 2 hari kemudian balik ke Kota Kinabalu, namun Mama mengubah perancangan kerana beberapa sebab asbab yang mengejutkan..tunggu dan lihat..Perjalanan dimulakan ba'da zohor dari Sandakan melalui jalan Beluran menembusi Paiton, Pitas dan Kota Marudu..meneruskan tuga Pak Supir walau Bapa, Mama dan Kakak boleh memandu, namun inilah masanya untuk berbakti pada mereka..

Ekspedisi Raya diindahkan lagi dengan persinggahan di Air Terjun Paiton yang mempunyai ketinggian 700 Meter air terjun..cukup indah dan menawan hati..singgah berukhuwah dan beramah mesra bersama ibu bapa dan adik-beradik..Alhamdulillah..

Akhirnya tiba di Kudat..saya terkejut!
Alhamdulillah, sampai..selepas bermalam, terus menuju ke rumah keluarga di bandar kudat di rumah kedai..selesai beraya menuju ke sebuah rumah yang merupakan hubungan keluarga yang agak jauh..tidak jauh dari bandar..yang membuatkan saya terkejut, soal merisik dan pernikahan disentuh disini..dan nama saya dan anak perempuan keluarga tersebut menjadi bualan?..di sana mulut hanya diam seribu bahasa..hanya dua perkataan yang keluar dari mulut iaitu ucapan salam ketika sampai dan ketika pulang..namun saya pendam persoalan untuk ditujukan dalam kereta nanti..

menuju ke rumah keluarga terakhir di Kudat bahagian pedalaman, ada kebun juga..dari Sandakan sudah mendapat banyak ole-ole kebun, ditambah lagi dari Kudat..terpaksa ikat semua di bahagian atas kereta sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Kota Kinabalu (160KM, 2 Jam 30 Minit)

Siap sedia untuk Open House
sekembali dari Jaulah Raya, sehari diperuntukkan untuk persiapan Open House pada keesokan harinya..pada Hari Raya Ke-5 di rumah kami..satu hari sibuk ke sana ke mari, saya menjadi perhubungan luar, menjadi orang yang bertanggugjawab membeli barang di luar dan urusan luar lain..saya akui, banyak dalam list pembelian saya tidak tahu apakah benda itu!!banyak bertanya walaupun ada yang tersalah membeli..belajar..

Kakak menjadi tukang masak utama..dia memang berbakat besar dalam bab masakan..tidak perlu catering sangat..adik-adik lain membantu mengemas dan memasak..parut kelapa sampai berdarah tangan pun ada..itulah saya..belajar..

persiapan yang lain adalah persembahan nasyid yang saya request dari seorang ikhwah UMS yang merupakan pemenang solo nasyid di sana..agar mempersembahkan 2 buah lagu nasyid ketika jamua raya berlangsung..dia ingin membawa lagu Far East - Cinta Pertama dan lagiu Edcoustic - Aku Ingin Mencitamui..

Jamuan Raya Yang Meriah
Alhamdulillah..Jamuan Raya kini berlangsung..bermula dari 4.30PM hingga 10.00PM..antara makanan yang dihidang : Nasi Himpit @ Lontong, Buras & Tumbok (Makanan Bugis), Mee Goreng Ayam, Kari Ayam, Ayam Berempah, Rendang Daging, Ikan Masam Manis, Sate Ayam, Soto Ayam, Bubur Jagung dan Durian, Puding, Kuih-Muih buatan sendiri (bukan kuih tunjuk ya)..dan makanan lain yang saya sendiri tidak tahu nama dia..Statistik menunjukkan dekat 300 orang tetamu telah datang..Alhamdulillah..amat sibuk waktu itu melayan dan memuliakan tetamu yang datang..mohon maaf bagi yang tidak sempat saya beramah mesra..

Persembahan nasyid oleh Akh Rusydi bermula selepas solat maghrib..2 lagu dipersembahkan..suara yang mendayu dan mengusik jiwa..mendidik jiwa yang hadir agar mencintai Allah lebih dari segalanya..saringan tazkirah diselitkan oleh Akh Rusydi dalam persembahan tersebut..

Jazakumullah khair kepada semua keluarga yang hadir dari pelbagai tempat..begitu juga kepada ikhwah-ikhwah UMS dan Bekerja yang merempit beramai-ramai bertandang di rumah kami..syukran juga kepada akhwat-akhwat UMS, Politeknik KK dan Bekerja yang sudi datang bertamu..Kawan-kawan sekolah lama yang masih dalam ingatan serta warga kampung semua..Kami mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang Jamuan..Syukran Jazilan atas kesudian berkunjung beraya...semoga silaturahim yang terjalin diredhai Allah..

Program Ziarah Raya Halaqah
keesokan harinya, selepas pada siang sibuk mengemas rumah, pada malamnya, bekas anak halaqah di sabah yang semua masih satu halaqah menjemput ke program ziarah raya mereka..3 Rumah dikunjungi dengan pelbagai bentuk geografi..ada di atas air dan ada atas bukit..Syukran Jazilan atas Jamuanya..semoga ukhuwah akan terus terjalin..

Raya diteruskan di Tanah Semenanjung
16 September = Hari Malaysia = Bday Kakak Sulung = Flight Ke KL = huhu..paginya sempat memnuhi jempuat open house 2 jiran di kampung kami..penerbangan ke KL pada Jam 6.00 PM amat menghibakan..saya dan kakak kembali ke medan perjuangan masing-masing di Semenanjung..setibanya di rumah Kakak di Shah Alam pada Jam10.00PM, jiran menjemput datang ke rumah mereka..penat belum hilang..dijemput ke 3 rumah jiran yang berdekatan..sebelum merehatkan badan..zzzz....

Itu sahaja sedikit Perkongsian
Alhamdulillah..Allah memberikan segala nikmatnya kepada kita semua..semoga kita membalasnya dengan Iman dan Takwa..Eratkan silaturrahim sesama kita, dalam rangka mengembalikan kekuatan ukhuwah, yang merupakan tunjang kepada umat kita..Salam Lebaran dari SaBaHaNmUsLiM..Mohon maaf segala kesalahan yang disedari atau tidak disedari..semoga kita sentiasa dalam Redha Illahi..

Yang Benar,
Fakhrullah Ibn Al-Mawardi

Wednesday, September 8, 2010

Islam bukan "Part-Time"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Alhamdulillah, puji syukur kita panjatkan kepada Allah Asy-Syakur atas nikmat dan ujian yang diberikan kepada kita. Selawat cinta dan rindu semoga Allah limpahkan kepada insan mulia, Muhammad Bin Abdullah SAW. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu kepada Rasulullah dengan penuh penghormatan kepadanya.

Sidang pembaca sekalian, bulan Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya. Mari bersama kita renung sejenak, tanya iman di dada, tanya hati benak kita, gunakan akal sihat untuk memikirkan, "Apa yang aku dapat dalam Ramadhan kali ini? Adakah sekadar lapar dan dahaga atau ketakwaan yang bertambah kepada Dia Penguasa jiwa manusia? Kita bersama berdoa, semoga sedikit amalan yang kita lakukan dalam bulan suci mulia diterima dan dilipatgandakan oleh Allah Al-Wahhab yang Maha Pemberi. Amin Ya Mujib.

Ikhwah wa akhwat Uhibbukumfillah, mari bersama kita tingkatkan kesedaran terutama diri kita bersama lalu bersama sedarkan di sekeliling kita, bahawa:

Islam bukan hanya ketika Solat Hari Raya,
Islam bukan hanya ketika Solat Jumaat,
Islam bukan hanya ketika Bulan Ramadhan,
Islam bukan hanya ketika 10 malam terakhir,
Islam bukan hanya ketika Menunaikan Haji,
Islam bukan hanya ketika 5 Solat Fardhu,
Islam bukan hanya dalam masjid dan surau,
Islam bukan kerja sampingan!
Islam bukan seperti 4 musim!
Islam tidak kira waktu dan tempat,
Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan,
Itulah Islam! Agama yang diredhai Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah, 2:208)

Berapa ramai kita lihat hamba Allah yang hanya "Part-time Muslim" dan bukannya "Full-time Muslim"? Sebagai contoh mungkin berlaku pada diri kita, pada bulan Ramadhan ibadat ditingkatkan, dosa dan maksiat dijauhkan, sanggup turun berjemaah setiap malam, mengkhatamkan al-Quran dalam bulan Ramadhan, menahan amarah dan percakapan belakang,

namun,

setelah habis bulan Ramadhan, ibadat makin kurang, dosa dan maksiat ditambah semula, qiamullail dan Quran hilang rentaknya, nafsu sudah dituruti semula, ditambah perisa syaitan laknatullah. Tidakkah kita takut amalan apa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan? Untuk siapa amalan pada bulan Ramadhan? Na'udzubillah tsumma na'udzubillah.

"Islam tidak pernah mengecewakan kita, tetapi kita yang mengecewakan Islam"

Ikhwah wa Akhwat Rahimakumullah, mari kita buktikan kita graduan Universiti Ramadhan yang sebenar. Kualiti produk sesuatu Institusi Pendidikan kita lihat selepas tamat tempoh pengajiannya, bukan keindahan keputusan waktu pengajian, nampak gah pada dasarnya, namun bila dicampak ke medan sebenar, di medan masyarakat dan pekerjaan, habis punah apa yang dibanggakan. Mari kita buktikan keputusan ibadat yang sering kita jaga pada bulan Ramadhan, kita buktikan pada bulan seterusnya, walaupun ia pasti penuh onak dan cabaran, namun, usahalah sekuat mampumu, mari dalam beberapa ketika sebelum perisai Ramadhan meninggalkan kita, kita kuatkan kembali kekuatan iman dan takwa, jangan jadi seperti kebanyakan manusia, bila akhir Ramadhan dah berkurang amalannya, sibuk menyiapkan kelengkapan hari raya, yang sepatutnya kita sediakan sekadar keperluan, bila tiba 1 Syawal, habis punah tarbiyyah Ramadhan, Solat Subuh dijama' dengan Solat Hari Raya, Sibuk ziarah hingga hilang Sunat Dhuha, puasa yang merupakan latihan dibalas dengan makan sepuasnya, pergaulan sudah tiada batasnya, keluar semua habitat jahiliyyah, seperti tidak pernah melalui Ramadhan mulia, mungkin inilah kita!

"Apabila menyampaikan dakwah dan peringatan, kita wajiblah mengemukakan kesyumulannya dengan selengkapnya, dengan seutuhnya dan dengan segala kesempurnaannya yang sempurna dan menyempurnakan tanpa memisahkan sebahagian dari keseluruhannya atau memansuhkan sebahagian daripadanya kerana sesungguhnya Islam itu adalah penutup segala agama." 
(Syeikh Mustafa Masyhur - Tariq Ad-Da'wah)

Syaitan yang ditahan reman akan dilepaskan semula, 11 bulan ia dilepaskan bagi meluaskan semula pengaruh durjana. Ayuh, kita kuatkan semula bekalan sebulan kita dalam bulan Ramadhan, agar perisai yang dibina tidak rapuh dengan hasutan nafsu syaitan keduanya. Semoga Hari Raya, Hari Kemenangan kita sambut dan sahut dengan kemenangan sebenar. Kemenangan berjaya kembali kepada fitrah asal tujuan diciptakan dan  fitrah suci dari dosa maksiat. Mari menyambut Hari Kemenangan sebenar menjadi hambanya yang bertakwa. Semoga peringatan terutama kepada penulis yang paling utama, kerana jika dosa itu mengeluarkan bau busuk, nescaya pasti penulis dijauhi semua orang kerana kebusukan yang keluar, kita bersama saling berpesan, agar bersama juga kita melakar iman dan takwa, hanya untuk Allah semata.

Ilmu di dada kita bukan untuk disimpan, namun untuk kita kongsi dan kita sampaikan, dan yang paling utama adalah untuk kita amalkan. Mungkin hari ini kita bercakap, hari esok belum tentu kita amalkan. Semoga sedikit ilmu yang diberi Allah kepada penulis kita bersama dapat manfaatnya. Mari bersama kita menuntut ilmu dari buaian hingga sampai ke liang lahad. Seperti mana seorang Tabi'in Rahimallah pernah berpesan:

“sesungguhnya Allah telah membuat perjanjian dgn mereka yang berilmu supaya mereka menyampaikn ilmu mereka kepada seluruh manusia” (Hasan al-Basri)