Wednesday, November 30, 2011

Cinta Melahirkan Rindu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM





Cinta Melahirkan Rindu

"Salam..Rul, kakak rindu mama dgn papa la..Huhu..;'(


"Mama akan dtd Disember ni..huhu..insyaAllah cinta melahirkan rindu..terus mendoakan dan contact mereka ya kak.."


"ada kak kol mama hari tu..tapi x tau la..tiba2 ni rindu sangat sampai teresak2 pula nangis..maybe sebab kuar tadi n nampak ada anak dgn mama yg mesra..then c mama dia tu lbh kurang mcm gaya2 n fizikal mama..huhu"

Mesej pun terus saling berbalas antara mereka. Adik-beradik yang berada di perantauan sudah pasti saling berkongsi rasa yang sama atas dasar cinta kepada ibubapa. Sesuatu yang pasti, perasaan dan ucapan rindu hanya muncul ketika kita mencintai yang kita rindukan itu.

"Salam kak, ahad ni saya g umah kakak..jom kita lunch bersama"

Saya tekad untuk ziarah lagi kakak saya pada minggu ini yang dipisahkan dengan jarak lebih 200KM antara "aku dan dia" bagi memenuhi amanah sesama ahli keluarga yang perlu saling menyayangi, menasihati dan memerhati bukannya selalu membenci, tidak ambil peduli dan bergaduh sana sini.

Keluarga Juga Mad'u

*p/s : Mad'u = Golongan yang didakwahi

Dalam kesibukan dan pengorbanan ramai pejuang-pejuang agama Allah yang sanggup berdakwah ke hulu ke hilir, ke timur ke barat, ke utara ke selatan, dari musim durian hingga musim rambutan, dari sekolah hingga kepada masyarakat dan dari musim teriknya panas dan lebatnya hujan, jangan sekali-kali lupa juga kepada sudut dan waktu kepada keluarga.

Setiap minggu pastikan ada menghubungi mereka, bertanya khabar kepada mereka, mendoakan mereka, bantu mereka, ada kelapangan ziarahlah mereka. Sepertimana kita membina dan menguatkan hubungan kepada mad'u medan kita, mari membina dan menguatkan juga hubungan dengan mad'u keluarga kita.

Namun satu benda yang pasti, tolong ketahui tahapan cinta, tahapan amanah atau tahapan pengorbanan yang perlu kita jadikan amalan dalam kehidupan kita. Jangan sampai lebih mengutamakan kerjaya, harta dan keluarga berbanding mengutamakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalan-Nya, kerana ramai yang mengorbankan cinta kepada Allah, Rasulullah dan berjihad dijalan-Nya demi cinta kepada lainnya. Bertindak bijaklah kita dalam menyusun tangga cinta di aras sepatutnya tanpa membiarkan anak tangga lainnya.

Azankan Bayi Perempuan

"salam farul..akak (akak sepupu dua kali) sudah selamat melahirkan awal pagi tadi dalam jam 3 pagi.."


"AllahuAkbar..alhamdulillah..semua ok jg ka kak ana?"


"alhamdulillah..iya..semua selamat..akak di hospital sungai buloh ni..tapi abang ali kamu outstation..sebab mula-mula tiada pula tanda-tanda nak melahirkan..tapi dia otw balik dah"


"owh..farul dekat PJ ni..nanti farul g hospital dengan kak faiqah.."


"alhamdulillah..ngam (sesuai) la tu..boleh farul azankan anak akak"


"owh..insyaAllah..nanti kalau dah sampai saya bagitau ya kak"


"ok farul..terima kasih ya"

Panggilan lepas subuh dari Kak Ana membuatkan saya mengubah perancangan perjalanan yang sepatutnya balik terus ke Perak selepas subuh. Saya terus menghubungi Kak Faiqah yang berada di Shah Alam untuk saya ambil dan bawa sekali ziarah Kak Ana yang sama nasib dengan kami, merantau.


Gambar Hiasan

Walaupun mengazankan dan mengiqamatkan bayi yang baru lahir disepakati dari hadis yang lemah dalilnya. Namun oleh kerana ia menjadi amalan baik yang masyhur, maka kita tidak memeranginya kerana ia sebahagian dari kaifiat azan yg sering ditakwil oleh banyak ulama dalam pelbagai hal yang lain. Sepertimana Ibn Qayyim juga menganjurkannya, sedangkan Ibn Qayyim adalah amat terkenal sebagai Imam yg memerangi bid'ah atau sesuatu pembaharuan. Kita juga ketahui dua jenis bid'ah iaitu bid'ah hasanah dan bid'ah dholalal.

Lebih-lebih lagi dalam hal bagi menyesuaikan dengan masyarakat sekarang, namun yang pasti bukan semua perkara kena disesuaikan dengan masyarakat, bahkan memang sepatutnya masyarakat yang patut menyesuaikan dengan tuntutan awal Islam. Selagimana ia tidak mengaitkan dengan perkara-perkara yang pokok (ushul) dalam Islam. InsyaAllah perlahan-perlahan kita fahamkan masyarakat dan semua kita mengenai penyisipan dakwah dengan berhikmah sesuai dengan zaman dan keadaan.

Pernah Kita Rindu Allah?

Kita sudah akui bahawa perasaan rindu adalah asbab dari perasaan cinta. Namun persoalannya disini, pernah atau tidak kita merasakan rindu kepada Allah? rindu ketika kita makin jauh dariNya, rindu ketika kita sudah melupakannya, rindu yang lahir kerana bukti cinta kepada-Nya? Mungkin ramai antara kita bukannya rindu tapi ingin mengingati Allah sahaja sangat sedikit.

Marilah kita bersama muhasabah kembali cinta kita kepada Allah SWT. Muhasabah yang bukan hanya menyedari tanpa ada reaksi yang perlu dilakukan. Mulakan dengan menolog diri kita bahawa "Kita Cinta Allah" lalu rancang dan laksanakan amalan-amalan cinta demi memperbaiki dan meningkatkan lagi cinta kita kepada Allah Pemilik Cinta.


Semoga kita selepas ini mampu merasakan dan mengucapkan Kita Rindu Allah. Amin Ya Rahman Ya Rahim. Akhir sekali, mari kita baca, hayati dan amalkan ayat yang mungkin sering kita dengar dan sampaikan namun belum mampu kita buktikan.

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuwatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. [QS at-Taubah, 9:24]


Jemputan Forum Mahasiswa SINERGI



Thursday, November 24, 2011

Kata Nasihat Buatku & Dirimu [Episod Ke-13]


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

InsyaAllah di bawah saya sertakan beberapa kata-kata nasihat harian yang saya kongsikan di akaun Facebook http://www.facebook.com/SaBaHaNmUsLiM..Namun, akan saya abadikan di blog ini untuk memudahkan kepada sesiapa yang tidak memiliki facebook. InsyaAllah 10-15 Kata Nasihat setiap Episod. Semoga ia memudahkan saya khususnya dalam mengingati nasihat-nasihat yang diberikan agar saya paling utama tidak melanggar apa yang saya katakan, juga agar bermanfaat buat kita semua..Amin Ya Mujib..



Sumber Karya Ilustrasi : http://zulansrecords.blogspot.com/




Nasihat Hari Ini : Syukurilah nikmat sebelum ia ditarik kembali, kerana ramai hilangnya nikmat diberi baru ingin mensyukuri.


Nasihat Hari Ini : Wahai penipu untuk mendapatkan dunia, sebenarnya dirimu yang tertipu, tertipu dengan tipu daya dunia.


Nasihat Hari Ini : Mungkin ku hanya mampu memberikan nasihat yang amat pendek dan ringkas, namun ku harapkan kesannya panjang dan berterusan.


Nasihat Hari Ini : Hidupkanlah mati dalam kehidupan kita, agar kita sentiasa bersedia mati dalam kehidupan sementara.


Nasihat Hari Ini : Manfaatkan peluang yang sedia ada, kerana peluang seterusnya mungkin tiada.


Nasihat Hari Ini : Masalah niat memang adalah satu benda yang amat tersembunyi, namun tidak akan lari dari Allah yang Maha Mengetahui, maka jangan lari dari sentiasa mensucikan niat di hati.


Nasihat Hari Ini : kematian itu suatu kepastian, kepastian yang berlaku tanpa kita ketahui, samada 10 tahun atau 10 saat lagi, maka sentiasalah bersedia setiap detik.


Nasihat Hari Ini : Memang generasi pendakwah makin pupus, tapi mereka itulah adalah penerus, penerus kepada dakwah yang makin pupus.


Nasihat Hari Ini : Tudung dipakai bukan sekadar menjaga aurat sendiri, tapi juga untuk menjaga hati orang sekeliling.


Nasihat Hari Ini : Janganlah sekuler hanya ingin belajar sains dan memisahkan agama, begitu juga jangan hanya belajar agama dan memisahkan sains. Ayuh menjadi umat terbilang.


Nasihat Hari Ini : Jangan kerana kekayaan kita terjerumus dalam kekafiran, jangan juga kerana kefakiran kita terjerumus dalam kekafiran.


Nasihat Hari Ini : Jangan beli kehancuran yang menghancurkan diri sendiri.


Nasihat Hari Ini : Dimana kita ingin buang hadis-hadis yang menunjukkan kesederhanaan Rasulullah jika kita ingin terus bermewah-mewahan? Kesederhanaan tidak beerti ketidakmampuan, namun ia lambang kezuhudan.




*p/s : semua post di blog ini memang untuk disebarkan, namun harap boleh sertakan link ke sini. Syukran.

Wednesday, November 23, 2011

6 Anak Luar Nikah / Jam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




Ayuh Belajar Mengira

152,182 anak luar nikah yang didaftarkan dalam waktu 3 tahun bukan suatu jumlah yang sedikit hasil dari perbuatan haram dua insan berlawanan jantina yang telah dipukau dengan nafsu dan syaitan. Jumlah yang dikatakan hanya mengauditkan anak luar nikah yang didaftarkan, dan belum termasuk anak-anak luar nikah yang tidak dapat dikesan hasil dari pembunuhan, pembuangan dan pengguguran.

Jumlah 152,182 ketika dibahagi dengan 3 tahun menunjukkan lebih kurang 50,727 anak luar nikah yang dilahirkan saban tahun bermula dari tahun 2008 hingga 2010. 50,727 anak luar nikah / tahun ketika ditukar unit tahun kepada hari (1 tahun = 365 Hari) mampu menjelaskan lagi jumlah harian sebanyak lebih kurang 13,898 anak luar nikah yang lahir SETIAP HARI. Mari dibahagi lagi dengan 24 jam sehari bagi mendapatkan purata kelahiran dalam waktu sejam iaitu lebih kurang 6 anak luar nikah SETIAP JAM.

Inilah hakikat kehancuran umat kita hari ini! Nampak mustahil untuk kita cerna dengan akal yang sehat, namun terpaksa kita telan dengan hati yang berat. Saya yakin bagi kita yang menyayangi agama Islam pasti menangisi keadaan yang berlaku dengan umat Islam dewasa kini. Namun ada juga segolongan besar yang mengambil sikap tidak ada sensitiviti dan tidak ambil peduli terhadap perkara ini. Bahkan yang pasti ada golongan yang bukan hanya tidak peduli, tapi merekalah yang menyumbang lagi ke arah perkara-perkara batil ini.

Kerjasama Yang Dilarang

"Dan bekerjasamalah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah bekerjasama dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."[QS al-Ma'idah, 5:2]

Betapa ramai kita melihat golongan-golongan yang bekerjasama dan menggembleng tenaga demi menaikkan lagi saham kejahatan dan kebatilan agar terus bermaharajalela. Golongan-golongan yang bukan ingin menghalang, namun mereka yang menggalakkan lagi pelbagai medium yang mampu menjerumuskan umat ke gaung kemaksiatan dan kerosakan.

Betapa ramai kita melihat bermula dari dalam keluarga itu sendiri yang sangat aktif dan positif ke arah hiburan-hiburan yang bukan hanya menggugah keimanan namun terus menjahanamkan keimanan ahli keluarganya. Peranan ibubapa serta kakak abang yang terkadang bukan ingin menghalang, tapi merekalah yang proaktif memulakan benih kerosakan dan akhirnya menyuburkan pula kepada ahli keluarga lainnya. Allah memerintahkan kita menjaga keluarga dari api neraka, bukan menjerumuskan keluarga dalam api neraka.

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."[QS at-Tahrim, 66:6]

Peranan yang mempunyai kekuasaan dalam sesebuah institusi, daerah, wilayah, negeri mahupun negara juga salah satu penyumbang yang paling besar dalam kerjasama dan muafakat membawa mudarat. Mengapa berani dan sanggup kita bersekongkol dalam hal-hal dosa dan pelanggaran hukum Allah ini? Adakah kita telah merasa sangat berkuasa sehinggakan melupakan Allah Yang Maha Kuasa? Saya tidak mahu membahas lebih perihal perkara ini kerana saya yakin golongan ini sudah tahu kesalahan yang dilakukan, namun mengapa tidak mahu menyedari dan mengubah kesalahan sebegini.

Kejutan Budaya Terbuka

Jika dahulu saya masuk mendaftar ke UTP dan melalui minggu orientasi dengan "Kejutan Makanan" akibat dari masakan-masakan yang kesemuanya bertemakan "Pedas Berapi" sehingga mampu menitiskan air mata kasih (pedih), ramai pula yang masuk ke IPT atau Institusi yang lain menghadapi "Kejutan Budaya" kerana jauh berbeza dengan alam persekolahan yang mungkin agar terkawal rapi.

Sebab itu saya sangat setuju ketika diminta mengadakan sebuah program bagi memberikan persiapan awal remaja sebelum masuk ke alam pendidikan yang lebih tinggi namun lebih terbuka dalam aspek menjaga diri sendiri. Medan yang sebenarnya terlalu terbuka dan terpulang kepada diri sendiri ingin memilih jalan-jalan kebaikan yang jarang dilalui, atau mengikuti jalan-jalan kejahatan yang sering dilalui. Semoga program Kem Remaja Sinergi mampu menyedarkan dan melentur sakhsiah dari awal usia sebelum menjadi buluh yang  keras untuk dilenturkan semula.

Akhir perkongsian kali ini, saya ingin menyelitkan promosi Kem Remaja Sinergi yang akan kami adakan bukan hanya di semenanjung malaysia, namun juga di borneo kita lancarkan. Semoga bersama kita bekerjasama ke arah kebaikan minima mendoakan agar program ini diredhai oleh Allah dan mampu menyedarkan generasi muda kita kini. Terima kasih yang pasti lebih saya berikan kepada yang sudi menyebarkan hal ini dan mengajak juga adik-adik, keluarga dan semua kawan-kawan yang lain. InsyaAllah. Semua berhak offer produk masing-masing (goods or services), dan pelanggan juga berhak memilih mana yang dia ingini..^.^..

Kem Remaja Sinergi Semenanjung -> http://kemremajasinergi.blogspot.com/
Kem Remaja Sinergi Sabah -> http://krssabah.blogspot.com/




Saturday, November 12, 2011

Bicara Tentang Mati


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


Mati,
ada yang lupa dia akan mati,
ada yang takut dia akan mati,
ada juga ingat dia akan mati,
ketika kita bicara tentang mati.

Persoalkan pada diri,
Apa asbab kita lupa akan mati?
adakah kerana kesenangan duniawi?
terasa akan hidup kekal abadi?
sedangkan kita diciptakan bukan untuk kekal di sini,
tapi hidup kekal di akhirat nanti.

Apa sebab kita takut mati?
takut dosa kita yang menggunung tinggi?
takut amalan yang belum mencukupi?
takut azab yang sedang menanti?
namun mengapa tidak kita perbaiki?
jika perkara ini telah kita sedari?

Marilah ingat akan mati,
suatu kepastian dari illahi,
hitungan bermula sejak dari lahir,
tidak tahu sampai bila baru berakhir,
samada 10 tahun atau 10 saat lagi?

Satu benda yang pasti,
Ketika kematian datang menghampiri, 
apa yang kita harapkan di dunia sudah tidak mampu diraih, 
namun apa yang kita lupakan di akhirat akan segera menghampiri. 
maka sentiasalah kita mempersiapkan diri.

Mati,
Kita dah tahu kita bakal hadapi,
kita dah lihat pelbagai bukti,
bahkan kita sendiri menjadi saksi,
maka mengapa masih ada keraguan di hati?
mengapa masih tidak kita ambil peduli?

ketika mengatakan kita ingat akan mati,
jangan hanya kita simpan di hati,
jangan hanya lancar di bibir,
tapi buktikan dengan dosa-dosa kita jauhi,
lalu amalan-amalan kebaikan kita tingkatkan lagi,
baru terbukti bicara kita tentang mati.

Ayuh hidupkanlah mati dalam kehidupan kita, 
agar kita sentiasa bersedia mati dalam kehidupan sementara.
Semoga Allah berikan pengakhiran yang baik (husul khotimah) kepada kita,
bukannya pengakhiran yang buruk (su'ul khotimah) untuk kita.

Sunday, November 6, 2011

Setawaf Haji Bahagian Dua [Aidil Adha Dianak-tirikan]


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


Anak Tirikan Aidil Adha

Aku melalui jalan menuju ke masjid. Sunyi. Aku bertakbir bersama masyarakat di sini. Sedikit. Aku melalui rumah dan kedai kembali. Sepi. Rupanya beginilah sambutan Hari Raya Aidil Adha di sini, bahkan kebanyakan negeri, apatah lagi sabah itu sendiri, pasti lebih menyepi. Ada sesuatu yang berkecamuk di hati, ada sesuatu membuat aku terfikir, saban tahun terus begini, akan ku bicarakan kini.

Mengapa kita perhatikan sambutan hari raya Aidiladha/korban/haji sangat jauh kemeriahannya berbanding hari raya aidilfitri yang kita sambut dengan meriah sekali. Bahkan ketika aidilfitri, sebulan sebelum ia mendatang kita sudah sibuk membuat persediaan itu dan ini. Corong-corong radio mahupun TV berbondong-bondong memperkatakan soal aidilfitri. Gedung-gedung membeli belah apatah lagi, dengan iklan dan promosi yang beralaskan tempoh hari raya aidilfitri. Bahkan kita sendiri sibuk menempah kuih muih, baju ditempah seawal dan sebanyak yang mungkin, cuti panjang diambil sehabis mungkin, dan semua perkara yang pasti kita semua sedia maklumi.

Saya bukan ingin mempersoalkan hal yang kecil sebegini, silakan dengan kemeriahan di aidilfitri, tapi mengapa aidiladha dibiarkan menyepi? Generasi terdahulu sangat sedih ketika Ramadhan berlalu pergi, generasi terkemudian sangat gembira meriah bila ramadhan berakhir. Meriah sehingga terlupa ia baru melalui Ramadhan yang mendidik hati dan akhirnya terkandas di aidilfitri.

Aidiladha pula bagaimana? Ada yang gembira, ada yang sedih namun kebanyakannya tidak peduli. Sedangkan ibroh disebalik hari raya korban jauh lebih kita ketahui. Sebuah ibroh pengorbanaan yang agung untuk kita hayati dan contohi demi meraih cinta Illahi. Takbir raya memuji kebesaran Allah diberikan tempoh selama 4 hari berbanding hari raya aidilfitri yang tidak sampai sehari kerana memang sambutan hari raya aidiladha ada hikmahnya yang tersembunyi.

Terkadang ada pihak yang ingin menutupi dan mengaburi mata, minda dan hati umat Islam agar lebih mengutamakan perkara lain yang kurang sedikit manfaatnya kepada umat Islam berbanding sebuah perkara yang jauh lebih bermanfaat jika umat Islam mengetahui dan mengamalkannya, iaitu cinta tertinggi. Jika umat Islam menghayati sungguh-sungguh dan menjadikan ia sumber motivasi yang mengorak langkah menuju cinta yang Maha Tinggi, nescaya hasutan, penipuan dan helah musuh Islam untuk umat Islam mengorbankan cinta kepada Allah demi cinta kepada lainnya akan hancur tiada berbaki.

Saya sangat mengharapkan tradisi menganak-tirikan Hari Raya Aidil Adha perlu kita perbaiki dan perbetulkan arahnya kembali agar kita umat Islam mampu meraih ibroh yang terlalu agung untuk kita contohi. Tidak perlu menunggu orang lain memeriahkan suasana ini, kita mulakan dari diri sendiri, keluarga sendiri dan akhirnya orang sekeliling akan mengikuti. Saya tidak maksudkan kemeriahan adalah dalam bentuk yang menghancurkan lagi umat Islam, tapi kemeriahan yang mampu mentarbiyyah lagi umat Islam. Program-program penghayatan, suara-suara berkisar aidiladha di pelbagai medium media massa, promosi-promosi menaikkan semangat umat Islam untuk berinfak, agar ia semua menjadi peringatan bahawa sekarang adalah Hari Raya Aidil Adha.

Pengorbanan Penuh Keikhlasan

Tidak kita nafikan, disebalik bahagian dunia yang lain, ada yang sungguh lewah dengan pengorbanan bagi menyambut ibadat yang sangat dituntut (sunat muakkad) di musim haji ini, berkorban. Ada yang mengorbankan kambing biri-biri yang bersyarat harus berusia setahun lebih, ada yang kambing biasa bersyaratkan dua tahun keatas, ada yang mengorbankan kerbau dan lembu yang sama juga bersyarat harus 2 tahun dan ada juga mengorbankan unta yang harus 4 tahun ke atas usianya. Alhamdulillah. Apa yang penting, bukan hanya besarnya pengorbanan dilihat, bukan hanya banyaknya daging diinfak, namun yang paling utama keikhlasan kita untuk mencapai keredhaan Allah atas dasar takwa kepadaNya semata.

"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik."[QS al-Hajj, 22:37]

Semoga ibroh isi pengorbanan yang perlu disaluti dengan keikhlasan kita jadikan pengajaran dalam berkorban menuju redha-Nya. Pengorbanan yang mungkin ada antara kita sangat-sangat besar memperjuangkan agama Allah, ada yang berkorban masa, harta dan tenaga di jalan Allah, ada yang mengorbankan nafsu serakah dan cinta teman wanita/lelaki demi menjauhkan diri dari larangan-Nya, ada yang sanggup mengorbankan masa tidurnya untuk bangun menghidupkan malam dan melaksanakan solat di subuh hari, dan banyak lagi pengorbanan demi mentaati perintah Allah dan demi menjauh larangan Allah, namun apalah erti pengorbanan jika tidak didasari alas keikhlasan? Ingatlah nasihat Allah kepada Nabi Mulia, Nabi Ibrahim agar ikhlas hanya untuk Allah semata.

"Dan (ingatlah), ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan): "Janganlah kamu memperserikatkan sesuatupun dengan Aku dan sucikanlah rumahKu ini bagi orang-orang yang thawaf, dan orang-orang yang beribadat dan orang-orang yang ruku' dan sujud. [QS al-Hajj, 22:26]

Ayuh kita berbuat lagi di jalan Allah dengan kekuatan keikhlasan yang pasti akan memacu laju, gencar dan utuh menapaki jalan perjuangan kerana kita berbuat kerana Allah semata, bukan kerana mengharapkan pujian, perhatian dan penghargaan dari manusia. Keikhlasan akan membuat kita istiqamah dan terus berjuang walau orang lain sudah berhenti di jalan-Nya, walau orang lain tidak melakukannya, walau orang lain tiada lagi menyuruhnya, kerana dia tahu, dia lakukan segalanya di bawah pandangan Allah semata, bukan pandangan manusia.

Haji Bukan Hanya Ketika Di Mekah

Alhamdulillah, kita melihat ramai umat Islam dari seantero dunia berkumpul di tanah suci kota mekah demi menyahut seruanya. Bahkan kita mampu melihat ada orang-orang yang mungkin nampak tinggi pada pandangan manusia samada para pembesar, pemerintah, artis-artis, hatta pemain sukan juga sering menjadi buah mulut dan benih bicara dimana-mana. Semoga tarbiyyah yang dilalui menjadikan mereka seorang hamba yang sedar akan kehadiran perintah dan larangan llahi sepertimana pengorbanan mereka menjaga diri (Iffah) demi mematuhi perintah Illahi dalam ihram haji.

"(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats(mengeluarkan perkataan yang menimbulkan berahi yang tidak senonoh atau bersetubuh), berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji.."[QS al-Baqarah, 2:197]

Kesan haji bukan hanya ketika di tanah suci, tapi ketika kita pulang juga ke tanah air. Saya akui ramai yang telah menaiki haji menjadi manusia dan hamba yang lebih baik, namun ada juga yang makin jauh dari Illahi. Ayat dibawah sekadar pegangan dan peringatan bagi kita bahawa selesai melakukan ibadat haji sepatutnya makin banyak lagi mengingat Illahi.

"Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berdzikirlah dengan menyebut Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut (membangga-banggakan) nenek moyangmu, atau (bahkan) berdzikirlah lebih banyak dari itu. Maka di antara manusia ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. [QS al-Baqarah, 2:200]

Perkara terakhir di post setawaf haji ini saya ingin kongsikan sepotong hadis mengenai ganjaran hamba yang melaksanakan haji sebagai salah satu sumber motivasi untuk kita menanam niat di hati untuk pergi buat pertama kali atau ingin pergi lagi buat kedua kalinya atau berkali-kali ke tanah suci.

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa mengerjakan haji, lalu ia tidak berbuat kelalaian dan tidak pula mengerjakan dosa - yakni kemaksiatan besar atau yang kecil tetapi berulang kali, maka ia akan kembali dari ibadat hajinya itu-sebagaimana pada hari ia dilahirkan oleh ibunya-yakni tidak ada dosa dalam dirinya samasekali." [HR Muttafaq 'alaih]

Friday, November 4, 2011

Setawaf Haji Bahagian 1 [Haji Muda & Haji Berusia]


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




Haji Muda & Haji Berusia

Bila berbicara tentang haji, kaum muda pasti menutup telinga, mata dan hati. Kononnya ia bukan ibadat yang perlu diperhati sebagai insan bergelar muda-mudi. Ish3. Semoga jika kita pernah terfikir sebegini, perlu kita bersihkan kembali dan pasangkan niat di hati dan kerahkan usaha untuk menunaikan ibadat haji. Usia muda bukan kata laluan untuk tidak berusaha menunaikan ibadat haji. Bahkan jika kita insan bergelar anak kecil juga dipersilakan berusaha melaksanakan kewajipan ini.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bertemu dengan sekelompok orang yang berkendaraan di Rawha' - sebuah tempat di dekat Madinah, lalu beliau bertanya "Siapakah kaum ini?" Mereka menjawab: "Kita kaum Muslimin." Kemudian mereka bertanya: "Siapakah Tuan?" Beliau menjawab: "Saya Rasulullah." Kemudian ada seorang wanita yang mengangkat seorang anak kecil di hadapan beliau lalu bertanya: "Adakah anak ini perlu beribadat haji?" Beliau menjawab: "Ya dan untukmu - wanita itu - juga ada pahalanya." [HR Muslim]

Mari kita mulakan dari sekarang benih usaha ke arah baitullah sebelum mampu kita tuai hasilnya kelak. Jangan juga jadikan alasan tidak mampu untuk tidak berusaha memampukan diri dengan usaha yang gigih. Kumpul duit dan kumpul ilmu mengenai ibadat haji yang merupakan kewajipan manusia terhadap pencipta. Sebuah usaha yang berlandaskan niat yang indah pasti dikataliskan (Catalyst) oleh Allah. Sedangkan mengumpul duit untuk membeli itu dan ini pun kita boleh, inikan pula mengumpul duit demi penuhi seruan Illahi. Jangan lagi jadi insan yang bukan sahaja tidak pernah berfikir menunaikan haji, tapi terlintas di fikiran pun tidak pernah, apatah lagi berusaha ke arahnya. Antonimkanlah kesemuanya kepada makna yang sebaliknya.

"Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. [QS al-Imran, 3:97]

Kita juga sedia maklum bahkan bukan hanya ingat di fikiran bahkan sering kita lantunkan perihal berdirinya Islam atas 5 perkara, rukun Islam. Namun, mengapa terkadang kita memandang dengan ringan sebelah terhadap salah satu dari 5 foundasi bagunan Islam ini? Pemikiran dan pengamalan ini perlu kita sama-sama perbetulkan agar kita bakal melahirkan umat Islam yang serba lengkap membina foundasi Islam di dalam diri.

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Agama Islam itu didirikan atas lima perkara.yaitu menyaksikan bahwasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahwasanya Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji ke Baitullah dan berpuasa dalam bulan Ramadhan." [HR Muttafaq 'alaih]

Penyatuan Antarabangsa

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, [QS al-Hajj, 22:27]

Solat berjemaah adalah penyatuan berperingkat kampung, solat jumaat adalah penyatuan yang berperingkat daerah, maka ibadat haji adalah penyatuan yang berperingkat antarabangsa. Semua dengan sebuah hikmah yang sama, "Islam Agama Penyatu". Menyembah Allah yang Satu, berjuang demi agama yang satu dan menuju tujuan yang satu, Redha Allah. Kita adalah SATU AQIDAH, SATU UMAT dan SATU ISLAM. Negara, bangsa, warna kulit, keturunan, jawatan, kekayaan, keilmuan, tidak akan pernah menjadi penghalang bagi kita semua untuk bersatu.

Bagi kita umat Islam, jangankan  terfikir, terlintas pun jangan pernah untuk lebih mengutamakan persaudaraan lainnya berbanding persaudaran sesama Islam. Cukuplah nasionalisme atau semangat kenegaraan mengalahkan ukhuwah sesama Islam. Kita perlu buktikan kembali kepada dunia, bahawa strategi "Divide & Rule" @ "Pisah & Perintah" tidak akan pernah melemahkan kekuatan persaudaraan sesama kita.  Walaupun mungkin jasad-jasad umat Islam ada yang berjauhan, ada yang berkeseorangan, dengan kondisi yang berlainan. Tapi hati-hati kami akan tetap dalam kebersamaan, kerana kami ada keyakinan yang sama untuk diperjuangkan, yang tidak akan mampu direnggangkan apatah lagi diuraikan. Ayuh Umat Islam kita kuatkan dan ketatkan tali persaudaraan.

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
 [QS al-Imran, 3:103]