Thursday, November 24, 2011

Kata Nasihat Buatku & Dirimu [Episod Ke-13]


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

InsyaAllah di bawah saya sertakan beberapa kata-kata nasihat harian yang saya kongsikan di akaun Facebook http://www.facebook.com/SaBaHaNmUsLiM..Namun, akan saya abadikan di blog ini untuk memudahkan kepada sesiapa yang tidak memiliki facebook. InsyaAllah 10-15 Kata Nasihat setiap Episod. Semoga ia memudahkan saya khususnya dalam mengingati nasihat-nasihat yang diberikan agar saya paling utama tidak melanggar apa yang saya katakan, juga agar bermanfaat buat kita semua..Amin Ya Mujib..



Sumber Karya Ilustrasi : http://zulansrecords.blogspot.com/




Nasihat Hari Ini : Syukurilah nikmat sebelum ia ditarik kembali, kerana ramai hilangnya nikmat diberi baru ingin mensyukuri.


Nasihat Hari Ini : Wahai penipu untuk mendapatkan dunia, sebenarnya dirimu yang tertipu, tertipu dengan tipu daya dunia.


Nasihat Hari Ini : Mungkin ku hanya mampu memberikan nasihat yang amat pendek dan ringkas, namun ku harapkan kesannya panjang dan berterusan.


Nasihat Hari Ini : Hidupkanlah mati dalam kehidupan kita, agar kita sentiasa bersedia mati dalam kehidupan sementara.


Nasihat Hari Ini : Manfaatkan peluang yang sedia ada, kerana peluang seterusnya mungkin tiada.


Nasihat Hari Ini : Masalah niat memang adalah satu benda yang amat tersembunyi, namun tidak akan lari dari Allah yang Maha Mengetahui, maka jangan lari dari sentiasa mensucikan niat di hati.


Nasihat Hari Ini : kematian itu suatu kepastian, kepastian yang berlaku tanpa kita ketahui, samada 10 tahun atau 10 saat lagi, maka sentiasalah bersedia setiap detik.


Nasihat Hari Ini : Memang generasi pendakwah makin pupus, tapi mereka itulah adalah penerus, penerus kepada dakwah yang makin pupus.


Nasihat Hari Ini : Tudung dipakai bukan sekadar menjaga aurat sendiri, tapi juga untuk menjaga hati orang sekeliling.


Nasihat Hari Ini : Janganlah sekuler hanya ingin belajar sains dan memisahkan agama, begitu juga jangan hanya belajar agama dan memisahkan sains. Ayuh menjadi umat terbilang.


Nasihat Hari Ini : Jangan kerana kekayaan kita terjerumus dalam kekafiran, jangan juga kerana kefakiran kita terjerumus dalam kekafiran.


Nasihat Hari Ini : Jangan beli kehancuran yang menghancurkan diri sendiri.


Nasihat Hari Ini : Dimana kita ingin buang hadis-hadis yang menunjukkan kesederhanaan Rasulullah jika kita ingin terus bermewah-mewahan? Kesederhanaan tidak beerti ketidakmampuan, namun ia lambang kezuhudan.




*p/s : semua post di blog ini memang untuk disebarkan, namun harap boleh sertakan link ke sini. Syukran.

6 comments:

sea_lavender said...

kesederhanaan dalam kehidupan itu adalah kekayaan nyata =)

Fakhrullah Bin Mawardi said...

kerana kekayaan bermaksud sudah merasa cukup dengan apa yang ada sehingga sudah tidak perlu untuk ditambah..

berbanding kekayaan dusta yang tidak ada rasa puas untuk terus menambah..

fathul jannah said...

syukran atas perkongsian nasihat2 enta

Fakhrullah Bin Mawardi said...

afwan fathul jannah..syukran sudi baca..

Anonymous said...

minta copy e-book Islami....

Fakhrullah Bin Mawardi said...

silakan Anonymous..smga dimanfaatkan..