Wednesday, November 17, 2010

Hari Bersama Lapisan Masyarakat 2 - Raya Korban Pertama @ Perantauan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli :SaBaHaNmUsLiM


Alhamdulillah, takbir keagungan bergema lagi. Kali ini beribrahkan penyembelihan cinta demi menggapai cinta yang lebih utama, Cinta Allah. Semoga kita termasuk golongan yang mendapat kemenangan dengan mengalahkan kecintaan yang selain dari Allah, Rasulullah & Jihad. InsyaAllah sedikit perkongsian selepas penat menimba pengalaman yang amat sarat pada hari ini.

"We cannot create experience, but we must undergo it" [A Camus]

Raya korban kali ini adalah raya pertama saya di perantauan tanpa keluarga di sisi, namun, syukur kepada Allah, kenangan yang dilakar pada hari ini amat manis dalam diari kehidupan saya. Solat Raya Aidil Adha saya laksanakan di Surau Nurul Huda yang saya dah cukup mesra dengan masyarakat di sini. Seusai khutbah yang menekankan bab pengorbanan, kami terus menjamah juadah @ sarapan la kot..kumpul tenaga sebelum operasi menumbangkan kerbau dan lembu untuk disembelih..Surau di sini mengorbankan seekor kerbau dan seekor lembu. Saya tidak lama di sini, selepas menumbangkan haiwan korban, menahan badannya untuk memudahkan penyembelihan, akhirnya percikkan darah korban tumpah di bumi Allah. Selesai penyembelihan, saya pecut ke stesen pengorbanan seterusnya, Masjid Tronoh (tidak tau apa nama Masjid ni), tidak sempat mau melapah di Surau Nurul Huda, tapi saya sampaikan janji saya akan kembali membantu.


Masjid Tronoh mengorbankan 3 Kerbau dan 2 Lembu. Ketiga-tiga gambar di atas adalah kerbau, ketiga-tiga  adalah saya bantu tumbangkan (terasa jadi koboi pun ada). Ketiga-tiga kerbau diatas juga adalah disembelih oleh Akh Dr Hizul. Beliau yang ajak saya melapah di sini. Namun saya kagum dan melihat satu ibrah, bahawa da'i memang bertujuan mengikat, menaut & menyentuh hati, bukan untuk menyakitkan hati. Maksud dia, da'i harus menjadi gula kepada semut agar kelak kita yang bakal mewarnai masyarakat, bukan kita yang diwarnai olehnya. Kita yang harus mendakwahi mereka, dakwah yang berorientasikan Allah, berpaksikan sunnah Rasulullah & bernafaskan nilai Islam. Yakinlah, dakwah ubat penyakit umat.

Gambar kerbau di kiri di atas tu hasil siatan kulit dari tangan saya. Bersenjatakan parang ala-ala keris gitu. Cukup tajam. Sehingga bukan hanya kulit kerbau yang saya siat, kulit saya sendiri tersiat..sakit gak la bila kena air. Teringat kata-kata, kulit yang terluka pasti merasakan sakit tatkala terkena air, namun kulit yang sihat, ketika ditimpa air, ia tidak akan merasa sakit, ibarat hati yang ada lukanya, tatkala ditimpa ujian, ia akan terasa sakitnya, namun jika hati yang sihat, ujian yang menimpa akan dihadapi dengan sabar. Kerbau kiri tu saya berjaya putuskan satu ja kaki, dan kepala, dengan bantuan kapak. Part paling susah, nak buang perut dia, fuh..tersilap sikit, habis bermandikan najis kita.


Gambar atas ni pula, seronok tengok kerjasam masyarakat yang timbul, umat Islam yang satu, gambar kiri ada kanak-kanak tolong melapah, ada warga tua, dan juga warga kami, warga muda..Kaum ibu juga tidak ketinggalan.Kaum bukan ibu (belum kahwin) pun ada membantu. Walau ada yang tidak pernah berjumpa, namun masa melapah ramai-ramai tu, seronok dengan kerjasama yang diwujudkan. Seronok juga dapat darah terpecik di baju dan seluar, tidak kurang juga darah yang mengalir dari jari, hurm..ni mesti tidak biasa melapah ni..Lain kali, ukur baju di badan sendiri, jangan ukur di badan kerbau. Satu lagi, habis berbau kerbau baju dan seluar. Nasib baik baju full black, darah terpercik pun tidak nampak sangat kesannya. Habis membantu di sini, kerisku sarung, fikiran terfikir ingin jenguk keadaan di Surau Nurul Huda yang saya tinggalkan pagi tadi. Laluku ajak geng-geng (Mad'u) menuju ke destinasi yang satu.


Gambar di atas inilah apa yang sedang berlaku ketika tibanya kami di Surau Nurul Huda. Kira dah nak siap la juga. Tapi saya sempat bantu kerat daging-daging into pieces ja untuk diagihkan kepada semua orang. Di sini ada sesuatu yang lebih istimewa berbanding di Masjid Tronoh, satu sebab dah biasa ngan warga sini, kedua, aktiviti di sini yang amat menghidupkan ukhuwah sesama kami. Bukan hanya proses penyembelihan dan melapah, bahkan terus dimasak daging-daging dan tulang-tulang segar ni. Ada sup tulang la, kari daging la, daging panggang rempah Nigeria pun ada, saudara-saudara Nigeria yang buat. Masa Ramadhan hari tu pun dorang ada buat satu hari panggang daging gak..fuh..sedap..Inilah ukhuwah 1 aqidah perlu kita kuatkan, hingga jangankan dileraikan, direnggangkan pun tidak mungkin. Balik pada makanan, pasti teringat juga makanan di Sabah..Mama pun ada call awal pagi ucapkan Hari Raya dan tanya keadaan saya di sini. Perantau.


Gambar kiri tu proses merempah daging-daging yang dah dileperkan..gambat tengah kaum ibu memasak sup tulang dengan kari daging. kanan pula bakar kepala kerbau dan kaki kerbau. Saya tidak join sangat memasak ni, sekadar duduk di surau dan baca nota untuk persediaan Final Exam Jumaat ni. Time-time duduk, ada seorang makcik datang jumpa saya, ingin berbincang tentang kelas quran dan tajwid untuk kanak-kanak dan kaum ibu. InsyaAllah seminggu sekali. Keramaian di Surau ni bukan hanya golongan dewasa, kanak-kanak pun ada..habis Surau dijadikan taman permainan. Kaum bapa sibuk. Kaum ibu lagi sibuk. Kaum anak muda buat-buat sibuk. alamatnya, kanak-kanak ni tiada yang jaga sangat, kalau ada pun bukan boleh terjaga. Habis lari ke sana kemari, kejap ketawa, kejap menangis. Saya terpaksa gunakan teknik yang sama di post Raya Bersama Kanak-Kanak..Kembar tapi tidak serupa. Kanak-kanak ni dah selalu jumpa saya, ada yang panggil saya ustaz, ada yang panggil abang, tapi, ingin saksikan kehebatan kanak-kanak ni..saksikan video aksi kanak-kanak ni..kalau dapat tengok la. 1st time upload video guna Blogspot ni.

Dahsyat tak dahsyat kanak-kanak ni..Akhirnya, selepas saya masuk surau ni, tarik perhatian dorang dulu, pastu ajak dengar bercerita. Cerita yang membuatkan dorang ni dengar cakap. Cerita yang membuatkan dorang duduk diam. Nak tengok keberkesanan cerita. Saya buat satu ujian. Sebelum tu, saksikan gambar dibawah selepas habis bercerita.


Kanak-kanak diatas semua perempuan dia umur 7 tahun. Lelaki sorang tu umur 5 tahun. Cuba perhatikan gambar kiri, tengok bahagian belakang tu..habis bersepah tikar sejadah. serius, sangat bersepah. Sampah-sampah kertas dan pembungkus gula-gula pun ada. Lepas ajak dorang bergambar. Ajak balik masuk ke surau.

"Baiklah, sapa mau tolong abang lipat sejadah??"

Alhamdulillah, semua datang kumpul dan lipat sejadah.

"Pandai ka lipat ni, hah, sapa yang pandai cuba abang tengok?" Saja nak umpan lagi.

Dalam masa 5 minit, Surau kembali aman, damai, bersih, kemas & tenteram. Sampah-sampah pun dipungut. Selesai tugas jadi babysitter. Masa untuk makan.


Alhamdulillah..sebuah kenangan indah yang berlaku dalam hari ini. Hari raya korban pertama di perantauan. Kepada semua yang berkorban tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, yakinlah, infak kita di dunia ini adalah pelaburan untuk akhirat kita. Apa yang penting, keikhlasan, kerana segala amalan yang bukan dilakukan kerana Allah akan pupus sama sekali nilainya. 

3 comments:

hadimuslim said...

subahanallah akhi..aktif juga bermasyarakat ikhwah kita nie...pas nie ikhwah bole wat majlis korban sendiri..InsyaAllah

Fakhrullah Bin Mawardi said...

hehe..da'wah masyarakt..tp da'wah campus lebih difokus..iA lain kali ikhwah2 beli kerbau sndiri, sembelih sndiri, lapah sndiri, masak sndiri, & makan jgn sendiri..hehe..

i.am.no.one said...

keep it up....