Saturday, November 6, 2010

Ikatkan Hati Kami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Mengetahui,
 bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu,
 bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, 
bersatu memikul beban dakwah Mu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia 
untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu,
 maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. 
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.

 Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). 
Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap.
 Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan keimanan 
dan keindahan tawakkal kepadaMu. 

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu
(Jika Engkau mentakdirkan kami mati) 
maka matikanlah pemilik hati-hati ini 
sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu.

 Engkaulah sebaik baik sandaran dan sebaik-baik penolong. 
 sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku/mati dari sesuatu yang hidup. 
Engkau memberi rezeki tanpa berhitung,
 kepada siapa sahaja yang Engkau kehendaki.

Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan) Mu,
beredarlah sudah siang Mu,
 inilah keluhan suara dan pinta dari para du'ah Mu 
maka oleh itu ampunkanlah kami.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

5 comments:

umairzulkefli said...

Ya-Allah...teruskan ketautan hati-hati kami..
Agar saling terus-menerus mencintai-Mu
Memperjuangkan agama-Mu
Meninggikan kalimah-Mu

inni uhibbu ikhwati jami'an...
la'allana sanatawajjahna ila al-jannati jami'an..

(sesungguhnya aku mencintai saudara-saudaraku semuanya. Semoga kita semua akan menuju ke syurga bersama-sama)

amiin ya robb...

Al-Harith Agrobusiness (AHA) said...

Subhanallah, gambar yg begitu cantik.
Ya akhil kareem, ketahuilah oleh kalian bahawa cinta itu diikat oleh Dia Sang Pencipta Cinta. Diikat cinta kerana kita saling berjanji dan bersetia untuk taat pada Allah, Rasul, Dakwah dan Jihad.

Maka peliharalah akan pengikat cinta kita itu. Mudah-mudahan cinta kita terikat sehinggalah kita semua kembali menemui si Dia yang mengikat akan hati-hati kita.

Inilah antara syair yg ana dapati daripada kisah As-Syahid Muhannad At-Tahir ;

Para syuhada berkumpul dan berbicara,
Tentang si syahid yang baru sahaja datang,
Siapakah yang datang?
Masakan bulan tidak dikenali,
dialah Muhannad Tahir si bulan purnama,

Kau goda ruh ku wahai syahid,
Kau ajarkannya hakikat kekal,
Kau membuatnya rindu untuk pergi,
Kau ajarkannya erti ketahanan.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

amin insyaAllah..barakallahuma akhil kareem..

Cinta terikat kerana Dia,
Jika cinta pada-Nya sirna,
maka sirnalah juga cintaku pdmu,
kerna Dia la pengikat cinta.

Amin Baek said...

rindu nak jumpa antum sume..
insyaallah leh jumpa pas balik intern..hehe

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah Amin Baek..lain kali intern macam akh umair..hehe..x semacam intern..hehe..