Monday, November 1, 2010

Terima Kasih Atas Jemputan Berkongsi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sumber : http://synergymedia.com.my/?p=243

Alhamdulillah, syukur kepada Illahi, perancangan berjaya dijalankan dengan baik. Jemputan memberikan ceramah kepimpinan bertajuk "Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa" kepada lebih kurang 80 orang HICOM badan kepimpinan di SBPI Gopeng termasuk Pengawas, Basyar (Badar), PRS dan Pengawal Pusat Sumber mendapat sambutan yang baik. Ceramah diadakan pada 30/10/2010 yg lepas pada jam 8.00 am hingga 10.00 am. Isi ceramah yang menggunakan dalil dari sumber berikut:
  1. Al-Quran
  2. Hadis Rasulullah
  3. Rahasia sukses manajemen rasulullah - Muhammad Abdul Jawwad
  4. kriteria imam dalam shalat - sesuai al-Quran dan as-Sunnah - Dr Said bin Ali Wahf Al-Qathani
  5. Bagaimana menyentuh hari - Abbas as-Sisi
  6. Psikologi Rasulullah SAW - Dr Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
  7. The 21 Irrefutable Laws of Leadership  - John C Maxwell
  8. Developing the Leader Within You  - John C. Maxwell
  9. Start With "Why"? - Simon Sinek
  10. The 7 Habits of Highly Effective Teens -  Sean Covey
Ketua pengawas sendiri mengatakan "1st time mendengar pengisian-pengisian yang sering dikaitkan dengan dalil dari al-Quran". Pelajar-pelajar turut memberikan kerjasama yang baik sepanjang ceramah tersebut yang disampaikan dengan cara santai sesuai dengan fitrah remaja.

Kami dari pihak Synergy Media mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Neo Synergy Training Centre dan SBPI Gopeng kerana memberikan peluang pihak kami berkongsi corak kepimpinan yang sesuai dengan Islam. Penghargaan dari pihak pengetua, Dr Hjh Roigah kepada Penceramah kami amat berbesar hati dan rendah diri atas penghargaan terhadap usaha kami yang tidak seberapa.
di bawah merupakan antara komen dari peserta terhadap Ceramah Kepimpinan yang disampaikan oleh En Fakhrullah Bin Mawardi.
  1. dpt memantapkan kepimpinan diri
  2. sungguh menyeronokkan dan mudah untuk mndpt apa yg dsampaikan
  3. respect saudara farul..
  4. ok2 jelah
  5. smart
  6. paham + ase sangat dahsyat
  7. presentation lawa
  8. ngantuk. tak dpt bnyk input
  9. unforgettable memory
  10. sangat membina
  11. abg fakhrullah sempoi2 sangat-sangat!
  12. memuaskan lar ok....
  13. slot menarik krn sy tak mengantuk
  14. penceramah bagus! sbb x formal sgt
  15. menarik =)
  16. sangat2 menarik dan penuh dgn maklumat baru-penyampaian ceramah yg cukup bagus
  17. penceramah mampu menarik perhatian para peserta
  18. Byk yg dapat dipelajari.penceramah aka CEO Sinergy Media tu best!!
  19. Bgus2 sebb kat sini byk tahu ttg ciri2 kepimpinan yang bagus dan berteraskan Islam
  20. happy =)
  21. suara penceramah terlalu kuat @ gema
  22. menarik
  23. pelbagaikan cara
  24. seronok sgt
  25. yg ni best gak :D
  26. memberi petunjuk untuk menjadi pemimpin yang luar biasa
InsyaAllah kami dari pihak Synergy Media akan perbaiki segala kelemahan yang ada.

No comments: