Tuesday, November 2, 2010

Kesibukan Itu Lumrah Para Da'i

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM





Apa yang berlaku

Alhamdulillah, akhir-akhir ini sudah pasti kita berada dalam tempoh 'Peak Hour'. Berlambak perkara berlapis-lapis menanti untuk kita siapkan. Bagi seorang pelajar sudah pasti dengan lambakan test, presentation, assignment, group project dan banyak lagi dalam skop akademik. Sesetengah IPT pula sibuk menghadapi Final Exam yang pasti membengitkan kepala. Belum lagi ditambah di luar skop akademik.

Contoh bagi seorang da'i, sudah pasti ada lagi tugasan-tugasan da'wah yang menuntut pengorbanan tidak kira masa. Taklim dan Halaqah yang masih diteruskan. Amanah-amanah da'wah yang harus diteruskan. Laporan-laporan dan Kertas kerja yang perlu disiapkan. Masalah-masalah dan Program-program yang perlu difikirkan. Akhir sekali dengan syuro-syuro yang penting sebagai tulang belakang perancangan dan pemantauan.

Sudah tentu bukan itu sahaja, Akademik dan Da'wah, ada lagi isi kandungan dalam diary kehidupan kita. Tajuk "Keluarga" salah satu lagi benda yang penting meniti sekali dalam titian kesibukan kita. Ikatan yang akan terus diikat dan diperkuat dengan perhubungan jarak jauh mahupun dekat. Luahan rasa samada dari pihak kita mahupun keluarga. Bahkan perancangan dan pemikiran kita perlu diperah juga dalam bab keluarga. Bahkan beberapa ketika ini, dapat banyak Jaringan Komunikasi (Jarkom) yang didapati mengenai ujian kepada keluarga, samada kematian, kesakitan, ujian kehidupan, dan sebagainya, turut menambah beban amanah kesibukan kita.

Apa kata kita tambah lagi, kali ini dalam bab bisnes mahupun perkara sampingan yang lain sesuai dengan kehidupan kita masing-masing. Dalam bab bisnes, sudah tentu pemikiran dan pelaksanaan yang amat dahsyat perlu juga diteruskan bagi keberlangsungan bisnes. Mungkin bagi umum, ada lagi masa sampingan yang harus baginya membelanjakan masanya ke arah itu seperti hobi masing-masing.

Kesibukan Mengajar Kita

Nikmat dan ujian kesibukan perlu kita lalui dengan berhikmah dan penuh kesabaran. Ramai yang kecundang dalam bab kesibukan. Akibat ketidakbiasaan dalam menempuh kesibukan yang melampau. Ramai antara kita pada penghujung semester atau dalam minggu test baru terasa berat dengan kesibukan, sehinggakan membantutkan banyak perkara samada amal ibadat kita, Mutaba'ah, Da'wah, Ukhuwah, Pergaulan, dan sebagainya yang saya yakin ada sahaja perkara yang terhambat waktu itu bahkan menjadi lebih mudharat. Jangan merasa kita ada hak untuk mengurangkan hak Allah.

"Tanggungjawab yang kita ada melebihi masa yang kita ada" [Hasan Al-Banna]

Kesibukan sepatutnya bukan untuk menanti ianya datang, namun kita yang harus sentiasa biasakan melatih menyibukkan diri kita sebagai persiapan. Ramai kesibukan hanya pada akhir semester. Kita cuba kesibukan pada akhir semester kita dah mulakan bermula awal semester lagi. Corak kesibukan pada minggu test contohnya, study bagai nak berkabung, kita cuba dah mulakan situasi tersebut pada awal semester bahkan diteruskan sentiasa. Jangan melatih diri kita banyak berada dalam zon selesa, zon rehat, zon lapang atau zon senang. Alah bisa tegal biasa, kesibukan yang mampu kita kawal dengan baik akhirnya mampu kita lalui bila ianya datang tanpa diundang.

"Kerehatan bagi seorang muslim merupakan aib baginya" [Imam Ahmad Bin Hanbal]

Ketika perkara sudah diselesaikan, jangan melihat apa yang telah kita usahakan, tapi sentiasa lihat apa lagi yang belum kita selesaikan. Orang yang cemerlang menganggap ujian sebagai peluang untuk mengasah potensi diri, namun orang yang gagal menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.

"Our life is too short to think small thing" - The Magic Of Thingking Big (David Schwartz)

Fikirlah sentiasa kedepan, berwawasan, jauh, dan besar. Pemikiran kita usahakan sentiasa memikirkan muntijah yang bakal berlaku. Ketika mana ditimpa ujian, jangan dulu menangisi keadaan, tapi usahakan untuk perbaiki.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." [QS Ar-Ra'd, 13:11]

Kesibukan Itu Lumrah Para Da'i

Ikhwah wa Akhwat sekalian, kita bersama tahu dan yakin, kita perlu berjuang dengan keyakinan, bukan ikut-ikutan, sudah jelas jalan ini akan penuh dengan ujian yang makin bertambah levelnya. Inilah ujian bagi kita semua. Walaupun kecil pada pandangan manusia, pandangan Allah tidak akan sia-sia. Pengharapan kita kepada Allah sentiasa kita usulkan dan doakan. Kita mengharap perlu dengan air mata, bukan dengan air liur. Kerana mimpi tidak akan jadi kenyataan jika kita sentiasa tidur.

"dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya" 
[QS An-Najm, 53:39]


"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Mari umat islam semua, ikhwah wa akhwat fillah, kita bersama saling kuat-menguatkan, saling nasihat-menasihat, saling damai-mendamaikan, saling sentiasa doa-mendoakan, agar kita kan terus mengejar redha dari-Nya. Walaupun perjuangan kita ini nampak tiada maknanya, kekadang membuat kita berfikir dalam berbuat, kekadang bermain di fikiran imbalan yang tidak seimbang pada pandangan, namun yakinlah, tambah keyakinan kita, Allah Melihat semuanya, Allah Mengetahui semuanya, Allah adalah tujuan kita. Semoga Allah sentiasa memberi kita kekuatan dalam menempuh onak ranjau kehidupan hamba yang ingin mencari redha-Nya.

No comments: