Tuesday, May 25, 2010

Nantikan Kemunculannya!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Nantikan kemunculan majalah sinergi bersaiz comel 148mm X 210mm (Half A4) dengan harga istimewa bagi edisi pertama RM3.00 sahaja, bukan harga menjadi ukuran, tapi ilmu di sebalik harga tersebut yang insyaAllah bakal mentarbiyyah (mendidik) umat islam sejagat bagi 'Melahirkan Generasi Rabbani Profesional!!

Tuesday, May 18, 2010

Adakah Hatiku Terjaga?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, Pendtadbir kerajaan langit dan bumi, penguasa seluruh alam jagad raya, penguasa semua hati hamba-hamba-Nya. Selawat serta salam kita panjatkan bersama kepada junjungan mulia panutan qudwah dan uswah kita bersama, baginda Rasulullah s.a.w, putera Abdullah yang suatu masa dulu berjuang meninggikan kalimat toyyibah di hati para umatnya sehinggakan kita mampu melafazkan kalimat toyyibah sebagai lambang persaksian kepada Yang Maha Esa serta pesuruh-Nya. Alhamdulillah.

Ikhwah wa akhwat sekalian, satu peringatan buat kita bersama, satu perkara yang perlu kita perhatikan bersama serta satu masalah yang perlu kita mengambil berat mengenainya. Adakah hatiku terjaga? Satu persoalan yang ingin diutarakan dalam rangka kita muhasabah kembali penjagaan hati kita dalam menapaki arus kemodenan yang pasti tiada batas waktu dan tempat bagi kita semua berkomunikasi secara alam maya. Ana yang penuh dengan khilaf dosa juga baru kembali menyedari perkara ini. Semoga perkongsian ini untuk tazkirah diri ana sendiri dan untuk sekalian pembaca yang dipilih. Perkongsian yang ingin dibicarakan berkaitan dengan firman Allah dan hadits Rasulullah yang pasti kita biasa dengannya :

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. "(QS 17:32)

"Sahabat Abi Hurairah ra berkata, bahwa Nabi Saw telah bersabda "Perzinaan bagi mata adalah memandang, perzinaan bagi telinga adalah mendengar. perzinaan bagi mulut adalah pembicaraan. perzinaan bagi tangan adalah meraba, perzinaan bagi kaki adalah berjalan menuju kemaksiatan, dan perzinaan bagi hati adalah terangsang, berharap, dan membenarkan apa yang menjadi ajakan farji (kemaluan)(HR Bukhari dan Muslim)

 Jika dahulu konsep hubungan tanpa sempadan belum  tercorak, sudah pasti perzinaan khususnya melalui mata,telinga dan hati masih kabur pada pandangan. Namun kini, berbekalkan jaringan tanpa sempadan, ruangan sosial secara on-line yang meluas mahupun ruangan pertemuan perbualan yang pasti mendekatkan mereka yang jauh, mengenalkan mereka yang asing sehingga perbualan antara berlainan jantina sudah dipandang perkara yang enteng. Kita mengetahui larangan Rasulullah lelaki bersendirian bersama wanita tanpa muhrim:

Sahabat Ibnu Abbas ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda "Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu bersendirian dengan seorang wanita, kecuali beserta mahram" (HR Bukhari dan Muslim)

Jangan kita hanya kecilkan skopnya sekadar pertemuan fizikal. Bagaimana pula pertemuan hanya kamu dan si dia di 'chat room'? Pertemuan fizikal secara berhadapan pasti masih ada perasaan malu membentengi, namun jika hanya perkataan yang keluar ke skrin komputer pasti mengurangi benteng malu tersebut. Berapa ramai kita dapat lihat contohnya di laman sosial yang tidak saling mengenali namun berani berbicara benda-benda yang kekadang lari dari tujuan asalnya. Merapu tidak tentu hala. Memuji dan bergurau yang berlebihan dan sebagainya.

Kita ambil contoh bayangkan kita bertemu ramai kawan-kawan sekolah yang telah lama tidak ketemu dan akhirnya ketemu di alam maya, pasti jika dahulu semasa di sekolah kita tidak berani bertegur sapa, bahkan tidak pernah pun berbicara dengannya, khususnya yang berlainan jantina, namun alam maya membenarkan segala, bertanya khabar sehingga mampu menjerumus penyakit timbul di dalam dada.

Blog-blog yang pasti mega bilangannya juga tempat yang harus sentiasa kita awasi. Komen-komen yang mampu menggugat kekuatan hati harus kita membatasi. Pujian dari seorang ikhwah kepada akhwat atau sebaliknya. Kita takuti perkara ini akan perlahan mengotori hati yang selama ini ingin bersama kita menjaga. Bagi yang sedikit islamik, penggunaan anta-anti menjadi cagaran, nampak indah pada pandangan, walau berlainan jantina, namun anta-anti membolehkan segalanya yang mampu merosakkan hati manusia kerana kita takuti inilah sarana syaitan untuk men-tazyin atau membuat indah perkara yang salah seperti peringatan dari Allah s.w.t:

 Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,(QS 15:39)

Ikhwah wa akhwat sekalian, jangan kita manfaatkan kemudahan tanpa sempadan sebagai sarana membuat maksiat tanpa sempadan. Kemudahan bentuk ini merupakan ujian bagi kita dari terjerumus ke lembah perzinaan hati jika kita tidak mengamalkan larangan-Nya secara tsumul di semua tempat sehingga syaitan mampu kaidun atau menipu daya hati-hati kita.

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."(QS 2:208)

dan satu perkara yang pasti:

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.(QS 40:19)

Semoga Allah memberikan kita kekuatan membezakan mana yang hak dan mana yang bathil, mana yang halal dan mana yang haram atas rangka kita ingin menjaga hati kita bersama. Keimanan kita masih perlu dipertanyakan dimana tingkatannya jika salah satu indikator yang Rasulullah berikan belum mampu kita penuhkan:

Sahabat Abi Hurairah ra bertanya, bahwa  Rasulullah saw telah bersabda "Tidak akan berzina seorang pezina bila ketika berzina dia beriman...(HR Bukhori & Muslim)

Sesungguhnya tazkirah ini khusus dan paling utama untuk ana sendiri, syukur kepada Illahi yang memberikan kesedaran akan perkara ini dari terus menjerumus mengotorkan hati ini walau pasti sudah terlalu banyak bintik hitam yang mengotori hati. Segala pujian kita serahkan segalanya kepada yang memberikan nikmat atas segalanya. Jika keindahan kita dapati tidak kira dimana lokasi, ingat dan pujilah kepada Dia yang selayaknya. Segala kekurangan dan kesalahan diri atas dasar kehinaan kita sendiri yang bergelumut dengan dosa samada ktia sedari atau sebaliknya, samada besar atau kecil saiznya kerana dosa bukan umpama lalat yang hinggap sementara pada hidung, dikuis terus hilang(Hilal Asyraf) dan yang pasti dosa kecil lebih kita takuti dari dosa besar kerana ia tidak dapat dirasa kerana kekecilannya(Ibn Qayyim). Persiapan hati itu yang penting(Abu Muhammad).

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawapan."(QS 17:36)

Monday, May 17, 2010

Cukuplah tu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



(Idea dari Kisah benar seorang kawan yang berkongsi kepada saya semalam)

Cukuplah tu,
Cukuplah hati mak ayah yang abang lukakan,
Cukuplah tangisan mereka abang titiskan,
Cukuplah cemuhan yang abang berikan,
Cukuplah suara tinggi yang abang laungkan,
Mengapa sanggup abang lakukan,
Kepada insan yang terlalu banyak berkorban,
Untuk abang yang sentiasa diutamakan,
Namun inikah balasan yang abang berikan?

Cukuplah tu,
Cukuplah kedegilan yang sering abang egokan,
Sehingga seorang insan yang sentiasa tabah,
Sehingga seorang insan yang sentiasa sabar,
Sehingga seorang insan yang sentiasa Mengalah,
Tidak dapat menahan sebak di dada,
Dihadapan abang air mata dicucurkan,
Kerana ayah hanya mampu menahan,
Menahan dari menghayun pukulan,
Atas rasa cinta dan sayang,
Namun mengapa tidak abang sedar ini semua,
Ayah yang sering memberi kasih dan sayang,
Walau terlalu banyak kesalahan yang abang lakukan,
Ayah tetap bersabar kepada abang,
Namun Inikah balasan yang abang berikan?

Cukuplah tu,
Abang sendiri tahu ibu baru sembuh dari pembedahan,
Rehat yang cukup amat diperlukan,
Namun abang tetap nak teruskan pergaduhan,
Dihadapan ibu abang terus endahkan,
Sehinggakan ibu terpaksa menahan kesakitan,
Kesakitan luaran dan juga hati dalaman,
Melihat pergaduhan yang sering abang cetuskan,
Tolong la bang tolong hentikan,
Jangan ibu terus abang tekan,
Abang lepaskanlah amarah kepada aku,
Abang hayunlah pukulan kepada aku,
Yang penting jangan ayah dan ibu jadi sasaran,
atas kesalahan yang abang sendiri lakukan,
kerana inikah balasan yang abang berikan?

Cukuplah tu,
Tidakkah abang tahu Allah dalam firman-Nya,
"Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua orang ibu- bapanya",(QS29:8)
"hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya",(QS 17:23)
ingatlah peringatan dan suruhan dari-Nya,
ingatlah ibu ayah merupakan nikmat dari-Nya,
jangan abang kufurkan segala firman-Nya,
kerana kelak kita akan bertemu dengan-Nya.

Friday, May 14, 2010

Tangisan Kerana Mereka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


(sedikit coretan kisah benar yang baharu berlaku semalam!)

"Akhi, ana ada nak tanya pendapat antum ni..tadi masa taujih Doktor tu ana malu nak tanya."Mad'u ana bertanya dengan nada perlahan. Kami hanya tinggal berdua di dalam kereta proton satria berwarna biru selepas menghantar mad'u yang lain. Program iftar dan taujih memberi makna yang dalma kepada mad'u ana. Ana langsung mematikan radio untuk fokus mendengar apa mad'u ana ingin sampaikan.

"hah..ada apa?nampak serius ja.." Ana hanya fokus atas pemanduan kerana hujan menghalang jarak penglihatan dari mengorak lebih jauh.

"ana terkesan la tazkirah doktor tadi tu..selama ini ana tidak tahu pun kepentingan dakwah kepada family." Mad'u ana nampak sediki bersemangat berkata mengenai dakwah walaupun baru satu semester menenal tarbiyyah. Benarlah usia dalam tarbiyyah bukan penentu kematangan dalam tarbiyyah. Mad'u ana yang baru habis peperiksaan akhir bakal balik ke rumah menghabiskan waktu cutinya di sabah. Sedangkan bagi ana belum mula lagi kertas peperiksaan yang pertama.

"alhamdulillah bagus la tu..antum balik cuti ni jangan RTM (Rehat,Tidur,Makan) ja..manfaatkan cuti ni untuk dakwah keluarga antum..cuma, ada la cara-cara nak berdakwah dengan family ni..kena masuk perlahan-perlahan dan secara indirect akhi..bukan la terus bersemangat nak dorang tiba-tiba ajak ke tahajjud contohnya..hehe.." Ana beri sedikit perkongsian berdasarkan ilmu dan pengalaman.

"owh..betul gak..keluarga ana ni bukan jenis yang dekat sangat dengan islam..macam abang ana tu pun tidak solat..solat jumaat pun tidak..ana dulu pun teruk juga akh..tapi alhamdulillah masih terjaga solat..tapi abang ana entahlah..ana sejak ditarbiyyah ni baru ana sedar banyak perkara..ana sedih la bila terkenang keluarga ana.."Mad'u ana mula meluahkan dengan nada sedih.

"biasalah tu akh..sepanjang ana dalam tarbiyyah (walau baru 2 tahun), ana dah banyak dengar masalah macam ni..ramai ja ikhwah kita berasal dari keluarga yang agak jauh dari islam..ada ikhwah kita ibubapa dia pun tidak solat..tapi inilah tugas kita bagi yang dah mula ditarbiyyah..untuk kita sebarkan tarbiyyah dalam lingkungan kita..abang antum apa masalah dia sebenarnya?" Ana cuba mengorek lagi akar daripada permasalahan abangnya untuk mengkaji punca utama masalah tersebut.

"abang ana ni, dulu waktu sekolah darjah, dia lah paling baik antara kami..abang sulung kan..dia la yang selalu jaga solat dan baca quran..akademik pun ok..tapi waktu dia masuk sekolah menengah terus banyak perubahan.. dia berubah terlalu jauh..sampai mak dengan bapa pun sakit hati pasal sikap abang..banyak benda-benda buruk yang dia buat..tapi abang terlalu baik dengan ana..di keluarga ana, dia la yang paling baik dengan ana..tapi, walaupun dia baik ngan ana, ana tahu sikap buruk dia di luar..tidak tau la..ana sedih juga tengok dia..ana sayang dia..ana mau dia berubah..tapi...ana dah tidak tau macam mana lagi mau dakwah dia..hati dia sudah keras sangat..ana pun......"

Mad'u ana tiba-tiba menangis meluahkan ujian yang ditimpanya. Ana turut terkesan atas tangisannya. Tangisan atas dasar tidak mampu untuk mendakwahi abang kesayangannya. ana teringat surah 9 ayat 92 , dimana bercucuran air mata mereka yang tidak dapat ikut berperang. Namun hakikat sekarang, ramai yang gembira tatkala tidak dapat turun berjihad di jalan Allah.

"dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu." lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata karena kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan"(QS 9:92)

Ana biarkan mad'u ana untuk bertenang seketika. Kereta sudah sampai dihadapan blok asramanya. Tapi dia masih terus mengharapkan sedikit bekalan ilmu dan pendapat untuk membantu dakwah kepada keluarga.

"dakwah kepada keluarga bukan suatu yang mudah akhi..berdakwah dalam lingkungan yang terlalu sering bersama kita..yang mengetahui sikap ragam kita..suatu perkara yang perlu dirancang dengan berhikmah..tapi akhi, ana cadangkan antum sekarang tolong dakwah dari segi akhlak antum..tunjukkan yang antum ada perubahan dari sebelumnya..dakwah keluarga kita kena menyisip secara halus..jangan pula tunjukkan perkara yang terlalu drastik..itu bahkan akan merosakkan lagi dakwah family kita..sampai-sampai rumah baca quran kuat-kuat depan TV la, marah adik-adik untuk jaga solat, selalu tidak consider pandangan mak bapa kita..bukan gitu caranya..bukan mudah kita mau fahamkan perubahan yang berlaku pada diri kita..antum kena dakwah pelan-pelan akhi..guna konsep qudwah qabla dakwah..antum kena tunjukkan yang antum bukan seperti dulu..sekarang tolong eratkan dahulu hubungan antum dengan keluarga antum..antum kena selalu call parents antum..tanya khabar dorang..balik ni sentiasa bantu dorang..jangan mau tunggu disuruh..antum sendiri yang offer pada mereka..siram bunga ka..cuci kereta ka..menyapu dana apa-apa kerja di rumah..mutabaah antum mesti terus dijaga..kalau dulu kita selalu bangun jam 11 pagi..cuba bangun awal-awal..selepas tahajjud pergi solat subuh di masjid atau surau..tidak payah paksa dorang ikut sekali dulu..cukup sekadar kejut sikit-sikit ja sebelum pergi ke masjid..antum tidak payah mau tunjuk terang-terang perubahan antum..biar amal yang berbicara..buat ja biasa-biasa di depan dorang..dorang pasti sedar perubahan antum secara tidak langsung.."

"insyaAllah..ana akan cuba usahakan..ana memang agak teruk time di rumah akh..tapi lepas dapat tarbiyyah ni..baru ana sedar banyak perkara..doakan ana akh..kalau untuk abang ana pula macam mana?"

"hurm..bahaya juga abang antum ni..sampai solat jumaat pun dia tinggalkan..untuk dia ni..sama juga antum tidak boleh secara direct tau..kena dakwah dia secara indirect..contohnya, antumkan rapat ngan dia..time antum bersembang atau bersama dia tu..setiap kali masuk waktu solat antum cuba minta izin ngan dia..antum cakap ja..sekejap ya bang..ada hal kejap..tidak payah dulu secara direct..biar amal berbicara..akhlak yang berdakwah..ana yakin dia pasti tahu antum ke mana time tu, cuma kita biar saja dulu buat dia selesa dengan kita..buat secara perlahan la akhi..insyaAllah lama-lama nanti sifat ego dia hilang sendiri hasil amal kita..sebab kalau mau terus cakap suruh dia pergi solat belum masanya lagi..pelan-pelan kita tarbiyyah hati dia kembali ingat amal yang kita buat..boleh insyaAllah.."

"betul gak akhi..sebelum ni masa ana di MRSM, ana ada juga dengar tazkirah di sana..ada gak rasa perlu sebarkan islam pada abang ana..samapai hari tu ana ada marah dia untuk pergi solat..tapi dia bahkan ego dan melawan..dia cakap dah cukup alim la tu..dan macam-macam la..ana pun dahla background buruk..dia lagi abang sulung..memang susah la akh.."

"sebab tu la macam ana cakap, kena sedar dulu posisi dan situasi antum sekarang..dakwah ja pelan-pelan..macam kalau dekat bilik antum baca-baca quran..kalu tahu ja dia mau masuk tu antum pura-pura cepat-cepat letak quran..buat-buat nak sembunyi..konon-konon tidak mau dia sedar tapi kita bagi dia nampak..dia pasti tahu apa kita buat..antum santai-santai ja la cakap cuma baca quran sikit-sikit kalau dia tanya..jadi itu maksud ana secara indirect..dia tidak terasa yang kita sebenarnya ingin dakwahi dia..insyaAllah lebih boleh dia terima benda-benda yang tidak kita buat khusus fokus depan dia..antum must be humble la akhi..kena banyak bersabar..banyakkan berdoa pada Yang Berkuasa Mebolak-balikkan Hati..yang penting antum dah usaha yang termampu..janganlah harap mau tuai dah padi yang baru semalam kita tanam..dalam bilik antum ka antum letak artikel-artikel mengenai solat..jangan pula sengaja lekat di depan pintu dia..sekali lagi..buat secara indirect..insyaAllah akhi..antum boleh punya..ok?"

"insyaAllah..terima kasih banyak ya akhi..doakan ana mampu dakwah keluarga ana..tapi sekarang ana tambah sedar pentingnya ana ditarbiyyah dan mentarbiyyah orang lain..cuba ana takut tidak kuat ja bila sorang-sorang nanti.."

"jangan biar masyarakt mewarnai antum..biar antum yang mewarnai masyarakat..antum kena teguh dan sabar la akhi..jaga mutabaah antum..mutabaah tu sebagai sarana jaga akhlak dihadapan keluarga juga tu..eratkan hubungan antum..selalu minta maaf dengan mak bapa..insyaAllah ana doakan perjuangan dan pengorbanan antum.."

"insyaAllah..ok akhi..alhamdulillah..banyak ana dapat malam ni.." salam semut mengakhiri pertemuan kami berdua. Terasa syukur di dalam diri melihat mad'u yang kita ajak mengenal Allah kini sedar akan peranan diri sebagai hamba. Indahnya tarbiyyah. Alhamdulillah.

Wednesday, May 12, 2010

Ujian Kehidupanku (Request dari seseorang)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Khas buat seseorang yang ditimpa ujian hidup yang dia rasakan tidak mampu bertahan. Sekadar coretan penghibur hati buat yang request. moga bermanfaat.

Hidupku,
Ku rasa terlalu berat untukku melangkah,
melangkah segala ujian dunia,
ujian yang bagiku terlalu berat dirasa,
mungkin manusia lain tidak mampu merasa,
apa yang ku alami setiap masa,
namun satu perkara yang aku percaya,
Allah sentiasa ada bersama.

Hidupku,
kekadang ku menangis dalam sepi,
bersendiri menghayati ujian diri,
pelbagai mehnah menimpa diri,
yang perlu diriku sentiasa gagahi,
dengan kekuatan iman sentiasa di hati,
dengan keyakinan Allah sentiasa ada di sisi.

Hidupku,
perlu ku sedar ini semua ujian,
ujian bagi menguji hamba-Nya yang beriman,
tidak ramai yang mampu terus bertahan,
tatkala ujian terus membekam,
namun ujian tidak akan melebihi sesuatu kesanggupan,
semua pasti mampu melalui dengan kekuatan,
kekuatan yang perlu dibina melalui iman,
serta kepercayaan yang tinggi kepada Tuhan,
bahawa Dia-lah satu-satunya tempat memohon,
memohon keampunan juga kekuatan,
dalam menelusuri pelbagai ujian.

tabahkan dirimu, aku yakin dirimu pasti mampu bertahan segala ujian yang mendatang.

Cintaku Masih Rapuh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Cintaku masih rapuh,
rapuh laksana ranting yang tiada utuh,
tidak tahan tatkala angin menghembus laju,
terlalu rapuh untuk diriku mengaku,
mengaku Engkau lah cintaku yang satu.

Cintaku masih rapuh,
terlalu rapuh dengan godaan dunia,
terlalu rapuh dengan hasutan nafsu semata,
terlalu rapuh dengan bisikan syaitan durjana,
walau ku tahu itu bukan sepatutnya,
kerana ku tahu Engkau cinta terindah
maafkan diriku yang hina dina..

Cintaku masih rapuh,
rapuh mencintai-Mu sepenuh jiwa,
rapuh mengabdikan diriku untuk-Mu semata,
kekadang tidurku lebih ku cinta,
dari mujahadah melawan nafsu dunia,
untuk bangun tahajjud ibadat mulia,
sebagai lambang syukur segala nikmat,
namun alangkah diriku begitu leka,
mengutamakan cinta tidur dari yang sepatutnya.
inikah dikatakan hamba yang mencinta,
cinta kepada Allah Yang Maha Pencipta,
maafkan diriku yang hina dina.

Cintaku masih rapuh,
rapuh dengan godaan dunia,
belum mampu kosongkan hatiku dengan dunia,
sehingga diri-Mu tidak ku ingat sentiasa,
dalam keadaan berdiri,duduk dan berbaring seperti yang Kau firmankan,
dalam waktu pagi dan petang sepatutnya ku ingat sentiasa,
namun ku leka dengan kesibukan dunia,
sehingga ku diwarnai oleh dunia,
bukan diriku yang mewarnai dunia,
sehingga ku alpa dibuai kesenangan dunia,
benarlah ujian ada dua,
ujian kesenangan juga sebaliknya,
namun ku sering kalah kedua-duanya,
maafkan diriku yang hina dina.

Cintaku masih rapuh,
selalu tertelan bisikan syaitan durjana,
yang ingin menjauhkan uamt Muhammad,
dari sering membaca ayat-ayat indah,
yang termaktub dalam kitab suci mulia,
terlalu sedikit yang sering ku baca,
apatah lagi ingin menghayatinya,
sedangkan ku tahu alangkah indah,
ayat-ayat-Nya merupakan tarbiyyah dari-Nya,
sebagai petunjuk dalam kehidupan dunia,
untuk bekalan di akhirat sana,
namun diriku masih lemah,
maafkan diriku yang hina dina.

Cintaku masih rapuh,
inginku buktikan dari sedekah sentiasa,
dari setiap ruas tulang yang aku ada,
dengan melaksanakan solat dhuha,
yang turut mampu memurahkan rezeki dari Pemberi Tuhan Alam Semesta,
rezeki dari pelbagai aspek yang tidak terkira,
samada harta mahupun ilmu semata,
namun rezeki dakwah itu yang utama,
namun dhuha ku masih kurang gizinya,
masih bermalasan dalam melakukannya,
maafkan diriku yang hina dina.

Cintaku masih rapuh,
mengutamakan hal-hal dunia dari akhirat,
walau dunia tidak patut dilupakan,
namun akhirat patut lebih didahulukan,
namun mengapa amat sukar untuk ku lakukan,
meyakini segala apa yang telah difirmankan,
masih tenggelaman dengan nafsu dunia,
seperti wanita ujian utama,
salah satu amaran dalam firman-Nya,
namun ku hiburkan hatiku dengan kata-kata,
bahawa tak akan ku gadaikan wanita syurga,
hanya kerana wanita dunia,
takkan ku gadaikan pandangan zina,
dari menghambatku melihat bidadari syurga.
harta benda ujian lainnya,
memang benar patut jadikan dunia di tangan kita,
namun jangan jadikan dunia di hati kita,
kerana mencintai dunia dan akhirat bagaikan timur dan barat,
apabila menuju sesuatu haluan,
maka jauhlah haluan lainnya,
biar dunia di tangan kita,
namun hati sentiasa tunduk kepada Yang Esa,
namun diriku masih lemah tidak berdaya,
maafkan diriku yang hina dina.

Cintaku masih rapuh,
dalam nak berkorban untuk-Mu semata,
redha dari-Mu itu yang utama,
ujian itu kewajipan setiap hamba,
yang ingin menambah iman di dada,
yang ingin berjuang berjihad di jalan agama-Nya,
tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan,
namun ramai kecundang dengan ujian yang menimpa,
ramai terleka dengan permainan dunia,
ramai terlena dengan hasutan nafsu semata,
ramai terikut dengan bisikan syaitan laknatullah,
antara tuntutan pengorbanan atau perjuangan ringan,
pasti ramai yang ingin pengorbanan yang ringan,
masih berkira untuk meyerahkan kesemuanya,
sebagai lambang cinta teragung hanya milik-Nya,
hanya demi Allah Yang Maha Kuasa,
walau ku hanya seorang insan yang lemah,
namun ku kan berjuang sedaya upaya,
demi menggapai cinta yang utama,
walau sering terjatuh di lubang ujian,
maafkan diriku yang hina dina.

CIntaku masih rapuh,
akan ku perbaiki diri yang hina,
akan ku perbaiki saudara seagama,
ayuh bangkit hamba-hamba Allah,
ayuh bangkit generasi umat Muhammad,
ayuh bangkit berjihad di jalan-Nya,
melawan hawa nafsu dan musuh agama,
kerana itu la tahapan cinta yang sepatutnya,
melebihi keluarga, harta dan segalanya,
Allah, Rasul dan Jihad itu susunannya,
baru dikira beriman kepada firman-Nya,
jangan kita kufurkan firman-firman-Nya,
hanya kerana kepentingan yang tidak sepatutnya,
semoga diredha perjuangan kita,
walau usaha belum dikerah semuanya,
maafkan diriku yang hina dina.