Monday, May 2, 2011

Tips Study @ Al-Quran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




Final Exam Membuka Tirai


Alhamdulillah, UTP bakal membuka dewannya khusus bagi menempatkan pelajar-pelajar menjalani peperiksaan akhir semester ini bermula 5 May 2011 sehingga 15 May 2011. Seperti tempat yang lain, buah jadual peperiksaan yang berbeza-beza dari pokok jurusan yang berbeza-beza, ada yang mula lebih awal, ada yang lebih lewat bermula, ada pula habis awal, dan ada pula awal habisnya. Bagi saya, berada di pertengahan, bermula dari 7 May 2011 sehingga 12 May 2011. Mohon doa dari semua untuk kejayaan menjawab dengan tenang dan benar pada peperiksaan yang bakal menerpa.

Sudah tentu di tempat yang lain, ada yang sudah heboh dengan final exam yang sudah menutupkan tirainya. Bagi UTP, memang hampir sering antara yang lambat bermula, dan natijahnya semestinya habis lebih lewat berbanding IPT lainnya. Namun, ianya bukan masalah yang utama untuk dipedebatkan, lebih utama sentiasa bersedia menghadapinya. Indikator mudah untuk melihat persiapan kita adalah dengan membayangkan jika Final Exam bermula HARI INI, adakah kita akan mampu menjawab soalan yang diberikan dengan cemerlang? Begitu juga kepada adik-adik di luar sana yang mengambil UPSR, PMR mahupun SPM, bayangkan bermula HARI INI, pasti tergeletek adik-adik menjawab tidak tentu hala (bukan semua)..^.^..pengajarannya, sentiasa bersedia ya.

Jangan Hanya Pandang Ke Barat


InsyaAllah, pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi suatu alternatif bagi kita mendapatkan motivasi dan tips belajar berdasarkan sumber yang jarang diketengahkan. Kebiasaan bagi manusia zaman ini hanya mencari tips kejayaan dan kecemerlangan berpaksikan sumber kajian dari negara barat, mahupun negara-negara maju lainnya. Ianya memang amat baik bagi menyingkap dan mengutip mutiara-mutiara ilmu dimana-mana, kerana ia sebenarnya berasal dari umat Islam sendiri, namun mengapa pada hari ini kita lebih menaikkan dan mengutamakan sumber di sana berbanding sumber yang wajib kita pegangi, Al-Quran. Kerana 'Al-Quran Ummul 'Ilmi' [Ibnu Mas'ud], Al-Quran ibu/induk kepada ilmu. InsyaAllah, kali ini kita membelek ilmu pada topik tips belajar dan berjaya dalam Al-Quran.

Sebelum kita mulakan perkongsian perlu kita yakini dan sedari bahawa kecemerlangan dan kejayaan adalah tuntutan bagi seorang yang ingin beriman. Orang-orang yang beriman sepatutnya menjadi yang paling tinggi dalam pelbagai aspek, samada pendidikan, kerjaya, rumah tangga, sosial, ekonomi dan sebagainya, kerana inilah batu-bata yang bakal menguatkan binaan umat Islam.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, sedangkan kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."[QS al-Imran, 3:139]


Janganlah kita jatuh motivasi atau bersikap lemah, apatah lagi bersedih hati sehingga merapuhkan kejayaan, kerana jika kita mengaku orang-orang beriman, sepatutnya kita yang paling tinggi darjatnya tidak kira dalam apa jua aspek dan keadaan. Maka ayuh kita buktikan kepada dunia, orang-orang beriman paling tinggi kedudukannya. Kerana memang berjaya orang-orang yang beriman.

"Sesungguhnya berjaya-lah orang-orang yang beriman,"[QS al-Mukminum, 23:1] 


Tips Belajar @ Al-Quran


Sebenarnya terlalu banyak tips dalam al-Quran yang mampu kita manfaatkan dalam kehidupan, kita perlu menjadi orang-orang yang berakal, berfikir, menghayati dan mengkaji ayat-ayat Allah yang mengandungi pelbagai hikmah kepada semua status manusia. Antara tips yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah:
  1. Asking!
  2. Revision!
  3. Proactive!
  4. Effort & Determination!
  5. Time Discipline!
  6. Focus!
  7. Team Work!
  8. Visual, Auditory & Kinesthetic!
  9. Never Give-Up!
  10. Self Motivation!

1. Asking:


"maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui,"[QS an-Nahl, 16:43]


Allah nyatakan kepada kita, jika kita tidak tahu, maka bertanyalah. Namun, ada sisi lain yang ditekankan dalam bertanya, kita perlu bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu perkara itu. Jangan bertanya subjek Biologi kepada guru kaunselor, atau bertanya soalan kimia kepada guru bahasa, apatah lagi bertanya dengan kawan yang tidak tahu, nanti yang keluar dari mulutnya "kamu tak tahu?aku lagi tak tahu..huhu"..syarat nak bertanya, bertanya dengan orang yang tahu. Sedih kita lihat ketika guru/pensyarah bertanya kepada kita "ada apa-apa soalan? semuanya faham?"..hampir semua diam membisu, kerana kebiasaan ada 3 jenis manusia jika dia tiada soalan.
  1. dia memang faham, maka tiada apa yang ingin ditanya
  2. dia memang tak faham, maka tidak tahu apa yang ingin ditanya
  3. dia buat-buat faham, dia tidak faham, tapi buat-buat faham kerana.....(masing2 tahu ya)
2. Revision!


"Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat."[QS al-Isra', 17:41]


Diulang-ulang agar kita ingat. Inilah ulang kaji yang perlu kita praktikan. Kita pasti sedia maklum bahawa 'Practise Makes Perfect", begitu juga yang diajarkan Allah kepada kita, teruslah mengulang sehingga ia akan jadi kebiasaan. Psychological term kita gelar sebagai 'Repetition Power', suatu perkara yang jika terus diulang, akan membuatkan ia menjadi kebiasaan yang dengan lancar dan mudah untuk kita lakukan pada masa hadapan.

3. Proactive!


"..lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar."[QS al-Fathiir, 35:32]


Ayat ini menerangkan 3 jenis golongan manusia. Ada yang menzalimi diri sendiri, sudah tahu exam dah dekat, tapi masih tidak mahu belajar. Ada pula pertengahan atau sedang-sedang, golongan ini biasa-biasa ja, dia belajar bila ada test atau exam, esok ada quiz baru belajar, minggu depan ingin exam, baru mula belajar. Ada pula proaktif/lebih dahulu/keterdepan, golongan ini membuat persedian jauh lebih awal berbanding golongan lain, persediaan dia juga lebih mencukupi bahkan terlebih-lebih berbanding yang lain, orang lain baru chapter 1, dia dah belajar sampai chapter 12..hehe..maksudnya dia memang proaktif kehadapan. Saya yakin kita semua ketika exam tinggal seminggu, sudah tentu belajar dengan bersungguh-sungguh, cuba bayangkan jika mode belajar sunguh-sungguh bagai minggu depan nak exam tu kita bawa pada awal sem lagi, bagaimana hasilnya?

4. Effort & Determination!


"dan bahawasanya, seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,"[QS an-Najm, 53:39]


"Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya."[QS ath-Thur, 52:21]


Man Jadda, wa jadda. Inilah kata yang sering kita dengarkan, memang benar siapa yang usaha, dia akan dapat hasilnya. Begitu juga konsep kita belajar, cuba ingat kembali keputusan exam kita yang lepas, kemudian bandingkan dengan usaha kita, nescaya kita akan lihat perkara yang perlu dipertingkatkan. Kejayaan yang kita impikan dan angan-angankan, perlu dibuktikan dengan usaha dan kesungguhan. Inilah yang diajarkan Allah kepada kita, berusaha dengan bersungguh-sungguh.

"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik."[QS al-Isra', 17:19]


5. Time Discipline!


"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok, "[QS al-Hasyr, 59:18]

Jika kita gagal merancang, kita meracang untuk gagal. Perhatikan hari esok, bersedia dan rancang apa yang akan kita lakukan hari esok, apa susunan masa untuk kita belajar, subjek apa, topik apa ingin dihabiskan, dan sebagainya. Lebih indah jika kita mampu membuat jadual waktu belajar kita, agar lebih tersusun dan teratur urusan kita. Namun masalah bagi kebanyakan pengguna jadual waktu ini, adalah masalah disiplin terhadap jadual yang diri sendiri tetapkan..ish3..Allah mengingatkan kita agar ikuti waktu yang telah ditetapkan

"Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman"[QS an-Nisa', 4:103]


Orang-orang beriman sepatutnya seorang yang disiplin akan waktunya, latihan yang diberikan Allah agar solat tepat pada waktunya perlu kita praktikkan dalam perkara lainnya. Mana mungkin kita ingin solat subuh pada waktu isyak, atau solat maghrib pada waktu zohor, kita akan disiplin mengikut masa yang telah ditetapkan.

6. Focus!


"(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,"[QS al-Mukminum, 23:2]


Fokus dalam beribadat memang dituntut kepada kita. Jangan ketika solat kita tidak fokus untuk beribadat kepada Allah, sehingga ingat benda-benda lainnya. Kita harus fokus dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Cuba tanyakan pada diri kita, pernah atau tidak kita terlupa di mana barang yang kita letakkan? Pasti ramai antara kita sering bahkan selalu mengalaminya, kerana kita tidak fokus ketika kita meletakkan barang tersebut. Begitu juga ketika belajar, kita perlu fokus ketika membaca atau membuat latihan, terkadang kita belajar tapi fikiran dan minda kita tidak fokus terhadapnya, maka percentage ilmu yang kita pelajari berkurang berbanding jika kita fokus melakukannya. Selain itu, perkara-perkara yang mengganggu atau yang tiada manfaat perlulah kita tinggalkan sahaja.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,"[QS al-Mukminun, 23:3]


Perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat tidak perlu kita lakukan, perkara-perkara yang mendatangkan mudarat perlu kita tinggalkan.

7. Team Work!


"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."[QS al-Maidah, 5:2]


Dalam menngusahakan perkara kebaikan seperti pelajaran, kita dianjurkan untuk saling tolong menolong ke arahnya. Masalah sekarang kita dapat lihat betapa ramai manusia yang mementingkan dirinya sendiri berbanding menolong orang lain? Ingin berjaya dan kaya sendiri-sendiri, melupakan kegagalan dan kesusahan orang lain, tiada langsung semangat ukhuwah yang perlu djalinkan sesama kita dalam perkara yang mampu kita usahakan bersama. Adakah kita ingin menjadi seperti ini? Namun, di sisi yang lebih utama, kita sendiri yang kena mulakan percikkan kerjasama kepada orang lain, bukan hanya mengharap orang lain yang menolong. Kerjasama dalam belajar amat membantu sesama kita, seperti kosep 'Study Group' yang pasti mampu meringankan beban sesama kita. Bahagikan beberapa topik kepada ahli kumpulan untuk masing-masing belajar dan memahami lebih mendalam, kemudian baru masing-masing present topik masing-masing. Lakukan juga diskusi-diskusi bagi menyelesaikan masalah atau ketidakfahaman terhadap beberapa topik.

"dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."[QS al-Imran, 3:159]


8. Visual, Auditory & Kinesthetic!


"karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya."[QS al-Imran, 3:79]


Proses belajar yang diajarkan dalam ayat diatas adalah kita bukan hanya sekadar belajar sendiri, namun cuba mengajari juga apa yang telah kita pelajari. Ini akan membuatkan kita lebih faham dan lebih ingat bahkan memberikan kebaikan bukan pada diri sendiri, tapi juga kepada orang lain. Kita mengetahui 3 jenis manusia dalam aspek daya ingatan, ada yang mampu dan lebih ingat apa yang dilihat (Visual), ada yang apa yang didengar (Auditory) dan ada yang melalui pergerakan (kinesthetic). Kita jika ingin tahu kita jenis yang mana, memang ada questionnaire yang dibuat, tapi ada kaedah yang lain, cuba kita ketika exam berlangsung, kita ingin mengingat sesuatu formula atau fakta, adakah kita lebih ingat buku/nota yang kita lihat dan baca (visual)? atau lebih mampu ingat suara guru/pensyarah yang mengajar(auditory)?atau lebih ingat apa yang kita contengkan/tuliskan dalam nota atau latihan kita(kinesthetic)?


Namun, ia semestinya sudah terlambat jika masa exam baru mau tahu kita jenis yang mana..makanya, kita harus menggunakan kesemua daya ingatan ketika belajar. Membaca sambil mengeluarkan suara lalu mencatat juga dengan tangan, dan semua ini boleh dilakukan dengan method yang diajarkan ayat di atas, belajar dan mengajarkan, satu penggabungan kaedah belajar yang pasti memberikan impak yang positif. 


9. Never Give Up!


"Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."[QS Yusuf, 12:87]


Hanya kaum kafir yang ada perkataan putus asa dalam kamus hidupnya. Maka jangan pernah memberikan kesempatan perkataan putus asa tertulis dalam kamus kita. Kita pasti pernah melalui keadaan dimana setelah berusaha sekali, dua kali, tiga kali, kemudian sudah tidak sanggup teruskan kerana gagal berterusan. Bagi kita, jika kita gagal 100 kali, maka teruskanlah mencuba, kerana mungkin kejayaan adalah yang kali ke 101 itu. Sepertiman Thomas Edison yang terkenal dengan menghasilkan lampu mentol yang menyala, beliau melalui 10,000 reka bentuk sebelum berjaya menghasilkan mentol elektrik yang menyala.


Begitu juga Colonel Sanders (Pengasas KFC) yang pasti kita semua sedia kenali dengan kejayaan resepi ayamnya yang pada hari ini KFC hampir berada di seluruh dunia. Beliau pada awal mula bisnesnya hanya ingin menawarkan resepi ayam gorengnya kepada beberapa restoran, tapi cuba kita bayangkan, sebanyak 1007 restoran yang menolak tawaran beliau. Mungkin jika kita, restoran yang ke 5 pun sudah tidak lalu untuk teruskan, tapi bagi Colonel Sanders kita bayangkan kali 1008 barulah ada restoran yang menerima resepinya, baru menerima, belum lagi berkembang..namun akhirnya, kita lihat apa hasil kejayaannya pada hari ini. Bukan untuk promosi KFC. tapi untuk ambil nilai murni untuk kita amati. Ayuh umat Islam semua, kita kena buktikan dengan semangat yang tinggi, jangan lagi terlalu mudah untuk berputus asa, teruskanlah usaha dengan gigih, bagi mencapai kejayaan yang tidak akan datang dengan sendiri.


10. Self Motivation!


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."[QS ar-Ra'd, 13:11]


Tiada gunanya kursus yang kita hadiri, motivasi-motivasi yang kita dapati atau tips-tips yang diberi, jika perubahan bukan atas kehendak diri sendiri. Kita yang harus sedar dan mendorong diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang kita impikan. Kita yang harus dengan semangat dan kesungguhan memotivasi diri untuk merealisasikan kegemilangan yang kita angankan. Kerana orang lain hanya mampu menasihati apa yang tersurat pada diri kita, tapi diri kita sendiri yang mampu menasihati apa yang tersirat dalam diri kita.

Jangan Lupa Penentu Segala


InsyaAllah, sedikit perkongsia bagi kita menambah lagi usaha dalam mencapai kejayaan, namun sama-sama kita yakini, kira merancang, Allah juga merancang, dan sebaik-baik Perancang adalah Allah SWT. Jagalah Allah, nescaya dia akan menjaga kita kelak. Jaga hubungan dan hak kita kepada Allah, ini adalah sisi yang paling utama perlu kita amalkan. Memang usaha tangga kejayaan, tapi mari kita hiasi lagi tangga itu dengan carpet doa dan tawakkal, serta meletakkan atap redha dari-Nya. Inilah perbezaan yang perlu kita ketengahkan, jangan membuatkan kita sama sahaja dengan mereka yang tidak mengharapkan pertolongan dari Allah, sombong dalam memohon pertolongan dari Allah.

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." [QS al-Mu'min, 40:60]


Selain itu, teruslah memohon keampunan kepada Allah, jangan biarkan kegelapan dosa maksiat menjadi penghalang kepada cahaya ilmu memasuki akal dan hati kita. Jika terkadang kita merasa lemah, mohonlah keampunan kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan kekuatan kepada kita.

Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa." [QS Hud, 11:52]


Semoga kita melahirkan generasi umat Islam yang mencapai dan mengembalikan kegemilangan umat. Kita harus bangkit menguasai semua gedung ilmu dan kemahiran, cukuplah umat Islam selalu jatuh jauh kebelakang. Perubahan tersebut akan berlaku, jika kita mulakan perubahan pada diri kita dahulu. Semoga Allah memberikan kejayaan kepada kita semua dalam apa jua yang kita usahakan untuk kita memanfaatkan kejayaan bagi membantu lagi agama Allah.

17 comments:

Anonymous said...

Aku hanya menambahkan feed Anda ke favorit saya. Saya sangat menikmati membaca posting Anda.

Mohd Adhwa said...

Perkongsian yg mantap!
Semoga berjaya akhi! Dalam exam nanti!

Nazihah@Jiha said...

*entri ni telah d'copy n paste jd koleksi, utk rujukan masa hidup..^^

MA'A TAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN! ^^

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Mohd Adhwa -> insyaAllah akh..jzkk..

Nazihah -> hehe..silakan..syukran ya..

Nurliyana Adnan said...

Penutup tirai yg terbaik akhi.Mhon izin copy n pste untuk shbt2 ana yg len.syukran.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah amalkn penutup tirainya..sangat dialu-alukn untk brkongsi..jzkk..

paan said...

memang terbaik la . baru jumpa blog ni.. insyaallah , akan terus keep it up dengan blog ini . :)

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah paan..terima kasih ya..salam ukhuwah perkenalan..^.^..

BADAR SASER said...

Salam.. badar saser mohon untuk share post ini..

Fakhrullah Bin Mawardi said...

silakan Badar Saser..cuma if x keberatan mohon diletakkan link blog ini ya..iA..syukran..

QalbunNur said...

assalamualaikum..
sangat menarik, tip yg di petikkan dengan hujah AL-QURAN..
kalau boleh nak minta kebenaran uk share di blog ana...

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah tafadhal Qalbunnur..semoga bermanfaat..

QalbunNur said...

syukran jiddan..(^_^)

Fakhrullah Bin Mawardi said...

afwan Qalbunnur..syukran sudi dikongsikan..

adeq said...

selalu ambil x endah je tajuk nhe. but now, ia sangat bermanfaat dan berguna. dengan fakta3 akademia. jazakallahu khairan jaza'.

Anonymous said...

assalamualaikum..
mohon untuk copy tips study @ Al-Quran.
syukran jazilan.
smoga Allah sentiasa merahmati mu..

Fakhrullah Bin Mawardi said...

wa'alaikumsalam wbt, silakan dikongsi..smga Allah merahmati kita semua..