Tuesday, December 29, 2009

Apa Matlamatku??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM





Sidang Pembaca Biiznillah,


Segala puji kita panjatkan kepada Allah s.w.t di atas segala nikmat yang tidak terkira banyaknya serta nikmat yang terus menerus menyapa kita walau kita sedikit sekali bersyukur kepada Yang Maha Pemberi Rezeki. Selawat dan salam kita kirimkan khusus buat seorang manusia mulia yang berkorban demi umatnya sehingga nikmat iman dan islam masih bertahan hingga ke hari ini. Bagindala junjungan contoh teladan dan ikutan kita semua, kekasih kita, sahabat kita serta saudara yang sentiasa kita rindui. Semoga kita menjadi umatnya yang beristimrar dalam mempertahankan dan menegakkan kalimah suci yang diperjuangkan.

Hari ini, negeri di bawah bayu riuh dengan sambutan 'Rumah Terbuka Krismas' yang dihadiri ribuan hamba-hamba Allah. Namun, bukan itu yang ingin saya ulas dikesempatan ini, sedikit masa saya yang terluang ingin saya kongsikan sesuatu yang semoga berguna buat kita bersama hasil ilmu dari sebuah program kepimpinan yang gempak dengan perjuangannya dalam menanam dan menyuburkan 1-Ihsan 6-Rukun Iman dan  5-Rukun Islam di hati manusia. Sedikit ilmu dari banyak ilmu yang diperolehi dalam training tersebut yang bersesuaian dengan tahun baru hijrah yang telah kita langkahi juga tahun baru masehi yang diguna secara universal yang bakal kunjung tiba. Suatu perkara yang sering dipacakkan tatkala menjelangnya tahun baru sebagai period atau tempoh untuk muhasabah hasil pada tahun yang baru dilalui serta tanaman pancang sebagai pembakar semangat dan penebus kekurangan pada tahun sudah tatkala menjelangnya tahun baru kelak.

Sidang Pembaca semoga kita dalam rahmat Yang Esa,

Secara jujur saya akui pembaca diluar sana pasti mempunyai ilmu yang lebih banyak dari saya, namun jika ada 10 ilmu di dada sidang pembaca, semoga bisa lagi ditambah 1 ilmu yang ingin saya kongsi bersama walau saya tahu sidang pembaca lebih layak dan lebih pintar menyampaikannya kerana ilmu yang saya sampaikan, saya sendiri masih jauh dari pengamalannya. Saya minta izin sedikit perkongsian ilmu kali ini terutama buat peringatan diri sendiri.

Perkongsian kali ini lebih ke arah motivasi dan matlamat diri bukan setakat buat waktu jangka masa yang singkat namun satu matlamat yang insyaAllah untuk jaga masa yang lama. Kita sering meletakkan matlamat kita dan berusaha mencapai matlmat yang diazamkan. Kegembiraan terserlah tatkala berjaya mencapainya namun kesedihan juga terpancar jika gagal mencapainya. Matlamat dalam mencapai kecemerlangan akademik, matlamat mencapai cita-cita, matlmat memperoleh kerjaya, matlamat mendapatkan jawatan tinggi, matlamat dalam berumahtangga serta pelbagai lagi matlamat yang ingin dicapai sehingga sanggup berusaha dan lakukan apa sahaja dalam langkah ke arahnya tanpa menghiraukan kawasan larangan atau kawasan selamat, kawasan halal atau kawasan haram. Sering terjadi seseorang hamba menipu dalam mencapai matlamat, rasuah dalam mencapai matlamat, menindas dalam mencapai matlamat atau corak langkah kotor yang lain samada dalam konsep pelajaran, kerjaya, keluarga, masyarakat, negara serta umat sejagat seluruhnya.

Sidang pembaca semoga kita diberkati Allah,

Marilah dikesempatan tempoh anjakan di tahun yang baru kita menanam satu tekad dalam matlamat yang berwawasan jauh dalam rangka membina jalan yang selari ke arah yang lurus sehingga akhir hayat kita. Matlamat yang saling berkaitan antara satu tempoh dengan tempoh yang lain agar terus saling mengukuhkan bagi menjaga kita menjerumus ke arah kebatilan. Rangkaan matlamat yang ingin dikongsi lebih ke arah tiga jangka waktu yang saling menguatkan bermuala dari 'matlamat jangka pendek', 'matlamat jangka pertengahan' dan 'matlamat jangka panjang'. Mari kita huraikan satu persatu.

Kita mulakan dengan matlamat yang paling penting bagi diri kita iaitu matlamat jangka panjang. Mari kita bangunkan semula umat yang jauh berwawasan yang berpandangan jauh dan luas serta sentiasa tidak berada di satu kotak yang kecil. Mari bersama kita tanamkan dalam jiwa dan hati kita satu matlamat jangka panjang kita iaitu dapat melihat wajah pencipta kita, Allah s.w.t di syurga yang dijanjikan. Matlamat jangka panjang yang ingin bahagia di alam yang kekal abadi, akhirat yang pasti melalui alam barzakh yang kita tanamkan matlamat ingin disapa dengan keindahan tatkala malam pertama di kuburan kita kelak. Siapa antara kita yang mahukan siksa yang pedih tatkala melangkah di alam seterusnya, yang sengsara tatkala ditinggalkan sendirian di liag lahad masing-masing, kesengsaraan yang merupakan permulaan sebelum pengumpulan di padang mahsyar, sebelum dicampakkan ke dalam neraka yang maha dahsyat siksanya bagi kita yang menzalimi diri sendiri dengan dosa dan maksiat. Tepuk dada, tanyalah iman.

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi.."(QS 28:77)

Itulah matlamat jangka panjang kita yang bakal kita lalui pada bila-bila masa, matlamat yang bakal memandu matlamat hidup kita dari tersasar dari landasan yang diredhai Allah. Saya pasti matlamat jangka panjang kita tidak jauh berbeza melainkan ada yang meletakkan matlamat jangka panjangnya ingin bahagia di neraka. Semoga kita dah sedar akan matlamat jangka panjang yang ingin kita capai kelak.

Sidang pembaca semoga kita diampuni Allah,

Setelah mengetahui matlamat jangka panjang yang abadi, kita orak matlamat jangka pertengahan kita dalam menghidupkan kejayaan yang didasari dengan petunjuk Illahi seperti dalam laungan adzan 'hayya 'ala falah' yang kurang kita hayati sebagai pembakar semangat kita. Matlamat jangka pertengahan kita yang ingin membina sebuah tamadun umat yang diberkati Allah, tamadun yang mengagungkan kalimah toyyibah, kalimah yang meletakkan Allah diatas segalanya. Kita ingin kembalikan kegemilangan satu umat yang menguasai dunia dengan kepakaran, kemajuan dan  keilmuan yang tinggi. Kita mulakan dari sekarang dengan perbaiki diri sendiri dahulu, bimbing dan jaga keluarga yang disayangi, bina suasana keimanan di hati masyarakat dengan bimbingan yang berhikmah baru kita mantapkan ukhwah dan memperkasa umat sejagat. Ketahuilah kita semua adalah penyumbang saham yang memandu masa hadapan. Kita adalah satu umat yang memasuki sebuah kapal yang sama, masing-masing antara kita ada tempat dan posisinya masing-masing, jika salah seorang dari kita merosakkan atau melubangkan walaupun tempat sendiri dengan sebuah kapak kerana merasakan itu adalah tempatnya sendiri yang dia boleh perbuat semahunya, ketahuilah saudara semua, jika kita biarkan maka ketahuilah ia akan binasa, dan kita semua akan turut binasa, namun jika kita sambut tangannya dan menghalang dari perlakuannya, nescaya kita semua selamat dalam sebuah kapal milik kita bersama.

Marilah kita ada menyumbang walau sedikit dalam proses mencapai matlamat jangka pertengahan kita walaupun perbaikan dalam diri sendiri. Mungkin kita tidak sempat melihat kejayaan matlamat pertengahan kita, tetapi minima kita ada menyumbang ke arahnya yang bakal meminpin kita mencapai matlamat jangkat panjang kita khususnya. InsyaAllah biiznillah.

Sidang Pembaca semoga kita dibimbing Allah,

Sudah pasti kita ketahui keseimbangan yang diajarkan kepada kita bagi kehidupan di dunia dan akhirat. Matlamat terakhir yang ingin dikupas adalah matlamat jangka pendek kita. Bagi pelajar, tanamkan matlamat ingin mencari kejayaan dan kecemerlangan dalam berjihad menuntut ilmu, terutama buat diri saya sendiri yang masih jauh kejahilan akan dunia seorang pelajar. Tapi yang pasti, kita pacakkan matlamat kita yang tidak akan melanggar matlamat jangka masa kita yang lain. Siapa mahu kita cemerlang dalam akademik kita tapi akhlak kita penuh dengan kekotoran yang sering menyakitkan hati orang lain, yang sering melakukan maksiat di hadapan Allah yang Maha Melihat, yang pasti melanggar matlamat jangka panjang kita di akhirat kelak. Tatkala kita mahu menipu dalam peperikasaan bagi mencapai matlamat jangka pendek kita, kita teringat akan jangka panjang kita yang tidak boleh kita lari dari sasaran.

Begitu juga bagi yang sudah bekerjaya, sudah pasti matlamat tinggi dengan jawatan yang besar, gaji yang besar, syarikat yang besar, suami/isteri yang '     ', dan sebagainya, namun ketahuilah, kita sedar ia keperluan bagi kita dalam mencapai 2 matlamat jangka pendek dan pertengahan kita namun yang pasti didasari dengan matlamat jangka panjang kita. InsyaAllah sudah tidak akan ada lagi timbul perkara-perkara yang negatf yang sering hangat diperkatakan samada rasuah, riba, menipu dan sebagainya kerana kita gusar ia akan menggugat pencapaian matlamat jangka panjang kita. Namun yang pasti, mari kita hidupkan umat yang rajin berusaha dan terus bersemangat serta ikhlas dan bahagia dalam kerjaya kita. Jika matlamat pendek kita kurang pencapaiannya, namun kita tetap bahagia kerana usaha kita masih didasari dengan redha Yang Maha Kuasa maka hapuslah istilah kecewa dalam kamus harian kita kerana kebahagian yang sentiasa kira rasakan.

"Tidak pernah seseorang yang memakan makanan itu lebih baik daripada makan daripada pekerjaan tangannya sendiri (hasil usaha sendiri). Sesungguhnya Nabiyullah Dawud a.s makan hasil uasaha tangannya" (HR Bukhori)

"Sesungguhnya Allah Ta'ala suka melihat hamba-Nya yang letih dalam mencari barang halal"
(HR Ad-Dailami)

Begitu juga bagi matlamat bagi yang bekeluarga atau yang belum bekeluarga namun menanam tekad untuk bekeluarga, sudah pasti ingin membina keluarga sakinah, keluarga yang mampu berkekalan hingga akhir hayat dan mampu berjumpa di tempat yang bahagia di akhirat kelak. Marilah kita tanamkan matlamat ingin menjaga keluarga kita dari api neraka, membimbing keluarga agar mencintai Allah dan RasulNya, membimbing keluarga yang tahu yang haq dan yang batil agar terpancar sinar kebahagian yang sebenar dalam keluarga kita. Bagi si suami yang turun mencari nafkah buat keluarga, ikhlas dan berbahagialah dengan usahamu.

"Sesungguhnya Allah mencitai hamba-Nya yang bekerja, dan barangsiapa yang bersusah payah untuk keluarganya maka ia seperti orang yang berjuang di jalan Allah Azza Wajalla' (HR Ahmad)

Bagi si isteri, jadilah penyumbang kearah matlamat kebahagian kerana pertama ikhlaskan pernikahanmu dengan niat menjaga kesucianmu kerana salah satu perkara yang Allah bersedia menolong adalah orang yang kahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya(HR At-Tirmizi, Ibnu Hibban dan Al-Hakim) dan salah satu dari 4 perkara yang ia telah dikurniakan kebajikan di dunia dan di akhirat adalah isteri yang tidak ingin berbuat derhaka terhadap dirinya sendiri dan terhadap harta suaminya (HR Al-Thabrani). Matlamat kebahagiaan keluarga akan terserlah dengan suci dari pergaduhan, bersangka buruk dan sebagainya kerana sedar akan peranan masing-masing yang telah dilandasi dengan matlamat yang lebih jauh.

Sidang Pembaca yang semoga disatukan hati kita,

Marilah kita tanamkan matlamat sedalamnya yang membekas di jiwa kita dan terus berusaha sebaik mungkin dalam mencapainya dengan syarat matlamat kesemua jangka harus selari dalam landasan yang sama yang saling menguatkan dan menjaga dari terpesong dari sepatutnya. Semoga Allah membantu dan memberi kekuatan kepada kita dalam menanamkan matlamat yang sebenar dan seterusnya membimbing kita mencapai matlamat yang diimpikan dengan gahnya..Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Alhamdulillah..Syukran Ya Rashid, Ya Hadid, Ya Ba'its, Ya Rahman wa Ya Rahim..

Thursday, December 24, 2009

Di Mana Hatiku?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta 'Alam..Selawat dan salam kita panjatkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan qudwah dan uswah kita semua. Setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang masih terus menerus memberikan kita nikmat yang tiada putusnya walaupun kita sedikit sekali bersyukur kepadaNya bahkan sering kufur akan segala nikmat yang diberikan. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan maksiat yang saban hari kita lakukan atas kelemahan iman kita sendiri.

Hari ini negara kita diriuhkan dengan keputusan PMR yang baru dikeluarkan oleh pihak pendidikan. Tangisan kegembiraan jelas terpampang di wajah pelajar yang mendapat nikmat keputusan yang memberangsangkan, namun tangisan kegembiraan dan kesyukuran lebih bercahaya jelasnya di wajah para ibu bapa yang merasakan terbayar segala penat lelah menghantar dan membiaya anak-anak mereka dalam rangka menjadikan anak mereka menjadi seorang yang berilmu dan mendapat kecemerlangan semaksimanya walau si anak tidak tahu kepayahan yang dihadapi mereka. Namun, ada juga tangisan kesedihan dan kekecewaan yang muncul di riak wajah anak remaja kita pada hari ini, namun tetap redha dan pasrah serta terus perbaiki diri kerana merasakan belum memberikan yang terbaik pada waktu ini. Semoga adik-adik semua sentiasa bersyukur dan tawakkal akan ketentuan yang Maha Memberi Rezeki. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada adik-adik PMR yang berjaya meraih keputusan yang setimpal dengan usaha yang terbaik telah diberikan semampu yang boleh termasuk adik kandung saya sendiri, Mohd Fuad Fauzi Bin Mawardi.

Sidang pembaca yang dipilih Allah,

Dikesempatan ini, tergerak hati ini ingin mengajak diri sendiri serta pembaca sekalian untuk merenung sementara beberapa peringatan untuk kita bersama. Semoga sedikit perkongsian ilmu ini menjadi penebus dosa dan maksiat yang terus menerus saya lakukan serta menjadi amanah buat saya agar menjadi yang pertama beramal dengan apa yang saya sampaikan. Sepotong hadith pembuka bicara topik pada kali ini:

"..Ketahuilah, bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika rosak, maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah HATI." (HR. Bukhori dan Muslim)

Dahsyatnya perumpaan yang disampaikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Satu pengibaratan yang mengangkat martabat seketul daging yang mampu mempengaruhi seluruh jasad. Marilah kita dalam tazkirah kali ini kita cuba mencari kembali seketul daging yang mampu memberi impak yang besar dalam diri kita. Memang benar hati pada zahirnya memang berada di dalam dada, secara fizikal nampak utuh terpacak sebagai organ kita, namun, adakah dari segi rohaninya cukup subur dan suci dari bintik-bintik hitam yang menodai hati itu, bahkan mungkin pada zahirnya kita mempunyai hati namun pada lahiriahnya kita sebenarnya tidak mempunyai hati. Saya cuba bawakan satu kaedah pencarian hati melalui kata-kata Imam Al-Ghazali suatu ketika dulu yang memberikan tiga tempat untuk kita mencari seketul daging itu. Mari kita telusuri tempat yang dinyatakan satu persatu.

“Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran....."(Imam Al-Ghazali)

Tempat pertama sewaktu kita membaca Al-Quran. Sebelum kita hurai lebih jauh, mari kita muhasabah diri kita, sudah berapa lama kita tidak membaca Kalam Allah, mungkin ada antara kita sering mengabaikan surat cinta dari Allah, lebih membaca majalah-majalah yang tidak bermanfaat daripada Al-Quran, lebih meluangkan masa bermain game dari membaca Al-Quran, lebih mementingkan wayang-wayang dari membaca Al-Quran atau agenda-agenda keduniaan yang lain yang melalaikan diri dari membaca buku manual dari Pencipta kita.

"Hati dan quran ibarat ikan dengan air"(Ibnu Taimiyyah)

Betapa Al-Quran sangat berkaitan dengan hati seseorang. Mungkin juga ada antara kita sering membaca atau tadarus Al-Quran. Namun hanya sering seperti menuang air di baldi kotor yang bocor, mungkin kekotoran mampu dihilangkan, namun tidak mampu memberi pengisian rohani di hati kita. Hati tidak merasakan apa-apa tatkala membaca ayat-ayat yang berlalu. Sebab itu Allah bukan hanya menyuruh kita membaca tapi menghayati atau tadabburi apa yang kita baca.

"Maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran?"(QS 4:82)

Sidang pembaca yang diberkati Allah,

Mungkin kita tidak faham bahasa perantara yang digunakan di Al-Quran, sebab itu dianjurkan turut membaca terjemahan dari ayat yang dibaca. Mungkin tatkala kita melalui ayat ini:

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS 4:56)

Hati kita akan luluh mengenang ayat-ayat yang telah banyak kita kafirkan. Ayat-ayat yang melarang kita dekati zina kita lakukan, ayat-ayat menjaga pandangan kita kafirkan (ingkari), ayat-ayat menutup aurat yang kita kafirkan serta banyak lagi ayat yang sering kita kafirkan. Ibnu Mas'ud sendiri pengsan tatkala membaca ayat ini. 3 kali beliau baca, maka 3 kali juga dia pengsan. Namun kita bagaimana, sedangkan jika di dunia kita terkena air panas atau terkena cerek panas sudah teriak kesakitan, inikan pula satu jasad kita dibakar sehingga hangus, kita tahu kulit manusia tidak dapat merasakan kesakitan jika 'pain receptor' telah hangus atau hilang, sebab itu kulit kita akan diganti dengan yang baru, agar kita merasakan siksa itu secara berterusan..Maha Benar Allah dengan ancamanNya. Bahkan seorang doktor masuk islam bila membaca ayat ini kerana kesahihannya secara saintifik. Jika ayat ini tidak mampu menghentikan kita dari terus mengkafirkan ayat-ayat Allah, maka..

"..dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir." Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek."(QS 18:29)

Na'udzubillah..semoga gementar dan bertambah iman kita tatkala membaca firman Allah. Semoga hati yang selama ni keras kita mampu lembutkan kembali. Semoga dosa dan maksiat yang selama ini kita lakukan diampuni Allah Yang Maha Mengetahui.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka ,dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (QS 8:2)

Sidang pembaca yang dilindungi Allah,

Tatkala kita melihat ikan atau ayam tengah digoreng atau dikukus, kita bayangkan kita berada di posisi ikan atau ayam tersebut..astaghfirullah..Mungkin ada antara kita tidak merasakan apa-apa tatkala diancam azab Allah. Hati kita mungkin telah diliputi dengan bintik hitam yang lalu. Jika ada yang tidak menjumpai hatinya, moga pencarian seterusnya bertambah kesuburan hatinya.

“ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat...."(Imam Al-Ghazali)

Berapa ramai antara kita mampu khusyuk tunduk hatinya ketika solat menyembah yang Maha Agung. Berapa ramai antara kita hanya melakukan solat itu sebagai rutin harian tanpa penghayatan, berapa banyak solat yang sering kita bermalas-malasan bahkan sering melalaikan sedang Allah mengancam:

"Maka celakalah orang-orang yang solat.(yaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya" (QS 107:4-5)

Tidakkah kita tahu bahawa umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat, jika baik solatnya maka baiklah amalannya, tapi jika buruk solatnya, maka buruklah amalannya. Betapa buruknya solat kita selama ini, solat yang tidak disertakan dengan hati yang khusyuk. Solatlah kita seperti Allah berada di hadapan melihat kita, jika kita tidak mampu, maka ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita. Janganlah kita mengatakan kita beriman sedangkan salah satu syarat orang beriman kita tidak penuhi tatkala Allah berfirman:

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman ,(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya," (QS 23:1-2)

Orang-orang yang menjumpai hatinya ketika solat adalah mereka yang mampu membuktikan natijah dari solatnya ketika Allah berfirman:

"..Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS 29:45)

Namun, tidak ramai antara kita yang mampu membawa nilai-nilai dalam solat keluar menghadapi kehidupan, tidak ramai yang mampu memnuhi kriteria solat yang diperintahkan yang mencegah kita melakukan perbuatan keji dan mungkar. Tahukah kita maksud 'Haiyya 'Ala Sholah" dalam laungan adzan, ia bukan setakat menyeru marilah, ia mengajak kita 'hayya" atau "hidupkan" kerana ramai yang solat namun solatnya mati. Dimanakah kedudukan amalan solat kita sebenarnya. Adakah solat-solat kita diterima olehNya sedangkan penentu penerimaan amalan lain adalah solat yang sering kita mengambil ringan dan remeh.

"maka tidaklah sah seseorang itu memulakan solatnya dengan doa-doa palsu, lisannya mengatakan kalimat 'Allahu Akbar" sedang hatinya berbuat tidak kerana Allah" (Syeikh Mustafa Mahsyur)

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."(QS 6:162)

Sidang pembaca yang merupakan hamba padaNya,

Semoga hati mampu didapati ketika kita tunduk menyembah Yang Maha Esa. Semoga hati kita sentiasa mengingati Allah sebenarnya sepanjang masa agar kita dipelihara dari siksa api neraka serta lambang cinta kita sebagai hamba kepadaNya.

"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS 3:190)

Hati mungkin tidak mampu kita jumpa ketika membaca ayat-ayat Allah bahkan juga tidak jumpa ketika menunaikan solat. Mungkin hati sudah keras membatu, dosa dan maksiat terasa indah dilakukan hasil lamunan syaitan durjana yang mengeraskan lagi seketul daging ini.

"..bahkan hati mereka telah menjadi keras, dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan" (QS 6:43)

Semoga pencarian di tempat terakhir ini mampu kita jumpa hati nurani kita.

“ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati..." (Imam Al-Ghazali)

Sidang pembaca sekalian, berapa ramai antara kita yang mampu menduga kapan datangnya ajal kita, siapa antara kita mampu jamin kita masih mampu hidup pada hari esok, namun mengapa kita masih bermalasan dalam menyediakan bekalan buat akhirat kita, mengapa dosa dan maksiat yang menjadi bekalan buruk yang ingin kita bawa ke sana, tidakkah kita tahu bahawa kita tidak mampu mengawalkan ajal kita ketika iman kita naik atau melambatkan ajal kita ketika kita bergelumung dengan dosa.

"Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)." (QS 10:49)

Kita tahu bahawa kita akan mati, namun mengapa kita tidak yakin bahawa kita boleh mati pada bila-bila masa dan tempat. Bayangkan jika kita mati dalam keadaan bermaksiat di hadapan Allah, bayangkan jika kita mati dalam keadaan belum bertaubat, bagaimana malam pertama kita di alam kubur, adakah kita sedia untuknya. Mungkin pernah melihat mayat diusung ke kuburan, mayat dimasukkan ke liang lahad, namun pernahkah kita sedar kita bakal menyusuli mereka. Mungkin kita sambut hari jadi kita yang merupakan lambang ajal kita makin dekat, mengapa tidak kita sambut hari jadi sebagai lambang kesyukuran atas umur dan peluang yang maish diberikan. Manusia akan mati tidak kira umur, kanak-kanak mampu mati, remaja mampu mati, mahasiswa mampu mati, tidak kira dalam peringkat umur manapun, ajal di tangan Yang Maha Mematikan, yakinlah kita akan janjiNya. Cukuplah dosa dan maksiat yang kita lakukan, tambahlah ibadat dan amal sebelum terlambat, bertaubatlah sepenuhnya sebelum nyawa di kerongkongan, sebelum malaikat maut datang menjemput kita. Semoga Allah mematikan kita dalam keadaan muslin dan beriman kepadaNya dan mampu menyusun bibir melafazkan kalimat toyyibah hanya untukNya. Semoga sidang pembaca mampu menjumpai hati ketika ini, jika masih ada yang belum mampu menghidupkan kembali hati yang mati,

“ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.” (Imam Al-Ghazali)

Mohon la pada Allah agar memberikan kita hati, kerana sesungguhnya kita tidak mempunyai hati. Cukuplah menjadi orang kafir, cukuplah jadi orang munafik, cukuplah jadi orang yang fasik, bimbinglah hati kita kembali ke jalan yang diredhai Allah akan kebenaraNya.

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik"(QS 57:16)

Semoga ayat-ayat quran yang disampaikan mampu hidupkan hati kita, semoga solat kita mampu suburkan hati kita, moga dzikrul maut mampu menjaga hati kita. Janganlah kita menjadi makhluk yang lebih teruk dari haiwan ternakan yang hanya tunggu diberi makan dan hanya tunggu disembelih.

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.(QS 7:79)

Hati disebut  'qalbu' kerana mudah berbolak-balik (qalaba). Hakikatnya kita harus sentiasa menjaga hati kita disamping membajanya agar subur dengan keimanan dan rasa cinta pada Allah.

 "Sesungguhnya perumpaan hati itu adalah seperti bulu ayam yang tergantung di sebuah batang pohon, yang sentiasa dibolak-balikkan oleh angin” (HR Ahmad)

Semoga sedikit perkongsian ilmu ini mampu memberikan manfaat buat kita bersama. Mohon maaf salah dan silap. Jika ada kesilapan mohon teguran ikhlas. Jika ada penambahan buat renungan bersama amat digalakkan..Alhamdulillah. Wallahu'Alam.

Friday, December 18, 2009

Hijrah Generasi Muda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli: SaBaHaNmUsLiM




Anak muda,
Hijrahlah kita perbaiki diri,
Sedarlah kita tugas dan amanah,
janganlah lagi leka dan alpa,
Hanyut lemas dalam banjir dunia,
Mengikut telunjuk musuh utama,
Syaitan yang pasti dengan tugasnya,
Juga nafsu yang tidak dipandu kearah cahaya.

Anak muda,
Hijrah pertama sebagai hamba,
Kenali dirimu sebenar-benarnya,
Ingat siapa Pencipta Berkuasa,
Ingat tugas tujuan penciptaan,
Untuk beribadat hanya padaNya,(51:56)
Cukuplah dosa tinggi membangun,
Cukuplah maksiat yang sering melambung,
Hijrahlah sekarang ke arah kebaikan,
Bertaubatlah kita sebelum terlambat,
Yakinlah kita akan hari pembalasan,
Bagi setiap yang kita perbuat,
Hatta sekecil zarah akan diperlihat,
Sebelum menyesal di hari kelak,
Agar bahagia dunia akhirat.

Anak muda,
Hijrah kedua dalam keluarga,
Cukuplah tangisan kesedihan yang kita berikan,
Cukuplah gurisan hati yang kita lakarkan,
Tidakkah kita tahu nilai pengorbanan,
Tidakkah kita tahu nilai kepahitan,
Tidakkah kita tahu payah dan lelah,
Dalam rangka membesarkan kita,
Dari kecil hingga dewasa,
Sedarlah kita bermula sekarang,
Balaslah nikmat yang Allah berikan,
Nikmat kasih sayang Ibu dan Ayah,
Sebelum ditarik suatu masa,
Baru kita mencari tidak tentu hala,
Tatkala hilang meninggalkan kita,
Atau kita yang dahulu meninggalkan mereka,
Berbuatlah kita sebelum terlambat,
Jaga diri dan juga keluarga,
dari siksaan api neraka.(66:6)

Anak muda,
Hijrah ketiga generasi muda,
Pelapis bangsa juga negara,
Namun apa yang penting pewaris agama,
Kita ada tugas dan amanah,
Untuk kita pikul bersama
Mari bersama kita berhijrah,
Untuk kita buktikan kepada dunia,
Kita bukan generasi perosak bangsa,
Kita bukan generasi rosak akhlaknya,
kita bukan generasi penghancur agama,
Kita bukan generasi meruntuh negara,
Tapi generasi yang bakal merubah,
Seperti ikan di lautan dunia,
Yang tidak masin ditenggelami lautan,
Yang mampu bertahan arus dunia,
Yang pasti akan kian mencabar,
Janganlah lagi kita sia-siakan,
Masa yang diberikan kepada kita,
Perbaiki diri secara total,
Agar tegar menempuh segalanya.

Anak muda,
Hijrah keempat dalam kemajuan,
Kemajuan diri di puncak dunia,
Mari berjuang mengumpul cahaya,
Iaitu ilmu yang bakal bersinar,
Ilmu yang bermanfaat dunia akhirat,
Kerana kita tahu ia suatu jihad,
Juga ibadat kepada kita,
Dengan syarat ikhlaskan niat,
Segalanya sebagai pengabdian padaNya,
Kerana memang tidak berguna ilmu tanpa amal,
Namun lebih bahaya amal tanpa ilmu di dada,
Berjuanglah kita perkasa ilmu,
Inilah medan jihad buat generasi muda,
Bagi mengharap keredhaan dariNya,
Nescaya kita bahagia dalam suka dan duka,
Bila segalanya berlandaskan hanya untukNya,
Hanya usaha terbaik kita lantunkan,
Seterusnya berserah hanya padaNya,
Sebagai lambang cinta kepada Pencipta.

Anak muda,
Hijrah bukan semudah disangka,
Pasti ada onak dan duri,
Tidak akan dibiarkan begitu sahaja,(29:2-3)
Kita harus ada rancangan dan stategi,
Seperti yang dibuat Rasulullah(s.a.w) sendiri,
Namun apa yang pasti,
Semuanya terpulang pada diri sendiri,
Semuanya terpulang pada sikap di hati,
Untuk berhijrah perbaiki diri,
Meletakkan azam di tahun baru ini,
Meletakkan visi yang jauh menjangkau,
Visi terjauh satu yang pasti,
Ingin melihat wajah Allah Al-Azim,
Visi pertengahan membina tamadun,
tamadun yang tahu tahapan cinta sebenar,(9:24)
tamadun yang mengembalikan kegemilangan umat,
dengan izin yang Maha Kuasa,
Visi terdekat penyuntik semangat,
Melakukan terbaik merealisasi mimpi,
Mencapai kejayaan dan cita-cita yang suci,
Yang tidak lari dari jangka masa visi yang lain,
Saling berlandaskan di jalur yang sama,
Agar terus selamat meneraju realiti.

Tuesday, December 1, 2009

Suatu Musim Nanti..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




Musim ini,
Hanya tangisan mampu ku persembahkan,
Tatkala melihat hamba-hambaMu bersatu menyahut seruanMu,
Seruan ibadat di tanah suci Mu,
Hatiku menanam tekad yang tinggi,
Ku bakal menyusul menyahut seruanMu,
Sebagai lambang ku amat cinta padaMu.

Musim ini,
Ianya berlalu pergi,
Mengangkat ramai hambaMu yang ikhlas hanya untukMu,
Bilakah pula giliran diriku,
Ku harap umur ku sempat ziarah rumahMu,
Kerana ku tahu umur bukan faktor kedatangan ajalku,
Engkau mempu panggilku dimana sahaja tak kira waktu,
Ku berserah hanya padaMu,
Niat ku tanam hanya untukMu,
Moga menjadi pengganti suatu nanti,
Jika jasadku tak sempat berlari,
Menuju menyambut seruan dariMu.

Ku ingin melangkahkan kakiku,
Menuju ke tanah suciMu,
Kerana ku tahu RasulMu pernah beritahu,(dari Ibnu Umar)
Engaku akan mencatat kebaikan untukku,
serta mengampunkan segala  dosa-dosaku,
jika ikhlas hanya untukMu.

Lalu ku ingin solat 2 rakaat dihadapan rumahMu,
kerana ia laksana membebaskan seorang hamba dari keturunan Nabi Ismail,
Lalu dihadapan rumahMu juga,
Ku ingin tawaf hanya untukMu,
Sebagai putaran pengampunan dosaku,
Sehingga ku nantikan malaikat memegang bahuku,
Lalu berkata kepadaku,
Agar lakukan apa jua yang ingin ku lakukan,
Kerana Engkau Ya Allah,
Memberikan khabar gembira kepada hambaMu,
Telah mengampunkan segala dosa-dosaku yang telah lalu,
Seperti diberitakan oleh RasulMu.

Ku ingin memerdekakan 70 orang hamba,
Hanya dengan ikhlas ibadat padaMu,
berulang-alik dari Safa ke Marwah,
Itulah Sa'i yang ku akan persembahkan hanya untukMu,
Moga jasadku kuat dengan izinMu,
Untuk lakukan semua itu.

Lalu RasulMu beritakan,
DiriMu turun ke langit dunia,
tatkala hambaMu berwukuf di Arafah,
Lalu DiriMu berkata kepada malaikatMu,
"Inilah HambaKu yang datang kepadaKu dari segala penjuru,
mengharapkan rahmat daripadaKu,
dan seandainya dosa-dosa kamu seperti pasir banyaknya,
seperti air hujan derasnya,
atau seperti buih di lautan,
maka aku akan ampuni seluruh dosa-dosanya.
Maka berikanlah oleh kamu (malaikat) kepada hamba-hambaKu,
ampunan dan syafaatKu kepada mereka"
SubhanAllah..indahnya janjiMu,
Izinkan diriKu Ya Allah,
Berikan kesempatan padaKu Ya Allah,
untuk mendapatkan ampunan dan syafaat dariMu.

Ampunan terus kau berikan,
Tatkala lontaran batu kepada jumrah yang akan ku lakukan,
Laksana ampunan dari dosa-dosa besarku,
Yang ku yakin diriMu pasti tahu,
Maafkan diriku yang lemah dan hina,
Dari dosa-dosa lalu yang sering ku lakukan.

Tabungan perbendaharaan akan ku isi,
Sebagai kebaikan di sisi diriMu,
Dengan berkorban haiwan hanya untukMu,
Nikmat dunia ku serah hanya untukMu,
Lalu ku tinggalkan keindahan dunia,
Dengan bertahallul hanya untukMu,
Kerana ku tahu janji dariMu,
Setiap helaian rambut yang jatuh ke bumi,
Bernilai sebuah kebaikan dan sekaligus pengahapus dosa-dosaku,
Kerana ku tahu dosaku setinggi gunung di bumi,
Seluas lautan dunia,
Namun mengapa lemahnya diriku,
terus menerus alpa akan diriku,
Mengumpul dosa dan bermaksiat padaMu,
Maafkan diriku Ya Ghaffar,
Kuatkan diriku Ya 'Aziz.

Musim ini,
Mungkin hanya mampu menanam tekad di benakku,
Namun kuatkan diriku untukku berusaha,
Berniat setingginya hanya UntukMu,
Yang pasti dengan izin dariMu,
Untukku menyahut seruan dariMu,
Agar ku mampu menggapai janji dariMu,
Ibadat sebagai lambang ku cinta padaMu,
Juga sebagai kewajipan penghambaan hanya untuMu,
Bukan sekadar untuk hindar dari azab nerakaMu,
Atau sebagai menggapai syurgaMu,
Tapi ibadat hanya untukMu,
sebagai lambang cinta tertingiku hanya untukMu,
Kerana ku tahu diriku ini,
Hanyalah hamba yang lemah dihadapanMu.

Suatu musim nanti............


Monday, November 30, 2009

Ujian DariMu - Episod 1 (Hatiku Luruh)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karangan Asli : SaBaHaNmUsLiM

Hujan turun dengan dahsyatnya, guruh mendendangkan ngaumannya, petir tidak henti
mengagungkan kuasa Yang Maha Besar. Hati Abdullah terasa dipanah petir yang mencairkan hati tabahnya itu. Sepanjang ujian kehidupan yang dia lalui, pelbagai ujian sukar menerpa lembaran hidupnya, namun tidak sedahsyat ujian kali ini. Kehilangan kedua insan yang dicintainya. Hati mana yang mampu kukuh melalui detik sebegini. Kesedihan hati ditambah dengan ketidakmampuan bagi dirinya untuk kembali ke kampung halaman yang terletak diseberang laut sebelah sana. Jasadnya yang ketika itu berada di semenanjung Malaysia tidak mampu menatap wajah kedua ibu bapanya yang akan disemadikan di perut bumi bahagian negeri di bawah bayu. Hati Abdullah hanya mampu menangis ketika menerima panggilan dari Mak Jah yang merupakan jirannya, mengkhabarkan berita kematian ayah dan ibunya. Hanya Allah tempat dia mengadu di saat ujian menerpa hidupnya itu.

"Nak Abdullah, Mak Jah mau beritakan sesuatu nak, harap anak tabah mendengarnya ya.."Suara Mak Jah yang bernada sayup pada waktu itu membuatkan hati Abdullah bergetar. Dalam hati Abdullah hanya terdetik adakah perkara yang selama ini dia takutkan bakal menimpa dirinya. Hatinya yang selalu risau ketika berada di perantauan yang jauh dari ayah dan ibunya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Hatinya tabah menidakkan apa yang difikirnya.

"Ada apa Mak Jah, ayah dan ibu Abdullah sehat-sehat ja kan.." Abdullah cuba menceriakan hatinya dan menolak fikiran-fikiran yang bukan-bukan.

"Nak, tabah ya nak, Ayah dan Ibu Abdullah baru sahaja dipanggil Allah pagi tadi, mereka kemalangan ketika menyeberang jalan di Kg Ketiau, tayar gerobak jualannya dipercaya tersangkut dan ketika itu terdapat kereta tidak mampu mengawal keretanya yang laju lalu terlanggar gerobak bersama kedua Ayah dan Ibu Abdullah"
Lidah Abdullah terkelu mendengar kata-kata Mak Jah.

Hatinya bagai nak luruh mendengarkannya, wajah Ayah dan Ibunya terbayang di fikirannya, wajah insan yang hanya dia miliki di dunia ini telah meninggalkannya buat selamanya. Betapa sedihnya hati seorang anak yang menjadi anak yatim piatu, yang bakal tidak merasakan lagi kasih sayang Ibu dan Ayah. Abdullah masih sukar menerima hakikat yang baru sahaja diberitakan oleh Mak Jah. Dia tidak mampu bayangkan bagaimana hidup tanpa Ibu dan Ayah. Tanpa disedari, air mata Abdullah jatuh membasahi bumi, dia berasa menyesal tidak mencuba sedaya upaya membeli tiket pada Hari Raya yang lepas. Kali terakhir dia bersama Ayah dan Ibunya adalah sebelum berangkat ke semenanjung untuk mendaftar kemasukannya ke IPT. Abdullah teringat saat Ayah dan ibunya berpenat lelah membanting tulang siang dan malam hanya untuk menyediakan wang buat anak mereka terbang menuntut ilmu di seberang sana. Lamunan Abdullah makin jauh kembali ke masa silam pada waktu itu.



"Nak, bawa bersabar ya nak, Mak Jah nak tanya, Abdullah dapat tak kembali ke sini hari ini atau esok untuk melihat arwah Ibu dan Ayah Abdullah sebelum dikebumikan" Suara Mak Jah menyedarkan Abdullah dari kenangan indah bersama Ibu dan Ayahnya. Dia mengusap air yang jatuh meleleh ke pipinya, dia harus kembali ke alam sedar dan harus menerima hakikat yang telah ditentukan Allah kerana dia tahu Qullu Nafsin Dzaaikatul Maut. Dia cuba kembali tabah dan menarik nafas panjang bagi menenangkan dirinya dan cuba menerima takdir Yang Maha Kuasa.

"Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (Takdir) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?" Dan orang-orang munafik itu tidak memperoleh bagi mereka pelindung dan penolong selain Allah. " (QS 33 : 17)

"Mak Jah, saya tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan dalam waktu terdekat ni, harganya agak mahal Mak Jah" Abdullah yang kembali tenang berfikir mampukah dia melihat Ibu dan Ayahnya sebelum ditanam ke perut bumi. Fikirannya berfikir di mana boleh dia mencari sumber kewangan bagi biaya perjalanannya kembali ke kampung halaman. Dia tidak sanggup untuk berhutang dengan kawan-kawannya, dia sering ingat kata ibunya:

"Walaupun kita tidak mempunyai wang atau benda seperti orang lain nak, namun jangan sesekali kita meminta-minta benda yang tidak kita miliki selagi mampu berusaha mendapatkannya sendiri ya nak"

Abdullah tidak tahu bagaimana nak jawab pertanyaan Mak Jah. Dia tahu bahawa mayat seseorang anak Adam perlu disegerakan pengkebumiannya. Dia terduduk sendirian di biliknya.

"Mak Jah, tak payah menunggu kepulangan saya, minta tolong dikebumikan arwah Ibu dan Ayah saya secepat yang mungkin, saya akan cuba pulang beberapa hari lagi bagi menziarah kubur mereka nanti" Abdullah dengan berat hati terpaksa melepaskan kata-kata yang sebenarnya tidak sanggup dia ungkapkan, namun apa kan daya, inilah takdir yang harus dilaluinya untuk membuktikan keyakinannya akan ketentuan Qada' dan Qadar dari Tuhan Sekalian Alam.

"Baiklah nak, kalau kamu dah kata begitu, kami akan segerakan pengkebumian arwah Ibu dan Ayah kamu ya nak, semoga Allah sentiasa bersamamu, tabah hadapi ujian ini ya nak..jaga diri baik-baik, Assalamua'laikum"
Suara Mak Jah turut diikuti dengan suara tangisannya.

"Wa'alaikumsalam, terima kasih banyak ya Mak Jah" Air mata Abdullah kembali membasahi pipinya. Dia terus merebahkan dirinya di atas katil dan cuba menenangkan hatinya.

"Assalamua'alikum, Akhi... Akhi...Antum ada kat bilik tak" Suara Fauzi kedengaran di luar pintu biliknya. Seorang sahabat yang sering dia kongsi suka dan duka bersama. Kemesraan dan ikatan persaudaraan yang terjalin antara mereka mengagungkan ayat Allah bahawa setiap mukmin itu bersaudara (QS 49:10). Abdullah cuba menghapuskan air matanya dan pergi membuka kunci pintunya.

"Wa'alaikumsalam..oohhh Fauzi..sila masuk akhi" Suara Abdullah masih terdapat kesan-kesan kesedihan walaupun dia cuba berlagak senormal yang boleh.

"Abdullah, antum ok tak ni, kenapa nampak sedih ja ni, ada apa-apa berlaku tak..ada apa boleh ana tolong?" Fauzi mampu mengesan raut wajah kesedihan yang cuba disembunyikan saudaranya itu. Dia jarang melihat Abdullah dalam kesedihan kerana dia tahu akan ketabahan saudaranya itu dalam menempuh pelbagai ujian yang melanda. Raut wajah Abdullah kembali berubah menampakkan kesedihannya, dia tidak mampu menahan kesedihannya setelah diingatkan kembali apa yang berlaku ke atas dirinya. Abdullah pun menjelaskan kepada Fauzi atas apa yang menimpanya. Fauzi berasa simpati atas apa yang menimpa saudaranya itu, dia tahu betapa terseksanya jiwa seseorang jika berada di tempatnya.

"banyakkan bersabar akhi, inilah lumrah kehidupan, segala ketentuan adalah dariNya, tempuhilah ujian ini dengan tabah dan sabar, kerana ingatlah firman Allah dalam al-hajj ayat 35,

"(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka.."

"Jazakallah akhi, semoga Allah mendapati ana termasuk golongan orang yang sabar"

"Bagaimana perancangan antum nak pulang kampung, boleh ana bantu tak, InsyaAllah ana boleh bantu dari segi ekonomi kalau antum nak, antum kan manusia yang susah sangat nak meminta bantuan orang lain..hehe.."Fauzi cuba menceriakan suasana yang kusam.

"Tak tahu la akhi, harga tiket mahal kalau beli dalam waktu yang dekat, ana bercadang nak sekalian pulang untuk cuti pertengahan sem ni ja, lagipun hanya tinggal 3 minggu, harap-harapnya harganya tak terlalu mahal"

"Baiklah kalau macam tu, nanti ana tolong check harga tiket untuk cuti yang akan datang ni ya" Abdullah terharu dengan pertolongan Fauzi yang bukan pada kali ini sahaja, banyak lagi dia terhutang budi akan kebaikannya.

"Syukran Kathiran Akhi, hanya Allah dapat membalas kebaikan di sisimu" Abdullah memeluk saudaranya itu sambil meneteskan air mata kerana bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan nikmat ukhwah bersama Fauzi.

"Dah..dah..o ya..ana datang sini tadi nak beli hotdog bun antum, perut tiba-tiba lapar pula..ok la khi, ana ada lingkaran ilmu jam 10 ni..nak buat persediaan dulu"

Abdullah yang berusaha mencari pendapatan melalui jualan hotdog bun yang sedikit sebanyak membantunya membiyai kos kehidupannya.

"ok..barakallah khi..terima kasih atas pembeliannya..Assalamu'alaikum" Kehadiran Fauzi waktu itu sedikit sebanyak menenangkan hati Abdullah. Itulah satu peristiwa yang amat membekas di kalbunya, yang tak mampu dia lupakan buat selamanya, satu peristiwa yang membuatkannya lebih matang dan tabah menjalani liku-liku kehidupannya.

"Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."(QS 53:43)

                                        ************ Tamat Episod 1 *******************

Saturday, November 28, 2009

Keindahan Kalam-Mu Mengubah Hatiku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




Indahnya kalam-Mu tidak terbatah,
Walau syair tertinggi tak mampu menandingimu,
Mengalahkan keindahan sastera nun jauh indahnya,
Kerana ku tahu ia kalam dari Mu.


Indahnya kalam-Mu meluluhkan hati sekeras batu,
hati Umar Bin Khattab siapa tidak tahu,
ketika itu ku amat membenci Rasul-Mu,
sehingga ku tekad ingin melayangkan pedang pada leher Kekasih-Mu,
di hadapan ka'bah ku bertemu dengan Rasul-Mu,
tatkala dia tengah solat hanya Pada-Mu,
ku mendengar alunan indah dari mulut kekasih-Mu,(Mendenga QS Al-Haqqah)
lalu dihatiku menyatakan ia hanya sebuah syair yang dialunkan,
lalu Rasul-Mu membaca kalam yang menyangkal bisikan hatiku, (Mendengar QS 69:38-41)
hatiku melawan mengatakan kalam itu hanya dari mantera dari dukun atau pawang,
Rasul-Mu menyambung bacaan yang menolak lagi sangkaanku, (Mendengar QS 69:42-43)
api kebencian yang berkobar dibenakku terus sirna dalam sesaat,
lalu ku tinggalkan ka'bah bersama Rasul-Mu,

ku mencari manusia yang menyebarkan khabar terkejut buatku,
menyatakan keluargaku telah berserah pada Yang Satu,
ku menerjah Fatimah adikku bersama suaminya Said bin Zaid,
ku tanyakan kebenaran yang mengiyang di telingaku,
lalu benarlah apa yang ku dengarkan,
terasa di hati ingin terus mengecam adik dan adik iparku,
lalu Kalam-Mu juga meredakan hatiku, (Dibacakan QS 20:1-5)
kalam yang membezakan haq dan batil,
hati ku tekad menuju Darul Arqam,
ingin bertemu kekasih-Mu Ya Hadid,
menyatakan ikrar Engkau Yang Satu dan Muhammad adalah Rasul dari-Mu,
membawa hatiku berhijrah dari kegelapan,
kepada cahaya cinta yang terang benderang.


Indahnya kalam-Mu mampu mengubah hati di dada,
disaat seorang manusia Mafruq bin Amru namanya,
datang pada Rasul-Mu menanyakan kepada apa Rasul-Mu mengajak,
tatkala 3 ayat-Mu  Rasul-Mu bacakan,(Dibacakan QS 6:151-153)
terasa siksa di dalam dada,
ku mohon dibacakan lagi ayat-ayat-Mu,
hatiku jatuh tunduk padaMu,
saat ku mendengar ayat yang satu,(Dibacakan QS 16:90)
ku terus tunduk pada keagungan kalam-Mu,
ku terus bersaksi  siapa yang menentang panggilan Rasul-Mu adalah orang yang sebenarnya sesat.
Akan ku pertahankan terus Rasul-Mu.

Indahnya kalam-Mu mengalahkan syair yang pernah bermain memasuki telingaku,
Ath-Thufail bin Amru Addusi pakar keindahan karya syair waktu itu,
bermusafir hingga sampai ke tanah suci kelahiran Rasul-Mu,
berjumpa Rasul-Mu kerana ingin tahu apa dibawa,
tatkala ku mendengar Rasul-Mu membacakan kalam suci dari Mu,
terasa indah dan tajam makna kalam suci-Mu,
menembus masuk terus ke kalbu,
ku terus menyatakan keislaman dihadapan Rasul-Mu,
lalu ku menanam tekad islamku kan ku sebar di tanah airku.

Indahnya kalam-Mu lama ku tak sedari,
ku tak hayati maksud yang bakal mengindahkan hati,
ku sering lupa membaca dan merenung isi kalam-Mu,
bahkan banyak kalam-Mu sering ku dustakan,
bahkan banyak kalam-Mu sering ku kafirkan,
bahkan banyak juga kalam-Mu ku belum beriman sepenuhnya,
maafkan diriku yang lemah dan hina,
tidak mensyukuri keindahan kalam-Mu,
yang mampu mengubah hati benakku.

Alhamdulillah
  

Friday, November 27, 2009

Kembara Bujang Lapok - Episod 4 (Tangisan Kehidupan)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM






"Tapi khi, ana rase..ana tak mampu nak pikul amanah ni..ana bukannye orang yang layak membawa amanah mulia ni..amalan ana dahla tak banyak..ilmu pun banyak tak tahu..banyak lagi dosa-dosa yang sering ana buat..ana rase..ana rase memang tak layak la khi..ketika melihat ikhwah lain ada bina halaqah ke bawah, ana rase ana tak mampu buat seperti itu..ana memang tak dapat la khi.." Akh Hafiz meluahkan perasaan yang nampak lama dipendam sepanjang dalam pentarbiyyahannya.

Akh Zainul dan Akh Farul mendengar dengan saksama luahan saudaranya itu. Kepiluan mendarat di hati Akh Zainul dan Akh Farul. Akh Hafiz hanya tunduk membisu.

"akhi, memang sulit ape yang kite sedang dan bakal lalui dalam jalan ini..berape sering ana dengar luahan itu selame ana dalam jalan ini. Ramai memberikan alasan sebegitu sehingga meninggalkan dakwah same sekali. Semua merasakan diri tak layak untuk berdakwah. Kita tak mampu nak menunggu sehingga kita sempurne baru ingin berdakwah kepade yang lain, jika semua manusia berfikiran sebegitu, nescaye tak kan tersebar keindahan islam di pelusuk dunia, serulah kebaikan walau kite belum sepenuhnya melakukan kebaikan itu dan cegahlah kemaksiatan walaupun kite belum tinggalkan sepenuhnya maksiat tersebut, bangunan yang tersergam indah takkan terbine tanpe dimulakan dengan batu-bate yang pertame, langkahkanlah kaki antum dengan yakin dan pasti, perkara-perkara yang menghalang kite kikis satu persatu, ana yakin antum boleh akhi.." Akh Zainul merasakan kehibaan saudaranya itu. Suara serak-serak basah yang diselitkan dengan nada keikhlasan membuatkan Akh Hafiz terharu akan kata-kata Akh Zainul.

"jazakalah akhi..ana akan cube yang terbaik untuk perbaiki diri sendiri.."Akh Hafiz bangkit dari tundukan lalu menatap wajah Akh Zainul.

"insyaAllah..kami pun sama ja ngan antum, ilmu pun masih setahun jagung, tapi Rasulullah kan minta kita sampaikan ja sekalipun hanya satu ayat, ilmu memang salah satu ukuran, namun yang penting, ilmu yang nak disampaikan walau satu ayat harus kita fahami. Ana rasa Syekh Muhammad bin Utsaimin yang pernah meyatakan bahawa seorang da'i tidak disyaratkan memiliki ilmu yang banyak, namun, hanya disyaratkan memahami ilmu yang hendak disampaikannya. InsyaAllah, tsaqafah(pengetahuan) kita kena tambah akhi, banyak bacaan-bacaan yang boleh kita amati..ilmu-ilmu yang dapat time halaqah jangan disia-siakan..pelan-pelan khi..yang penting kita usaha.."Akh Farul cuba menyampuk suasana saling menasihati dengan nada keceriaan untuk merenggangkan suasana seperti romantik.

"yup, Allah melihat kepade usaha kite, tugas kite usahe sungguh-sungguh, hasilnye kite letak kebergantungan kepade Allah, boleh punyer, antum kalau nak merasakan kemanisan dakwah kena merasakan kepahitannya dahulu..hehe..kata-kata albert camus menyatakan anda tidak boleh mencipta pengalaman, anda mesti menghadapinya..baru la.." Akh Zainul turut menarik diri dari suasana romantik. Akh Hafiz hanya tersenyum.

"dah la..sejam lagi nak sampai tapah dah ni..apa yang penting..kerja sama..hehe..tak la..next driver sapa..antum kan hafiz..baik antum tido dulu, rehatkan mata dan minda..nak harapkan zainul yang tak pakai contact lense dia tu, naya kita nanti.."

"hehe..tenang-tenang..esok karang bagi ana bawa..malam ni ana minte izin jadi boss dulu yer.."Akh Zainul serlahkan kembali sifat cerianya.

"boleh jer..pas ni biar ana yang bawa..ana bawa sampai kat rumah nenek ana terus..insyaAllah.."

"hah..macam tu le..afwan ye khi..esok ana tebus semuanya..hehe.." Akh Zainul terus merebahkan dirinya ke belakang.

"mana-mana ja..saling membantu..dah-dah..antum tido la dulu Hafiz..antum tak ngantuk ka.."

"entah la..tak rasa ngantuk pule..mungkin sebab ana qailulah lama sangat kot before solat jumaat tadi..hehe.."

"owh..ok..eh..pasal suara zainul dah diam membisu..jangan-jangan dia yang dah mula kembali ke alam mimpi dia..hurm..zainul..zainul..bab-bab tido ni dia yang juara..ish..ish..ish..antum ingat tak ari tu time lepas mabit yang baca ma'thurat pas subuh tu, time tu kita dah la baca sambil berdiri sebab ada yang ngantuk..punya ana terkejut tengok zainul ni..berdiri pun boleh tido..dahsyat betul..hehe.."

"owh ari tu..hehe..ana dah urut-urut juge bahu die time tu..tapi macam tak de effect gak.."Akh Hafiz menoleh ke belakang melihat Akh Zainul.

"hurm..dia memang dah tido..hehe.."

"dah agak dah..tadi nampak segar ja bercakap..tiba-tiba dah hanyut dibuai mimpi..biar la dia..antum pun tido la khi.."

"ok..ada apa-apa kejut ana ya.."

"insyaAllah"

Akh Farul kesorangan mengamati perjalanan malam itu. Dalam hatinya masih teringatkan topik-topik perbualan sepanjang malam itu. Kesyukuran terus dipanjatkan kepada Yang Maha Menyatukan Hati mereka. Tidak dapat dibayang bagaimana kehidupannya jika tidak diberikan nikmat tarbiyyah. Mungkin akan terus terhanyut dengan kehidupan dunia.

                                            **************************

Hujan tiba-tiba turun jatuh ke bumi dengan dahsyatnya membuatkan indahnya kedinginan malam membuai sesiapa yang tertidur agar lebih lenanya. Wiper kereta membantu penglihatan yang sukar itu. Kelajuan dikurangkan agar kawalan kereta tidak mengundang bahaya. Kelihatan papan tanda kawasan rehat tapah menunjukkan anak panah arah ke kiri. Akh Farul mengawal pemanduannya menuju ke tempat parkir kereta sedang kedua saudaranya masih lena dengan mati sementara.

"Hafiz, bangun khi..dah sampai tapah dah ni.." Akh Farul mengejutkan Akh Hafiz disertai dengan pujukan tangan. Memang sukar menahan ngantuk yang dirasa dalam kelewatan malam waktu itu. Akh Farul menutup mulutnya yang mula menguap menunjukkan malam yang sebagai pakaian bagi mengiring tidur untuk beristirehat.

"Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha."(QS 25:47)

"dah sampai tapah ka khi.."Suara Akh Hafiz akhirnya keluar dari tidurnya.

"ya..kat tapah dah ni.."

"jam berapa dah khi.."

"jap..dah jam 11.40 dah.."Akh Farul mengeluarkan handphone nya.

"owh..mari ana bawa pula"

"kita rehat dulu kejap..kereta ni pun kena rehat kejap..ana nak ke tandas lu jap..nak ikut tak.."

"tak kot..ana nak g kedai jap..nak tapau kopi panas 'bah'..sedap ni minum hujan-hujan gini..antum nak tak.."

"ana tak minum sangat kopi..antum ja la beli..payung ada kat belakang kan..jap..ana cuba kejutkan zainul jap.."Akh Farul cuba menggerakkan Akh Zainul namun tiada reaksi yang ditunjukkan. Hujan yang turun diredah Akh Hafiz dan Akh Farul meninggalkan Akh Zainul terkunci di dalam kereta dengan sedikit pengudaraan melalui sedikit ruang tingkap yang dibuka.

                                                      ***********************

"jom bertolak..dah dekat jam 12 dah ni..nenek antum gerak dari rumah jam 3 kan.."Akh Farul yang kini duduk di posisi co-driver sedang memasang tali pinggang keselamatan.

"yup..insyaAllah sempat..hujan pun dah reda ni.." Akh Hafiz menghidupkan enjin kereta dan memasang wiper dengan kelajuan minima. Tali pinggang keselamatan dipasangkan sebagai lambang usaha mengelakkan kecelakaan yang lebih teruk jika terjadi apa-apa.

"hebat zainul ni..kali ni confirm dia dah tido mati dah tu..hehe..antum ok tak Hafiz..tak ngantuk gak kan?"

"ana ok jer..dah minum kopi tadi..tercekak mata ni..hehe..k..bismillah.." Akh Hafiz mula menggerakkan kereta menuju ke rumah neneknya.

"hati-hati ya khi..afwan la..ana tak dapat temankan antum lama lepas ni..dah balik-balik menguap dah ni..hehe.."

"tak per..antum tido la dulu..ana ok jer.."

"ana cuba tahan ja lu..mana tau antum perlu teman berborak..selagi ana masih tahan, kita berborak ja..saling berkongsi pengalaman ka.."

"boleh jer..o ya khi..mesti ramai kat rumah nenek ana nanti ni..tadi ana call maci ana..dia cakap hampir semua ade..tapi abah n mama ana tak de dah..dorang dah balik semalam lepas makan malam ngan nenek bab adik ana kena gi sekolah ari ni..tapi khi..kan ana ade bagitau ana cucu paling tua..kebanyakan sepupu and anak saudara ana masih kecil-kecil lagi..kekadang tu bila berkumpul habis riuh satu rumah dengan suara budak-budak ni..tapi best gak ngan budak-budak ni..hehe.."

"owh..ok la tu..best apa if ngan budak-budak kecil..ana pun suka sangat ngan budak-budak ni..ana pun banyak anak saudara yang kecil-kecil..kalau berkumpul keluarga ana, macam antum gak la..nak roboh rumah tu dibuatnya..lari sana lari sini..lompat sana sini..sampai ari tu..ana buat satu aktviti untuk kasi senyap budak-budak ni..hehe..antum nak tau ana buat apa?"

"antum buat apa..kongsi sikit..mana tau ana boleh apply ngan budak-budak ni..hehe.."

"hah..ana manfaatkan ESQ..hehe..antum ingat tak part yang mengenai siapa berikan kehidupan tu.."

"yang aktiviti tarik nafas tu ke khi"

"hah..dia la tu..time tu ana tak plan pun..time tu kami buat hari keluarga kat rumah ana..maci-maci and paci-paci ana suma kat tingkat bawah..ana ditugaskan jaga budak-budak ni..umur dorang dari 6 tahun ke 14 tahun..ada dekat 15 orang la..habis pening dibuatnya..jaga yang satu, yang satu buat hal..last-last..ana suruh semua masuk kat bilik ana..sesak gak la..pastu.."

"pastu apa khi..antum 'ESQ kan' budak-budak tu ka.."

"hah..sabar lu..mula-mula tu ana buat dorang ceria dulu..ana bagitau yang ana ada aktiviti yang menarik nak kongsi ngan dorang..time tu ana dah ready laptop and speaker ana..ana brief dulu apa yang dorang perlu buat..ana buat macam ni.."

Akh Farul menceritakan aktivitinya bersama budak-budak dari 'A' sampai 'Z.

Waktu itu:

"baiklah adik-adik..abang ada satu permainan yang menarik..abang nak semua berdiri dulu..baiklah..kejap lagi abang akan minta adik-adik tarik nafas dalam-dalam pastu  adik-adik tahan selama 20 saat ja..abng akan kira sampai 20..sapa yang tidak tahan sampai 20 saat boleh duduk dan jangan bercakap atau ketawa..jangan tengok kiri kanan..adik duduk saja diam-diam..nanti abang bagitau apa pengajarannya..sedia semua?


"Sedia" Semua menyahut dengan penuh semangat.


"baiklah..nanti time tarik nafas abang mau adik-adik angkat tangan ke atas dan tahan sekali ngan nafas..kemudian tutup matanya..dan sekali lagi abang ulang, siapa yang tidak tahan..jangan paksa..adik duduk pelan-pelan..lepas tu jangan bising..abang mau tiada yang ketawa ok.."


lampu tidur berunsur warm light dipasang agar memberikan suasana kondusif..lagu instrumental dialunkan..suara serius dan perlahan digunakan..


"baiklah adik-adik..kita sama-sama baca bismillah dulu..semoga Allah membimbing adik-adik semua agar nampak pengajaran dari semua ini..bawa bertenang semua..abang tidak mau ada yang bersuara kecuali bila abang bertanya..ok..sedia ya dik..abang akan kira sampai tiga..lepas tu adik-adik tarik nafas dalam-dalam kemudian tahan semampu yang boleh..adik hanya perlu tahan selama 20 saat saja..tapi kalau tidak mampu..boleh duduk dan mohon ampun kepada Allah didalam hati tanpa bersuara..baiklah..satu..dua..tiga...tarik nafas semuanya..kemudian tahan.."


Kiraan dilanjutkan..terdapat ada yang duduk ketika pada saat 10 saat..ada yang 13 saat dan seterusnya..turut ada yang mampu tahan saat ke 20..


"baiklah adik-adik..ketika abang hitung tadi..ada yang mampu bertahan hanya selama 10 saat, ada yang 15 saat dan sebagainya..sekarang abang mau tanya adik-adik..apa akan terjadi jika abang melanjutkan kiraan abang sampai 60 saat..atau sampai 120 saat..jawab semuanya.."


"tidak boleh bernafas"Sorang adik menjawab.Ada yang menjawab.


"kita akan pengsan bang"


"kita akan mati"


"baiklah adik-adik..sekarang abang mau tanya..adik-adik kata kita akan mati jika tidak bernafas atau menghirup udara. Jadi sekarang minta adik-adik tolong jawab..apa udara telah berikan kepada adik-adik"


alunan muzik terus mendamaikan suasana.


"sekali lagi abang tanya..apa udara berikan kepada adik-adik.."


"bagi kami hidup"sorang adik menjawab.


"baiklah..sekarang abang nak semua menjawab..tiada yang diam..bila abang tanya apa udara beri kepada adik-adik..semua jawab kehidupan..sekarang jawab..apa udara berikan kepada adik-adik"


"kehidupan" Suara perlahan kedengaran dari setiap mulut adik-adik.


"apa udara berikan kepada adik-adik"Nada yang lebih tinggi digunakan.


"kehidupan" Jawapan juga makin meninggi.


"apa udara berikan kepada adik-adik." Nada makin ditingkatkan agar adik-adik mampu mengaku.


"kehidupan" Nada yang lebih kuat dikeluarkan dengan penuh semangat.


"sekarang adik-adik tolong jawab..siapa yang sebenarnya berikan adik-adik kehidupan..udara atau Allah..udara atau Allah.."


"Allah" kesemua adik-adik menjawab dengan teriakan.


"sekarang jawab semuanya..tiada yang diam..siapa yang berikan adik-adik kehidupan..udara atau Allah.." Nada tinggi makin dilaungkan.


"Allah" Teriakan makin kedengaran membuktikan kesaksian dari anak kecil.


"tapi mengapa selama ini adik sering malas untuk sembahyan g kepada Allah..mengapa adik sering melawan cakap ibu bapa..inikah balasan adik selepas Allah berikan adik kehidupan."


kesemua adik-adik tunduk membisu dan kehibaan jatuh di hati  suci dan lembut adik-adik. Terdapat adik yang mula menitiskan air mata.


"sekarang abang mau tanya..siapa yang berikan adik kehidupan.."


"Allah" Suara tangisan turut didengari.


"tapi mengapa adik-adik sering bergaduh sesama adik-adik..mengapa adik-adik selalu lawan cakap ibu bapa, adakah adik-adik ingin masuk ke dalam neraka..berapa sering adik-adik marah ketika disuruh untuk solat, disuruh untuk mengaji..inikah balasan adik-adik kepada Allah..ingatlah adik-adik..adik-adik juga boleh mati pada bila-bila masa..abang yakin tiada antara adik-adik yang ingin masuk ke dalam neraka..tapi kenapa selama ini adik selalu malas untuk sembahyang.."


tangisan makin didengari..alunan muzik makin dikuatkan untuk meningkatkan emosi adik-adik. Kemudian keadaan diredakan semula.


"adik-adik..Allah lah yang beri adik-adik kehidupan..janganlah lagi adik-adik malas untuk sembahayang..janganlah lagi melawan cakap ibu bapa..semoga Allah mengampunkan dosa adik-adik dan dijauhkan ari api neraka..ingatlah adik-adik..Allah yang terus menerus bagi kita kehidupan..balaslah apa yang Allah beri kepada adik-adik dengan amalan yang baik"


Adik-adik ada yang terus merundukkan wajahnya, ada yang menggosok-gosok matanya, ada yang masih terus menjatuhkan tangisan ke muka bumi Allah.


"adik-adik..kita minta maaf kepada Allah kerana selama ini kita selalu malas untuk sembahyang..lepas ni..abang harap, adik-adik boleh jumpa ibu bapa masing-masing, jumpa umi dan ayah masing-masing..minta maaf kepada mereka sebab adik-adik pernah melawan cakap mereka..semoga Allah menyayangi adik-adik semua..boleh semmuanya"


"boleh bang.."nada kesedihan turut menghibakan hati si abang.

"begitulah ceritanya khi.alhamdulillah..lepas semua keluar dari bilik ana time tu..masing-masing turun ke bawah dan mencari ibu bapa masing-masing..ada yang salam dan cium ana gak dulu sebelum turun.."

"wah..lembut betul hati dorang kan khi.."

"tu la..time tu ana nampak dorang terus pergi ambil air wudhu dan solat, sejuk mata kita..pastu, time ana turun ke bawah, maci-maci pun tanya kat ana apa ana buat sampai menangis budak-budak ni..ana bagitau ja la ngan dorang pasal aktiviti tu..yang penting lepas tu, aman sikit rumah tu dari kebisingan..hehe.."

"alhamdulillah..salah satu cara kite nak dakwah kat family kan khi..banyak jer cara kite boleh gune sebenarnye kan..tapi memang penting menanamkan segalanya milik Allah dalam hati setiap adik-adik ni..termasuk kita sendiri.."

"betul tu khi..alhadmulillah..itu yang termampu yang ana boleh buat kat budak-budak tu..antum pun boleh punya..kita kena jaga keluarga kita selepas diri kita akhi.."

"yup..ana ingat lagi murobbi ana bagi surah 66 ayat 6 time before cuti ari tu yang suruh kita jaga diri dan keluarga dari api neraka.."

"wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."(QS 66:6)

"yup..insyaAllah..siapa tak sayang keluarga sendiri..terutama ibu bapa kita..pasti kita tak nak ada antara mereka masuk ke dalam neraka.."

"betul tu khi..sedih juga bila fikirkan kondisi adik-beradik kita jika ada yang bercouple ka, tak pakai tudung ka, selalu pergi buat benda-benda tak senonoh ka..na'dzubillah..nasib baik keluarga ana tak seteruk itu.."

"itu la..dari keluarga baru lahirkan masyarakat yang sakinah..insyaAllah..ok la khi..mata ana tak mengizinkan dah ni..hehe..ana minta diri untuk tidur lu ya..ada apa-apa kejut ja ana.."

"ok khi..antum tidu la dulu.."

Perkongsian malam itu membuat Akh Hafiz terfikir akan keluarganya. Adakah dia telah melaksanakan amanah sebagai Abang sulung dalam adik-beradiknya..amanah sebagai seorang anak juga amanah kepada ahli keluarga yang lain..dia hanya diam seribu bahasa dengan hati nun jauh mengingati keluarga. Mulutnya terus berdoa agar keluarganya dilindungi dari azab api neraka. Hujan yang makin laju meredah menemaninya pada malam itu melebatkan lagi kehibaan hati. Terfikir di lunak akan nikmat kehidupan yang Allah berikan. Penceritaann Akh Farul masih mengingatkannya akan nikmat yang tidak selalu disyukuri.

Tiba-tiba!!!

"Astaghfirullah..AllahuAkbar.." Akh Hafiz melaung dengan kuat.

"Ya Allah..............

                                                   *********** Tamat Episod 4 ***********

Wednesday, November 25, 2009

Kembara Bujang Lapok - Episod 3 (Indahnya Jalan Ini)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM





"Belok?..apa yang mau belok?" Teriakan Akh Hafiz menggetarkan kesunyian malam yang menarik Akh Farul kemballi ke dunia nyata dari lamunan yang panjang.

"tak...kan tadi kate nak singgah stesen minyak lu"

Akh Farul menghela nafas panjang sambil menggeleng kepalanya.

"Astaghfirullah..Hafiz..Hafiz..tidak payah teriak..terkejut ana..ana fikirkan ada apa tadi.."

"Ana sengaja tak nak singgah kat stesen ni..plan nak singgah kat stesen Petronas yang dekat nak masuk highway tu..Hafiz..Hafiz..terkejut ana tadi.."

"oh..mane ana tau..afwan..afwan.." Akh Hafiz menyandarkan badannya kembali ke tempat duduk yang disaluti kain kulit.

"lain kali..cakap dengan tenang tau..bahaya kalau driver terkezut..naya kita semua..kang nanti ada cucu sorang ni yang tak sempat jumpa nenek dia..susah pula..na'udzubillah..nasib baik ana bukan jenis menggelabah..fuh.." Akh Farul menasihati dengan nada gurauan. Akh Hafiz hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

"apapun..ana juga yang salah lupa bagitau co-driver sorang ni..afwan ya khi.." Akh Farul menatap wajah sudaranya sambil sedekahkan senyuman simetri.

"baiiiik(panjang ditarik perkataan ‘baik’)...dah-dah..antum fokus sama pemanduan tu..nanti ade sorang adik ni tak dapat jumpa akak die..hehe.." Akh Hafiz mula membalas canda saudaranya itu. Akh Farul hanya mengerutkan dahinya sambil cuba menatap mata Akh Hafiz. Akh Hafiz berpura-pura melihat pelbagai arah sambil manaikkan keningnya keatas.  Akh Zainul yang masih lena dibuai mimpi masih berada di dunia tidurnya tanpa menyedari perbualan kedua saudaranya itu.

                                                 ****************************

Suluhan lampu kereta yang memecahkan kegelapan malam ibarat matahari yang menyinar di siang hari. Alangkah indahnya ciptaan Allah yang pasti tidak ada sia-sianya. Namun yang pasti, cahaya yang menyinar adalah dari kehendakNya Yang Maha Bercahaya.

"ha..sini la yang ana nak singgah.." Akh Farul memasang signal ke kiri lalu mengawal kereta masuk ke kotak kuning pam minyak bernombor 4.

"nak isi berapa ni khi..30 ringgit cukup tak..kancil jer kan.." Akh Hafiz mengeluarkan dompet dari bag galasnya yang diletak dihadapannya.

"cukup la tu..dah boleh sampai P.D.(Port Dickson) lagi..hehe.."Akh Farul bergurau dengan Akh Hafiz yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

"antum guna lu duit antum lu ya khi..nanti kita bahagi tiga semua perbelanjaan kembara kita ni..ok bos?"

"boleh jer..ana kan bank bergerak  ‘bah’..hehe.."Akh Hafiz melantunkan gurauan kepada saudara sabahnya dengan memasukkan elemen loghat sabah  sambil membuka pintu 'kancil harimau' dan menuju ke kauter pembayaran.

Akh Farul menarik picu pembuka tangki minyak lalu turun bersedia memutar penutup minyak. Kelihatan Akh Zainul bangun lalu menggosok kedua pancindera penglihatannya lalu melihat kiri dan kanan dengan riak wajah yang tertanya-tanya. Akh Zainul mendekati tingkap lalu menjenguk keadaan sekitar.

Owh..stesen minyak..

Bisik hatinya. Akh Zainul turun dari kereta dan merenggangkan badannya .

“Farul..kita kat stesen mane dah ni..berape lame dah ana tidur..” Akh Zainul menyapa saudaranya sambil terus menggosok matanya.

“baru mau masuk highway ni..tak da lah lama antum tidur..baru kejap ja..”

“owh..Hafiz mane..ana nak ke tandas jap ya”

“Ada sana tu..tengah antri dekat kaunter..antum pergi la tandas dulu..basuh muka tu..habis berbekas dah dengan taris-taris di muka antum tu..hehe..”

antri?? Aper tu??” Akh Zainul kebingungan sambil mendongakkan kepalanya ke atas.

“lar..antri pun tak tahu..hehe..antri tu berbaris..ada faham”

“owh..entah ape la bahase antum pakai ni..lain kali..cakap melayu boleh..cakap mandarin ker..cakap tamil ker..baru ana faham..”

“owh..ni yau wo jiang hua yi ya..qe yi..ni hui jiang hua yi ma?”
(owh..antum mau ana cakap cina..boleh..antum pandai cakap cinakah?)

“alamak..ade juga orang cine yang tak berkulit putih rupanye..hehe..ana lupa pula antum sekolah cina dulu kan..ceh..dah la..nak pergi tandas lu..”Akh Zainul berlalu dengan muka mengalah dengan saudaranya. Akh Farul hanya tersenyum melihat kelibat saudaranya itu.

                                           *******************************
Jam menunjukkan pukul 10.12PM. Ketiga bujang lapok mengambil posisi masing-masing dalam ‘kancil harimau’. Semua masih mengekalkan posisi masing-masing. Akh Farul sebagai driver, Akh Hafiz sebagai co-driver dan Akh Zainul sebagai Yang Berhormat di tempat duduk belakang. Ketiga saudara seislam menyambung kembara dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Perjalanan malam itu mengeluarkan satu topik permasalahan yang dikongsi bersama. Satu permasalahan yang sebenarnya bukan hanya masalah ketiga muslimin tapi sebenarnya masalah umat islam sejagat.

“Akhi, ana ade musykilah sikit..harap boleh bagi masukan..bende ni sering wat ana tertanye-tanye”Akh Hafiz dengan suara serius mengutarakan musykilah yang ingin dikongsi bersama saudarannya.

“boleh jer..ade ape khi..serius nampak..InsyaAllah kami cuba yang terbaik..kan atsar(kata-kata) Saidina Ali mengenai sahabat ade mengatakan.. Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari..jadi..jangan sia-siakan kami khi.” Akh Zainul yang sudah nampak segar dari kelelahan waktu siangnya menyapa permintaan Akh Hafiz dengan lembut. Akh Farul hanya menganggukkan kepala.

“Syukran khi..macam ni...perasaan ni sering bermain-main dalam fikiran ana..mungkin semua tu bisikan syaitan kot..tapi entah la khi..minta antum bagi semangat kat ana..ana pun baru berjinak dalam tarbiyyah..kekadang terlintas dalam fikiran ana mengapa ana perlu berdakwah sedangkan dah ade segolongan manusia yang dah berdakwah..memang ana bukan hanya nak sorang-sorang insyaAllah jadi soleh..kita kena jadi mushlih juga..tapi ana kurang bersemanagat la khi..kekadang ana merase down sangat bila diminta usahakan cari mad'u(orang yang dibimbing)” Akh Hafiz mengutarakan musykilah yang menunjukkan kematangannya dalam tarbiyyah walau masih kelihatan hasutan-hasutan syaitan yang pasti membenci golongan yang menghalangnya dari menyeru manusia ke arah kesesatan. Kedua saudaranya mendengar dengan teliti luahan Akh Hafiz. Akh Farul memasang lampu tinggi memecahkan kegelapan dengan cahaya yang lebih terang. Akh Zainul memajukan badannya ke hadapan untuk membantu memberi semangat kepada saudaranya.

”Akhi..memang tak ramai yang ingin memilih jalan ni..tambahan lagi dalam dunia yang sudah penuh dengan hasutan musuh dari pelbagai medium..pelbagai ranjau dugaan yang bakal mendatang..sebab itulah Syeikh Mustafa Masyhur menyatakan bahawa  jalan dakwah ini tak ditaburi dengan bunge-bunge, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang.. tapi ingatlah khi, dengan keadaan umat islam sekarang..sesungguhnya dakwah(menyeru) kepada Allah itu wajib bagi setiap muslim sesuai dengan daya dan kemampuannya atas niat ingin mencari redhaNya semata-mata..sebab akhi..tiada perkataan yang lebih baik daripada orang yang menyeru kepada Allah..antum kan tahu dalam surah Fushshilat ayat 33 yang mana mafhumnya:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"(QS 41:33)

Ini merupakan salah satu pengiktarafan dari Allah atas orang-orang yang berdakwah..betul tak Farul” Akh Zainul menerangkan dengan penuh berhikmah bersesuaian dengan pengalamannya sepanjang menggerakkan dakwah di medan sekolahnya.

“Alhamdulillah..ya betul..dalam ayat yang zainul baca tu merupakan kalimat ‘istifhaam’ atau pertanyaan dimana dalam ayat ni mengandungi erti  ‘nafy’ atau peniadaan. Maksudnya, tidak ada lansung satu pun yang lebih baik ucapannya di sisi Allah daripada orang yang berdakwah atau menyeru di jalanNya..Kan Rasulullah juga besabda:

“Barangsiapa yang menyeru kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangkan dari pahala-pahala mereka itu sedikit pun” (HR Muslim)

“Sekarang bayangkan Hafiz berdakwah kepada seorang manusia sahaja, sehingga hasil dari dakwah antum tu dia mampu menempuhi jalan hidayah dan istiqamah di dalamnya..yakinlah akhi, walaupun antum sedang tidur di saat dia sholat malam; antum tidak berpuasa sedangkan dia sedang berpuasa; antum tinggal di rumah sedangkan dia menunaikan haji ataupun antum tidak mengikutinya ketika dia sedang berjihad di jalan Allah, pahalanya tetap mengalir untuk antum seimbang dengan pahala manusia yang antum dakwahi itu. Itu baru satu orang, bagaiman kalau antum mampu membimbing manusia lebih dari satu orang? Bagaimana jika lebih dari sepuluh? Pasti antum dapat pahala yang berlipat kali gandanya..yang penting akhi..terus bulatkan niat hanya kerana dasar ingin mendapat redha dari Allah Yang Maha Pemberi Hidayah..jadikannya sebagai sarana untuk antum tambah kecintaan kepadaNya..insyaAllah biiznillah..antum akan diteguhkan kedudukan di sisi Allah kerana membatu agama Allah..dalam surah Muhammad ayat ke 7 yang ana takin kita sudah familiar dengannya..

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”(QS 47:7)

“Semoga Allah melihat usaha kita dalam membantu agamaNya dengan Pandangan Redha  dan MahabbahNya..InsyaAllah” Akh Farul cuba sedaya upaya membantu Akh Hafiz mendapatkan spirit booster untuk berada di jalan yang indah ini.

“InsyaAllah..Jazakumullah akhi..doakan ana agar istiqamah bahkan istimrar di jalan ini..indahnya jalan ini jika seluruh umat islam bersatu dan berjuang bersama menegakkan kembali cahaya islam di muka bumi ini..bukannya makin menyirnakan (dari perkataan sirna yang bermaksud menghapuskan) cahaya islam dengan perlakuan yang boleh mengundang kita dihumban ke dalam neraka..tapi itulah hakikat umat islam sekarang kan khi..indah dibuai mimpi dunia serta keindahan yang sementare yang dihasut oleh musuh-musuh dari kalangan jin dan manusia..insyaAllah..Inilah jalan kiter..semoga Allah tidak menarik nikmat tarbiyyah ini dalam diri kita..bahkan menyebarkan lagi kepade hamba-hambaNya yang dipilih..InsyaAllah” Akh Hafiz kelihatan mendapatkan satu sumber kekuatan yang menaikkan semangatnya dalam jalan ini.

“Tapi afwan khi, ana rase……………….

                                     *********** Tamat Episod 3 ********************