Monday, March 19, 2012

Kata Nasihat Buatku & Dirimu [Episod Ke-18]


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


InsyaAllah di bawah saya sertakan beberapa kata-kata nasihat harian yang saya kongsikan di akaun Facebook http://www.facebook.com/SaBaHaNmUsLiM..Namun, akan saya abadikan di blog ini untuk memudahkan kepada sesiapa yang tidak memiliki facebook. InsyaAllah 10-15 Kata Nasihat setiap Episod. Semoga ia memudahkan saya khususnya dalam mengingati nasihat-nasihat yang diberikan agar saya paling utama tidak melanggar apa yang saya katakan, juga agar bermanfaat buat kita semua..Amin Ya Mujib..



 
Sumber Gambar : Zulan (Graphic Designer Synergy Media Sdn. Bhd.)



Nasihat Hari Ini : Benda-benda yang mewah tidak semestinya yang terbaik bagi kita. Maka, belilah bukan untuk kemewahan, tapi cukup sekadar untuk keperluan.


Nasihat Hari Ini : Memang kegagalan satu ujian, tapi usahakan untuk lulus ujian, kerana kegagalan bukan hanya untuk kita pasrah dengan keadaan tanpa ada perbaikan. Terutama untuk kejayaan Islam. 


Nasihat Hari Ini : Memang kebaikan sekarang berjalan lambat seperti kura-kura, dan kejahatan berlari laju seperti arnab, namun tidak mustahil untuk kita pastikan kura-kura mengalahkan arnab di masa akan datang.


Nasihat Hari Ini : Bujang bukan kata laluan untuk kita melepaskan diri dari amalan kebaikan seperti menjaga kebersihan kerana kebersihan adalah sebagian dari keimanan.


Nasihat Hari Ini : Jangan hanya berteori setinggi langit, tapi tidak pernah praktikalkan di muka bumi. Terutama dalam bab ilmu yang kita pelajari.


Nasihat Hari Ini : Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian, itulah kesungguhan melakukan amal kebaikan yang pasti mendatangkan kebahagian.


Nasihat Hari Ini : Ramai mengorbankan cinta Allah kerana cinta lainnya, ramai mengkhianati amanah Allah kerana amanah lainya, ramai melemahkan hubungan dengan Allah demi hubungan lainnya, ramai memungkiri janji Allah demi janji lainnya, dan ramai mengabaikan kepentingan Allah demi kepentingan lainnya. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan hamba yang sebegini.


Nasihat Hari Ini : Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan semua kecuali amalan yang tetap bersama.


Nasihat Hari Ini : Sepertimana kejahiliyahan zaman dulu telah diulang tayang kembali pada zaman ini, ayuh kita ulang tayang kegemilangan umat Islam zaman dulu kembali juga pada pada zaman ini.


Nasihat Hari Ini : Biar mati adat, jangan mati islam, bukannya biar mati Islam, jangan mati adat, kerana ramai mengutamakan adat berbanding Islam itu sendiri.

No comments: