Tuesday, April 17, 2012

Pengumuman Istimewa : "Ana Setuju"


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Pengumuman Asli : SaBaHaNmUsLiM





Ketika Jawapan Kuterima

"Salam.Bismillah.InsyaAllah ana terima dan setuju".

Alhamdulillah..Hati terus bertahmid memuji kepada Allah Al-Qodir..Tangisan mengalir dengan sendirinya tatkala mendapatkan nikmat diterima seorang wanita yang sangat baik agamanya..seindah-indah perhiasan dunia, tidak terkalahkan dengan wanita solehah..InsyaAllah..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami berdua dalam melaksanakan ibadah yang memenuhi separuh dari agama dan merupakan sunnah baginda Nabi Muhammad SAW. Mohon doa dari semua agar Allah meredhai kami berdua dan dipermudahkan segala urusan mengikat ikatan halal antara kami berdua.

InsyaAllah ini sekadar pra-pengumuman buat semua keluarga, ikhwah & akhawat, kawan-kawan lama, kawan-kawan terkini, kawan-kawan masa hadapan, kawan-kawan alam nyata, kawan-kawan alam maya, dan semua yang mengenali insan bernama Fakhrullah Bin Mawardi. Doakan saya ya dalam memikul ujian ini..Siapa calon dia? Ukht Nor Suhaila Binti Ismail..Bila akadnya? insyaAllah pada 2 June 2012..Walimah pula? Tempat perempuan pada 3 June 2012 & Tempat lelaki pada 7 July 2012..Dimana? Perak(Perempuan) & Sabah(Lelaki)..^.^..Semoga semua sudi melapangkan masa dan menyempatkan masa datang ke walimah kami berdua..InsyaAllah..


"Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa" [QS al-Furqan, 25:74]




Tuesday, April 10, 2012

Beri Hadiah Itu Sunnah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




Hadiah Pertama

"Fakhrul..ni hadiah buat U.."

Kelihatan kotak hadiah yang agak besar diangkat dari meja pejabatnya. Kotak yang berbentuk rumah dengan corak ukiran yang menarik perhatian mencuri konsentrasi

"Tengok la apa dalamnya.."

En Supri dengan senyumannya mengajak saya membuka hadiah yang diberikannya. Saya masih dalam keadaan tersentak seketika sebenarnya kerana sepatutnya saya sebagai murid yang patut berikan penghargaan kepadanya sebagai guru yang mengajar banyak perkara sepanjang Internship di sini, bukannya dia sebagai guru yang menghargai saya sebagai muridnya. Walaupun kami sering berbincang bersama mengenai projek-projek syarikat, beliau sering juga bertanyakan mengenai bisnes kerana beliau sebenarnya ingin membuka bisnes sendiri.

"Wah..lawa la En Supri..Thank you.."

Jika perumpamaan mengatakan ada udang disebalik batu, kali ini ada perhiasan di dalam kotak. Perhiasan yang mempunyai ukiran dan corak yang sangat menarik. Kata-kata yang dicoretkan juga pasti membuatkan saya terkenang pengalaman di sini terutama kepada Supervisor (SV) saya yang berstatus warganegara indonesia. Gaya bahasa indonesia yang tak lekang di mulut, tak luput dek tahunan, walaupun sudah hampir 10 tahun bekerja di negara ini, Malaysia. Saya yang kebetulan asal dari negeri di bawah bayu, sabah, kebanyakan hampir sama pertuturan kami berdua..hurm..Terkadang ahli pejabat lain ada yang tidak faham dengan kata-kata En Supri, tapi saya alhamdulillah faham semuanya dan terkadang menjadi jurubahasa di pejabat ini.

Hadiah Ke-2

"Fakhrul..lunch ni I belanja U ya"

Begitulah En Supri, bukan sekali, tapi berkali-kali, tiada badai, tiada ribut, hujan lebat pun tidak, akan selalu tiba-tiba memberikan kilauan pelangi. Namun kali ini, rupa-rupanya ada hujan gerimis penyebab timbulnya pelangi, beliau mendapat bonus syarikat atas dedikasinya dalam pekerjaan. Saya juga mengakui beliau seorang yang sangat berdedikasi tinggi dalam tugasannya.

Hadiah Ke-3

"Nah Fakhrul..buka ni..enak kerepeknya.."

Kelihatan bungkusan City-Link yang dihantar kepada En Supri. Dalam hatiku hanya terfikir En Supri ni beli kerepek pun nak kena pos sampai ke sini? Rupanya-rupanya selepas melihat alamat pengeluar produk kerepek yang lain dari yang lain ini memang dari tempat yang jauh (sengaja tidak mahu bagitahu semua pembaca agar tertanya-tanya..hehe)..Tapi, serius jauh. Saya juga pertama kali makan dan terus jatuh cinta dengan rasanya. Alhamdulillah.

Tahaddu, Tahabbu...


"Saling beri hadiah-lah kamu, maka kamu akan saling mencintai dan ia akan menghilangkan permusuhan"[HR Malik]

InsyaAllah di kesempatan pada perkongsian ringkas kali ini, kita budayakan saling menanam benih ukhuwah dengan saling memberikan hadiah sesama kita. Sepertimana Saidatina Aisyah pernah menyatakan bahawa Rasulullah menerima hadiah dan membalas hadiah (HR Bukhori). Pemberian hadiah yang ikhlas kerana Allah, ukhuwah kerana Allah dan ukhuwah kerana ia perintah dari-Nya. Tidak kisah sekecil-kecil atau sebesar-besar hadiah, kerana saiz hadiah bukan penentu saiz ukhwuah sesama kita. Apatah lagi jika ada antara kita yang menghina orang lain yang memberikan hadiah yang mugkin tidak lumayan pada pandangannya.


“Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing”[HR Muslim]

Akhir kalam, memberi hadiah adalah sunnah! Ayuh hidupkan..^.^..tapi beri hadiah perpada-pada ya..Hadiahkan hanya kepada yang  sepatutnya..agar hadiah makin meningkatkan keimanan, bukan menambahkan kemaksiatan..

Friday, April 6, 2012

Merindui Hidayah Dari-Mu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


Sejenak ku terfikir,
dari kerosakan diri sendiri,
sampai bila harus terus begini,
merosakkan diri sendiri.

Terkadang ku sedari,
semua yang ku lalui,
adalah dosa kesalahan yang Allah murkai,
namun mengapa terus ku lakukan sampai kini.

Sedetik ku merasai,
cemburu dengan insan lain,
yang masih bersih suci baik sekali,
sedangkan diriku terus ku kotori.

Pernah terdetik di hati ini,
untuk hentikan semua ini,
namun ku lemah untuk tempuhi sendiri,
ku malu dengan teman sekeliling.

Namun kini ku akui,
malu untuk berubah itu tiada erti,
takut memperbaiki diri itu salah sekali,
pandangan Illahi lebih utama dari pandangan manusiawi,

Selama ini,
lemah sungguh keyakinan di hati,
keyakinan kepada segala janji,
janji pembalasan di setiap sisi,
dari Allah Yang Maha Mengetahui.

Ya Allah Robbul 'Izzati,
Saksikan hambamu ingin kembali,
dari menzalimi diri sendiri,
sinar cahaya yang selama ini ku cari,
hidayahmu yang ku rindui.