Sunday, October 31, 2010

Pahit Manis Da'wah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : Akh Hazim (Perkongsian Pengalamannya)



ikhwah sekalian,

Inilah adegan-adegan seram ganas ikhwah yg baru sahaja selesai  halaqah salah sebuah sekolah di perak, alangkah terkejutnya kami apabila mendapati bahawa cermin depan kereta walabi retak sepenuhnya. situasi ini membingungkan kami,


 "kenapa boleh jadi retak ni"? seorang ikhwah bertanya kehairanan. 


lalu fikiran kami tertumpu kepada satu bunyi pelik yang menegur kami dalam perjalanan menuju ke sekolah.


 "mungkin ade batu kecil yg menghempap cermin kereta ini semasa perjalanan kemari", satu konklusi ringkas dari akh azahar. tanpa membuang masa kami menghidupkan enjin kereta lalu pergi meninggalkan sekolah. keadaan cermin yg berpola seperti berlian dengan coraknya seperti kepingan 'snow flake' menganggu tumpuan pemandu untuk memandu dengan baik dan terampil. l






alu kami  memecahkan semua cermin yg retak itu dengan rakus sekali di hadapan sebuah balai polis tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yg lain. setelah semuanya pecah, kami dapati inilah kereta paling hebat di dunia, tanpa perlu menghidupkan penghawa dingin, kami meneruskan perjalanan dengan semangat yang jitu. 


bagi org lain, perjalanan seperti ini ibarat mimpi ngeri bagi mereka, namun tidak bagi ikhwah, perjalanan pada malam tersebut kami penuhi dengan gelak ketawa diselitkan pengalaman indah akh azahar ketika kemalanganya di gerik tahun lepas. sebuah kereta proton satria berwarna biru tanpa wind screen bergerak megah di atas jalan raya negeri perak ini yg semestinya memecahkan suasana damai pada malam tersebut. 


berbekalkan 2 org pemandu ala-ala rally yg beraksi dalam keadaan sejuk akhirnya kami berjaya sampai ke banglo tercinta tepat pada masanya. inilah salah satu pahit manis dalam berdakwah.

Mengapa ini semua harus berlaku?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM






Sanggupnya Kamu

Astaghfirullah..Semoga Allah mengampunkan kesalahan-kesalahan kita semua..saya terpanggil untuk menulis entri ini selepas beberapa insiden yang kurang berkenan di hati saya secara jujurnya..bukan ingin memarahi sesiap, namun sebagai benih fikiran yang saya harap dapat ditanam dan dicambahkan dalam otak sesiapa yang melakukannya..

Kita bersama-sama akui tugas dakwah yang ingin kita bawa ke pelbagai pelusuk tempat. Ikhwah dan Akhwat saban minggu bermula dari awal tahun hingga pada saat ini melakukan pengorbanan dengan begitu dahsyat sekali. Contohnya ikhwah dan akhwat dari perak, setiap minggu bertebaran menyebarkan tarbiyyah kepada generasi-generasi remaja di pelbagai institusi pendidikan..dari perak ke kedah, ke penang, ke selangor, ke KL, serta dalam perak itu sendiri. Perkara ini yang pasti memerlukan perbelanjaan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit hanya untuk diinfakkan di jalan menyeru kepada Allah. Setiap minggu!

Cuba kita bayangkan, sebuah sawah ladang, kita yang memulakan cantasan semak samun, menggemburkan tanah, membajak sawah, menyisir sawahnya, lalu menyemai benih-benih hingga ia menjadi tanaman yang bermanfaat buat sekeliling, namun, kita yang menanam benih tersebut, namun orang lain yang menuai hasilnya. Ini salah satu fenomena yang berlaku terutama di bahagian dakwah sekolah. Dibiarkan ikhwah akhwat kita setiap minggu terhegeh-hegeh bersusah payah mengorbankan pelbagai material dari awal tahun hingga sekarang, setelah berjaya membimbing pelajar sekolah tahu erti Islam sebenar, namun, pada akhir tahun ini, selepas "Donkey Job" orang lain lakukan, orang lain berkorban, dia hanya ingin memotong line dan merampas kesemua hasil tersebut dengan siraman racun perosak kononnya untuk mencegah tanaman tersebut daripada perosak.

Bukan Masanya

Bayangkan mad'u sekolah, yang baru tidak sampai setahun jagung dalam tarbiyyah, terus dipeningkan masalah kepelbagaian jemaah. Semoga tiada perkara buruk yang disampaikan. Namun satu benda yang pasti, mad'u-mad'u sekolah sudah mula pening dan akhirnya meninggalkan tarbiyyah atas doktrin yang diberikan dari sesuatu pihak. Ketika ingin berhalaqah, tidak lain hanya ingin bertanya mengenai jemaah. Apa ini?? mengapa kita mengajar dan menekankan bab jemaah semata-mata. Mengapa memperkenalkan jemaah sebelum islam?

Bukan kami tidak ingin mendedahkan mengenai jemaah, tapi bukan masanya. Kami tidak ingin melahirkan da'i-da'i yang berjuang hanya atas dasar jemaah. Kita mengetahu Marhalah-Marhalah dakwah, ada tahapan-tahapan dalam dakwah. Boleh tak tekankan dahulu aspek tarbiyyah, tekankan mengenai keikhlasan, tekankan mengenai hubungan dengan Allah? Salah satu faktor berlakunya keruntuhan dalam dakwah adalah tidak meletakkan tarbiyyah yang utama (Tariq Ad-Dakwah - Mustafa Masyur). Kita gusar kita melahirkan da'i yang mengajak kepada jemaah sedangkan Allah jelaskan dalam ayat rabbani :

"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." 
[QS Al-Imran, 3:79]

Bukan mengajak menjadi pengikut kita, tapi ajak mereka menyembah Allah. Itu paling utama. Selagi mana Al-Quran dan Hadis menjadi pegangan utama. Rujukan-rujukan ulama' ditelaah dengan saksama. Benda-benda yang tiada sesatnya disampaikan. Maka, cukuplah ini menjadi sandaran.

Bukan masanya, jika pada peringkat awal pentarbiyyahan dan keikhlasan tidak dicantikkan dan ditekankan, nantika generasi pengganti yang lebih ikhlas dan sanggup berkorban demi agama Allah. Jika anda tidak sanggup melakukan pengorbanan sepanjang tahun, dan hanya ingin mengambil hasil pada akhir tahun, saya nasihatkan itu bukan langkah yang baik. Boleh tak, biarkan mereka mengenal Allah, ikhlas berbuat kerana Allah, menjaga hubungan dengan Allah, amalkan Islam dengan saksama, baru jemaah diutarakan?

Adab Perlumbaan

Jelas Allah menyampaikan dalam surah 5 ayat 48 bahawa kita dalam berbuat kebaikan haruslah berlumba-lumba. Saya pasti, disetiap perlumbaan, tiada yang ingin kalah, bahkan akan berusaha melakukan yang terbaik, namun ada manusia yang ingin memenangi perlumbaan contoh 100 meter pecut, mereka menyiku peserta yang lain, mereka menahan peserta lain, mereka menghalang peserta lain,..ini bukan adab perlumbaan. Kita dalam ingin berlumba, tolong sangat-sangat tanamkan sifat berlapang dada. Orang-orang yang faham akan agama akan menganggap perbezaan pendapat adalah satu rahmat. 4 Imam Mazhab walau ada yang tidak sependapat, namun indahnya sikap berlapang dada yang ditunjukkan, kerana mereka tahu apa yang dilakukan oelh Imam yang lain ada pegangannya yang tersendiri yang tidak lari dari kebenaran.

"Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu" [QS Al-Maidah, 5:48]

Siapa yang ketika berlumba lari sengaja kalah dan lariannya ke arah belakang? Pasti semuanya berusaha maju kehadapan dengan sebaik mungkin. Memang kita akan lakukan yang terbaik, dan akan berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT.

"Kepada masing-masing golongan baik golongan ini maupun golongan itu. Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi." [QS Al-Isra', 17:20]

Allah meletakkan baik bukan hanya satu golongan, namun kita akui banyak golongan baik mahupun sebalinya. Jika kita lihat 2 ayat sebelum ayat 20 diatas, golongan itu dan ini dikaitkan dengan ada golongan niat sebenarnya mengejar dunia, dan yang satunya mengejar akhirat. Tepuk dada tanya da'wah yang dibawa. Apa sebenarnya agenda sebenar yang ingin kita lakukan? Apa sebenarnya makar yang ingin ditimbulkan? Sikap kita dalam berjemaah tolong dijaga. Tanya dahulu diri kita apakah benda memotong usaha saudara yang lain itu sikap yang baik?

Generasi pengganti atau bakal diganti?

Kami secara jujur tidak kisah hasil dari usaha kami, kami hanya usaha yang terbaik, jika tarbiyyah dan dakwah yang kami sampaikan sudah tidak diterima oleh beberapa mad'u selepas dipeningkan, atau puak-puak lain yang tidak setuju dengan pembawaan kami, merasakan kami terlampau ekstrem dalam berkorban, kami yakin dengan janji Allah. satu benda yang pasti, ketiadaan anda di jalan da'wah dan tarbiyyah tidak akan menggugat sama sekali kedua mahligai ini, kerana bukan da'wah dan tarbiyyah memerlukan kita, tapi kita yang memerlukan dan memperuntukkan dengan penuh komitmen da'wah dan tarbiyyah. Jika kita kikir atau kedekut, itu hanya jatuh kepada diri kita sendiri, kerugian sendiri kita tanggungi. Bahkan banyak lagi pengganti generasi yang lebih baik.

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini." [QS Muhammad, 47:38]

Janji Allah kami yakini. Semoga kita menjadi generasi yang menggantikan generasi yang lepas dan bukan bakal digantikan dengan generasi yang lain. Ayuh ikhwah akhwat, teruskan keikhlasan dalam kita berdakwah, memang kita sudah jelas jalan dakwah yang tidak akan sama sekali ditaburi dengan bunga-bungan, dan kita sudah jelas ada sahaja duri-duri yang bakal kita terkena, namun, teruskan perjuangan kita, amal kita amal kita, amal mereka amal mereka, yang penting jika kita merasakan apa yang dilakukan mereka kurang menarik di mata, kurang tertarik di hati, mari kita bersama jangan lakukan benda itu. Biar orang lain buat sebegitu, bagi kita, tidak sama sekali, sikap berlapang dada atas dasar ukhuwah kita akan terus cambahkan. Biarlah pada pandangan mata kasar hasil usaha kita diambil orang, namun mari tambah keyakinan kita pandangan dari Allah Azza Wa Jalla. Kita yakin Allah Mengetahu setiap sesuatu.

Akhir kata, tidak saya utarakan perkara ini jika bukan kerana sekali dilakukan, bukan berkala dilakukan, namun dalam tempoh waktu yang singkat di penghujung tempoh tarbiyyah di sekolah, dipelbagai tempat anda melakukan perkara itu. Jika kamu merasakan itu baik bagi kamu, dan yakin dengannya, terpulang kepada anda dan biar Allah menjadi Hakimnya. Atas dasar ukhuwah sesama islam, ayuh islamkan dahulu umat islam sekarang, mengapa masih ada sikap sebegini sesama kita, mari kuatkan sesama kita, lakukan posisi kita masing dengan penuh kesungguhan. Ibarat komponen dalam kereta, ada yang menjadi enjin, ada yang menjadi brek, ada yang menjadi stering, jika semua tidak ingin lakukan yang terbaik, maka merosaklah kereta tersebut. Bahkan dalam perkongsian lepas pernah saya sampaikan, kita bersama dalam usaha membina sebuah Istana yang kuat tersergam indah, kelompok masing-masing ada peranannya. Mungkin kami hanya membuat bahagian lantai, ada yang membuat bahagian pintu, ada bahagian tingkap, ada bahagian atap, maka, kita sama buat dan bina dengan baik bahagian amanah kita masing-masing. Semoga Allah akan memberikan pertolongnya kepada kita dalam mengembalikan status umat terbaik yang pernah dilahirkan dalam kalangan manusia.

Ya Allah, Engkau ampunilah kesilapan kami, terimalah amal kami, kuatkan keikhlasan kami, tingkatkan pengorbanan kami, hanya mengejar redha dari-Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Tuesday, October 19, 2010

Indikasi Cinta Milik Siapa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM
Dikongsi di -> http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2165-indikasi-cinta-milik-siapa.html



Cinta Melahirkan Rindu

Bayangkan kita seorang pelajar yang jauh dari dakapan keluarga, sudah pasti rasa rindu akan timbul dikala terkenang mereka. Bahkan tangisan kerinduan mampu mengalir kerana rindunya kita kepada mereka.

Bayangkan pula kita seorang suami, sudah pasti merindui si isteri jika lama ditinggalkan. Lebih-lebih lagi bagi si isteri, yang lembut hatinya menangisi perasaan rindu yang bermain di hati. Begitu juga anak muda yang dikaburi dengan kerinduan kepada kekasihnya, sehingga tidur tak lena, makan tak selera, mandi tak basah, solat tak khusyuk (kalau solat), hidup bagai tidak menentu.

Bayangkan pula kita sebagai ibu bapa, sudah tentu merindui gelagat anak-anak yang kita sayangi. Anak-anak yang jauh dari pandangan sentiasa bermain di fikiran kita, sentiasa memikirkan keselamatan mereka, sentiasa memikir kebahagian mereka, dan yang pasti sentiasa merindui untuk ketemu mereka.

Mengapakah rasa rindu mampu muncul di hati sanubari kita? Cinta. Kerana cinta. Cinta yang melahirkan rasa rindu, kerana kerinduan tidak akan lahir tanpa ada kuasa cinta yang mengikatnya. Inilah ketenangan yang pasti menghiasi hati kita ketika mengingati sesuatu yang kita cintai. Apatah lagi ketika mendapat tahu kita bakal menjumpainya, bahkan jika couple sekarang, cukup hanya terdengar nama si dia, terus tergetar hatinya. Apabila terus menerus diingatkan tentang sesuatu yang kita cinta, rasa cinta dan rindu akan terus bercambah dan makin kukuh.

Persoalannya disini, jika teringat ibu bapa, anak-anak, suami atau isteri, kekasih hati, mengapa kerinduan mampu timbul dan kebahagian kononnya dirasai? Sedangkan ketika kita menjauh dari Allah Ar-Rahim, tiada pun rasa rindu seperti rindu kita pada lainnya? Adakah kita lebih merindui sesuatu yang lain selain Allah?

Ketika mendengar ibu dan ayah akan datang menziarah kita, atau mendengar suami atau isteri sudah ingin pulang, mengapa terasa bahagia sungguh mengenainya, sedangkan ketika nama Allah yang dilaungkan tidak terasa apa-apa di hati kita, ketika perkara mengenai Allah disampaikan juga seperti ianya berlalu begitu sahaja, ketika kita mendengar ayat-ayat dari-Nya, tidak bertambah rasa cinta dan rindu kepada-Nya? Namun, bila cinta yang lain datang menyapa, makin bertambah rasa cinta dan rindu di hati kita?

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." [QS Al-Anfal, 8:2]

Muhasabah Cintamu....

Tangisan Kerana Cinta

Berapa ramai antara kita bersedih dan menangis ketika kita makin jauh dari ibu dan ayah, menangis ketika anak-anak makin jauh dari kita, menangis ketika meninggalkan keluarga kita, menangis ketika kehilangan sesuatu barang yang dicintai, menangis ketika wang ringgit kita makin berkurang, ketika harta dan perniagaan makin merugi, bahkan banyak lagi kepentingan dalam kehidupan kita yang kita menangis tatkala ia makin menjauh.

"dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan." [QS Al-Fajr, 89:20]

Namun, pernah tidak kita menangis kerana kehilangan cinta Allah, menangis ketika mengingati Allah, menangis ketika membaca ayat-Nya, menangis ketika makin menjauh dari Allah, menangis ketika bermaksiat dihadapan Allah, menangis ketika tidak mampu berkorban untuk Allah dan menangis kerana merindui Allah?

Tidakkah kita merasa hina kerana lebih sanggup menangisi sesuatu keadaan atau perkara, namun bila mengenai Allah kita tidak mampu menangis? Adakah cinta kita kepada yang selain dari Allah melebihi dari tahapan cinta yang digariskan Allah?

Katakanlah: "jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuwatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. [QS At-Taubah, 9:24]

Cukuplah mencintai sesuatu yang lain melebihi cinta kita kepada Allah, Rasul dan Jihad. Sedarlah cinta kita milik siapa yang paling utama. Bukan kepentingan kita, keluarga kita, kerjaya kita, kenderaan kita, rumah kita, masa rehat kita, tenaga kita dan harta kita, lebih kita pentingkan sehingga mengorbankan kepentingan cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad. Kita wajib berkorban demi kepentingan cinta Allah, Rasul dan Jihad, bukan mengorbankan kepentingan cinta Allah, Rasul dan Jihad untuk kepentingan yang lainnya. Berkorbanlah demi cinta-Nya.

Tangisan cinta yang paling utama milik Allah, usahakan tangisan kerana Allah lebih kita utamakan berbanding tangisan kerana ciptaan-Nya. Seperti para sahabat yang bercucur air matanya tatkala tidak dapat berjuang, berjihad di jalan Allah.

"dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu." lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata karena kesedihan..[QS At-Taubah, 9:92]

Inilah tangisan yang sepatutnya, menangis ketika tertinggal tahajjud kita, dhuha dan quran kita, menangis ketika tidak dapat berkorban masa dan tenaga kerana Allah, menangis ketika cinta kita dirampas selain cinta kepada Allah.

Muhasabah Cintamu...

Kebahagian dan Ketenangan Cinta

"orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." [QS Ar-Ra'd, 13:28]

Inilah kebahagian dan ketenangan yang sepatutnya, jangan sampai hati kita lebih tenang ketika mengingat selain dari Allah. Ramai antara kita lebih bahagia dan tenang ketika mengingati keluarga, harta kekayaan, kerjaya, pujian dan sanjungan manusia. Takutlah hati itu sudah dikotori, sudah dinodai dengan kebahagian lain yang tidak hakiki, yang pada pandangan manusia dan dunia pasti membahagiakan, namun pandangan Allah itu lebih utama. Kebahagian dan ketenangan sebenar hanya akan hadir bila kita mendekati Allah.

Kepekaan hati kita mungkin sudah makin cair ditelan arus keduniaan. Kekadang dosa yang dilakukan dianggap hanya seperti lalat yang singgah dan mampu hilang hanya dengan dikuis begitu sahaja, sedangkan kita seharusnya menganggap dosa dan maksiat itu laksana gunung yang bakal menghempap kita ketika melakukannya, laksana gunung berapi yang bakal membakar kita. Inilah kepekaan hati perlu kita asah bersama, hatta dosa kecil itu lebih kita takuti.

"Dosa kecil lebih aku takuti dari dosa besar kerana ia tidak dapat dirasa kerana kekecilannya" 
[Ibn Qayyim]

Jangan turuti hawa nafsu yang mengundang kepada dosa dan maksiat, yang mengundang kepada futurnya cinta utama dan  yang akhirnya menumpulkan hati kita.

"Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka."[QS Muhammad, 47:16]

Indikasi Cinta Milik Siapa

Setelah bersama menghayati rindu dan tangisan kerana kecintaan. Mari tepuk dada, tanya iman. Siapa sebenarnya cinta paling utama?

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakdan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)."[QS Al-Imran, 3:14]

Adakah manusia lebih kita cintai dari Allah?
Adakah harta lebih kita cintai dari Allah?
Adakah kerjaya lebih kita cintai dari Allah?
Adakah kehidupan dunia lebih kita cintai dari Allah?
Adakah kenderaan dan kediaman lebih kita cintai dari Allah?
Adakah keseronokan hiburan lebih kita cintai dari Allah?
Adakah kenyamanan tidur lebih kita cintai dari Allah?
Adakah waktu rehat kita lebih dicintai dari Allah?

Apa yang paling kita rindu bila kehilangannya?
Ke mana tangisan kita sering dicucurkan?
Inilah indikasi cinta kita milik siapa.

Ayuh ikhwah wa akhwat sekalian, tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan. Tanamlah azam dan kesungguhan kearah yang lebih baik dan sentiasa tingkatkan. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan usahakan esok hari lebih baik dari hari ini. Muhasabah cinta kita bersama, letakkan kepentingan cinta 9:24 lebih utama, nikmat-nikmat yang diberikan kepada kita perlu dicintai, tapi yang perlu dicintai adalah cinta kita kepada Pemberi Nikmat yang lebih utama.

Muhasabah Cintamu...

Wednesday, October 13, 2010

Akhirat Diutamakan, Dunia Tidak Dilupakan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM
[Olahan Rubrik Fokus - Majalah Sinergi Edisi Ke-2]



Hadirin jumaat rahimakumullah,

                Dalam kesempatan yang berbahagia ini, saya berwasiat terutama kepada diri saya sendiri dan juga kepada para jemaah sekalian, agar sentiasa meningkatkan rasa takwa kita kepada Allah SWT, dengan melaksanakan sebenar-benarnya segala perintahNya, dan menjauhi sejauhnya segala laranganNya, agar bila suatu saat nanti menghadap Allah dalam keadaan mukmin dan muslim.

                Selain itu, marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan rahmat dan hidayahNya kepada kita sekalian, sehingga pada detik ini dapat menunaikan kewajipan yang mulia, iaitu solat Jumaat dalam keadaan sihat walafiat, Alhmdulillah.

Ma’asyiral muslimin rahimakumullah,
                Pada hari ini, mimbar ingin menyeru para jemaah sekalian untuk bersama-sama merenungkan khutbah dibawah tajuk yang indah, ‘akhirat diutamakan, dunia tidak dilupakan’..sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas, Ayat 77,


“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” (QS Al-Qashash, 28:77)

Dalam ayat ini jelas Allah meletakkan keutamaan akhirat yang utama,  namun tidak melupakan bahagian di dunia. Namun apa yang terjadi pada hari ini, dunia diutamakan, akhirat dilupakan,  seruan azan 5 kali sehari kekadang diabaikan, projek-projek, kontrak-kontrak, bisnes-bisnes dan kerja-kerja lain lebih diutamakan. Harta-harta ditumpukkan sehingga ‘rumah dan pejabat sentiasa dibaiki, namun keimanan berterusan dirobohkan’, pakaian juga sentias diperbaiki, namun keimanan sentiasa dikoyakkan’.

Namun bukan kita menolak dunia, umat islam memang harus bangkit pada hari ini, samada dari bidang ekonomi, teknologi, pendidikan, dan sebagainya, kerana kita harus jadikan dunia di tangan kita, tapi jangan jadikannya di hati kita, kosongkan hati kita dari dunia, tapi jangan kosongkan di tangan kita’. Umat islam harus bersungguh-sungguh dalam mencari nafkah yang halal. Harus berusaha menjadi yang terbaik. Namun apa yang pasti, dalam kita menelusuri perjalanan dunia yang jauh ini, kematian tidak akan menunggu kita sampai ke destinasi, akhirat sentiasa menanti kedatangan kita, kerana kita harus sedar, dunia hanya sementara, akhirat itu yang kekal abadi, sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-mu’min, ayat ke 39
 

“Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” (QS Al-Mu’min, 40:39)

Bayangkan jika umur kita di dunia mampu sampai 60 tahun, jika dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi, pasti dunia seperti tiada nilainya. Tidak penting berapa lama kita hidup, yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup’. Berapa ramai kita melihat manusia pada hari ini yang telah tenggelam dengan permainan dunia, anak-anak muda kita berapa ramai yang telah hancur kehidupannya dengan perzinaan, video lucah, merempit, vandalisme, judi bola, dadah, narkoba, ganja dan sebagainya. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW

Namun keseronokan menenggelamkan hukum. Semua dengan alasan muda hanya sekali, enjoy la dulu, taubat kemudian, lagu wali band sering didengar, tapi mungkin tidak difahami liriknya. Sedarlah firman Allah dalam surah Al-Hadid, ayat ke 20


“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS Al-Hadid, 57:20)

Jemaah jumaat yang dikasihi sekalian,

                Waktu sangat berharga, janganlah kita habiskan kecuali untuk sesuatu  yang berharga, hidup yang berguna adalah yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai, yang menyediakan payung sebelum datangnya hujan, yang menyediakan bekalan akhirat sebelum sampai waktu ajalnya. Kita tahu bahawa setiap yang bernyawa akan mati, namun mengapa kita tidak yakin bahawa kita boleh mati pada bila-bila masa tanpa mampu diawal atau ditunda barang sesaat. Seperti firman Allah yang tidak mampu kita nafikan dalam surah yunus atyat 49



“Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya).” (QS Yunus, 10:49)

QS 4.78.JPGSerta tidak kira dimana kita berada,


“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh” (QS An-Nisa;, 4:78)

 Bayangkan jika kita mati dalam keadaan berdosa, bayangkan jika kita mati dalam keadaan belum bertaubat, bagaimana malam pertama kita di alam kubur, adakah kita sedia untuknya. Mungkin kita pernah melihat mayat diusung ke kuburan, mayat dimasukkan ke liang lahad, namun pernahkah kita sedar kita bakal menyusuli mereka. Manusia akan mati tidak kira umur, kanak-kanak, remaja, mahasiswa,orang tua,  samseng, businessman,  doktor,  polis, semuanya tidak kira dalam peringkat umur manapun, ajal di tangan Yang Maha Mematikan, yakinlah kita akan janjiNya. Cukuplah dosa dan maksiat yang kita lakukan, tambahlah ibadat dan amal sebelum terlambat, bertaubatlah sepenuhnya sebelum nyawa di kerongkongan, sebelum malaikat maut datang menjemput kita. Ingatlah firman Allah
QS 3.135.JPG


 

“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (QS Al-Imran, 3:135)

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah,

                Janganlah kita jadikan sikap bertangguh dalam bertaubat menjadi amalan kehidupan kita. Fikirkalah dosa dan pahala, lalu laksanakanlah yang berpahala, tingglkan yang berdosa. Bila ditanya bila waktu untuk bertaubat, jawapannya adalah sekarang!!..ya sekarang..selagi nyawa belum di teronggokan, seperti sabda Rasulullah SAW
Hadith terima taubat.JPG

Friday, October 8, 2010

Amanah Pemimpin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


Panjatkan Kesyukuran

Segala puji bagi Allah, Pencipta bagi semua yang ada di alam semesta yang terbentang luas, bukti kekuasaan-Nya yang Maha Agung. Dia-lah tempat kita mengabdikan diri sepenuhnya. Semua yang ada pada kita hanya pinjaman yang sementara, adalah milik Dia yang sebenarnya, namun mengapa masih sanggup kita melawan arus yang bukan mengikut aliran yang telah ditetapkan? Selawat serta salam semoga Allah panjatkan kepada insan mulia, Imam umat kita, Muhammad Bin Abdullah SAW. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu kepada Rasulullah dengan penuh penghormatan kepadanya.

Ikhwah wa akhwat rahimakumullah, mari bersama meningkatkan rasa syukur kepada Allah SWT yang telah menyelamatkan kita dari lembah dosa dan maksiat, dari pekat kegelapan kotoran hati, dari kehidupan lalai dan leka, kepada lembah pahala dan nikmat, kepada cahaya sinaran penerang hati, juga kepada kehidupan iman dan takwa. Semoga tidak dipalingkan hati kita dari hidayah yang diberikan, bahkan dikurniakan lagi rahmat dari sisi Allah Al-Wahhab yang Maha Pemberi. Peringatan bersama kita kongsikan, agar sentiasa sedar dari fatamorgana dunia.

Hari Mengundi UTP

Alhamdulillah, semalam baru selesai hari pengudian calon MPP di Universiti Teknologi Petronas, UTP. Saya akui suasana agak hambar. Tahniah kepada yang melaksanakn tanggungjawab sebagai pengundi walaupun calon yang ada sudah pasti tidak banyak pilihan. Pilih 6 daripada 7 calon yang dicalonkan. Pangkah pilihan di atas kertas pengundian dan masukkan ke dalam kotak undi. Seperti proses pengundian di mana-mana.

Namun, yang paling utama, kita semua adalah pemimpin, minima pemimpin terhadap diri sendiri, namun, saya yakin, ramai tidak mampu memimpin diri sendiri lagi, memimpin diri agar sentiasa berada dalam kebaikan.

"Kamu sekalian adalah pemimpin dan akan diminta dipertanggungjawabkan tentang kepimpinannya. Seorang penguasa adalah pemimpin, seorang suami adalah pemimpin ke atas anggota keluarganya. Kamu sekelian adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas kepimpinannya." 
(HR Bukhari)


Ada seorang kawan satu course tanya kepada saya : "kenapa tak mencalonkan diri untuk MPP?"
dalam hati saya apalah daya saya nak mencalonkan diri. Mungkin bukan disini tempat saya menjawat jawatan, ada amanah lebih besar yang perlu dipikul dan difokuskan. Apapun, mungkin bukan masanya lagi untuk memegang tangga tersebut. Namun kita usahakan bersama memimpin pemimpin walaupun bukan kita secara luarannya adalah pemimpin. Kita harus berani bersuara agar mampu menghasilkan sesuatu kondisi umat seperti zaman umat islam berjaya menawan empayar konstantinopel. Dengan mempunyai Raja yang baik, Tentera yang baik dan Rakyat yang baik. Amin insyaAllah.

Amanah Seorang Pemimpin

InsyaAllah, pengundian sudah pun berlalu, hanya tinggal keputusan hasil undian para pengundi. Di sini, saya ingin menasihatkan kepada bakal-bakal pemimpin pelajar di sini, sesuai dengan quran dan hadith yang akan saya pergunakan, untuk menjadi panduan kepada bakal-bakal pemegang amanah seorang pemimpin. Tolong jangan mengkhianati amanah yang diberi. Saya tidak tahu apa niat anda mencalonkan diri, apa agenda utama yang ingin diperjuangkan, apa matlamat yang ingin dicapai sebenarnya, semoga ianya murni ikhlas membantu warga UTP. semoga manifesto yang hebat diperhujahkan dibuktikan sebaik mungkin. Kerana ia adalah amanah yang telah dipercayakan kepada kamu.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui."[QS Al-Anfal, 8:27]


"Sorang Imam itu memiliki tanggungjawab."[HR Abu Daud, At-tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah]

Saya yakin majoriti calon adalah beragama Islam, semoga amanah Allah dan Rasul yang paling utama digariskan di sini menjadi perjuangan utama. Namun, amanah yang telah dipercayai kepada anda jangan dipermainkan. Inilah ciri dan seruan khusus untuk orang yang ingin beriman.

Tak kenal maka ta'aruf

Kepimpinan atau imamah merupakan kata dasar dari amma an nasa, yang ertinya menjadi pemimpin bagi ramai orang. Pemimpin atau imam dalam bahasa arab sendiri adalah orang yang diikuti atau yang dikedepankan dalam sesuatu urusan. Bagaimana pemimpin jika tiada apa yang nak dipimpin? atau bagaimana memimpin jika tidak diikuti?Bak kata orang sabah..SS..atau syok sendiri.

Jika seorang pemimpin itu memnuhi syarat-syarat yang baik dan memang layak untuk dipatuhi dan diikuti. Makmum atau pengikut haruslah taat mengikutinya.

"Imam diangkat untuk diikuti, maka janganlah melakukan hal yang berlawanan dengannya. Bila imam bertakbir, maka bertakbirlah.."[HR Bukhori & Muslim]

Bayangkan makmum tidak ingin mengikuti imamnya, bila imam rukuk dia terus sujud, atau imam baru bangun dari sujud, makmum sudah memberi salam, akhirnya, ketika imam memberi salam, habis hilang semua makmumnya yang lebih awal memberi salam dan menghilangkan diri. Kasihan Imam.

"Tiada Islam kecuali dengan berjemaah, tidak ada jemaah kecuali dengan kepimpinan dan tidak ada kepimpinan kecuali ketaatan."[Sayyidina Umar Al-Khattab]

Dalam Islam, kita telah diajar jelas cara menjadi seorang pemimpin yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita. InsyaAllah kita bersama telusuri beberapa hikmah dalam Islam yang digariskan bagi menjadi panduan kita.

Kriteria seorang pemimpin

Imam dalam solat berjemaah. Cukup indah dan banyak hikmah  pelajaran dalam ibadat ini. Antara ciri seorang pemimpin yang saya harap kepada semua pemimpin dan bakal pemimpin kita cuba fikir dan amalkan.

1. Beriman dan berintelektual tinggi

Seorang pemimpin harus mempunyai kepandaian, bukan dipilih dengan suka-suka tanpa mengambil kira faktor keimanan dan kepandaian. Bayangkan manusia bodoh memimpin, bagaimana pula manusia yang dipimpinnya kelak?

"yang (paling berhak) mengimami suatu kaum adalah yang paling pandai membaca kitabullah..."[HR Muslim]

Dari Abu Mas'ud yaitu'Uqbah bin 'Amr al-Badri al-Anshari r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Yang berhak menjadi imamnya sesuatu kaum - waktu shalat ialah yang terbaik bacaannya terhadap kitabullah - al-Quran. Jikalau semua jamaah di situ sama baiknya dalam membaca kitabullah, maka yang terpandai dalam as-Sunnah - Hadis. Jikalau semua sama pandainya dalam as-Sunnah,maka yang terdahulu hijrahnya.Jikalau dalam hijrahnya samavdahulunya, maka yang tertua usianya. Janganlah seseorang itu menjadi imamnya seseorang yang lain dalam daerah kekuasaan orang lain itu dan jangan pula seseorang itu duduk dalam rumah orang lain itu di atas bantainya- orang lain tadi, kecuali dengan izinnya - yang memiliki." [HR Muslim]

Dalam riwayat lain disebutkan oleh Imam Muslim: "Maka yang terdahulu masuknya Islam" sebagai ganti "yang tertua usianya."

Betapa pemilihan imam begitu dititikberatkan dengan meletakkan kriteria-kriteria yang sesuai dengan amanah yang bakal dipegangnya. Ketika kita melihat seseorang pemimpin, jangan melihat kepada luaran atau siapa dia. Contoh ketika kita mengikuti solat berjemaah di R&R contohnya atau dimana-mana surau, adakah perlu kita pergi ke hadapan sejurus selepas solat, dan bertanya kepada imam dia siapa?dari mana?apa kelulusan?dan soalan-soalan lainnya. Cukup kita melihat solatnya memenuhi rukun dan syarat sah solat. Bacaannya dan sebagainya. Ramai mengambil kira faktor siapa yang bercakap ketika nasihat yang baik diberikan. Begitu juga dengan pemimpin, selagi mana berpegang pada Al-Quran dan Hadis, maka insyaAllah ia tidak akan sesat. Melainkan pemimpin yang memimpin atas dasar nafsu dan kepentingan diri sendiri.

2. Bertanggungjawab dan mementingkan pimpinannya

Tanggungjawab seorang pemimpin bukan mudah. Kesilapan yang berlaku disebabkan pemimpin akan ditanggung oleh pemimpin sendiri, walaupun banyak kita lihat hasil kesilapan seorang pemimpin, habis pimpinannya menjadi mangsa. Sedangkan yang sepatutnya, pemimpin seharusnya mengorbankan dirinya demi pimpinannya.

"Imam itu memiliki tanggungjawab. Kalau ia melakukan shalat secara baik, maka ia dan para makmumnya mendapatkan pahala. Dan apabilaia melakukannya dengan salah, maka ia berdosa, sementara makmumnya tidak.

"Para imam itu shalat demi kepentingan kalian. Kalau mereka benar, kalian mendapatkan pahala. Tetapi kalau mereka salah, kalian tetap mendapat pahala  sementara mereka mendapat dosa."
[HR Bukhori]

3. Prihatin terhadap pimpinannya

Kprihatinan terhadap warga pimpinannya jelas terlihat dalam solat berjemaah, tatkala imam dianjurkan memperhatikan kondisi golongan ahli jemaah, dan sesuaikan solat tersebut dengan mereka, panjang pendek surah yang dibaca contohnya.

Rasulullah SAW berkata kepada Utsman bin Abil Ash : "Engkau ku angkat menjadi imam, dan perhatikanlah orang yang paling lemah di antara kalian.."
[HR Abu Daud, At-Tirmidzi & An-Nasa'i]

Dari Abu Mas'ud iaitu 'Uqbah bin 'Amr al-Badri r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., lalu berkata: "Sesungguhnya saya nescayalah membelakangkan diri dari solat subuh - yakni tidak ikut berjema'ah - kerana si Fulan itu, kerana ia memanjangkan bacaan suratnya untuk kita." Maka saya - Abu Mas'ud - sama sekali tidak pernah melihat Nabi s.a.w. marah dalam nasihatnya lebih daripada marahnya pada hari itu. Beliau s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia, sesungguhnya di antara engkau semua ada orang-orang yang menyebabkan larinya orang lain. Maka siapa saja di antara engkau semua yang menjadi imam orang banyak -dalam bersembahyang - hendaklah ia menyingkatkan bacaannya, sebab sesungguhnya di belakangnya itu ada orang yang sudah tua, anak kecil dan ada pula orang yang segera hendak mengurus keperluannya." 
(Muttafaq 'alaih)

Pemimpin, tolong perhatikan kebajikan rakyat anda, tolong  survey keperluan mereka, survey kondisi mereka, maka kprihatinan bukan hanya sekadar tahu, namun bantuan dipraktikkan itu yang utama.

4. Dicintai pimpinannya

Cuba kita tanyakan pada diri kita, selepas memerhatikan sekeliling kita, berapa ramai pemimpin yang betul-betul dicintai oleh pimpinannya?Bahkan berapa ramai yang dibenci oleh pimpinannya? Pemimpin harus berusaha agar dia dicintai oleh manusia yang dibawah pimpinannya. Contoh ketika Rasulullah SAW menyampaikan ada tiga jenis orang yang shalatnya hanya sampai ke batas telinganya sahaja, dan salah satunya adalah:

"Imam shalat yang dibenci jemaahnya"[HR At-Tirmidzi]

Bagaimana dicintai seseorang? Saya pasti kita ada sarananya, samada akhlak kita, keikhlasan kita, kebaikan kita, pertolongan kita dan sebagainya. Bina hubungan dengan pimpinan kita, ziarah dan beri hadiah, minima lemparkan senyuman indah kepada mereka. Bukan kesombongan.

5. Membina penolong dan pelapis

Pemilihan pembantu dalam memimpin juga harus diperhatikan. Seperti makmum di saff berdekatan dengan imam:

"..hendaknya yang ada di belakangku (Shaf pertama bahagian tengah) adalah kalangan berilmu. Kemudian diikuti oleh mereka lebih rendah keilmuannya."[HR Muslim]

Seperti hadith yang disabdakan menunjukkan kriteria pencarian pembantu:

"pilihlah muadzin yang tidak mengambil upah dari adzannya"[HR Abu Daud, At-Tirmidzi & An-Nasa'i]

Agar ketika terdapat sedikit perkara yang boleh dibantu terhadap seorang pemimpin, maka penolong mampu membantunya.

"Rasulullah pernah mengimami kami shalat zohor sementara Abu Bakar di belakang beliau. Apabila Rasulullah SAW bertabir, Abu Bakar pun bertakbir agar terdenganr oleh kami"[HR An-Nasa'i]

6. Tidak sombong dan ada rasa malu



Seperti ungkapan pemimpin bersama rakyat.

"Jika seseorang menjadi imam dalam shalat, janganlah ia berdiri di tempat yang lebih tinggi dari makmumnya atau di tempat yang sejenis itu'{HR Abu Daud]

Namun sesuaikan dengan keadaan. Jika kehendak memerlukan ianya di tempat tinggi agar yang lain bisa melihat contohnya. Atau berucap agar suara lebih jelas dilontarkan kesemua pendengar. Itu siapa larang?

Seorang pemimpin tidak sombong, bahkan ada perasaan malu yang sering mengawalnya. Seperti kata seorang tabi'in.

"Orang yang ada 4 sifat ini sepatutnya memimpin kaumnya, orang yang mempunyai agama yang akan mempertahankannya, kedudukan yang akan memeliharanya, fikiran yang akan membimbingnya, dan rasa malu yang akan mengawalnya."[Al-Ahnaf Bin Qais]

7. Terbuka menerima nasihat

Bayangkan Imam dalam shalat tidak ingin ditegur, mementingkan ego dan air mukanya, ketika ditegur oleh makmum yang menyedari kesalahannya. Kerana seorang imam juga manusia biasa mampu melakukan kesalahan, sebagai makmum harus menegurnya dengan baik.

"Jika kalian melihat imam melakukan kesalahan dalam shalat, hendaknya kalian bertasbih. Kalau kalian bertasbih, imam akan menyedari kesalahannya. Tepuk tangan itu hanya boleh dilakukan oleh kaum wanita sahaja"[HR BUkhori]

Miswar bercerita: "Saya pernah menyaksikan Rasulullah SAW membaca surah dalam shalat, tetapi beliau meninggalkan sebahagian ayat dan lupa membacanya. Maka seorang makmum bertanya seusai shalat:"Rasulullah, bukankah engkau tadi lupa membaca ayat ini dan itu?" Baginda bertanya kembali:"Kenapa tidak engkau ingatkan tadi?" Lelaki itu menjawab:"Saya kira, ayat-ayat itu memang sudah dimansukhkan" [HR Abu Daud]

8. Memberi teladan yang baik


Seorang pemimpin yang hebat mampu memberi teladan yang baik untuk diikuti. Pimpinan sendiri ingin mengikutinya atas dasar apa yang dilihatnya. Semoga anda menjadi gula kepada semut, yang sentiasa dicari oleh pimpinan, atas kebaikan yang terdapat dalam diri.

"Imam diangkat untuk diikuti, maka janganlah melakukan hal yang berlawanan dengannya. Bila imam bertakbir, maka bertakbirlah.."[HR Bukhori & Muslim]

Namun perkara yang diikuti bukan semua, itu yang pasti, ambil yang jernih, buang yang keruh, ambil permata, bukan kaca. Usahakan kebaikan atau teladan yang ingin diperlihatkan, ikhlas. Bukan sekadar lipstik di bibir. Inginkan pujian semata-mata. Bekerja keras ketika ada manusia melihatnya. Mungkin mampu menipu pandangan manusia, namun pandangan Allah perlu diingat. Jangan merasa hebat bila dipuji, namun rendahkan dirimu kembalikan pujian kepada Allah.

"Janganlah engkau terpedaya dengan pujian manusia kerana manusia hanya tahu luaran sahaja"[Al=Rabi' Bin Khulthaim]

9. Berjuang mencapai matlamat

Manifesto yang ingin diperjuangkan tidak akan tercapai dengan sendiri kerana mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur, berusahalah. Kejayaan tidak anda perolehi jika hanya tangan di poket dan yang pasti, semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah. Namun, pemimpin berani mungkin akan kalah, tapi tidak akan mengalah.

Letakkan matlamat anda, kemudian fokuskan diri dan pimpinan anda mencapainya.

"Set goals and make sure people focus on it"[Warren Buffet]

Namun mungkin kita tidak dapat melihat natijah dari perjuangan kita ketika kita memimpin, namun, sesungguhnya kita hanya disuruh beramal dan berusaha, tidak disuruh melihat hasil dan buahnya. Aturlah masa dengan baik diatas amanah yang besar.

"Tanggungjawab yang kita ada melebihi masa yang kita ada"[Hasan Al-Banna]

Pergulungan akhir

Wahai semua manusia, kita adalah khalifah, kita adalah pemimpin, ayuh bangkit tegakkan daulah di hati kita, lalu tegakkan di muka bumi ini. Ayuh lahirkan generasi yang bakal memimpin dunia ini dengan neraca Al-Quran dan Hadis. Dengan Islam.

Semoga nasihat buat diri saya ini mampu memberi kesan positif kepada kita semua, pemimpin, bakal pemimpin, mas'ul dan mas'ulah, murobbi dan murobbiyah, teruskan memimpin dengan ikhlas. InsyaAllah, semoga 9 nasihat yang sedikit mampu kita usahakan, walaupun sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu kita usahakan. Jika ada kebaikan, itu datang dari Allah, jika ada kesalahan dan keburukan, jangan salahkan Allah, jangan salahkan Islam, tapi salahkan pribadi yang menulis.Wallahu'alam.