Monday, January 31, 2011

Karat Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Karat hati,
terus menebal di hati ini,
akibat perlakuan salah sendiri,
asbab kelemahan iman di hati,
sehingga memakan diri sendiri.

Karat hati,
menghalang diri sentiasa mengingati,
kepada Allah disegenap kondisi,
sehingga membuatku lupa diri,
bahawa Dia sentiasa memerhati.

Karat hati,
membuat kelazatan ibadat tidak dirasai,
walau di suasana malam yang sepi,
kekhusyukan dikalahkan nafsu sendiri,
adakah hati dah hampir mati?

Karat hati,
menutup hati untuk mentadabburi,
kalimat cinta dari Illahi,
ayat azab atau nikmat tidak mampu dihayati,
membaca laksana tiada erti.

Karat hati,
jika ianya mengeluarkan aroma,
pasti aroma busuk mengelilingi kita,
jika ianya menzahirkan wajah,
pasti jelek dan kotor rupanya.

Karat hati,
celik mata namun buta di hati,
mata bercahaya namun gelap di hati,
dosa maksiat perosak hati,
rosaknya jasad bila rosaknya hati,
mari kembali mensucikan hati.

Tuesday, January 25, 2011

Tahniah Kepada Semua Pembaca Sinergi!!! 9000 Naskah Terjual!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sumber Asli : http://synergymedia.com.my/?p=675


Tahniah!!! 9000 Naskah Terjual!!!Kepada Semua Pembaca Sinergi

05
Alhamdulillah..kami mengucapkan tahniah kepada semua pembaca dan pengedar Majalah Sinergi yang menyokong dan mendokong pihak kami mencapai penjualan Majalah Sinergi melebih 9ooo @ 9k..Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pembaca dan pengedar yang pasti dengan izin Allah kita bersama-sama mampu mencapai kejayaan ini. Walaupun jumlah ini masih dikira sedikit, namun kami sudah merasa amat bersyukur dengan nikmat ini.
Jika permintaan pembaca masih menggalakkan, kami akan mencetak semula lagi untuk memenuhi permintaan anda semua. InsyaAllah kami juga akan mengusahakan penjualan untuk edisi ke-4 dan edisi-edisi seterusnya akan makin meningkat dengan bantuan anda semua.
Kami juga dengan rendah hati memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin kurang berpuas hati terhadap kualiti majalah atau penulisan Majalah Sinergi. Kami akan sentiasa menerima kritikan, komen dan kata-kata semangat dari anda semua untuk kami memperbaiki dari masa ke semasa.
Kami juga ingin kongsikan Majalah Sinergi yang akan masuk ke pasaran Indonesia berikutan permintaan pelajar Malaysia di sana. InsyaAllah pada edisi ke-4 kami akan sertakan harga dalam mata wang Indonesia, Rupiah.
Akhir sekali, kami amat memerlukan doa, sokongan dan dokongan dari anda semua bagi kita bersama-sama melahirkan Generasi Rabbani yang Profesional dan melahirkan masyarakat yang beriman, bertakwa dan berkualiti.

Monday, January 24, 2011

Tidak Mahu Berdakwah!!! - Bahagian Dua (Prasangka Dakwah)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




Husnuzon Serendah Syarat

kita sedia maklum serendah-rendah nilai ukhuwah adalah bersangka baik(Husnuzon) sesama umat Islam dan ukhuwah tidak akan mampu dimulakan dengan berprasangka buruk (Su'uzon) Namun, bukan menjadikan ianya lampu hijau untuk kita sentiasa bersangka baik terhadap maksiat atau dosa yang dilakukan oleh seseorang. Sebagai contoh kita melihat dua sejoli duduk berdekatan sambil beramah mesra di tempat yang sunyi, kemudian kita ingin bersangka baik dan menganggap mereka merupakan adik-beradik, itu bukan situasi atau waktu yang sesuai untuk meletakkan prasangka baik dihadapan pemikiran kita.

Apa yang ingin ditekankan adalah perbuatan baik dilakukan seseorang dan kita tidak meletakkan prasangka negatif seperti niatnya berbuat baik kononnya ada agenda tersembunyi atau ada udang disebalik mee ayam. Sebagai contoh, kita melihat ada seseorang bersedeqah atau berinfak wang ringgit, kemudian kita meletakkan prasangka negatif mengatakan dia sebenarnya mau tunjuk lagak sahaja itu..Saya tekankan disini, bukan kita sebagai hakim terhadap niatnya, cukuplah kita mendoakan semoga ianya ikhlas dari si dia untuk menyumbang kepada masyarakat. Melainkan memang jelas ada bukti bahawa dia lakukan kebaikan itu untuk melahirkan sebuah kejahatan. Berbeza dengan melakukan kebaikan untuk mendapatkan kebaikan yang lain. Semoga kita faham konsep disini.

Prasangka Dalam Berdakwah

Dakwah juga tidak lari dari persepsi orang ramai atau pendakwah lain terhadap sesuatu gerakan. Samada mengatakan dia melakukan program tersebut sebenarnya kerana ingin melawan kita, mereka mengeluarkan risalah itu sebenarnya untuk mengutuk kita, mereka sebenarnya tidak suka kepada kita, mereka sebenarnya cemburu terhadap kita, dan banyak lagi prasangka-prasangka yang sebenarnya bukan membangunkan bangunan dakwah, tapi sebenarnya meruntuhkan dakwah yang saya pasti semua pendakwah niat ikhlas ingin membantu agama Allah.

Kita sedih tatkala jika ada pendakwah-pendakwah sendiri menyampaikan perkara-perkara yang menjauhkan orang lain kepada kebaikan. Samada melakukan program-program khusus untuk brain-wash mad'u (objek dakwah), melakukan ceramah-ceramah umum namun menyampaikan fahaman yang mampu menjauhkan mad'u dari kebaikan pendakwah lain, mengancam mad'u-mad'u dengan ugutan, atau secara halus bersembang kepada mad'u namun yang dia tahu cuma memperjuangkan gerakannya dan mengatakan benda-benda yang tidak baik kepada gerakan lain. Semoga Allah mengampunkan kita semua. Dan kepada semua pendakwah, benda itu lumrah dalam berdakwah, Rasulullah sendiri banyak tipu-daya oleh pihak quraisy untuk menggagalkannya.

"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya." [QS al-Anfal, 8:30]

Bukan kita ingin mengatakan semua penghalang adalah quraisy, tapi sifat atau perbuatan jangan sekali-kali kita ikuti seperti ikon yang tidak sepatutnya kita ikuti tersebut. Kita juga semua harus sedar, bahawa terkadang bukan hanya orang bukan Islam yang kebanyakan menjatuhkan Islam, tapi yang kita sedihkan tatkala tangan umat Islam sendiri menggoncangnya.  Tangan-tangan kita sepatutnya saling berpaut, bukan saling bergusti. Mari tekankan dan tanamkan sikap berlapang dada menerima strategi, pemikiran, metod, mekanisma, dan kaedah masing-masing yang mungkin berlainan namun masih kita tidak akan lari dari 2 wasiat Nabi Muhammad SAW, al-Quran & Sunnahnya.

Saya nasihat kepada semua pendakwah, jika mungkin kita mengalami halangan-halangan sedemikian atau perbuatan-perbuatan buruk menimpa kita. Cukuplah kita beriman dengan ayat ini:

"Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan"[QS al-Mukminum, 23:96]

Perbuatan buruk bukan untuk kita balasi atau ikuti, namun jadikan kita pengajaran dan batas untuk kita jauhi sifat sedemikian.

Tidak Ditaburi Bunga-Bunga

Perjalanan menapaki lorong dakwah tidak akan ditaburi dengan bunga-bunga, bahkan banyak duri yang menyakiti dan menguji perjuangan kita. Namun, itu semua satu ujian untuk kita mendapatkan hikmah yang indah kelak. Ketika ujian datang menimpanya, dia bukan hanya bersabar, bahkan bersyukur dengan ujian yang menimpanya..kerana bersabar dengan ujian itu biasa, namun bersyukur atas ujian itu luar biasa..Bersyukur kerana dia yang dipilih Allah untuk ditabiyyah melalui ujian yang menimpa. Seperti dalam lirik lagu kumpulan nasyid 'The Zikr' mengatakan ujian adalah..tarbiyyah dari Allah...

"Siapa mendapat musibah dan tahu musibah terjadi kerana ketetapn Allah, lantas dia bersabar, mngharapkan keredhaan-Nya, dan mnyerahakn diri kpd ketetapan-Nya, maka Allah memberi petunjuk kpd hatinya. Tidak hanya itu saja, Dia mengganti dunia yg gagal dia raih dgn pentunjuk di hatinya, keyakinan yang jujur, dan kadang memberinya sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah diambil darinya."[Ibnu Katsir]

Terkadang baru persiapan ilmu yang kita adakan, namun sudah banyak mengganggu fikiran kita. Bahkan terkadang, sudah ingin menyampaikan ilmu, namun ada sahaja penghalang seperti firman Allah yang mengatakan dari syaitan-syaitan samada dalam bentuk jin dan manusia. Mungkin bagi barisan pertama di palestine sana bersiap dari segi senjata, namun bagi kita, persiapan kita dengan bersengkang mata mendalami ilmu Allah dengan berhalaqah, hidupkan malam dengan qiamul lail, bersyuro memikirkan masalah umat dan sebagainya..ketahuilah, itu adalah persiapan kita, bersiap-siaga untuk sesuatu yang lebih besar kelak..dan yakinlah:

"Sehari bersiap-siaga di jalan Allah adalah lebih baik dari bumi & segala di atasnya" [HR BUkhori]


"Bersiap untuk berangkat perang di pagi hari atau di petang hari adalah lebih baik bila dibanding dengan dunia seisinya."[HR BUkhori]

Niatkan untuk Redha-Nya

Perjuangan para da'i tidak akan lari dari ujian niat di hati. Ramai yang nampak hebat dan gah pada luaran, namun dalam hati busuk dan kotor niatnya. Mari kita ikhlaskan niat berkorban hanya untuk mendapat redha dariNya.

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya." [QS al-Baqarah, 2:207]

Berkobanlah ikhlas hanya untuk redha illahi. Kita gusar jika kita mengajak manusia agar berdakwah bersama kita, hanya kerana ingin mengajak mengikuti kita, bukan kita berdakwah agar dia ingat kepada Allah..Ingat bahawa Allah menyuruh kita dakwah kepada Allah.

"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya."[QS al-Imran, 3:79]

Ajak bukan untuk menambah ramaikan bilangan kita, bukan untuk mendapatkan nama, bukan untuk menunjukkan kita hebat, tapi ikhlaskan ajak agar mereka menjadi golongan rabbani iaitu sempurna ilmu dan takwanya kepada Allah. Didik mereka agar memenuhi kriteria rabbani yang berterusan mengajarkan dan belajar kitab Allah. Jangan juga terlalu ghairah melihat kuantiti, tapi lihat dan bina kualiti dalam kuantiti tersebut.

Niat yang lain, jangan juga merasakan bangga dengan hasil dakwah kita.  Petunjuk hidayah adalah kehendak dari Allah. Tawakkal hanya pada Allah, bukan usaha atau lainnya. Tugas kita infak masa, tenaga dan harta hanya untuk mendapatkan redhanya. Don't espect anything from dakwah, just espect maradhatillah. Kerana apa gunanya peluh-payah kita, jika bukan kerana Dia?

"Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan)." [QS al-Baqarah, 2:272]

Mari kita mulakan dengan niat yang murni, lalu paculah ia agar haluannya tidak berubah.  Teruslah berdakwah dengan berorientasikn da’wah kpd Allah, berpaksikan sunnah Rasulullah & bernafaskan agama islam.  Bukan hanya bernafaskan Islam, tapi berorientasi pada lainnya.

Monday, January 17, 2011

Program Jelajah Borneo

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang diberikan kepada kita semua..terutama rezeki dalam berkongsi ilmu dan berdakwah kepada rakan-rakan ke arah yang lebih baik dalam semua aspek. Pada sabtu yang lalu (15 Januari 2011), saya diberi kesempatan oleh pihak Neo Synergy Training Centre untuk memberikan perkongsian ilmu untuk 3 program pada hari itu.

Waktu cuti akhir semester yang bakal menutup tirainya mari kita manfaatkan ruangnya berkongsi sebanyak mungkin kepada rakan-rakan yang inginkannya. Saya secara pribadi mengucapkan terima kasih diiringi doa semoga segala perjuangan dan pengorbanan akan diredhai Allah kepada pihak Neo Synergy Training Centre, Jabatan Matematik, Sains & Komputer Politeknik Kota Kinabalu, Kelab MSC2 Politeknik Kota Kinabalu, dan MRSM Kota Kinabalu di atas kesudian memberi peluang kepada kami menyumbang sedikit ilmu kepada anak-anak muda harapan keluarga, bangsa, negara dan agama khususnya.

Program Motivasi 'Zero To Hero' Training
15 Januari 2011 (8.00AM - 12.30PM)
Politeknik Kota Kinabalu
Lihat laporan dan testimoni di http://synergymedia.com.my/?p=614

Program Kepimpinan 'Transformasi Minda'
15 Januari 2011 (2.00PM - 5.30PM)
Politeknik Kota Kinabalu
Laporan & Testimoni di http://synergymedia.com.my/?p=627

Program Kepimpinan 'Menyerlah Jauh Dari Biasa'
15 Januari 2011 (8.00PM - 11.00PM)
MRSM Kota Kinabalu
Laporan & Testimoni di http://synergymedia.com.my/?p=636

Saya doakan semua peserta akan mampu berjaya bukan hanya dunia, bahkan di akhirat juga. Saya juga secara pribadi mengucapkan terima kasih kepada peserta-peserta yang bukan beragama Islam namun mampu menerima pengajaran yang diberikan dengan kerjasama yang amat baik kerana bagi kami dalam agama Islam, al-Quran dan Sunnah la sumber utama rujukan kami yang mengandungi seluruh aspek kehidupan samada untuk motivasi, tips belajar, kepimpinan, akhlak, ekonomi dan sebagainya.

Dan satu perkara istimewa yang tidak pernah saya dapatkan sepanjang mengadakan training adalah kejutan dengan sambutan hari jadi di politeknik kota kinabalu..terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur dengan pelayanan yang terlalu baik. Satu perkara yang pasti, dalam kita menyambut hari lahir, yang paling utama untuk diraikan adalah ibu bapa kita, kita hanya keluar senang2 ketika itu, tapi ibu lah yang sengsara menahan kesakitan, dan bapa la yang sentiasa mengusap dan membantu ibu sebelum dilahirkan..Jadikanlah sambutan hari lahir kita sebagai lambang kesyukuran kepada Allah atas keselamatan dan kehidupan yang diberikan..dan bersyukurlah kepada Allah yang meniupkan sifat kasih sayang kepada ibu bapa kita..=)

Semua lahir pada bulan Januari

Wednesday, January 12, 2011

Tidak Mahu Berdakwah!!! - Bahagian Satu (Mengapa Berdakwah?)

dakDengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Kebatilan Bermaharajalela

Tidak Mahu Berdakwah!!! Adakah kita salah seorang yang mengatakan perkara itu? Jika bukan lisan kita berkata, mungkin hati dan amalan kita membuktikannya. Kita jelas ketahui kebatilan yang tersusun akan mampu mengalahkan kebajikan yang tidak tersusun. Namun, jika kita lihat dunia hari ini, kebatilan yang tidak perlu disusun juga sudah mampu mengalahkan kebajikan yang kita usaha menyusunnya. Kita dapat lihat kebatilan isu perzinaan atau pergaulan bebas, pengaruh sesama mereka sudah tidak perlu dipandu dengan tersusun namun sudah mampu menguasai pemikiran kebanyakan manusia dan mengalahkan kebajikan yang ingin disusun melawannya. Begitu juga dengan habuan-habuan dunia yang dipraga dan diperjuangkan, semua sudah mampu mengalahkan benteng keimanan individu mahupun berkumpulan. Apa tindakan kita?Adakah kita juga ingin diwarnai kebatilan masyarakat? Atau kita ingin mewarnai dengan warna kebajikan kepada masyarakat?

"Barangsiapa melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tanggannya, jika dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan kalau tidak mampu maka dengan hatinya. Ketahuilah itu adalah selemah-lemah iman." [HR Muslim]

Kita mampu lihat tahapan-tahapan kemampuan dalam mencegah kemungkaran yang bermaharajalela. Namun, cuba kita bayangkan, selemah-lemah iman adalah mencegah dengan hatinya, bagaimana pula dengan manusia-manusia yang bukan hanya mencegah perbuatan dengan hatinya, namun dia sendiri yang terjun melakukan kemungkaran tersebut? Dimana garis keimanannya?

Diminta mencegah ikhtilat, namun dia yang mulakan. Diminta jauhi perzinaan, namun dia yang lakukan. Diminta jaga aurat, dia yang mempragakan. Diminta jaga persaudaraan, dia yang merosakkan. Dan banyak lagi perintah daripada Allah kepada kita yang termaktub dalam kitab-Nya, al-Quran. Cuba kita bandingkn amalan kita dengan kandungan kitab Allah, nescaya kita akan dapat tahu bagaimana nasib kita di hadapan Allah kelak jika tidak kita perbaiki.

Namun satu benda yang pasti, seperti kata Salamah Bin Dinar (tabi'in), : "jika kita inginkan kesesatan, orang yang sesat dan munafik akan datang dan mengerumuni kita. Jika kita inginkan kebenaran, orang yang baik akan mengerumuni dan mereka akan membantu kita."

Kita Dalam Kebakaran

Syeikh Mustafa Masyhur dalam bukunya Tariq ad-Da'wah ada memberikan analogi bahawa umat manusia sekarang berada dalam rumah yang sedang terbakar. Kita dapat lihat pelbagai jenis manusia ketika dalam kondisi ini.

Cuba kita bayangkan sekarang jam 2.00 pagi, dan hotel yang kita duduki berada dalam kebakaran. Kita antara penghuni yang tersedar dan terjaga dari tidur yang enak. Kita melihat keluarga kita, saudara-saudara kita, kawan-kawan kita, semua masih lena dengan tidurnya. Adakah kita ingin selamatkan diri sendiri-sendiri atau ingin menyelamatkan yang lain?

Jika anda memilih untuk menyelamatkan diri sendiri, bayangkan bila anda keluar dari hotel tersebut, seorang ibu bertanya kepada anda mengapa anda tidak menyelamatkan anaknya, apa yang ingin anda jawab? Kita akan dipertanggungjawabkan kelak.

Jika anda memilih untuk menyelamatkan yang lain, sanggupkah anda bangunkan semua penghuni hotel sendiri-sendiri? Atau ingin mencari lagi yang tersedar untuk bantu kejutkan yang lain? Satu benda yang pasti, dalam ingin mengejutkan yang lain, pasti ada pelbagai ragam manusia yang kita hadapi..Ada yang kita goyang sedikit dia sudah mampu tersedar. Ada yang perlu goyang lebih kuat baru dia mampu tersedar. Ada juga bahkan melawan kita sedangkan kita ingin menyelamatkannya. Maka, perlahan-lahan, kita kejutkan dan sedarkan dahulu mereka-mereka yang mudah terjaga dan sedar hotel dalam kebakaran, agar mereka membantu pula kita kejutkan lagi penghuni yang lain. Capailah dahulu buah yang dekat. Sentuhlah mereka yang hidup hatinya.

"supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir.'[QS Yasin, 36:70]

Begitulah kondisi manusia hari ini, neraka yang menyala sentiasa tersedia bagi mereka yang tidak ingin bangun dan sedar dari keasyikan dunia. Bagi yang diberi nikmat kesedaran, laksanakanlah tugas kita untuk menyedarkan yang lain. Kerana jika kita hanya diam diri, maka hotel yang terbakar akan menimpa juga kepada kita!!!

"Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.'[QS al-Anfal, 8:25]

Jangan sekadar menjadi soleh, namun ayuh menjadi mushlih. Pilihan di tangan anda!!! Samada ingin sekadar duduk atau bangkit berjuang di jalan Allah.

"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar," [QS an-Nisa',4:95]

Tidak sama bagi mereka yang hanya ingin duduk dengan yang ingin bangun berjihad. Allah akan melebihkan orang-orang yang berjihad. Mungkin kita tidak merasakan lebihan yang diberikan, mungkin kita anggap sedikit lebihan tersebut, sedangkan Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat ini memberikan sepotong hadis riwayat bukhori dan muslim bahawa perbezaannya antara orang yang duduk dengan yang berjihad adalah laksanana antara langit dan bumi atau 100 tahun perjalanan. Inilah ganjaran bagi mereka yang ingin bangkit berjihad memperjuangkan agama Allah.

Namun pasti ada juga mengatakan bukan urusan kita menjaga tepi kain orang. Namun jika kain yang hampir terbakar perlu kita selamatkan. Pasti ada sahaja yang berpendapat yang penting diri sendiri sudah memadai, terpulang kepada anda.

Dakwah Perintah Allah

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." [QS al-Imran,3:104]

Ibnu Katsir menafsirkan ayat ini bahawa dakwah wajib bagi setiap individu. Samada menggunakan tangan, lisan atau hati, ada kemampuan masing-masing. BUkan berusaha sesikit yang boleh, tapi semampu yang boleh. Minima jika tidak mampu, balligun anni walau ayah, sampaikanlah walaupun satu ayat. Inilah juga persyaratan bagi kita yang ingin mencapai status umat terbaik, khairah ummah.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."[QS al-Imran, 3:110]

Susunan ayat di atas meletakkan menyuruh yang ma'ruf, mencegah yang mungkar, baru dilabel beriman kepada Allah. Sesuai dengan Tafsiran Ibnu Katsir, kita harus melakukan dua benda di atas bagi menyempurnakan kita beriman kepada Allah. Ramai yang mengaku beriman kepada Allah, namun bila diperuntukkan pembuktian keimanan tersebut dengan perintah yang lain, pasti ramai yang tersungkur.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar."
[QS al-Hujurat,49:15]

Dakwah Sunnah Besar Rasulullah

Dakwah bermula dari Rasulullah yang bersendiri, lalu bercambah bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan menyirami. Kita dapat lihat kualiti generasi yang mengikuti Rasulullah dalam segenap kondisi, dan sunnah terbesar terus diwarisi adalah berdakwah mengingatkan kembali manusia kepada illahi.

Ketika Rasulullah mendapat hidayah, baginda tidak hanya duduk berdiam diri, tapi mendakwahi yang lain untuk menyertai, lahirlah para sahabat wa sahabiah yang dikasihi. Para sahabat wa sahabiah juga mengikuti Rasulullah dalam segenap kondisi, tidak duduk diam sendiri-sendiri, tidak ingin soleh-solehah sendiri-sendiri, mereka juga bangkit berdakwah seperti Rasulullah, mentarbiyyah generasi tabi'in. Tabi'in juga memahami istilah mengikuti dan meneladani Rasulullah, mentarbiyyah generasi tabi' tabi'in. Dan begitulah seterusnya melahirkan generasi-generasi yang masih ingin meneruskan sunnah yang murni. Walaupun sudah pasti makin lama makin sikit. Bahkan orang yang melakukan sunnah ini dianggap pelik. Namun beruntunglah orang-orang yang pelik tersebut. Lets dare to be different.

"Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik."[QS Yusuf,12:108]

Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku. Ramai yang ingin mengikuti Rasulullah, namun memilih mana yang sesuai dan memuaskan diri sendiri. Sedangkan Ibnu Qayyim menyatakan bahawa tidak murni seseorang pengikut Nabi Muhammad, selagi mana tidak mendakwahi apa-apa yang didakwahi oleh baginda. Inilah yang dikatakan Imam Qurtubi dalam menfasirkan ayat:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." [QS al-Ahzab, 33:21]

Imam Qurtubi meletakkan ingin meneladani Rasulullah harus dalam semua kondisi. Ingin ikuti sunnah berbisnes, namun tidak mahu sunnah tawwadu'. Ingin mengikuti sunnah kahwin lebih dari satu, namun tidak mahu sunnah memberi sedekah. Ingin mengikuti sunnah berjanggut, namun tidak mahu sunnah qiamul lail.

Ayuh hidupkan kembali sunnah dakwah Rasulullah. Ayuh singkap kembali mutiara sunnah yang makin malap dan menghilang ini. Sunnah yang berorientasikn dakwah kepada Allah, berpaksikan sunnah Rasulullah dan bernafaskan agama islam. Semoga apa-apa yang diberikan dan diajarkan Rasulullah kepada kita akan kita lakukan.

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah (lakukanlah). Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.”[QS al-Hasyr, 59:7]

Semoga kita bersama-sama melibatkan diri dan membantu menghidupkan sunnah berdakwah  ini. Gerabak dakwah itu melewati semua stesen. Tetapi, ia tidak akan memaksa seseorang untuk menaikinya. Minima dakwahi diri sendiri, kemudian ringankan hati, mulut atau tangan untuk menasihat sekeliling kita.

Akan bersambung........

Saturday, January 8, 2011

Diari Pelayaran Di Lautan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


Sengaja Gelapkan Orangnya..=)


Pelayaran Bermula

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan berada di Indonesia (25 hari) dengan pengalaman yang amat berharga, setiap pertemuan ada perpisahan, melainkan bila bertemu dengan alam akhirat pasti tiada pemisahnya. Bagi pertemuan di sesuatu tempat, kami sekeluarga meninggalkan Indonesia untuk menuju ke tanah air.

Jika perjalanan menuju ke Indonesia dahulu melalui udara, kini kembali ke Malaysia melalui laut. Semua dengan izin Allah yang melayarkan bahtera di atas lautan, yang mengizinkan burung mengepak sayapnya terbang di awangan, kerana sebesar matahari Allah Penciptanya, sekecil zarah Allah juga Penciptanya, Allah Pencipta segala sesuatu dengan izinNya.

"Tuhan-mu adalah yang melayarkan kapal-kapal di lautan untukmu, agar kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyayang terhadapmu." [QS al-Isra', 17:66]


Serius Besar

Kami menaiki Kapal Laut atau cruise yang amat besar. 8 tingkat ke atas, panjang tidak pasti berapa tapi memang panjang dan besar. Macam Titanic, tapi semoga hanya fizikal Titanic diikuti, bukan musibah yang dilaluinya atas dasar megah dan sombongnya warga kapal tersebut. Kapal laut yang dibawah syarikat PELNI atau Pelayaran Nasional Indonesia mempunya banyak kapal laut yang belayar setiap minggu, kami menaiki kapal laut yang diberi nama K.M. Bukit Siguntang bermula dari Pelabuhan Makassar ke Pelabuhan Pare-Pare, kemudian ke Pelabuhan Balik Papan, terus ke Pelabuhan Tarakan dan akhirnya sampai di Terminal akhir bagi kami sekeluarga, Pelabuhan Nunukan.

Pelabuhan Makassar

Pengurusan menaiki kapal laut di Pelabuhan Makassar berjalan lancar, ombak manusia menghempas K.M. Bukit Siguntang diiringin ombak dari lautan yang terbentang luas. Alhamdulillah, kami sekeluarga seramai 10 orang semua rehat di bilik yang disediakan yang bakal menjadi tempat tinggal kami selama 3 hari 3 malam berada di atas lautan ciptaan Yang Maha Kuasa. Walaupun bilik agak sempit sedikit, namun cukup selesa segala kemudahan yang disediakan. Bilik kami berada di tingkat 5 atau dek 5. Tingkap menghadap lautan. Pelayaran bermula pada pukul 10.10AM. Setelah masuk bilik di Pelabuhan Nunukan, hanya rehat setelah penat mengangkat barang-barang yang agak banyak. 3 kali turun naik kapal. Ramai sebenarnya buruh pengangkat barang, tapi bagi kami yang 5/10 adalah lelaki, memilih untuk angkat sendiri.

Selepas puas berehat, makan tengah hari juga selesai dijamah di meja makan yang disediakan, azan zohor dikumandangkan di seluruh kapal, kami menuju musholla yang disediakan. Kiblat yang sentiasa berubah arah ketika berada di kapal laut mengikut kordinasi kami berada. Kiblat kali ini menghadap lambung kiri kapal, kemudian belok ke kiri sedikit 15 darjah. Selain itu, pengalaman sholat di atas kapal laut yang perlahan-lahan terombang-ambing membuatkan semua jemaah sholat seiring goyangan mengikut goyangan kapal. Hadiah Jama'- Qasar dimanfaatkan semua musafir.

Persinggahan Pertama

Pelabuhan Pare-Pare

Kurang lebih 5 jam perjalanan, kami tiba di tempat persinggahan pertama di Pelabuhan Pare-Pare. Pelabuhan di sini dinyatakan salah satu pelabuhan yang amat pesat dengan penumpang, ramai penumpang naik di sini sehingga jika anda melihat di seluruh kawasan kapal ini penuh dengan penumpang di pelbagai penjuru. Ramainya penumpang mengalahkan jumlah katil yang ada sehingga dapat dilihat ramai yang tidur di atas lantai, ada yang tidur di bawah tangga, ada yang di bahagian luar bahagian beranda, ada yang atas kerusi, dan banyak lagi tempat-tempat yang tidak disangka-sangka. Namun, disebalik keramaian, di satu sudut, saya melihat seorang wanita berusia sedang khusyuk membaca al-Quran. Begitu juga ketika saya pergi ke bahagian hadapan kapal, kelihatan juga seorang lelaki dewasa sedang membaca al-Quran berlayarkan lautan yang luas. Alhamdulillah.



Pelabuhan Pare-Pare ada satu insiden mengejutkan, seperti biasa, di setiap pelabuhan akan ada ramai buruh-buruh mencari penumpang yang ingin dibantu diangkatkan barang. Mereka berebut secepat yang boleh untuk menaiki kapal ini, sehingga semua bergantung di tangga sebelum tangga sampai di pintu. Petugas kapal yang mengawal tangga sudah menyuruh buruh-buruh tersebut agar turun dari tangga dahulu, namun mereka masih degil, akhirnya, flying kick diberikan oleh petugas tersebut kepada buruh-buruh bahagian hadapan tangga tersebut. Bukan satu, tapi dekat 5 tendangan diberikan. Kami terkejut melihat kejadian itu, dan yang mengejutkan, buruh-buruh tersebut tidak membalas dan masih terus bersedia di tangga kapal tersebut. Setelah pintu kapal dibuka di hadapan tangga, buruh tersebut terus berpusu-pusu meluru mencari rezeki berupa menyediakan servis mengangkat barang. Ada juga penjual-penjual pelbagai makanan dan barang turut menaiki kapal mencari pelanggan. Ada jual makanan, minuman, top-up, handphone, tikar, dan hampir semua barang yang kita tidak menyangka pun ada.

Satu lagi insiden mengejutkan, disebalik kesibukan penumpang, penjual, buruh serta anak-anak kapal, kami amat terkejut bila melihat ada seorang pakcik, membuka beg panjangnya di tepi pelabuhan dekat dengan tangga naik ke kapal. Terdapat sedikit ruangan laut antara pelabuhan dan kapal laut. Pakcik tersebut mengeluarkan pancingnya, memasang, dan kemudian mula memancing di tengah kesibukan manusia. Mungkin bersandarnya kapal laut ini, turut menolak dan menyandarkan ikan-ikan ke tepi pelabuhan tersebut.

Selepas lebih kurang 2 jam berada di Pelabuhan Pare-Pare, K.M. Bukit Siguntang memulakan semula pelayaran membelah lautan luas terbentang.

Majlis Ilmu Di Lautan

Selepas waktu makan malam, kami menuju mushollaa menunggu azan maghrib dikumandangkan, sekali lagi suara seruan umat Islam menyelinap di seluruh ruangan kapal. Kali ini anak kapal membuat pengumuman kiblat menghadap bahagian hadapan kapal, kemudian ke kiri sedikit sebanyak 10 darjah. Rutin di K.M. Bukit Siguntang, memberitakan akan ada ceramah agama seusai solat maghrib-isyak dan selepas solat subuh dari penumpang sendiri. Alhamdulillah, ramai muzakkir dari kalangan penumpang yang ingin berkongsi ilmu kepada seluruh jemaah dalam mushollah.

Selepas selesai sholat, satu pengumuman kepada seluruh penumpang menyatakan:

"diberitakan waktu pemeriksaan tiket akan dilakukan kurang lebih 15 menit dari sekarang, diminta penumpang-penumpang agar berada di tempat masing-masing sehingga selesai pemerikasaan tiket"

Kami semua tidur agak awal pada malam ini. Ruangan bilik amat sejuk, semua memakai selimut dan stokin. Baju dan Jaket juga berlapis-lapis dipakai. Mata pun terlelap.

Matahari Terbit Seberang Lautan

Selepas bangun dari tidur, kami terus menuju musholla menunggu azan subuh, terdapat ramai jemaah yang lebih awal datang dari kami sebelum waktu subuh. Alhamdulillah, namun, ramai juga manusia-manusia yang masih lena dengan tidurnya, dapat dilihat sepanjang kami jalan menuju mushollla masih ramai yang tidur namun tidak tahu dia Islam atau tidak. Ada juga kelihatan yang mengejutkan dengan teriakan subuh selepas azan subuh dikumandangkan. Namun, tidak ramai yang bangkit dari tidurnya.

Kali ini kiblat Selepas subuh, satu lagi perkongsian ilmu diberikan dari penumpang yang lain. Bahasa indonesia namun boleh difahami kerana banyak juga buku agama yang menggunakan bahasa Indonesia boleh didapati di Malaysia.

Selepas habis ceramah, kami menunggu di bahagian dek terbuka bahagian luar kapal untuk melihat pemandangan dan menghirup udara segar. Lautan yang terbentang luas menurut batas penglihatan kami, namun yang pasti, Maha Luas dan Besarnya pencipta alam ini. Jika difikirkan, bagaimana kapal laut yang dibuat dari besi umumnya yang beratnya pasti bertan-tan mampu terapung di atas lautan, sedangkan besi yang sekecil jarum pasti tenggelam jika dibuang ke lautan. Inilah kuasa Allah yang mengizinkan disamping kajian otak manusia mengenai ilmu sains dalam konsep apungan.

"Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur." [QS Luqman, 31:31]

Matahari yang terbit menyinari lautan telalu indah untuk diungkapkan. SubhanAllah. Teringat juga pemandangan matahari terbit di sebalik gunung yang menyinari gaung-gaung dari puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2006 yang lalu. Indahnya alam ciptaan Allah. Terlalu banyak nikmat yang diberikan kepada manusia, namun mengapa masih ramai manusia mengkufurkan nikmat yang diberikan? Tidak patut!!!

Persinggahan Kedua

"Dan tidak sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari karunia-Nya dan supaya kamu bersyukur." [QS Fathir, 35:12]

SubhanAllah. Satu ayat yang amat bertepatan dengan kehidupan manusia. Sesuai dengan pemandangan pagi tersebut kelihatan banyak kapal-kapal nelayan belayar, kesimpulan diberikan, pasti daratan ada berdekatan. Selepas sarapan, kelihatan hujan lebat dan angin kencang turun membasahi kapal ini. Penumpang yang dibahagian luar bergegas masuk ke dalam kapal. Syukur hanya sekejap perubahan cuaca.

"Jika Dia mengkehendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaannya) bagi setiap orang yang banyak bersabar dan banyak bersyukur" [QS As-Syura, 42:33]

Pelabuhan Balik Papan

Lebih kurang jam 10 pagi, K.M. Bukit Siguntang bersandar di Pelabuhan Balik Papan. Menurut anak kapal agak telewat sedikit kerana cuaca yang agak buruk menimpa. Sekali lagi, penumpang, buruh dan penjual sibuk turun-naik kapal. Memang setiap persinggahan ada penumpang yang turun kerana situ destinasi terakhirnya, ada juga yang ingin turun sementara melihat kawasan pelabuhan tersebut. Bagi kami, tidak semua yang turun kerana terlalu padat dan bahaya. Lebih-lebih lagi ada dua adik yang agak kecil perlu dijaga.

Selepas lebih kurang 2 jam juga perhentian di Pelabuhan Balik Papan, pengembaraan dimulakan semula. Tidak lama selepas keberangkatan, azan zohor berkumandang. Kiblat kali ini menghadap belakang kapal, kemudian ke kiri 45 darjah.

Pengisian Masa

Sudah tentu terlalu banyak ruang masa sepanjang perjalanan. Banyak juga kemudahan yang disediakn bagi mengisi waktu namun kebanyakan pengisian berbentuk hiburan keduniaan semata. Ada ruang bermain playstation, panggung wayang, konsert band, karaoke, etc. Ada juga kemudahan baik lain disediakan seperti perpustakaan, klinik, cafe, kedai, etc.

Indahnya jika masa yang berharga diisi dengan pekara yang berharga samada membaca al-Quran, buku, menghayati alam, beramah mesra disamping keluarga, dan banyak lagi perkara lain yang lebih bermanfaatkan untuk dunia dan akhirat kita bersama.

Maghrib membuka tirainya, Azan menyelinap seantero kapal. Kiblat kali ini menghadap ke bahagian kiri kapal, kemudian serong ke kiri sebanyak 10 darjah. Seperti biasa, Imam, Muadzin dan Muzakkir, semua dari kalangan penumpang. Ketika ini, hati tergerak untuk memberi perkongsian ilmu, namun, orang lain lebih dahulu mengangkat tangan bagi memberi tazkirah. Saya agak lambat membuat keputusan kerana keraguan di hati. Namun, ketika Imam melalui ayat 'fastabiqul khairat' yakni berlumba-lumba dalam kebaikan. Hati terus berkata InsyaAllah pada waktu subuh.

Kesempatan Berkongsi

Dengan izin Allah, dibangkit semula di awal pagi di hari ke-3 atas kapal laut ini. Selepas mengejutkan semua ahli keluarga, kami bersama-sama menuju ke Musholla. Kiblat kali ini menghadap hadapan kapal, kemudian serong 20 darjah ke kiri. Azan subuh memecah kedinginan pagi. Kali ini, saya menunggu beberapa ketika jika ada yang lain ingin mengangkat tangan memberi tazkirah. Memandangkan tiada yang kedepan, saya mengangkat tangan meminta izin memberi sedikit perkongsian ilmu. Saya hanya menekankan amalan bersyukur, majlis ilmu, manfaatkan masa dan akhirnya mengenai ukhuwah walau berlainan daerah, negeri hatta negara kendatipun. Alhamdulillah.

Persinggahan Ketiga

Pelabuhan Tarakan

Pada jam 11 pagi, K.M. Bukit Siguntang menurunkan tangganya di Pelabuhan Tarakan. Kali ini persinggahan selama 4 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Nunukan. Pelabuhan di sini agak jauh dari daratan kerana kelihatan laut yang berdekatan dengan daratan agak cetek bagi sebuah kapal mega. Maka kelihatan jalanan yang agak jauh dibina dari daratan mengarah jauh ke lautan.

Pelabuhan Tarakan kelihatan banyak mengenai dagangan. Terdapat banyak barang dagangan diangkut naik ke atas kapal. Sehingga kelihatan bahagian dek 7 penuh dengan kotak-kotak gabus yang berisi makanan laut dan sebagainya. Bertepatan posisi musholla yang berada di dek 7 juga. Maka dilalui semua barang dagangan ini.

Azan Zohor dikumandangkan. Kali ini arah kiblat menghadap hadapan kapal kemudian serong lebih kurang 10 darjah.

Destinasi Dituju

Perjalanan disambung menuju arah tujuan kami sekeluarga, Nunukan. Azan Maghrib dikumandangkan di akhir-akhir pelayaran kami. Seperti biasa selepas solat ada ceramah agama. Kelihatan pakcik-pakcik di sana meminta saya memberi ceramah. Terutama seorang pakcik tua menuju ke arah saya sambil menunjuk ke arah hadapan dengan jarinya menandakan meminta saya ke hadapan. Namun, saya melihat ada saudara lain bersedia ingin ke hadapan memberi ceramah. Saya hanya senyum kepada pakcik tua yang meminta saya maju ke hadapan sambil menunding jari kehadapan sambil mengatakan sudah ada yang maju pak. Alhamdulillah.

Sejurus selepas ceramah, pengumuman yang menyatakan akan tiba di Pelabuhan Nunukan dalam jam 10 malam. Saya melihat jam tangan yang menunjukkan waktu sekarang dekat jam 8 malam. Ada sisa 2 jam untuk berkemas.

Akhirnya pengumuman bahawa kapal telah bersandar di Pelabuhan Nunukan menggembirakan hati kami semua kerana sampai dengan selamat. Seperti pelabuhan yang lain, buruh siap menyerbu penumpang-penumpang yang ingin perkhidmatan mengangkat barang. Kami angkat barang sendiri turun ke kapal dan menyewa grobak barang menuju ke taksi yang keluarga kami sudah sediakan. Syukur ada keluarga di mana-mana yang boleh membantu kita di saat memerlukan. Kami sekeluarga bermalam dahulu di Nunukan dalam rumah keluarga dekat.

Sebulan @ Indonesia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Coretan Misi @ Indonesia

Alhamdulillah, semalam saya baru tiba di Malaysia selepas keluarga menghabiskan 25 hari berada di tanah Indonesia. Sebuah kesempatan meluangkan masa bersama keluarga yang hanya lebih kurang 2 kali setahun saya dapat balik kampung jumpa mereka. Saya tidak sempat buat perkongsian menyeluruh ketika berada di Indonesia. Namun satu benda yang pasti, terlalu banyak pengajaran ketika berada di sana. Sedikit pengalaman yang mampu saya coretkan buat perkongsian bersama adalah pengalaman misi mencari dan menyelesaikan salasilah keluarga besar. Dari situ dapat dilihat adik-beradik saya ada seramai 52 sepupu satu kali..sepupu yang hasil dari adik-beradik Mama dan Bapa kami. Kami juga berjaya mendapatkan dan berjumpa beberapa pakcik dan makcik, nenek dan atok serta moyang-moyang kami. Alhamdulillah. Keluarga dari pelbagai penjuru dunia berjaya disatukan walaupun belum semua namun sudah memuaskan. Kebanyakan merantau ke pelbagai tempat seperti bapa saya yang merantau ke Malaysia pada tahun 70-an..

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya[263] Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain[264], dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." [QS an-Nisa', 4:1]

Misi kedua yang pasti ingin mengikat lebih kuat tali silaturrahim antara ikatan darah keluarga disamping saling membantu dari aspek material, emosi dan spritual.

"Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros." [QS al-Isra', 7:26]

Alhamdulillah kami sempat membuat satu hari keluarga besar di sana yang diselitkan ceramah agama buat kami semua. Terdapat juga perkongsian motivasi dan pengalaman bagi ahli keluarga kami yang sudah berjaya untuk memberi bimbingan dan nasihat buat ahli keluarga yang lain terutama kepada anak-anak muda. Satu benda yang pasti, orang yang berbahagia adalah orang yang mengambil pelajaran dari pengalaman sendiri serta pengalaman orang lain. Sebab itu salah satu nasihat Luqman al-Hakim adalah:

Berdialoglah dengan orang yang berpengalaman. Mereka mendapatkannya degan susah payah, sedangkan kamu mengambilnya dengan mudah. [Luqman al-Hakim]

Misi individu bagi saya adalah membuat lawatan ke syarikat penerbitan yang membawa nama Islam. Alhamdulillah banyak pengalaman dan pengajaran saya dapatkan dari mereka yang saya akui lebih gencar dalam bab dakwah media dan pena. Mereka lebih banyak menghasilkan buku, lebih banyak menterjemah buku dan yang paling penting kualiti isinya amat baik. Saya diberi hampir 30 jenis majalah yang berbagai konsep dan target pembaca. Walaupun saya hanya mampu berikan 3 edisi dari syarikat Synergy Media kepada mereka. Semoga dakwah media akan kita kembangkan lagi. Mari lebih rajin menulis dan menterjemah buku.

Media adalah salah satu jihad yang perlu diketengahkan [Fiqh Jihad - Yusof Qardhawi]

Misi menambah ilmu dapat saya lakukan sedikit sahaja. Dapat buat lawatan di pesantren yang berdekatan di sana. Dapat juga mengikut pengajian mereka. Subhanallah, terlalu banyak pesantren di sepanjang perjalanan saya di sana. Saya juga diberi peluang membuat lawatan di pejabat-pejabat yang menyangkut masalah umat di dua organisasi dakwah di sana.

Misi membeli buku agama sudah pasti tidak ketinggalan. Harga yang jauh lebih murah dibanding bila sudah diexport ke Malaysia. Lebih kurang 20 buku sahaja mampu saya beli pada kesempatan kali ini. Beberapa tajuk buku yang menarik saya dapatkan adalah :

1. Fiqih Manajerial - Prof Dr H. Aziz Fahrurrozi
2. Cashflow Quadrant - Robert T Kiyosaki
3. Fikih Hiburan - Prof Dr Yusof Qaradhawi
4. Nasihat Syaikh Abdul Qadir Jailani - Syaikh Shalik Ahmad Syami
5. Sunnah & Larangan Populer Di Masyarakat Luas - Abdullah bin Hamud al-Farih
6. Menggairahkan Perjalanan Halaqah - Satria Hadi Lubis
7. Kata-kata Luar Biasa dari Manusia Luar Biasa - Mukhlisin al-Bonai
8. Meniti Jalan Istiqamah - Syekh Musnid al-Qathany
9. Tarbiyah Ruhiyah - Dr Abdullah Nashih Ulwan
10. Revolusi Menghafal al-Quran - Yahya Abdul Fattah az-Zawawi (al-Hafizh)
11. Rahasia Tawa & Tangis Rasulullah - Ishom Yusof
12. Jadikan Hidupmu 48 Jam Sehari - Atha Barakat
13. Bercinta Di Taman Syurga - M. Muttaqwiatti
14. Metode Pengajaran Nabi Muhammad SAW - Syaikh Muhammad al-Hazzaa'
15. 450 Kata Motivasi Dosis Tinggi - Muhammad Yasir
16. Biar Kaya Harta Asal Kaya Hati - Dr Sa'id Abdud Azhim
17. 1000 Sunnah Harian Rasulullah - Khalid al-Husainan
18. Menuju Tangga Kesuksesan - Dr Ibrahim al-Fiqqi
19. Bila Hati Dimabuk Cinta - Muhammad Ibrahim al-Hamid
20. Buku Saku Sifat Puasa Nabi Muhammad SAW - Dr 'Abdul 'Azhim Badawi

Semoga perkongsian tajuk dan penulis buku di atas memudahkan anda jika ingin mencari buku tersebut. InsyaAllah kita saling berkongsi ilmu yang kita dapatkan kelak. Namun satu benda yang pasti kita wajib membaca dahulu sebelum mampu menulis, wajib menuntut ilmu dulu, sebelum mampu menyebarkan ilmu.

"Sesungguhnya tidak seorang pun dilahirkan berilmu. Ilmu diperoleh dengan belajar." [Ibnu Mas’ud]

Misi menerokai Indonesia hanya dapat dilakukan di beberapa daerah di sana seperti Makassar, Maros, Pinrang, Pare-Pare, Polawali, Belawa dan lain-lain. Kami juga berkesempatan ziarah Rumah Anak Yatim yang dikelolakan oleh nenek kami sendiri selaku ketua di sana. Kami dipersembahkan nasyid dari warga anak yatim di sana. Amat menyentuh hati dengan suara mereka. Begitu juga Rumah Penjagaan Anak-anak yang juga dikelola oleh makcik kami selaku ketua di sana.

Pelbagai juga tempat kami lawati terutama suasan desa di sana serta pelbagai pemandangan indah ciptaan Allah semua. Pelbagai juga jenis makanan kami rasakan.  Saya berkesempatan memandu kereta dan menunggang motor di sini. Namun, saya lebih mengakui dari aspek lalu lintas, Malaysia lebih saya berani membawa kenderaan berbanding di Indonesia.

Pembunuhan Di Ambang 2011

Sedikit perkongsian mengenai 'Pembunuhan Di Ambang 2011'. Ia berlaku di kawasan tempat tinggal makcik dan pakcik saya di Makassar. 11 anak remaja yang curi-curi membawa sebuah kereta milik bapa dari salah seorang dari mereka untuk menyambut tahun baru. Remaja itu terdiri dari 9 laki-laki dan 2 orang wanita. Ketika singgah membeli di kedai, mereka di serang golongan orang mabuk. Natijahnya, salah seorang ditikam walaupun sempat masuk ke dalam kereta namun cermin kereta masih terbuka. Mangsanya adalah wanita. Mereka segera memecut menuju ke hospital, namun pendarahan yang berlaku membawa kepada kematian wanita tersebut. Berita pada malam itu belum diketahui ibu bapa 11 remaja ini. Bahkan kereta tersebut mereka masih sempat kembalikan pada waktu pagi di tempat parking namun pemilik kereta itu perasan ada sesuatu yang pelik dengan kondisi kereta tersebut.

Ketika pemilik kereta tersebut membuka keretanya, terdapat banyak darah dan juga kasut wanita di atas kereta tersebut. Pagi itu sibuk dengan semua Remaja yang terlibat di bawah ke Pejabat Polis untuk membantu siasatan. Akhir kes yang kami diberitakan, pembunuh yang mabuk itu berjaya ditangkap dan nasib semua anak remaja bergantung kepada ibu bapa masing-masing. MasyaAllah. Saya yakin perkara ini bukan berlaku di sana, bahkan diperlbagai tempat lainnya ketika ada acara keramaian seperti sambutan tahun baru. Inilah kondisi pemuda-pemudi harapan kita. Sedangkan merekalah penentu harapan kita kelak.


"Pemuda dan pemudi adalah asset berharga kebangkitan bangsa. Setiap kebangkitan bangsa, jawapannya adalah pemuda."[Hasan al-Banna]

Perantauan Membuka Minda

Melancong atau Merantau tidak dilarang dalam Islam. Namun tujuan dan natijah dari perantauan itu harus selari dengan apa yang disyaratkan. Kita dapat lihat suruhan berjalan di muka bumi Allah untuk apa?

Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa."[QS an-Naml, 27:69]


"Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu adalah lebihkuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan." [QS ar-Rum, 30:9]


"Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah." [QS al-Mu'min, 40:21]

Memang benar hidup kita umpama perantau. Teruslah merantau bagi mempelajari pengajaran di pelbagai tempat, di pelbagai medium, di pelbagai masa dan di pelbagai keadaan. Teruslah berjalan di muka bumi Allah yang luas ini bagi membuka hati kita kepada Allah Yang Maha Luas. Namun, perantauan kita pasti ada akhirnya, iaitu ketika bekal hidup kita telah habis di persinggahan dunia ini.

Manusia yg baik umpama perantau yang pulang menemui keluarganya. Sementara manusia yg tidak baik umpama hamba yg melarikn diri kemudian diheret menemui tuannya.[Salamah Bin Dinar]