Tuesday, January 25, 2011

Tahniah Kepada Semua Pembaca Sinergi!!! 9000 Naskah Terjual!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sumber Asli : http://synergymedia.com.my/?p=675


Tahniah!!! 9000 Naskah Terjual!!!Kepada Semua Pembaca Sinergi

05
Alhamdulillah..kami mengucapkan tahniah kepada semua pembaca dan pengedar Majalah Sinergi yang menyokong dan mendokong pihak kami mencapai penjualan Majalah Sinergi melebih 9ooo @ 9k..Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pembaca dan pengedar yang pasti dengan izin Allah kita bersama-sama mampu mencapai kejayaan ini. Walaupun jumlah ini masih dikira sedikit, namun kami sudah merasa amat bersyukur dengan nikmat ini.
Jika permintaan pembaca masih menggalakkan, kami akan mencetak semula lagi untuk memenuhi permintaan anda semua. InsyaAllah kami juga akan mengusahakan penjualan untuk edisi ke-4 dan edisi-edisi seterusnya akan makin meningkat dengan bantuan anda semua.
Kami juga dengan rendah hati memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin kurang berpuas hati terhadap kualiti majalah atau penulisan Majalah Sinergi. Kami akan sentiasa menerima kritikan, komen dan kata-kata semangat dari anda semua untuk kami memperbaiki dari masa ke semasa.
Kami juga ingin kongsikan Majalah Sinergi yang akan masuk ke pasaran Indonesia berikutan permintaan pelajar Malaysia di sana. InsyaAllah pada edisi ke-4 kami akan sertakan harga dalam mata wang Indonesia, Rupiah.
Akhir sekali, kami amat memerlukan doa, sokongan dan dokongan dari anda semua bagi kita bersama-sama melahirkan Generasi Rabbani yang Profesional dan melahirkan masyarakat yang beriman, bertakwa dan berkualiti.

No comments: