Monday, November 30, 2009

Ujian DariMu - Episod 1 (Hatiku Luruh)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karangan Asli : SaBaHaNmUsLiM

Hujan turun dengan dahsyatnya, guruh mendendangkan ngaumannya, petir tidak henti
mengagungkan kuasa Yang Maha Besar. Hati Abdullah terasa dipanah petir yang mencairkan hati tabahnya itu. Sepanjang ujian kehidupan yang dia lalui, pelbagai ujian sukar menerpa lembaran hidupnya, namun tidak sedahsyat ujian kali ini. Kehilangan kedua insan yang dicintainya. Hati mana yang mampu kukuh melalui detik sebegini. Kesedihan hati ditambah dengan ketidakmampuan bagi dirinya untuk kembali ke kampung halaman yang terletak diseberang laut sebelah sana. Jasadnya yang ketika itu berada di semenanjung Malaysia tidak mampu menatap wajah kedua ibu bapanya yang akan disemadikan di perut bumi bahagian negeri di bawah bayu. Hati Abdullah hanya mampu menangis ketika menerima panggilan dari Mak Jah yang merupakan jirannya, mengkhabarkan berita kematian ayah dan ibunya. Hanya Allah tempat dia mengadu di saat ujian menerpa hidupnya itu.

"Nak Abdullah, Mak Jah mau beritakan sesuatu nak, harap anak tabah mendengarnya ya.."Suara Mak Jah yang bernada sayup pada waktu itu membuatkan hati Abdullah bergetar. Dalam hati Abdullah hanya terdetik adakah perkara yang selama ini dia takutkan bakal menimpa dirinya. Hatinya yang selalu risau ketika berada di perantauan yang jauh dari ayah dan ibunya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Hatinya tabah menidakkan apa yang difikirnya.

"Ada apa Mak Jah, ayah dan ibu Abdullah sehat-sehat ja kan.." Abdullah cuba menceriakan hatinya dan menolak fikiran-fikiran yang bukan-bukan.

"Nak, tabah ya nak, Ayah dan Ibu Abdullah baru sahaja dipanggil Allah pagi tadi, mereka kemalangan ketika menyeberang jalan di Kg Ketiau, tayar gerobak jualannya dipercaya tersangkut dan ketika itu terdapat kereta tidak mampu mengawal keretanya yang laju lalu terlanggar gerobak bersama kedua Ayah dan Ibu Abdullah"
Lidah Abdullah terkelu mendengar kata-kata Mak Jah.

Hatinya bagai nak luruh mendengarkannya, wajah Ayah dan Ibunya terbayang di fikirannya, wajah insan yang hanya dia miliki di dunia ini telah meninggalkannya buat selamanya. Betapa sedihnya hati seorang anak yang menjadi anak yatim piatu, yang bakal tidak merasakan lagi kasih sayang Ibu dan Ayah. Abdullah masih sukar menerima hakikat yang baru sahaja diberitakan oleh Mak Jah. Dia tidak mampu bayangkan bagaimana hidup tanpa Ibu dan Ayah. Tanpa disedari, air mata Abdullah jatuh membasahi bumi, dia berasa menyesal tidak mencuba sedaya upaya membeli tiket pada Hari Raya yang lepas. Kali terakhir dia bersama Ayah dan Ibunya adalah sebelum berangkat ke semenanjung untuk mendaftar kemasukannya ke IPT. Abdullah teringat saat Ayah dan ibunya berpenat lelah membanting tulang siang dan malam hanya untuk menyediakan wang buat anak mereka terbang menuntut ilmu di seberang sana. Lamunan Abdullah makin jauh kembali ke masa silam pada waktu itu.



"Nak, bawa bersabar ya nak, Mak Jah nak tanya, Abdullah dapat tak kembali ke sini hari ini atau esok untuk melihat arwah Ibu dan Ayah Abdullah sebelum dikebumikan" Suara Mak Jah menyedarkan Abdullah dari kenangan indah bersama Ibu dan Ayahnya. Dia mengusap air yang jatuh meleleh ke pipinya, dia harus kembali ke alam sedar dan harus menerima hakikat yang telah ditentukan Allah kerana dia tahu Qullu Nafsin Dzaaikatul Maut. Dia cuba kembali tabah dan menarik nafas panjang bagi menenangkan dirinya dan cuba menerima takdir Yang Maha Kuasa.

"Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (Takdir) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?" Dan orang-orang munafik itu tidak memperoleh bagi mereka pelindung dan penolong selain Allah. " (QS 33 : 17)

"Mak Jah, saya tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan dalam waktu terdekat ni, harganya agak mahal Mak Jah" Abdullah yang kembali tenang berfikir mampukah dia melihat Ibu dan Ayahnya sebelum ditanam ke perut bumi. Fikirannya berfikir di mana boleh dia mencari sumber kewangan bagi biaya perjalanannya kembali ke kampung halaman. Dia tidak sanggup untuk berhutang dengan kawan-kawannya, dia sering ingat kata ibunya:

"Walaupun kita tidak mempunyai wang atau benda seperti orang lain nak, namun jangan sesekali kita meminta-minta benda yang tidak kita miliki selagi mampu berusaha mendapatkannya sendiri ya nak"

Abdullah tidak tahu bagaimana nak jawab pertanyaan Mak Jah. Dia tahu bahawa mayat seseorang anak Adam perlu disegerakan pengkebumiannya. Dia terduduk sendirian di biliknya.

"Mak Jah, tak payah menunggu kepulangan saya, minta tolong dikebumikan arwah Ibu dan Ayah saya secepat yang mungkin, saya akan cuba pulang beberapa hari lagi bagi menziarah kubur mereka nanti" Abdullah dengan berat hati terpaksa melepaskan kata-kata yang sebenarnya tidak sanggup dia ungkapkan, namun apa kan daya, inilah takdir yang harus dilaluinya untuk membuktikan keyakinannya akan ketentuan Qada' dan Qadar dari Tuhan Sekalian Alam.

"Baiklah nak, kalau kamu dah kata begitu, kami akan segerakan pengkebumian arwah Ibu dan Ayah kamu ya nak, semoga Allah sentiasa bersamamu, tabah hadapi ujian ini ya nak..jaga diri baik-baik, Assalamua'laikum"
Suara Mak Jah turut diikuti dengan suara tangisannya.

"Wa'alaikumsalam, terima kasih banyak ya Mak Jah" Air mata Abdullah kembali membasahi pipinya. Dia terus merebahkan dirinya di atas katil dan cuba menenangkan hatinya.

"Assalamua'alikum, Akhi... Akhi...Antum ada kat bilik tak" Suara Fauzi kedengaran di luar pintu biliknya. Seorang sahabat yang sering dia kongsi suka dan duka bersama. Kemesraan dan ikatan persaudaraan yang terjalin antara mereka mengagungkan ayat Allah bahawa setiap mukmin itu bersaudara (QS 49:10). Abdullah cuba menghapuskan air matanya dan pergi membuka kunci pintunya.

"Wa'alaikumsalam..oohhh Fauzi..sila masuk akhi" Suara Abdullah masih terdapat kesan-kesan kesedihan walaupun dia cuba berlagak senormal yang boleh.

"Abdullah, antum ok tak ni, kenapa nampak sedih ja ni, ada apa-apa berlaku tak..ada apa boleh ana tolong?" Fauzi mampu mengesan raut wajah kesedihan yang cuba disembunyikan saudaranya itu. Dia jarang melihat Abdullah dalam kesedihan kerana dia tahu akan ketabahan saudaranya itu dalam menempuh pelbagai ujian yang melanda. Raut wajah Abdullah kembali berubah menampakkan kesedihannya, dia tidak mampu menahan kesedihannya setelah diingatkan kembali apa yang berlaku ke atas dirinya. Abdullah pun menjelaskan kepada Fauzi atas apa yang menimpanya. Fauzi berasa simpati atas apa yang menimpa saudaranya itu, dia tahu betapa terseksanya jiwa seseorang jika berada di tempatnya.

"banyakkan bersabar akhi, inilah lumrah kehidupan, segala ketentuan adalah dariNya, tempuhilah ujian ini dengan tabah dan sabar, kerana ingatlah firman Allah dalam al-hajj ayat 35,

"(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka.."

"Jazakallah akhi, semoga Allah mendapati ana termasuk golongan orang yang sabar"

"Bagaimana perancangan antum nak pulang kampung, boleh ana bantu tak, InsyaAllah ana boleh bantu dari segi ekonomi kalau antum nak, antum kan manusia yang susah sangat nak meminta bantuan orang lain..hehe.."Fauzi cuba menceriakan suasana yang kusam.

"Tak tahu la akhi, harga tiket mahal kalau beli dalam waktu yang dekat, ana bercadang nak sekalian pulang untuk cuti pertengahan sem ni ja, lagipun hanya tinggal 3 minggu, harap-harapnya harganya tak terlalu mahal"

"Baiklah kalau macam tu, nanti ana tolong check harga tiket untuk cuti yang akan datang ni ya" Abdullah terharu dengan pertolongan Fauzi yang bukan pada kali ini sahaja, banyak lagi dia terhutang budi akan kebaikannya.

"Syukran Kathiran Akhi, hanya Allah dapat membalas kebaikan di sisimu" Abdullah memeluk saudaranya itu sambil meneteskan air mata kerana bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan nikmat ukhwah bersama Fauzi.

"Dah..dah..o ya..ana datang sini tadi nak beli hotdog bun antum, perut tiba-tiba lapar pula..ok la khi, ana ada lingkaran ilmu jam 10 ni..nak buat persediaan dulu"

Abdullah yang berusaha mencari pendapatan melalui jualan hotdog bun yang sedikit sebanyak membantunya membiyai kos kehidupannya.

"ok..barakallah khi..terima kasih atas pembeliannya..Assalamu'alaikum" Kehadiran Fauzi waktu itu sedikit sebanyak menenangkan hati Abdullah. Itulah satu peristiwa yang amat membekas di kalbunya, yang tak mampu dia lupakan buat selamanya, satu peristiwa yang membuatkannya lebih matang dan tabah menjalani liku-liku kehidupannya.

"Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."(QS 53:43)

                                        ************ Tamat Episod 1 *******************

Saturday, November 28, 2009

Keindahan Kalam-Mu Mengubah Hatiku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




Indahnya kalam-Mu tidak terbatah,
Walau syair tertinggi tak mampu menandingimu,
Mengalahkan keindahan sastera nun jauh indahnya,
Kerana ku tahu ia kalam dari Mu.


Indahnya kalam-Mu meluluhkan hati sekeras batu,
hati Umar Bin Khattab siapa tidak tahu,
ketika itu ku amat membenci Rasul-Mu,
sehingga ku tekad ingin melayangkan pedang pada leher Kekasih-Mu,
di hadapan ka'bah ku bertemu dengan Rasul-Mu,
tatkala dia tengah solat hanya Pada-Mu,
ku mendengar alunan indah dari mulut kekasih-Mu,(Mendenga QS Al-Haqqah)
lalu dihatiku menyatakan ia hanya sebuah syair yang dialunkan,
lalu Rasul-Mu membaca kalam yang menyangkal bisikan hatiku, (Mendengar QS 69:38-41)
hatiku melawan mengatakan kalam itu hanya dari mantera dari dukun atau pawang,
Rasul-Mu menyambung bacaan yang menolak lagi sangkaanku, (Mendengar QS 69:42-43)
api kebencian yang berkobar dibenakku terus sirna dalam sesaat,
lalu ku tinggalkan ka'bah bersama Rasul-Mu,

ku mencari manusia yang menyebarkan khabar terkejut buatku,
menyatakan keluargaku telah berserah pada Yang Satu,
ku menerjah Fatimah adikku bersama suaminya Said bin Zaid,
ku tanyakan kebenaran yang mengiyang di telingaku,
lalu benarlah apa yang ku dengarkan,
terasa di hati ingin terus mengecam adik dan adik iparku,
lalu Kalam-Mu juga meredakan hatiku, (Dibacakan QS 20:1-5)
kalam yang membezakan haq dan batil,
hati ku tekad menuju Darul Arqam,
ingin bertemu kekasih-Mu Ya Hadid,
menyatakan ikrar Engkau Yang Satu dan Muhammad adalah Rasul dari-Mu,
membawa hatiku berhijrah dari kegelapan,
kepada cahaya cinta yang terang benderang.


Indahnya kalam-Mu mampu mengubah hati di dada,
disaat seorang manusia Mafruq bin Amru namanya,
datang pada Rasul-Mu menanyakan kepada apa Rasul-Mu mengajak,
tatkala 3 ayat-Mu  Rasul-Mu bacakan,(Dibacakan QS 6:151-153)
terasa siksa di dalam dada,
ku mohon dibacakan lagi ayat-ayat-Mu,
hatiku jatuh tunduk padaMu,
saat ku mendengar ayat yang satu,(Dibacakan QS 16:90)
ku terus tunduk pada keagungan kalam-Mu,
ku terus bersaksi  siapa yang menentang panggilan Rasul-Mu adalah orang yang sebenarnya sesat.
Akan ku pertahankan terus Rasul-Mu.

Indahnya kalam-Mu mengalahkan syair yang pernah bermain memasuki telingaku,
Ath-Thufail bin Amru Addusi pakar keindahan karya syair waktu itu,
bermusafir hingga sampai ke tanah suci kelahiran Rasul-Mu,
berjumpa Rasul-Mu kerana ingin tahu apa dibawa,
tatkala ku mendengar Rasul-Mu membacakan kalam suci dari Mu,
terasa indah dan tajam makna kalam suci-Mu,
menembus masuk terus ke kalbu,
ku terus menyatakan keislaman dihadapan Rasul-Mu,
lalu ku menanam tekad islamku kan ku sebar di tanah airku.

Indahnya kalam-Mu lama ku tak sedari,
ku tak hayati maksud yang bakal mengindahkan hati,
ku sering lupa membaca dan merenung isi kalam-Mu,
bahkan banyak kalam-Mu sering ku dustakan,
bahkan banyak kalam-Mu sering ku kafirkan,
bahkan banyak juga kalam-Mu ku belum beriman sepenuhnya,
maafkan diriku yang lemah dan hina,
tidak mensyukuri keindahan kalam-Mu,
yang mampu mengubah hati benakku.

Alhamdulillah
  

Friday, November 27, 2009

Kembara Bujang Lapok - Episod 4 (Tangisan Kehidupan)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM






"Tapi khi, ana rase..ana tak mampu nak pikul amanah ni..ana bukannye orang yang layak membawa amanah mulia ni..amalan ana dahla tak banyak..ilmu pun banyak tak tahu..banyak lagi dosa-dosa yang sering ana buat..ana rase..ana rase memang tak layak la khi..ketika melihat ikhwah lain ada bina halaqah ke bawah, ana rase ana tak mampu buat seperti itu..ana memang tak dapat la khi.." Akh Hafiz meluahkan perasaan yang nampak lama dipendam sepanjang dalam pentarbiyyahannya.

Akh Zainul dan Akh Farul mendengar dengan saksama luahan saudaranya itu. Kepiluan mendarat di hati Akh Zainul dan Akh Farul. Akh Hafiz hanya tunduk membisu.

"akhi, memang sulit ape yang kite sedang dan bakal lalui dalam jalan ini..berape sering ana dengar luahan itu selame ana dalam jalan ini. Ramai memberikan alasan sebegitu sehingga meninggalkan dakwah same sekali. Semua merasakan diri tak layak untuk berdakwah. Kita tak mampu nak menunggu sehingga kita sempurne baru ingin berdakwah kepade yang lain, jika semua manusia berfikiran sebegitu, nescaye tak kan tersebar keindahan islam di pelusuk dunia, serulah kebaikan walau kite belum sepenuhnya melakukan kebaikan itu dan cegahlah kemaksiatan walaupun kite belum tinggalkan sepenuhnya maksiat tersebut, bangunan yang tersergam indah takkan terbine tanpe dimulakan dengan batu-bate yang pertame, langkahkanlah kaki antum dengan yakin dan pasti, perkara-perkara yang menghalang kite kikis satu persatu, ana yakin antum boleh akhi.." Akh Zainul merasakan kehibaan saudaranya itu. Suara serak-serak basah yang diselitkan dengan nada keikhlasan membuatkan Akh Hafiz terharu akan kata-kata Akh Zainul.

"jazakalah akhi..ana akan cube yang terbaik untuk perbaiki diri sendiri.."Akh Hafiz bangkit dari tundukan lalu menatap wajah Akh Zainul.

"insyaAllah..kami pun sama ja ngan antum, ilmu pun masih setahun jagung, tapi Rasulullah kan minta kita sampaikan ja sekalipun hanya satu ayat, ilmu memang salah satu ukuran, namun yang penting, ilmu yang nak disampaikan walau satu ayat harus kita fahami. Ana rasa Syekh Muhammad bin Utsaimin yang pernah meyatakan bahawa seorang da'i tidak disyaratkan memiliki ilmu yang banyak, namun, hanya disyaratkan memahami ilmu yang hendak disampaikannya. InsyaAllah, tsaqafah(pengetahuan) kita kena tambah akhi, banyak bacaan-bacaan yang boleh kita amati..ilmu-ilmu yang dapat time halaqah jangan disia-siakan..pelan-pelan khi..yang penting kita usaha.."Akh Farul cuba menyampuk suasana saling menasihati dengan nada keceriaan untuk merenggangkan suasana seperti romantik.

"yup, Allah melihat kepade usaha kite, tugas kite usahe sungguh-sungguh, hasilnye kite letak kebergantungan kepade Allah, boleh punyer, antum kalau nak merasakan kemanisan dakwah kena merasakan kepahitannya dahulu..hehe..kata-kata albert camus menyatakan anda tidak boleh mencipta pengalaman, anda mesti menghadapinya..baru la.." Akh Zainul turut menarik diri dari suasana romantik. Akh Hafiz hanya tersenyum.

"dah la..sejam lagi nak sampai tapah dah ni..apa yang penting..kerja sama..hehe..tak la..next driver sapa..antum kan hafiz..baik antum tido dulu, rehatkan mata dan minda..nak harapkan zainul yang tak pakai contact lense dia tu, naya kita nanti.."

"hehe..tenang-tenang..esok karang bagi ana bawa..malam ni ana minte izin jadi boss dulu yer.."Akh Zainul serlahkan kembali sifat cerianya.

"boleh jer..pas ni biar ana yang bawa..ana bawa sampai kat rumah nenek ana terus..insyaAllah.."

"hah..macam tu le..afwan ye khi..esok ana tebus semuanya..hehe.." Akh Zainul terus merebahkan dirinya ke belakang.

"mana-mana ja..saling membantu..dah-dah..antum tido la dulu Hafiz..antum tak ngantuk ka.."

"entah la..tak rasa ngantuk pule..mungkin sebab ana qailulah lama sangat kot before solat jumaat tadi..hehe.."

"owh..ok..eh..pasal suara zainul dah diam membisu..jangan-jangan dia yang dah mula kembali ke alam mimpi dia..hurm..zainul..zainul..bab-bab tido ni dia yang juara..ish..ish..ish..antum ingat tak ari tu time lepas mabit yang baca ma'thurat pas subuh tu, time tu kita dah la baca sambil berdiri sebab ada yang ngantuk..punya ana terkejut tengok zainul ni..berdiri pun boleh tido..dahsyat betul..hehe.."

"owh ari tu..hehe..ana dah urut-urut juge bahu die time tu..tapi macam tak de effect gak.."Akh Hafiz menoleh ke belakang melihat Akh Zainul.

"hurm..dia memang dah tido..hehe.."

"dah agak dah..tadi nampak segar ja bercakap..tiba-tiba dah hanyut dibuai mimpi..biar la dia..antum pun tido la khi.."

"ok..ada apa-apa kejut ana ya.."

"insyaAllah"

Akh Farul kesorangan mengamati perjalanan malam itu. Dalam hatinya masih teringatkan topik-topik perbualan sepanjang malam itu. Kesyukuran terus dipanjatkan kepada Yang Maha Menyatukan Hati mereka. Tidak dapat dibayang bagaimana kehidupannya jika tidak diberikan nikmat tarbiyyah. Mungkin akan terus terhanyut dengan kehidupan dunia.

                                            **************************

Hujan tiba-tiba turun jatuh ke bumi dengan dahsyatnya membuatkan indahnya kedinginan malam membuai sesiapa yang tertidur agar lebih lenanya. Wiper kereta membantu penglihatan yang sukar itu. Kelajuan dikurangkan agar kawalan kereta tidak mengundang bahaya. Kelihatan papan tanda kawasan rehat tapah menunjukkan anak panah arah ke kiri. Akh Farul mengawal pemanduannya menuju ke tempat parkir kereta sedang kedua saudaranya masih lena dengan mati sementara.

"Hafiz, bangun khi..dah sampai tapah dah ni.." Akh Farul mengejutkan Akh Hafiz disertai dengan pujukan tangan. Memang sukar menahan ngantuk yang dirasa dalam kelewatan malam waktu itu. Akh Farul menutup mulutnya yang mula menguap menunjukkan malam yang sebagai pakaian bagi mengiring tidur untuk beristirehat.

"Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha."(QS 25:47)

"dah sampai tapah ka khi.."Suara Akh Hafiz akhirnya keluar dari tidurnya.

"ya..kat tapah dah ni.."

"jam berapa dah khi.."

"jap..dah jam 11.40 dah.."Akh Farul mengeluarkan handphone nya.

"owh..mari ana bawa pula"

"kita rehat dulu kejap..kereta ni pun kena rehat kejap..ana nak ke tandas lu jap..nak ikut tak.."

"tak kot..ana nak g kedai jap..nak tapau kopi panas 'bah'..sedap ni minum hujan-hujan gini..antum nak tak.."

"ana tak minum sangat kopi..antum ja la beli..payung ada kat belakang kan..jap..ana cuba kejutkan zainul jap.."Akh Farul cuba menggerakkan Akh Zainul namun tiada reaksi yang ditunjukkan. Hujan yang turun diredah Akh Hafiz dan Akh Farul meninggalkan Akh Zainul terkunci di dalam kereta dengan sedikit pengudaraan melalui sedikit ruang tingkap yang dibuka.

                                                      ***********************

"jom bertolak..dah dekat jam 12 dah ni..nenek antum gerak dari rumah jam 3 kan.."Akh Farul yang kini duduk di posisi co-driver sedang memasang tali pinggang keselamatan.

"yup..insyaAllah sempat..hujan pun dah reda ni.." Akh Hafiz menghidupkan enjin kereta dan memasang wiper dengan kelajuan minima. Tali pinggang keselamatan dipasangkan sebagai lambang usaha mengelakkan kecelakaan yang lebih teruk jika terjadi apa-apa.

"hebat zainul ni..kali ni confirm dia dah tido mati dah tu..hehe..antum ok tak Hafiz..tak ngantuk gak kan?"

"ana ok jer..dah minum kopi tadi..tercekak mata ni..hehe..k..bismillah.." Akh Hafiz mula menggerakkan kereta menuju ke rumah neneknya.

"hati-hati ya khi..afwan la..ana tak dapat temankan antum lama lepas ni..dah balik-balik menguap dah ni..hehe.."

"tak per..antum tido la dulu..ana ok jer.."

"ana cuba tahan ja lu..mana tau antum perlu teman berborak..selagi ana masih tahan, kita berborak ja..saling berkongsi pengalaman ka.."

"boleh jer..o ya khi..mesti ramai kat rumah nenek ana nanti ni..tadi ana call maci ana..dia cakap hampir semua ade..tapi abah n mama ana tak de dah..dorang dah balik semalam lepas makan malam ngan nenek bab adik ana kena gi sekolah ari ni..tapi khi..kan ana ade bagitau ana cucu paling tua..kebanyakan sepupu and anak saudara ana masih kecil-kecil lagi..kekadang tu bila berkumpul habis riuh satu rumah dengan suara budak-budak ni..tapi best gak ngan budak-budak ni..hehe.."

"owh..ok la tu..best apa if ngan budak-budak kecil..ana pun suka sangat ngan budak-budak ni..ana pun banyak anak saudara yang kecil-kecil..kalau berkumpul keluarga ana, macam antum gak la..nak roboh rumah tu dibuatnya..lari sana lari sini..lompat sana sini..sampai ari tu..ana buat satu aktviti untuk kasi senyap budak-budak ni..hehe..antum nak tau ana buat apa?"

"antum buat apa..kongsi sikit..mana tau ana boleh apply ngan budak-budak ni..hehe.."

"hah..ana manfaatkan ESQ..hehe..antum ingat tak part yang mengenai siapa berikan kehidupan tu.."

"yang aktiviti tarik nafas tu ke khi"

"hah..dia la tu..time tu ana tak plan pun..time tu kami buat hari keluarga kat rumah ana..maci-maci and paci-paci ana suma kat tingkat bawah..ana ditugaskan jaga budak-budak ni..umur dorang dari 6 tahun ke 14 tahun..ada dekat 15 orang la..habis pening dibuatnya..jaga yang satu, yang satu buat hal..last-last..ana suruh semua masuk kat bilik ana..sesak gak la..pastu.."

"pastu apa khi..antum 'ESQ kan' budak-budak tu ka.."

"hah..sabar lu..mula-mula tu ana buat dorang ceria dulu..ana bagitau yang ana ada aktiviti yang menarik nak kongsi ngan dorang..time tu ana dah ready laptop and speaker ana..ana brief dulu apa yang dorang perlu buat..ana buat macam ni.."

Akh Farul menceritakan aktivitinya bersama budak-budak dari 'A' sampai 'Z.

Waktu itu:

"baiklah adik-adik..abang ada satu permainan yang menarik..abang nak semua berdiri dulu..baiklah..kejap lagi abang akan minta adik-adik tarik nafas dalam-dalam pastu  adik-adik tahan selama 20 saat ja..abng akan kira sampai 20..sapa yang tidak tahan sampai 20 saat boleh duduk dan jangan bercakap atau ketawa..jangan tengok kiri kanan..adik duduk saja diam-diam..nanti abang bagitau apa pengajarannya..sedia semua?


"Sedia" Semua menyahut dengan penuh semangat.


"baiklah..nanti time tarik nafas abang mau adik-adik angkat tangan ke atas dan tahan sekali ngan nafas..kemudian tutup matanya..dan sekali lagi abang ulang, siapa yang tidak tahan..jangan paksa..adik duduk pelan-pelan..lepas tu jangan bising..abang mau tiada yang ketawa ok.."


lampu tidur berunsur warm light dipasang agar memberikan suasana kondusif..lagu instrumental dialunkan..suara serius dan perlahan digunakan..


"baiklah adik-adik..kita sama-sama baca bismillah dulu..semoga Allah membimbing adik-adik semua agar nampak pengajaran dari semua ini..bawa bertenang semua..abang tidak mau ada yang bersuara kecuali bila abang bertanya..ok..sedia ya dik..abang akan kira sampai tiga..lepas tu adik-adik tarik nafas dalam-dalam kemudian tahan semampu yang boleh..adik hanya perlu tahan selama 20 saat saja..tapi kalau tidak mampu..boleh duduk dan mohon ampun kepada Allah didalam hati tanpa bersuara..baiklah..satu..dua..tiga...tarik nafas semuanya..kemudian tahan.."


Kiraan dilanjutkan..terdapat ada yang duduk ketika pada saat 10 saat..ada yang 13 saat dan seterusnya..turut ada yang mampu tahan saat ke 20..


"baiklah adik-adik..ketika abang hitung tadi..ada yang mampu bertahan hanya selama 10 saat, ada yang 15 saat dan sebagainya..sekarang abang mau tanya adik-adik..apa akan terjadi jika abang melanjutkan kiraan abang sampai 60 saat..atau sampai 120 saat..jawab semuanya.."


"tidak boleh bernafas"Sorang adik menjawab.Ada yang menjawab.


"kita akan pengsan bang"


"kita akan mati"


"baiklah adik-adik..sekarang abang mau tanya..adik-adik kata kita akan mati jika tidak bernafas atau menghirup udara. Jadi sekarang minta adik-adik tolong jawab..apa udara telah berikan kepada adik-adik"


alunan muzik terus mendamaikan suasana.


"sekali lagi abang tanya..apa udara berikan kepada adik-adik.."


"bagi kami hidup"sorang adik menjawab.


"baiklah..sekarang abang nak semua menjawab..tiada yang diam..bila abang tanya apa udara beri kepada adik-adik..semua jawab kehidupan..sekarang jawab..apa udara berikan kepada adik-adik"


"kehidupan" Suara perlahan kedengaran dari setiap mulut adik-adik.


"apa udara berikan kepada adik-adik"Nada yang lebih tinggi digunakan.


"kehidupan" Jawapan juga makin meninggi.


"apa udara berikan kepada adik-adik." Nada makin ditingkatkan agar adik-adik mampu mengaku.


"kehidupan" Nada yang lebih kuat dikeluarkan dengan penuh semangat.


"sekarang adik-adik tolong jawab..siapa yang sebenarnya berikan adik-adik kehidupan..udara atau Allah..udara atau Allah.."


"Allah" kesemua adik-adik menjawab dengan teriakan.


"sekarang jawab semuanya..tiada yang diam..siapa yang berikan adik-adik kehidupan..udara atau Allah.." Nada tinggi makin dilaungkan.


"Allah" Teriakan makin kedengaran membuktikan kesaksian dari anak kecil.


"tapi mengapa selama ini adik sering malas untuk sembahyan g kepada Allah..mengapa adik sering melawan cakap ibu bapa..inikah balasan adik selepas Allah berikan adik kehidupan."


kesemua adik-adik tunduk membisu dan kehibaan jatuh di hati  suci dan lembut adik-adik. Terdapat adik yang mula menitiskan air mata.


"sekarang abang mau tanya..siapa yang berikan adik kehidupan.."


"Allah" Suara tangisan turut didengari.


"tapi mengapa adik-adik sering bergaduh sesama adik-adik..mengapa adik-adik selalu lawan cakap ibu bapa, adakah adik-adik ingin masuk ke dalam neraka..berapa sering adik-adik marah ketika disuruh untuk solat, disuruh untuk mengaji..inikah balasan adik-adik kepada Allah..ingatlah adik-adik..adik-adik juga boleh mati pada bila-bila masa..abang yakin tiada antara adik-adik yang ingin masuk ke dalam neraka..tapi kenapa selama ini adik selalu malas untuk sembahyang.."


tangisan makin didengari..alunan muzik makin dikuatkan untuk meningkatkan emosi adik-adik. Kemudian keadaan diredakan semula.


"adik-adik..Allah lah yang beri adik-adik kehidupan..janganlah lagi adik-adik malas untuk sembahayang..janganlah lagi melawan cakap ibu bapa..semoga Allah mengampunkan dosa adik-adik dan dijauhkan ari api neraka..ingatlah adik-adik..Allah yang terus menerus bagi kita kehidupan..balaslah apa yang Allah beri kepada adik-adik dengan amalan yang baik"


Adik-adik ada yang terus merundukkan wajahnya, ada yang menggosok-gosok matanya, ada yang masih terus menjatuhkan tangisan ke muka bumi Allah.


"adik-adik..kita minta maaf kepada Allah kerana selama ini kita selalu malas untuk sembahyang..lepas ni..abang harap, adik-adik boleh jumpa ibu bapa masing-masing, jumpa umi dan ayah masing-masing..minta maaf kepada mereka sebab adik-adik pernah melawan cakap mereka..semoga Allah menyayangi adik-adik semua..boleh semmuanya"


"boleh bang.."nada kesedihan turut menghibakan hati si abang.

"begitulah ceritanya khi.alhamdulillah..lepas semua keluar dari bilik ana time tu..masing-masing turun ke bawah dan mencari ibu bapa masing-masing..ada yang salam dan cium ana gak dulu sebelum turun.."

"wah..lembut betul hati dorang kan khi.."

"tu la..time tu ana nampak dorang terus pergi ambil air wudhu dan solat, sejuk mata kita..pastu, time ana turun ke bawah, maci-maci pun tanya kat ana apa ana buat sampai menangis budak-budak ni..ana bagitau ja la ngan dorang pasal aktiviti tu..yang penting lepas tu, aman sikit rumah tu dari kebisingan..hehe.."

"alhamdulillah..salah satu cara kite nak dakwah kat family kan khi..banyak jer cara kite boleh gune sebenarnye kan..tapi memang penting menanamkan segalanya milik Allah dalam hati setiap adik-adik ni..termasuk kita sendiri.."

"betul tu khi..alhadmulillah..itu yang termampu yang ana boleh buat kat budak-budak tu..antum pun boleh punya..kita kena jaga keluarga kita selepas diri kita akhi.."

"yup..ana ingat lagi murobbi ana bagi surah 66 ayat 6 time before cuti ari tu yang suruh kita jaga diri dan keluarga dari api neraka.."

"wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."(QS 66:6)

"yup..insyaAllah..siapa tak sayang keluarga sendiri..terutama ibu bapa kita..pasti kita tak nak ada antara mereka masuk ke dalam neraka.."

"betul tu khi..sedih juga bila fikirkan kondisi adik-beradik kita jika ada yang bercouple ka, tak pakai tudung ka, selalu pergi buat benda-benda tak senonoh ka..na'dzubillah..nasib baik keluarga ana tak seteruk itu.."

"itu la..dari keluarga baru lahirkan masyarakat yang sakinah..insyaAllah..ok la khi..mata ana tak mengizinkan dah ni..hehe..ana minta diri untuk tidur lu ya..ada apa-apa kejut ja ana.."

"ok khi..antum tidu la dulu.."

Perkongsian malam itu membuat Akh Hafiz terfikir akan keluarganya. Adakah dia telah melaksanakan amanah sebagai Abang sulung dalam adik-beradiknya..amanah sebagai seorang anak juga amanah kepada ahli keluarga yang lain..dia hanya diam seribu bahasa dengan hati nun jauh mengingati keluarga. Mulutnya terus berdoa agar keluarganya dilindungi dari azab api neraka. Hujan yang makin laju meredah menemaninya pada malam itu melebatkan lagi kehibaan hati. Terfikir di lunak akan nikmat kehidupan yang Allah berikan. Penceritaann Akh Farul masih mengingatkannya akan nikmat yang tidak selalu disyukuri.

Tiba-tiba!!!

"Astaghfirullah..AllahuAkbar.." Akh Hafiz melaung dengan kuat.

"Ya Allah..............

                                                   *********** Tamat Episod 4 ***********

Wednesday, November 25, 2009

Kembara Bujang Lapok - Episod 3 (Indahnya Jalan Ini)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM





"Belok?..apa yang mau belok?" Teriakan Akh Hafiz menggetarkan kesunyian malam yang menarik Akh Farul kemballi ke dunia nyata dari lamunan yang panjang.

"tak...kan tadi kate nak singgah stesen minyak lu"

Akh Farul menghela nafas panjang sambil menggeleng kepalanya.

"Astaghfirullah..Hafiz..Hafiz..tidak payah teriak..terkejut ana..ana fikirkan ada apa tadi.."

"Ana sengaja tak nak singgah kat stesen ni..plan nak singgah kat stesen Petronas yang dekat nak masuk highway tu..Hafiz..Hafiz..terkejut ana tadi.."

"oh..mane ana tau..afwan..afwan.." Akh Hafiz menyandarkan badannya kembali ke tempat duduk yang disaluti kain kulit.

"lain kali..cakap dengan tenang tau..bahaya kalau driver terkezut..naya kita semua..kang nanti ada cucu sorang ni yang tak sempat jumpa nenek dia..susah pula..na'udzubillah..nasib baik ana bukan jenis menggelabah..fuh.." Akh Farul menasihati dengan nada gurauan. Akh Hafiz hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

"apapun..ana juga yang salah lupa bagitau co-driver sorang ni..afwan ya khi.." Akh Farul menatap wajah sudaranya sambil sedekahkan senyuman simetri.

"baiiiik(panjang ditarik perkataan ‘baik’)...dah-dah..antum fokus sama pemanduan tu..nanti ade sorang adik ni tak dapat jumpa akak die..hehe.." Akh Hafiz mula membalas canda saudaranya itu. Akh Farul hanya mengerutkan dahinya sambil cuba menatap mata Akh Hafiz. Akh Hafiz berpura-pura melihat pelbagai arah sambil manaikkan keningnya keatas.  Akh Zainul yang masih lena dibuai mimpi masih berada di dunia tidurnya tanpa menyedari perbualan kedua saudaranya itu.

                                                 ****************************

Suluhan lampu kereta yang memecahkan kegelapan malam ibarat matahari yang menyinar di siang hari. Alangkah indahnya ciptaan Allah yang pasti tidak ada sia-sianya. Namun yang pasti, cahaya yang menyinar adalah dari kehendakNya Yang Maha Bercahaya.

"ha..sini la yang ana nak singgah.." Akh Farul memasang signal ke kiri lalu mengawal kereta masuk ke kotak kuning pam minyak bernombor 4.

"nak isi berapa ni khi..30 ringgit cukup tak..kancil jer kan.." Akh Hafiz mengeluarkan dompet dari bag galasnya yang diletak dihadapannya.

"cukup la tu..dah boleh sampai P.D.(Port Dickson) lagi..hehe.."Akh Farul bergurau dengan Akh Hafiz yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

"antum guna lu duit antum lu ya khi..nanti kita bahagi tiga semua perbelanjaan kembara kita ni..ok bos?"

"boleh jer..ana kan bank bergerak  ‘bah’..hehe.."Akh Hafiz melantunkan gurauan kepada saudara sabahnya dengan memasukkan elemen loghat sabah  sambil membuka pintu 'kancil harimau' dan menuju ke kauter pembayaran.

Akh Farul menarik picu pembuka tangki minyak lalu turun bersedia memutar penutup minyak. Kelihatan Akh Zainul bangun lalu menggosok kedua pancindera penglihatannya lalu melihat kiri dan kanan dengan riak wajah yang tertanya-tanya. Akh Zainul mendekati tingkap lalu menjenguk keadaan sekitar.

Owh..stesen minyak..

Bisik hatinya. Akh Zainul turun dari kereta dan merenggangkan badannya .

“Farul..kita kat stesen mane dah ni..berape lame dah ana tidur..” Akh Zainul menyapa saudaranya sambil terus menggosok matanya.

“baru mau masuk highway ni..tak da lah lama antum tidur..baru kejap ja..”

“owh..Hafiz mane..ana nak ke tandas jap ya”

“Ada sana tu..tengah antri dekat kaunter..antum pergi la tandas dulu..basuh muka tu..habis berbekas dah dengan taris-taris di muka antum tu..hehe..”

antri?? Aper tu??” Akh Zainul kebingungan sambil mendongakkan kepalanya ke atas.

“lar..antri pun tak tahu..hehe..antri tu berbaris..ada faham”

“owh..entah ape la bahase antum pakai ni..lain kali..cakap melayu boleh..cakap mandarin ker..cakap tamil ker..baru ana faham..”

“owh..ni yau wo jiang hua yi ya..qe yi..ni hui jiang hua yi ma?”
(owh..antum mau ana cakap cina..boleh..antum pandai cakap cinakah?)

“alamak..ade juga orang cine yang tak berkulit putih rupanye..hehe..ana lupa pula antum sekolah cina dulu kan..ceh..dah la..nak pergi tandas lu..”Akh Zainul berlalu dengan muka mengalah dengan saudaranya. Akh Farul hanya tersenyum melihat kelibat saudaranya itu.

                                           *******************************
Jam menunjukkan pukul 10.12PM. Ketiga bujang lapok mengambil posisi masing-masing dalam ‘kancil harimau’. Semua masih mengekalkan posisi masing-masing. Akh Farul sebagai driver, Akh Hafiz sebagai co-driver dan Akh Zainul sebagai Yang Berhormat di tempat duduk belakang. Ketiga saudara seislam menyambung kembara dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Perjalanan malam itu mengeluarkan satu topik permasalahan yang dikongsi bersama. Satu permasalahan yang sebenarnya bukan hanya masalah ketiga muslimin tapi sebenarnya masalah umat islam sejagat.

“Akhi, ana ade musykilah sikit..harap boleh bagi masukan..bende ni sering wat ana tertanye-tanye”Akh Hafiz dengan suara serius mengutarakan musykilah yang ingin dikongsi bersama saudarannya.

“boleh jer..ade ape khi..serius nampak..InsyaAllah kami cuba yang terbaik..kan atsar(kata-kata) Saidina Ali mengenai sahabat ade mengatakan.. Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yang telah dicari..jadi..jangan sia-siakan kami khi.” Akh Zainul yang sudah nampak segar dari kelelahan waktu siangnya menyapa permintaan Akh Hafiz dengan lembut. Akh Farul hanya menganggukkan kepala.

“Syukran khi..macam ni...perasaan ni sering bermain-main dalam fikiran ana..mungkin semua tu bisikan syaitan kot..tapi entah la khi..minta antum bagi semangat kat ana..ana pun baru berjinak dalam tarbiyyah..kekadang terlintas dalam fikiran ana mengapa ana perlu berdakwah sedangkan dah ade segolongan manusia yang dah berdakwah..memang ana bukan hanya nak sorang-sorang insyaAllah jadi soleh..kita kena jadi mushlih juga..tapi ana kurang bersemanagat la khi..kekadang ana merase down sangat bila diminta usahakan cari mad'u(orang yang dibimbing)” Akh Hafiz mengutarakan musykilah yang menunjukkan kematangannya dalam tarbiyyah walau masih kelihatan hasutan-hasutan syaitan yang pasti membenci golongan yang menghalangnya dari menyeru manusia ke arah kesesatan. Kedua saudaranya mendengar dengan teliti luahan Akh Hafiz. Akh Farul memasang lampu tinggi memecahkan kegelapan dengan cahaya yang lebih terang. Akh Zainul memajukan badannya ke hadapan untuk membantu memberi semangat kepada saudaranya.

”Akhi..memang tak ramai yang ingin memilih jalan ni..tambahan lagi dalam dunia yang sudah penuh dengan hasutan musuh dari pelbagai medium..pelbagai ranjau dugaan yang bakal mendatang..sebab itulah Syeikh Mustafa Masyhur menyatakan bahawa  jalan dakwah ini tak ditaburi dengan bunge-bunge, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang.. tapi ingatlah khi, dengan keadaan umat islam sekarang..sesungguhnya dakwah(menyeru) kepada Allah itu wajib bagi setiap muslim sesuai dengan daya dan kemampuannya atas niat ingin mencari redhaNya semata-mata..sebab akhi..tiada perkataan yang lebih baik daripada orang yang menyeru kepada Allah..antum kan tahu dalam surah Fushshilat ayat 33 yang mana mafhumnya:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"(QS 41:33)

Ini merupakan salah satu pengiktarafan dari Allah atas orang-orang yang berdakwah..betul tak Farul” Akh Zainul menerangkan dengan penuh berhikmah bersesuaian dengan pengalamannya sepanjang menggerakkan dakwah di medan sekolahnya.

“Alhamdulillah..ya betul..dalam ayat yang zainul baca tu merupakan kalimat ‘istifhaam’ atau pertanyaan dimana dalam ayat ni mengandungi erti  ‘nafy’ atau peniadaan. Maksudnya, tidak ada lansung satu pun yang lebih baik ucapannya di sisi Allah daripada orang yang berdakwah atau menyeru di jalanNya..Kan Rasulullah juga besabda:

“Barangsiapa yang menyeru kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangkan dari pahala-pahala mereka itu sedikit pun” (HR Muslim)

“Sekarang bayangkan Hafiz berdakwah kepada seorang manusia sahaja, sehingga hasil dari dakwah antum tu dia mampu menempuhi jalan hidayah dan istiqamah di dalamnya..yakinlah akhi, walaupun antum sedang tidur di saat dia sholat malam; antum tidak berpuasa sedangkan dia sedang berpuasa; antum tinggal di rumah sedangkan dia menunaikan haji ataupun antum tidak mengikutinya ketika dia sedang berjihad di jalan Allah, pahalanya tetap mengalir untuk antum seimbang dengan pahala manusia yang antum dakwahi itu. Itu baru satu orang, bagaiman kalau antum mampu membimbing manusia lebih dari satu orang? Bagaimana jika lebih dari sepuluh? Pasti antum dapat pahala yang berlipat kali gandanya..yang penting akhi..terus bulatkan niat hanya kerana dasar ingin mendapat redha dari Allah Yang Maha Pemberi Hidayah..jadikannya sebagai sarana untuk antum tambah kecintaan kepadaNya..insyaAllah biiznillah..antum akan diteguhkan kedudukan di sisi Allah kerana membatu agama Allah..dalam surah Muhammad ayat ke 7 yang ana takin kita sudah familiar dengannya..

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”(QS 47:7)

“Semoga Allah melihat usaha kita dalam membantu agamaNya dengan Pandangan Redha  dan MahabbahNya..InsyaAllah” Akh Farul cuba sedaya upaya membantu Akh Hafiz mendapatkan spirit booster untuk berada di jalan yang indah ini.

“InsyaAllah..Jazakumullah akhi..doakan ana agar istiqamah bahkan istimrar di jalan ini..indahnya jalan ini jika seluruh umat islam bersatu dan berjuang bersama menegakkan kembali cahaya islam di muka bumi ini..bukannya makin menyirnakan (dari perkataan sirna yang bermaksud menghapuskan) cahaya islam dengan perlakuan yang boleh mengundang kita dihumban ke dalam neraka..tapi itulah hakikat umat islam sekarang kan khi..indah dibuai mimpi dunia serta keindahan yang sementare yang dihasut oleh musuh-musuh dari kalangan jin dan manusia..insyaAllah..Inilah jalan kiter..semoga Allah tidak menarik nikmat tarbiyyah ini dalam diri kita..bahkan menyebarkan lagi kepade hamba-hambaNya yang dipilih..InsyaAllah” Akh Hafiz kelihatan mendapatkan satu sumber kekuatan yang menaikkan semangatnya dalam jalan ini.

“Tapi afwan khi, ana rase……………….

                                     *********** Tamat Episod 3 ********************

Sunday, November 22, 2009

Cinta Maha Tinggi - Episod 2 (Pengorbanan Tertinggi)



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
KARYA ASLI : SaBaHaNmUsLiM
Gaya Bahasa Klasik




Masa berlalu dari hari ke hari, minggu ke minggu, bahkan tahun ke tahun. Penantian tetap tabah diharungi dengan penuh kesabaran. Malam dan siang yang silih berganti menemani perjalanan kehidupan si ibu bersama anaknya.

"kamu mahu pergi kemana malam-malam ini anakku" Si ibu yang keluar dari biliknya mengejutkan anaknya yang kini meningkat dewasa.


"owh..minta maaf ibu..aku fikir ibu sudah tidur tadi..aku hanya mahu mengambil udara di luar ibu."

"owh..ada apa yang mengusarkan hatimu anakku." Seorang ibu yang mempunyai naluri membaca perasaan yang bermain di hati anaknya.

"tidak apa-apa ibu..sekadar menghirup udara nyaman di luar."

"kamu teringat akan ayahmu? Sabarlah anakku..sesungguhnya ini semua ujian dari Allah. Jika Allah mengkehendaki kita bertemu dengannya, pasti kita mampu dengan izinnya."

"aku rindu ayah ibu..aku ingin menatap wajah ayah yang menggendongku di kala kecil, yang mengusapku di kalaku menangis, walau ketika itu aku hanya anak yang kecil, namun kasih sayang ayah masih dapat kurasa sehingga sekarang ibuku, Setiap malam aku merintih kepada Allah agar pertemukan aku dengan ayah. Aku rindu kepadanya ibu." Pemuda gagah yang mempunyai hati yang bersih mudah menangis atas kelembutan hatinya.

"sabarlah anakku..ibu juga rindu dengan ayahmu.. teguhkan kesabaranmu anakku..tabahkan hatimu mengharungi semua ini..ibu sendiri tidak tahu sempat ka tidak ibu bertemu semula dengan ayahmu, kita serahkan semua pada Allah.. Dia lah yang mengatur segala urusan. teruskan berdoa anakku" Ibu terus mendakap anaknya sambil mengesat air mata anaknya sepertimana si ibu pernah mengesat air mata suaminya dahulu.

Malam itu menguatkan lagi ketabahan dan kesabaran si anak mengharungi ujian Allah. Ibadat dan doa terus ditingkatkan sebagai lambang cinta kepada Allah. Si anak tertidur di tempat ibadat selesai berdoa memohon kepada  Yang Maha Melihat. Si ibu perhatikan anak kesayangannya itu.

Malam sunyi di luar dipayungi langit yang dihiasi dengan bintang-bintang yang gemerlapan. Kedinginan pada waktu malam jauh berbeza suhunya di kala siang. Langkahan tapak seorang lelaki tua memecah lingkaran angin malam. Lelaki tua itu menuju ke sebuah rumah.

'tuk..tuk..tuk.." lelaki tua itu mengetuk pintu rumah tersebut.
"tul..tuk..tuk.." kali kedua diketuknya lebih perlahan berbanding yang pertama.
"tuk..tuk..tuk.." kali ketiga hanya sekadar bunyian halus yang menambah seri irama angin malam.

                          **********************************************
Keesokan paginya, alangkah terkejutnya si anak melihat ada seorang lelaki tua yang tidur dihadapan pintu rumahnya. Dia mengejutkan lelaki tua itu dengan kelembutan disertakan suara yang halus lembut.

"paci..bangun..paci..ada apa boleh aku bantu?" Lelaki tua itu bangkit dari tidurnya lalu menatap wajah pemuda di hadapannya.

"ada apa anakku..siapa yang datang ke rumah.." Si ibu melulu ke muka pintu selepas mendengar anaknya berbicara dengan seseorang. Alangkah terkejutnya si ibu tatkala melihat suaminya berdiri di hadapan pintu.

"suamiku..akhirnya kamu pulang suamiku..lama kami menunggumu suamiku..anakku..itu ayahmu nak.." Si ibu terus menangis kegembiraan berjumpa insan yang selama ini dinantikan.

"Ayah..ayah ka ni..kemana ayah menghilang ayah..ayah tahu tak betapa aku rindukan ayah..jangan lagi pergi meniggalkan kami ayah.." Si anak terus memeluk tubuh tua ayahnya itu. Si anak terus mengeratkan lagi pelukannya sambil tangisan terus membasahi pundak ayahnya.

"maafkan ayah anakku.." Si ibu hanya melihat dahulu si anak bersama ayahnya beramah mesra dalam pelukan kerinduan sambil mengucapakan kesyukuran kepada Allah.

"kemari isteriku, maafkan aku kerana pergi terlalu lama isteriku, aku rindu kalian berdua, syukur kepada Allah yang mempertemukan kita sekeluarga selepas lama terpisah.."Si isteri terus mendakap kedua lelaki kesayanganya itu dalam keadaan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

"baiklah kalian berdua..aku ingin berehat sebentar..selepas ini banyak lagi masa kita akan bersama.."

"terima kasih Ya Allah kerana memperkenankan doaku untuk bertemu dengan ayahku..sesungguhnya Engkau la Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang." si anak memanjatkan kesyukuran kepada Rabbul 'Izzati.sambil mengesat air matanya.

"sudah la isteriku..hentikan tangisan itu..aku tahu apa yang kamu rasakan selama ini..sesungguhnya kamu memang orang yang sabar" Si suami mengesat air mata isterinya yang mengalir tiada hentinya.

Si isteri terus bertasbih memuji Allah dalam tangisannya. Tidak dapat digambarkan kerinduan yang terubat setelah sekian lama menahan sebak di dada. Si isteri menarik nafas agar kembali tenang mengawal emosinya.

"ayah..mengapa ayah tidur di luar semalam..kenapa tidak ketuk sahaja pintu sehingga kami bukakan untukmu"
Suara si anak yang masih berbau serak kesedihan cuba menceriakan semula keadaan.

"aku takut mengejutkan kalian berdua yang sedang tidur, tidak mengapa, perkara biasa bagi ayah." Keluhuran pribadi si ayah menggamit kembali tangisan si isteri dan anak. Itulah pagi yang paling bermakna dalam kehidupan keluarga tersebut.

                                  *********************************************
Setiap kesedihan bakal dihiasi dengan kegembiraan, namun setiap kegembiraan juga pasti disusuli dengan kesedihan. Suatu malam yang dihiasi bulan purnama. Si ayah yang tidur bersama anaknya terkejut dan terbangun dari lenanya.

Apakah benar mimpi yang aku alami ini Ya Allah..berilah aku petunjuk Ya Allah


Si ayah mengalami mimpi yang sama selama 3 hari berturut, lalu bangun la si ayah pada malan ketiga lantas berdoa memohon petunjuk Yang Maha Mengetahui.

Jika benar mimpiku ini Ya Allah, Jika benar ia suruhan dari Mu, aka aku laksanakan untukMu Ya Allah..Aku cinta pada Mu lebih dari segalanya..Cintailah aku sebagai hambamu yang ingin mencintaimu.


Si ayah terus bermunajat dengan Allah dan tanpa disedari si anak bangun lalu melihat si ayah sedang menangis merintih di malam yang sepi.

"ada apa ayah..apa yang membuatmu bersedih ayahku." Si anak gerak menuju kepada ayahnya bagi berkongsi rintihan ayahnya.Si ayah lalu menatap wajah anaknya itu lalu dipeluk seeranya anak kesayangannya itu.

"wahai anak kesayanganku, sesungguhnya! sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku akan menyembelihmu anakku..maka fikirkanlah apa pendapatmu anakku" Si ayah yang baru berapa tahun berkumpul semula dengan keluarganya diberikan satu ujian yang amat berat. Satu ujian yang bakal menguji keimanan dan pengorbanan yang tertinggi. Tangisan kasih sayang terus mengalir membasahi bumi.

"wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu, insyaAllah ayah akan mendapati aku termasuk dalam orang-orang yang sabar." Si Ayah terus memeluk anaknya yang sabar menerima ujian dari Allah.

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan anak yang soleh dan penuh dengan  kesabaran, sesungguhnya kami semua milikMu, dan kepada Engakau la kami akan kembali. Tabahkan la hatiku dalm ujian ini Ya Allah. Sesunggunya kepadaMu la cinta yang hakiki.


"Semoga kita berada dalam redhaNya anakku, insyaAllah kita akan laksanakan perintah dari Allah pada esok pagi, semoga kita tabah dan ikhlas hadapi semua ini anakku" Malam itu mengungkap seribu makna kehidupan yang selama ini dilalui. Si anak yang sudah lama menantikan kepulangan ayahnya kini akan berpisah semula. Si ayah pula yang sudah terlalu lama menantikan kelahiran anak kesayangannya itu kini bakal  berpisah buat selamanya. Malam itu, kedua hamba Allah itu tunduk sujud kepada Yang Maha Hidup dan terus beribadat kepada Pencipta Alam Raya.

                   **********************************************************
Keheningan pagi itu seperti beralun mengikut rentak kesedihan si ayah dan anaknya. Sepanjang malam kedua lelaki itu bermunajat ibadat kepada Yang Maha Esa. Namun kesedihan disembunyikan di hadapan si ibu tatkala keluar dari bilik.

"Ibu..kami hendak pergi bersiar-siar dahulu ya ibu..sesungguhnya aku sangat sayangkan ibu..semoga ibu sentiasa dalam rahmat Allah." Si anak cuba meluahkan perasaan kepada ibu tercinta tanpa menzahirkan kesedihan yang bakal melihat ibunya buat kali terakhir.

"kamu mahu kemana anakku..jangan lama sangat ya..ibu juga sentiasa sayang kamu berdua." Si ibu hanya membalas kehairanan akan tingkah laku kedua lelaki yang ibarat kedua belah tangan baginya.

"baik ibu..semoga berjumpa lagi ya ibu.." Si anak mencium tangan ibunya dengan penuh kasih sayang. Tangan ibu yang telah menggendongnya di waktu kecil, tangan yang menyuap makanan masuk ke dalam mulutnya, tangan yang tidak kenal erti penat lelah menjaga dirinya serta tangan yang sering mengusapnya di kala dilanda kesedihan. Si anak memegang erat tangan ibunya sambil menatap wajah ibunya yang dicintai.

"dah la tu anakku..kita sudah lambat ingin bersiar bersama..insyaAllah kalian akan bertemu kembali juga..mari anakku."

kalian akan bertemu di syurga kelak atas janji yang telah ditetapkanNya. Moga-moga kita termasuk dalam kalangan orang yang benar-benar sabar dalam ujian ini.


"baiklah ibu..kami pergi dulu ya ibu..semoga ketemu lagi..assalamu'alaikum" Si anak berlalu pergi selepas tangan yang menggenggam tangan ibunya dilepaskan secara perlahan. Si ibu hanya diam seribu suara walau di hati mampu membaca apa di balik semua itu. Si ibu hanya menatap kedua insan yang disayanginya berlalu meninggalkan rumah. Lambaian si anak dibalas dengan penuh kemesraan.

                       *****************************************************

Langkahan kaki memecahkan aliran angin yang bertiup sayu pagi itu. Pegangan tangan yang erat terus digenggam kedua lelaki yang meletakkan cinta tertinggi pada Yang Satu. Suara si anak memecahkan suasana suram dalam perjalanan.

"Ayah..mari kita laksanakan perintahnya di atas bukit sana..agar ibu tidak sedar akan apa yang kita lakukan.." Si ayah hanya mengangguk bersyukur mendapat anak yang sebegini sabar tingkatannya.

"Anakku..ikhlas hati hanya padaNya..moga ini menjadi bukti buat kita berdua..kerana Cinta Yang Maha Tinggi hanya layak diberikan kepadaNya.."

Kedua lelaki itu berlalu melalui padang pasir. Masa-masa yang tinggal terus dimanfaatkan bersama. Bibir yang tidak henti memuja Allah Yang Esa terus direntakkan.

"situ ayah.." Si anak menuding kepada sebuah batu rata yang besar. Lalu si anak terus berjalan menuju ke arah batu itu dan membaringkan tubuh sucinya itu. Pakaian atas dibukanya serta merta.

"tolong alihkan baju aku ayah..aku tidak mahu darah yang mengalir mengenai bajuku..aku takut ibu akan bersedih hati ayahku." Si anak dengan sabar bersedia melaksanakan perintah dari Allah.

"baiklah anakku..Ya Allah..Saksikanlah hambaMu ini tunduk patuh kepada perintahMu. Walau cintaku kepada anakku amat tinggi namun Cinta Yang Maha Tinggi hanya untukMu wahai Tuhanku..akan ku buktikan kecintaan dunia tidak menyaingi kecintaan ku padaMu..Engkau lah yang aku cinta selamanya. Engkau la cinta yang hakiki.. ALLAHUAKBAR.." Si Ayah terus meletakkan pisau di leher anaknya untuk terus melaksanakan perintah Yang Maha Agung.

"CUKUP WAHAI IBRAHIM..SUNGGUH..KAMU TELAH MEMBENARKAN MIMPIMU ITU..SESUNGGUHNYA INI MERUPAKAN UJIAN YANG NYATA BAGIMU"

Suara Yang Maha Dahsyat kedengaran menghentikan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya. Tangisan yang mengalir di matanya terus dialihkan ke tempat pembaringan anaknya. Alangkah terkejut pabila melihat tempat anaknya diganti dengan satu haiwan sembelihan yang besar.

"aku di sini ayahku" Nabi Ismail berdiri gagah di belakang ayahnya.

"Alhamdulillah Ya Rahman..terima kasih atas segala pemberian yang telah Engkau berikan kepada kami..sesungguhnya Engkau la yang kami cintai lebih dari segalanya..terimalah amalan kami Ya Allah.." Si ayah terus menangis kesyukuran memanjatkan kepada Illahi. Nabi Ismail terus memeluk ayahnya dengan penuh kasih sayang.

"semoga kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang sentiasa sabar akan ujianNya." Kedua hamba Allah yang dijanjikan syurga baginya atas pengorbanan dalam melaksanakan perintah yang amat berat.

           ******************************** TAMAT ***************************

Saudara dan saudari sekalian..salam sejahtera keatas baginda Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail..moga pengorbanan yang Maha Tinggi meletakkan mereka dalam kalangan orang yang mendapat janji rahmat dari Illahi. Bagaima puala dengan kita..setakat manakah pengorbanan yang telah kita persembahkan kepada Allah. Berapa banyak lagi cinta yang kita dahulukan melebihi cinta kita kepada Allah. Mengapa sering kita ragu-ragu dalam meletakkan Allah tempat tertinggi di hati kita. Berapa sering kita beribadat bukan kerana cinta kita kepadaNya yang telah memberikan kita nikmat yang terus menerus kita ingkari. Berapa banyak dosa yang kamu lakukan setelah segala nikmat yang banyak yang telah diberikan kepadamu. Mengapa berat untuk kamu berkorban bagi mencari cintaNya. Kemana kamu bawa hidupmu selama ini. Tidak kah kau yakin akan pertemuan denganNya kelak. Adakah kamu ragu akan segala tingkah laku yang bakal dihisab dan dibalas di akhirat kelak. Tunduk taubatlah kepada Allah Yang Maha Pengampun dan Maha Luas nikmatNya. Janganlah lagi sering kita meletakkan cinta dunia di hati kita. Beribadatlah kamu dengan ikhlas sebagai lambang cintamu kepadaNya.bukan hanya sekadar amalan yang berlalu ringan sahaja, bukan amalan hanya sekadar ikutan sahaja, bukan amalan hanya kerana takut akan nerakaNya, atau amalan kerana mengharapkan syurgaNya, beramal-lah kamu kerana cintamu kepadaNya sebagai seorang hamba yang hina dihadapanNya. Semoga kita sentiasa berada dalam redha dan kasihNya. Moga kita akan mencintai Allah Tuhan Alam Semesta melebihi segalanya agar kita mendapat cinta dariNya. Amin Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salam, Ya A'lim, Ya Sami', Ya Hadid, Ya Allah..Terimalah segala amalan kami ya Allah. Jadikanlah kami hamba yang sentiasa mencintaimu, yang sering takut melanggar laranganMu dan yang sentiasa berjuang melaksanakn perintahMu sebagai lambang cinta kami kepadaMu. Al- Fatihah........................................

*perjalanan kisah diatas hanya sekadar menghidupkan suatu kisah agar kita lebih menghayati kisah tersebut. Moga buat kebaikan kita bersam..InsyaAllah Ta'ala.."

Cinta Maha Tinggi - Episod 1 (Ke Mana Menghilang)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
KARYA ASLI : SaBaHaNmUsLiM
Gaya Bahasa Klasik





Hemburan pasir yang beralun menari mengikut rentak angin, dengan lingkaran yang terhasil mencorakkan pemandangan yang indah di padang pasir yang gersang. Butiran pasir yang halus dengan jumlahnya yang maha banyak tidak mampu menandingi jumlah bintang di alam semesta. Siang itu berbeza dengan hari-hari yang lain, kehangatan  yang dirasa membayangkan dahsyatnya kepanasan api neraka kelak.Angin dingin yang berhijrah melalui padang pasir beralun dengan lembut menyamankan suasana terang siang waktu itu. Tangisan teriakan seorang insan yang baru lahir ke dunia memecahkan suasana tenang malam itu. Satu suara tangisan yang ditunggu-tunggu selama ini. Tangisan si kecil disahut dengan suara tangisan kesyukuran lelaki tua yang telah lama menginginkan kedatangan anak yang dicintainya.

"Alhamdulillah Ya Allah, aku bersyukur padaMu Ya Allah atas zuriat yang Engkau kurniakan kepada kami, terima kasih kerana mendengar dan mengabulkan doa kami ini Ya Allah, Engkau la Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki, jadikanlah anak ini anak yang soleh dan beriman hanya padaMu, jadikan dia seorang yang sentiasa tabah dan sabar menempuh kehidupan ini Ya Allah." Kegembiraan yang tak terhingga masuk memenuhi relung-relung hati lelaki tua itu. Air mata kegembiraan keluar jatuh meleleh menelusuri kedua pipinya.Lelaki tua itu terus menerus melaungkan pujian kepada Yang Satu. Sujud syukur terus ditundukkan sebagai lambang syukur atas kurnia yang diberikan. Si isteri hanya tersenyum lemah melihat kegembiraan suaminya atas hajat yang dipenuhi oleh Allah Azza Wajalla.

"Bagaimana keadaanmu isteriku, kamu kelihatan sangat lemah, semoga Allah berikan kekuatan kepadamu wahai kesayanganku" Si suami duduk disamping isterinya yang sedang memeluk erat zuriat kurniaan Illahi. Tangisan si suami yang mengalir manuruni pipi dikesatnya berulang kali.

"Aku dalam keadaan baik, tidak perlu pedulikan diriku dulu, bersihkanlah tubuh si kecil ini, aku masih mampu bertahan suamiku" Dengan suara lemah mendayu-dayu si isteri memperlihatkan cintanya kepada anak tunggal kurniaan Yang Maha Kuasa. Pengorbanan mengandungkan anaknya itu tidak terasa tatkala melihat wajah anaknya itu lahir kedunia, tangisan si anak menghapuskan segala kesakitan yang dialaminya, namun si isteri masih terbaring lemah di tempat tidurnya. Si anak masih terus zahirkan tangisanya sambil digendong oleh si ayah dengan penuh kasih sayang.

                             *******************************************************

Hari berganti hari, kegembiraan hari-hari yang berlalu terasa amat indah dalam keluarga pemuda tua itu. Namun pada suatu hari lelaki tua itu mengajak isteri kesayangannya keluar dari rumah yang sederhana binaannya untuk berhijrah ke satu tempat. Suara si suami agak berlainan dari kebiasaanya, namun, sambil menggendong anak yang baru mula membesar dan masih dalam usaha melangkahkan kaki dengan sendirinya, si isteri turuti kemahuan suaminya itu. Si suami menyediakan bekal yang hanya berisi kurma dan membawa satu bejana air sebagai bekalan dalam perjalanan.

Sepanjang perjalanan si suami hanya diam membisu sambil mencari-cari sesuatu dibalik padang pasir yang luas. Anak yang dalam pelukannya terus menerus diusapnya dengan penuh kasih sayang. Si isteri hanya diam kehairanan melihat tingkah laku suaminya itu.

"itu dia..di situ..mari isteriku.." Sambil menuding ke sebatang pohon kurma, si suami segera menghala ke sana.

"ada apa di sana suamiku, kita mahu ke mana sebenarnya" Si isteri akhirnya bersuara tatkala si suami memberikan reaksi selepas sepanjang perjalanan hanya diam membisu.

"ikut sahaja dulu ya isteriku, semoga kamu termasuk dalam kalangan orang-orang yang sabar" Si suami mengajak isterinya dengan nada kasih sayang sambil menatap isterinya dengan penuh cinta. Anak di pelukan terus dipegang erat dengan ikatan kasih sayang.

"baiklah isteriku..kamu berehat la disini..tolong jaga anak kita..aku ada urusan yang perlu dilaksanakan"
Sambil menghulurkan anak di pelukan si suami menyatakan dengan nampak kepada isterinya. Si isteri terkejut dengan apa yang dituturkan suaminya itu. Bermain-main dalam benaknya adakah si suami hendak meninggalkan mereka bedua di tanah yang gersang yang hanya berbekalkan kurma serta bejana air yang dibawa.

"wahai suamiku, kemana kamu mahu pergi..adakah kamu mahu tinggalkan kami berdua padahal di lembah ini tidak terdapat seorang pun di kawasan ini." Si suami hanya diam membisu sambil mulakan langkah meninggalkan mereka berdua. Tanpa melihat ke belakang si suami terus mengorak langkahnya walau di dalam hati siapa yang tahu. Air matanya yang mula mengalir di tahan agar tidak menzahirkan kesedihannya.

"wahai suamiku, apa semua ini, sanggupkah kamu tinggalkan anak kita yang kecil ini sedangkan kamu mahu pergi jauh dari kami, tolong katakan wahai suamiku." Tangisan mula mengalir membasahi kelopak mata si isteri. Si suami hanya berdesit di dalam hati.:

maafkan aku isteriku, aku ada amanah yang harus dilaksanakan bagi memnuhi seruan Illahi.  Semoga Allah menjaga kalian berdua dan semoga kita dipanjangkan umur unutk kita bertemu lagi. Aku sayang kalian berdua, namun sayang kepada Yang Satu lebih tinggi dari kalian.


"wahai suamiku, adakah ini perintah dari Allah untuk kamu pergi ke tempat itu,  jika ya, kami rela suamiku."
Si suami terus menoleh dan memeluk isterinya dengan tangisan mengalir di matanya.

"ya isteriku, aku ada amanah yang perlu dilaksanakan, tolong jaga anak kita dengan penuh kasih sayang, asuhla dia menjadi insan yang dekat dengan penciptanya, jika dengan izin Allah, kita akan bertemu lagi suatu hari nanti isteriku" Tangisan yang cuba ditahan akhirnya mengalah dengan kepribadian isternya.

"Jangan bimbang suamiku, kami yakin Allah tidak akan membiarkan kami, pergilah laksanakan amanah dari Illahi,kamu akan mendapati kami termasuk dari orang-orang yang sabar." Sambil si isteri mengesat tangisan suaminya, si isteri terus menatap wajah suaminya itu. Bermain dalam hatinya kapan lagi dia akan bertemu dengan suaminya itu.

"tataplah wajah anakmu ini suamiku, akan aku jadikannya seperti ayahnya yang meletakkan cinta tertinggi hanya padaNya, pergilah laksanakan perintahNya dengan yakin dan sabar."

"terima kasih isteriku, semoga Allah sentiasa menjaga kalian berdua."

Dalam kejauhan si isteri terus memerhatikan susuk tubuh suaminya yang makin kabur dari pandangannya. Hemburan pasir umpama kabus yang melesapkan suaminya dari pandangan. Si isteri terus memohon kepada Allah dalam hatinya agar sentiasa memberikan pelindungan kepada suaminya. Matanya menatap anak kesayangannya. Tangisan tiba-tiba mengalir dari matanya yang berpunca dari hatinya yang memikirkan nasib anaknya yang masih kecil. Dalam kalbunya terus bermain dengan perasaan akan peninggalan suaminya, sering bermain di fikirannya adakah ini kali terakhir dia akan melihat suaminya. Bagaimana pula dengan si anak jika membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Namun kebergantungan kepada Allah mengatasi segalanya, si isteri terus tegar mengharungi ujian yang diturunkan kepadanya. Dalam hatinya sudah bulat memohon perlindungan kepada Yang Maha Penyayang.

                                   ***********************************************

"Ibu..ayah mana ibu..bila ayah akan pulang ibu" Suara si anak yang sudah semakin membesar dibalas dengan senyuman dari si ibu. Pertanyaan yang hampir setiap hari dituju kepadanya. Walau kesedihan sering bergolak di hatinya, namun tidak dizahirkannya.

"Ayahmu pergi laksanakan perintah Allah anakku, perintah yang suci dalam memenuhi seruan Illahi, sabarlah ya anakku, ayah pasti akan datang semula untuk berjumpa dengan kamu." Si ibu sering memberi kata-kata harapan kepada si anak walau si ibu sendiri tidak tahu kondisi suaminya saat ini. Namun dia sering bermunajat memohon kepada Allah siang malam agar keselamatan sering mengiringi suaminya.

"Ayah mesti seorang yang hebat kan ibu, besar nanti aku mahu jadi seperti ayah yang sanggup berjuang demi menegakkan seruan illahi..boleh kan ibu.."Suara keriangan kanak-kanak namun disertai dengan semangat yang berkobar-kobar sering mengubat hati ibunya.

"iya..iya..insyaAllah..anak ibu pasti mampu menjadi seperti ayahnya, bahkan lebih hebat lagi"

"mana boleh ibu..ayah mesti lebih hebat..aku jadi kedua hebat..nanti bila ayah dah balik..aku mahu bersama-sama ayah berjuang di jalan Allah...baiklah ibu..aku mahu pergi main memanah dulu ya ibu..aku sayang ibu"

"iya..iya..semangatnya anak ibu ni..semoga Allah sentiasa menjagamu anakku..ibu juga sayang padamu..main hati-hati ya"

"baik..jangan risau..mahu jadi hebat kena berlatih dari sekarang ibu..kawan-kawan dah menunggu tu ibu.." Si anak dengan girang berlari meluru kawasan permainannya. Si ibu terbayang waktu dia ditinggalkan bersama anaknya di tempat ini. Sekarang sudah menjadi kota yang maju selepas peristiwa air yang memancut keluar dari tanah bawah kaki anaknya pada masa dahulu. Air yang menjadi sumber harian membuat tempat ini menjadi satu kota yang sering dikunjung orang ramai. Si isteri terbayang wajah suaminya yang sudah bertahun-tahun tidak ketemu. Kesedihan menyelubungi hati si isteri, air mata mengalir tanpa disedari.

"ibu..ibu menangis ka ibu" Si anak tiba-tiba menergah mengejutkan si ibu dari lamunan.

"eh..tidak la..ada pasir masuk di mata ibu ni..yang kamu pula ni..sudah habis main ka" Si ibu cuba sembunyikan kesedihan dihadapan anaknya itu.

"tidak la..belum mula lagipun..busur tertinggal tadi..mata ibu dah baik belum..mari aku tiupkan"

"sudah baik..dah..pergilah main..kesian kawan-kawan tunggu tu.."

"baik la ibu..gerak dulu.."Si ibu mengesat air matanya sambil menatap anaknya dari kejauhan, seperti
menatap suaminya dahulu. Tiba-tiba susuk tubuh suaminya kelihatan samar di balik hembusan pasir berdekatan dengan kawasan permainan anaknya. Si isteri menggosok matanya untuk pastikan adakah ini hanya lamunan semata-mata. Hati si isteri mula berbunga-bunga tatkala melihat susuk tubuh itu dari kejauhan.

Benarkah itu suamiku. Adakah dia lelaki yang selama ini aku tunggu kepulangannya.


"maaf paci..aku tidak sengaja tadi..kawan aku tadi yang mengganggu perhatian aku..itu la sasaran agak jauh tersasar lalu terkena paci pula."

"tidak mengapa hai anak kecil..nasib baik panahnya hanya kayu biasa..paci baik-baik sahaja."

"hehe..baikla paci..aku mahu sambung main dulu ya..maaf lagi sekali..assalamu'alaikum paci."

"wa'alaikumsalam warahmatullah" Lelaki itu berlalu menghala kearah ibu anak tersebut. Si ibu makin berdebar hatinya, mata yang kurang jelas membuatkan si ibu tidak mampu memastikan wajah sebenar lelaki itu. Lelaki itu makin menghampiri tempat si ibu.

Astaghfirullah..bukan rupanya..susuk tubuhnya agak sama rupanya..tapi aku yakin itu bukan dia..Maafkan hambaMu ini Ya Allah.


                         **************************** Tamat Episod 1 **********************

Thursday, November 19, 2009

Suratan Atau Kebetulan

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

KARYA ASLI : SaBaHaNmUsLiM







"Innalillahiwainnailaihiroji'un...Bila Atok meninggal Mama.." Betapa terkejutnya Aku tatkala Mama memberitakan Ayah kepada sahabat Mama baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sungai Buloh pada pagi ini.


"Baru tadi meninggal..Doktor dah sahkan meninggal lepas dia dah cuba mau selamatkan..tapi endak(tidak) dapat diselamatkan..Aunty yang telpon Mama baru tadi pasal Atok meninggal.." Dengan nada sedih Mama menyampaikan perihal kematian Atok yang pernah Aku kongsi sedikit masa hidupku bersamanya. Terbayang saat-saat Aku bersamanya menaiki motor menuju ke masjid yang berdekatan dengan rumahnya pada bulan June yang lepas di kawasan perkampungan Batang Berjuntai, Kuala Selangor.


"Lailahaillallah..Aunty di mana sekarang Mama.."
"Aunty sudah di hospital..dia memang dah bertolak dari Sabah minggu lepas kasi teman Atok..kenapa Mama call Kakak endak dapat..Mama dah call dua-dua nombor dia tadi..mau minta dia pergi wakilkan Mama pergi tenang-tenangkan Aunty" Nada serak kesedihan masih jelas kedengaran dari kata-kata Mama. Kakak yang masih menyambung pengajian di UiTM Shah Alam menjadi harapan Mama sebagai wakil untuk ziarah Aunty di Sungai Buloh.


"Ya ka Mama..nanti saya cuba telpon dia.."
"lagi satu bang..cuba tengokkan tiket terbang ke sana kalau terbang hari ini.."
"owh..nanti saya check..jap lagi saya telpon balik Mama"
"ok..assalamu'alaikum"
"Waa'alikumsalam warahmatullah"


Urusan ku terhenti seketika selepas berita ini sampai padaku. Aku yang tengah sibuk mengurus data-data business Kek Lapis Sarawak dan Quran terjemahan serta merancang untuk menyelesaikan tugas-tugas yang berderet di widget to-do-list menjadi terdiam sesaat. Aku kembali teringat akan kematian yang bakal menimpaku. Kekadang terdesit di hati ini ingin menunda sesuatu perkara ke hadapan walaupun Aku mampu memulakannya ketika itu, seolah-olah kurangnya keyakinan akan ajal yang datang pada bila-bila masa yang tidak mampu aku awalkan atau tunda hatta sesaat pun.


"Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)." (QS 10:49)



Tambahan pula dalam soal beribadat kepada Allah. Mengapa Aku sering bermalas-malasan dalam melaksanakn tanggungjawabku sebagai hamba-Nya. Mengapa Aku tidak beribadat seolah-olah Aku akan mati pada esok hari. Mengapa hati ku masih keras meyakini sebenar-benarnya akan kematian yang bakal menjelma pada bila-bila masa. Atas taubat yang sering Aku tunda serta dosa-dosa yang terus-menerus Aku longgokkan. Tidakkah Aku yakin akan kematian yang sudah dicatat masanya diatas Kehendak Yang Maha Hidup. Persoalan demi persoalan melulu menerjun di fikiranku. 


Astaghfirullah Ya Allah...


Hatiku kembali menjadi tenang tatkala ingat akan-Nya. Hati yang berada di dalam jasad yang bakal menyusul jasad-jasad yang sudah kembali di liang lahad. Kesedihan mendarat kembali pada benakku, teringat lagi waktu itu, ketika Aku menginap di rumah Atok selama 3 hari 2 malam sementara menunggu penerbangan pulang ke Sabah. Ketika itu masih jelas keceriaan yang terukir di wajahnya ketika kami bersama ke kebun untuk mengambil buah-buahan yang menunggu untuk dipetik. Teringat lagi ketika Atok memberikan Aku 'Seluar Luar" untuk Aku melapiskan dengan seluar yang sedia ada dipakai untuk memanjat pokok. Ketika itu tergelak kami berdua kerana size seluar yang melebihi size Aku 2 kali ganda. Seluar yang umpama seluar karate yang ada tali untuk mengikat, Aku tarik tali semaksimanya untuk mengelaknya terlondeh berkali-berkali. Jelas senyuman Atok waktu itu. Kali kedua Aku ke rumahnya pada cuti yang lepas bersama Mama dan Aunty. Waktu itu, Atok dah terbaring kurang bermaya atas penyakit yang dihidapinya, rupanya, itulah kali-2 dan kali terakhir Aku berjumpa dengannya.
Apa yang pasti, Aku bakal menyusul mungkin hari ini, esok atau bila-bila atas kehendaknya. Aku kembali menangisi jalan kehidupanku selama ini yang jelek di hadapan Allah. Amalan yang sedikit disangka sudah mencukupi, dosa yang dilakukan disangka mampu diampuni, bagaiman jika segala amalan yang Aku pikul yang Aku rasakan adalah Emas dan Berlian rupa-rupanya hanya seguni batu yang tiada maknanya.


Terkenang 2 hari lalu ketika menyambut hari lahir seorang ikhwah di bilik, sebelum menjamah makanan yang disediakan, sedikit kata-kata dari pengerusi majlis :


"InsyaAllah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Birthday Boy sempena hari lahirnya pada hari ini, semoga beliau bertambah kesyukurannya akan umur yang masih dipinjamkan, iman makin bertambah selari dengan umur yang diberi, dan seterusnya kita sampaikan juga kepada ibu beliau yang telah sarat mengandungkan serta melahirkan beliau, moga-moga kebaikan berserta hambanya yang dekat padaNya. Al fatihah.................."


Adakah ini suratan atau kebetulan ketika dalam agenda tadabbur al-quran halaqah semalam pada surah Al-Ankabut ketika Aku mencatat di File Notaku Nombor surah dan ayat 29:57 dan 29:64 perihal apa yang berlaku pada hari ini.


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."
(QS 29:57)


"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (QS 29:64)


Tangan ku kembali dikawal minda memegang mouse laptop bagi melihat harga tiket untuk hari esok (kerana pembelian tiket untuk hari ini tidak dapat melalui internet) berserta kembalinya ke Sabah. Aku dah agak harga bakal tinggi berikutan tempoh pembelian dengan tarikh penerbangan amat dekat.


                                                 *********************************


"Assalamu'alaikum Kak..Mama ada telpon kakak tak.."
"Wa'alaikumsalam..ada baru ja tadi.."suara Kakak yang jelas disertai dengan tangisan yang ditahan kedengaran di gegendang telingaku.
"owh..jadi..Kakak pergi tak.."
"mau tu mau..tapi mau pergi dengan apa..tiada lagi orang temankan..lagipun Mama tak bagi kalau tiada orang yang temankan..agak jauhkan.."
"owh..ya la..ok la dulu Kak..saya mau call Mama lu..Assalamu'alaikum"
"Wa'laikumsalam"


Suara menahan tangisan Kakak buat Aku tidak mau berbicara panjang dahulu. Aku biarkan dulu tangisan itu mengubati hati yang luluh akan janji Allah yang pasti ini. Ingatlah, Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis. Semoga senyuman yang akan terukir kelak.


Harap maaf semuanya..setakat ini sahaju dulu penulisan yang ingin ku kongsi..maaf tak menghabiskan penceritaan..moga-moga ada kebaikan dibalik tulisan ini..untuk ingatan diriku yang hina terutama..lalu buat saudara dan saudari yang membaca..semoga kita sentiasa berada dalam redhaNya dan kembali padaNya ketika kita berada dalam keadaan bersedia..akhir post ini..ingin berkongsi satu lirik dendangan kumpulan Wali untuk hayatan kita semua.
Tobat Maksiat - Wali



Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat


Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat


Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat


Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat


Astafighrullahal’adzim


Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali


Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat


Cepat ucap astafighrullahal’adzim


Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah


Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka


Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim