Sunday, November 22, 2009

Cinta Maha Tinggi - Episod 1 (Ke Mana Menghilang)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
KARYA ASLI : SaBaHaNmUsLiM
Gaya Bahasa Klasik





Hemburan pasir yang beralun menari mengikut rentak angin, dengan lingkaran yang terhasil mencorakkan pemandangan yang indah di padang pasir yang gersang. Butiran pasir yang halus dengan jumlahnya yang maha banyak tidak mampu menandingi jumlah bintang di alam semesta. Siang itu berbeza dengan hari-hari yang lain, kehangatan  yang dirasa membayangkan dahsyatnya kepanasan api neraka kelak.Angin dingin yang berhijrah melalui padang pasir beralun dengan lembut menyamankan suasana terang siang waktu itu. Tangisan teriakan seorang insan yang baru lahir ke dunia memecahkan suasana tenang malam itu. Satu suara tangisan yang ditunggu-tunggu selama ini. Tangisan si kecil disahut dengan suara tangisan kesyukuran lelaki tua yang telah lama menginginkan kedatangan anak yang dicintainya.

"Alhamdulillah Ya Allah, aku bersyukur padaMu Ya Allah atas zuriat yang Engkau kurniakan kepada kami, terima kasih kerana mendengar dan mengabulkan doa kami ini Ya Allah, Engkau la Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki, jadikanlah anak ini anak yang soleh dan beriman hanya padaMu, jadikan dia seorang yang sentiasa tabah dan sabar menempuh kehidupan ini Ya Allah." Kegembiraan yang tak terhingga masuk memenuhi relung-relung hati lelaki tua itu. Air mata kegembiraan keluar jatuh meleleh menelusuri kedua pipinya.Lelaki tua itu terus menerus melaungkan pujian kepada Yang Satu. Sujud syukur terus ditundukkan sebagai lambang syukur atas kurnia yang diberikan. Si isteri hanya tersenyum lemah melihat kegembiraan suaminya atas hajat yang dipenuhi oleh Allah Azza Wajalla.

"Bagaimana keadaanmu isteriku, kamu kelihatan sangat lemah, semoga Allah berikan kekuatan kepadamu wahai kesayanganku" Si suami duduk disamping isterinya yang sedang memeluk erat zuriat kurniaan Illahi. Tangisan si suami yang mengalir manuruni pipi dikesatnya berulang kali.

"Aku dalam keadaan baik, tidak perlu pedulikan diriku dulu, bersihkanlah tubuh si kecil ini, aku masih mampu bertahan suamiku" Dengan suara lemah mendayu-dayu si isteri memperlihatkan cintanya kepada anak tunggal kurniaan Yang Maha Kuasa. Pengorbanan mengandungkan anaknya itu tidak terasa tatkala melihat wajah anaknya itu lahir kedunia, tangisan si anak menghapuskan segala kesakitan yang dialaminya, namun si isteri masih terbaring lemah di tempat tidurnya. Si anak masih terus zahirkan tangisanya sambil digendong oleh si ayah dengan penuh kasih sayang.

                             *******************************************************

Hari berganti hari, kegembiraan hari-hari yang berlalu terasa amat indah dalam keluarga pemuda tua itu. Namun pada suatu hari lelaki tua itu mengajak isteri kesayangannya keluar dari rumah yang sederhana binaannya untuk berhijrah ke satu tempat. Suara si suami agak berlainan dari kebiasaanya, namun, sambil menggendong anak yang baru mula membesar dan masih dalam usaha melangkahkan kaki dengan sendirinya, si isteri turuti kemahuan suaminya itu. Si suami menyediakan bekal yang hanya berisi kurma dan membawa satu bejana air sebagai bekalan dalam perjalanan.

Sepanjang perjalanan si suami hanya diam membisu sambil mencari-cari sesuatu dibalik padang pasir yang luas. Anak yang dalam pelukannya terus menerus diusapnya dengan penuh kasih sayang. Si isteri hanya diam kehairanan melihat tingkah laku suaminya itu.

"itu dia..di situ..mari isteriku.." Sambil menuding ke sebatang pohon kurma, si suami segera menghala ke sana.

"ada apa di sana suamiku, kita mahu ke mana sebenarnya" Si isteri akhirnya bersuara tatkala si suami memberikan reaksi selepas sepanjang perjalanan hanya diam membisu.

"ikut sahaja dulu ya isteriku, semoga kamu termasuk dalam kalangan orang-orang yang sabar" Si suami mengajak isterinya dengan nada kasih sayang sambil menatap isterinya dengan penuh cinta. Anak di pelukan terus dipegang erat dengan ikatan kasih sayang.

"baiklah isteriku..kamu berehat la disini..tolong jaga anak kita..aku ada urusan yang perlu dilaksanakan"
Sambil menghulurkan anak di pelukan si suami menyatakan dengan nampak kepada isterinya. Si isteri terkejut dengan apa yang dituturkan suaminya itu. Bermain-main dalam benaknya adakah si suami hendak meninggalkan mereka bedua di tanah yang gersang yang hanya berbekalkan kurma serta bejana air yang dibawa.

"wahai suamiku, kemana kamu mahu pergi..adakah kamu mahu tinggalkan kami berdua padahal di lembah ini tidak terdapat seorang pun di kawasan ini." Si suami hanya diam membisu sambil mulakan langkah meninggalkan mereka berdua. Tanpa melihat ke belakang si suami terus mengorak langkahnya walau di dalam hati siapa yang tahu. Air matanya yang mula mengalir di tahan agar tidak menzahirkan kesedihannya.

"wahai suamiku, apa semua ini, sanggupkah kamu tinggalkan anak kita yang kecil ini sedangkan kamu mahu pergi jauh dari kami, tolong katakan wahai suamiku." Tangisan mula mengalir membasahi kelopak mata si isteri. Si suami hanya berdesit di dalam hati.:

maafkan aku isteriku, aku ada amanah yang harus dilaksanakan bagi memnuhi seruan Illahi.  Semoga Allah menjaga kalian berdua dan semoga kita dipanjangkan umur unutk kita bertemu lagi. Aku sayang kalian berdua, namun sayang kepada Yang Satu lebih tinggi dari kalian.


"wahai suamiku, adakah ini perintah dari Allah untuk kamu pergi ke tempat itu,  jika ya, kami rela suamiku."
Si suami terus menoleh dan memeluk isterinya dengan tangisan mengalir di matanya.

"ya isteriku, aku ada amanah yang perlu dilaksanakan, tolong jaga anak kita dengan penuh kasih sayang, asuhla dia menjadi insan yang dekat dengan penciptanya, jika dengan izin Allah, kita akan bertemu lagi suatu hari nanti isteriku" Tangisan yang cuba ditahan akhirnya mengalah dengan kepribadian isternya.

"Jangan bimbang suamiku, kami yakin Allah tidak akan membiarkan kami, pergilah laksanakan amanah dari Illahi,kamu akan mendapati kami termasuk dari orang-orang yang sabar." Sambil si isteri mengesat tangisan suaminya, si isteri terus menatap wajah suaminya itu. Bermain dalam hatinya kapan lagi dia akan bertemu dengan suaminya itu.

"tataplah wajah anakmu ini suamiku, akan aku jadikannya seperti ayahnya yang meletakkan cinta tertinggi hanya padaNya, pergilah laksanakan perintahNya dengan yakin dan sabar."

"terima kasih isteriku, semoga Allah sentiasa menjaga kalian berdua."

Dalam kejauhan si isteri terus memerhatikan susuk tubuh suaminya yang makin kabur dari pandangannya. Hemburan pasir umpama kabus yang melesapkan suaminya dari pandangan. Si isteri terus memohon kepada Allah dalam hatinya agar sentiasa memberikan pelindungan kepada suaminya. Matanya menatap anak kesayangannya. Tangisan tiba-tiba mengalir dari matanya yang berpunca dari hatinya yang memikirkan nasib anaknya yang masih kecil. Dalam kalbunya terus bermain dengan perasaan akan peninggalan suaminya, sering bermain di fikirannya adakah ini kali terakhir dia akan melihat suaminya. Bagaimana pula dengan si anak jika membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Namun kebergantungan kepada Allah mengatasi segalanya, si isteri terus tegar mengharungi ujian yang diturunkan kepadanya. Dalam hatinya sudah bulat memohon perlindungan kepada Yang Maha Penyayang.

                                   ***********************************************

"Ibu..ayah mana ibu..bila ayah akan pulang ibu" Suara si anak yang sudah semakin membesar dibalas dengan senyuman dari si ibu. Pertanyaan yang hampir setiap hari dituju kepadanya. Walau kesedihan sering bergolak di hatinya, namun tidak dizahirkannya.

"Ayahmu pergi laksanakan perintah Allah anakku, perintah yang suci dalam memenuhi seruan Illahi, sabarlah ya anakku, ayah pasti akan datang semula untuk berjumpa dengan kamu." Si ibu sering memberi kata-kata harapan kepada si anak walau si ibu sendiri tidak tahu kondisi suaminya saat ini. Namun dia sering bermunajat memohon kepada Allah siang malam agar keselamatan sering mengiringi suaminya.

"Ayah mesti seorang yang hebat kan ibu, besar nanti aku mahu jadi seperti ayah yang sanggup berjuang demi menegakkan seruan illahi..boleh kan ibu.."Suara keriangan kanak-kanak namun disertai dengan semangat yang berkobar-kobar sering mengubat hati ibunya.

"iya..iya..insyaAllah..anak ibu pasti mampu menjadi seperti ayahnya, bahkan lebih hebat lagi"

"mana boleh ibu..ayah mesti lebih hebat..aku jadi kedua hebat..nanti bila ayah dah balik..aku mahu bersama-sama ayah berjuang di jalan Allah...baiklah ibu..aku mahu pergi main memanah dulu ya ibu..aku sayang ibu"

"iya..iya..semangatnya anak ibu ni..semoga Allah sentiasa menjagamu anakku..ibu juga sayang padamu..main hati-hati ya"

"baik..jangan risau..mahu jadi hebat kena berlatih dari sekarang ibu..kawan-kawan dah menunggu tu ibu.." Si anak dengan girang berlari meluru kawasan permainannya. Si ibu terbayang waktu dia ditinggalkan bersama anaknya di tempat ini. Sekarang sudah menjadi kota yang maju selepas peristiwa air yang memancut keluar dari tanah bawah kaki anaknya pada masa dahulu. Air yang menjadi sumber harian membuat tempat ini menjadi satu kota yang sering dikunjung orang ramai. Si isteri terbayang wajah suaminya yang sudah bertahun-tahun tidak ketemu. Kesedihan menyelubungi hati si isteri, air mata mengalir tanpa disedari.

"ibu..ibu menangis ka ibu" Si anak tiba-tiba menergah mengejutkan si ibu dari lamunan.

"eh..tidak la..ada pasir masuk di mata ibu ni..yang kamu pula ni..sudah habis main ka" Si ibu cuba sembunyikan kesedihan dihadapan anaknya itu.

"tidak la..belum mula lagipun..busur tertinggal tadi..mata ibu dah baik belum..mari aku tiupkan"

"sudah baik..dah..pergilah main..kesian kawan-kawan tunggu tu.."

"baik la ibu..gerak dulu.."Si ibu mengesat air matanya sambil menatap anaknya dari kejauhan, seperti
menatap suaminya dahulu. Tiba-tiba susuk tubuh suaminya kelihatan samar di balik hembusan pasir berdekatan dengan kawasan permainan anaknya. Si isteri menggosok matanya untuk pastikan adakah ini hanya lamunan semata-mata. Hati si isteri mula berbunga-bunga tatkala melihat susuk tubuh itu dari kejauhan.

Benarkah itu suamiku. Adakah dia lelaki yang selama ini aku tunggu kepulangannya.


"maaf paci..aku tidak sengaja tadi..kawan aku tadi yang mengganggu perhatian aku..itu la sasaran agak jauh tersasar lalu terkena paci pula."

"tidak mengapa hai anak kecil..nasib baik panahnya hanya kayu biasa..paci baik-baik sahaja."

"hehe..baikla paci..aku mahu sambung main dulu ya..maaf lagi sekali..assalamu'alaikum paci."

"wa'alaikumsalam warahmatullah" Lelaki itu berlalu menghala kearah ibu anak tersebut. Si ibu makin berdebar hatinya, mata yang kurang jelas membuatkan si ibu tidak mampu memastikan wajah sebenar lelaki itu. Lelaki itu makin menghampiri tempat si ibu.

Astaghfirullah..bukan rupanya..susuk tubuhnya agak sama rupanya..tapi aku yakin itu bukan dia..Maafkan hambaMu ini Ya Allah.


                         **************************** Tamat Episod 1 **********************

2 comments:

umairzulkefli said...

satu lagi karya ESQ Fakhrullah Mawardi..

Klasik sungguh...pemuda tua pun ade ye..huhu~~

keep up the good work..

p/s : mungkin cerita pnjg sgt kut...tp ok jer..cerita sebenar.(bila nk wat cerpen imaginasi sndri? Sambungla novel yg br 2 part tu..)(^_^)v

Fakhrullah Bin Mawardi said...

apasal pula karya ESQ..huhu..agak sukar nak bermain dengan bahasanya untuk menjaga kesucian kisah yang agung..terima kasih atas nasihat..

lelaki tua la..bukan pemuda tua..=)

1st time wat cerita panjang gini..x sedat time menulis..insyaAllah diperbaiki di masa hadapan.

Kembara bujang lapok ke-3 ana cuba wat selepas habis paper final dulu..=)