Sunday, November 8, 2009

Kembara Bujang Lapok - Episod 1 (Ukhwah Keimanan)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
KARYA ASLI : SaBaHaNmUsLiM




Pada 6/11/2009, malam itu, perbincangan tergempar 3 sahabat mencapai satu kata putus.
"Ok..set..malam ni kita bertolak jam9.30..hows the plan?..bincang tentatif sikit.."
Farul memecahkan suasana hening selepas Hafiz memberitakan perubahan waktu bagi ziarah neneknya yang bakal menyambut seruan Illahi dan melaksanakan salah satu dasar dalam rukun Islam.

"Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim, barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. (QS 3:97)

"Islam itu didirikan atas 5 dasar, bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan Sholat, menunaikan zakat, haji ke Baitullah, dan berpuasa Ramadhan."
(HR Bukhori dan Muslim)

"tak yah la Farul, kang tengah malam baru sampai, ana salah faham tadi..ana fikirkan dorang bertolak jam 3 petang..sekali cek balik, jam 3 pagi rupanya.."

Pengembaraan yang pada mulanya dirancang untuk bertolak selepas subuh pada keesokan hari diawalkan pada malam itu juga. 3 sahabat yang terdapat tujuannya masing-masing dalam pengembaraan ini, namun tetap diikhlaskan atas niat yang satu, "Maradhatillah"..Redha Allah atas seorang cucu kepada neneknya, seorang adik kepada kakaknya dan seorang abang kepada adiknya yang sentiasa ingin dijaga serta diperkuatkan lagi ikatannya kerana mereka tahu atas tanggungjawab diri mereka kepada ahli keluarga agar kelak, dengan tujuan yang satu, ingin membimbing keluarga dicinta ke arah Cinta Allah di Syurga kelak bagi memenuhi ciri-ciri seorang mukmin yang banyak digariskan Allah di Quran Nur Karim.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. " (QS 66:6)

1. Hafiz = Ziarah Nenek di Sungai Buloh yang ingin ke Makkah.
2. Farul = Ziarah Kakak di Shah Alam yang bakal menjalani peperiksaan akhir Sarjana Muda.
3. Zainul = Ziarah Adik di Klang yang bakal menghadapi SPM.

"ala Hafiz, tenang ja, kita kan ada 3 driver, tukar-tukar ja la, no hal punya, insyaAllah sempat punya..so malam ni, ana akan drive dulu, sampai kat Tapah nanti Hafiz yang bawa, Zainul, antum esok baru drive, mata antum kan ibarat "lensa camera 0.5 MP pada malam hari tanpa flash".."

Mereka bertiga gelak bersama namun dikawal ketawanya agar tidak menjadi penyebab hati bertambah keras..Farul cuba ceriakan suasana bagi menghiburkan hati Hafiz yang berasa bersalah atas perubahan tentatif akibat kesalahan dirinya.

"dah-dah, sekarang kita packing lu siap-siap, stock makanan jangan lupa, penghilang ngantuk di kala malam..bantal bawa la banyak-banyak..selesa sikit tidur..sleeping bag apa semua..kita prepare for the worse, takut-takut terpaksa bermalam di mana-mana..apa nama kembara kita ni..julung-julung kali diadakan ni.."

Farul tahu lisan yang keluar dari mulut Hafiz tidak seiring kehendak di hati. Jelas kelihatan di raut wajah sahabatnya itu yang ingin sangat berjumpa dengan nenek kesayangannya. Hafiz yang merupakan cucu paling tua dalam keluarganya dan banyak berkongsi tempoh kehidupan waktu kecil bersama neneknya sudah pasti ingin bertemu neneknya yang bakal melakukan satu perjalanan yang jauh dan pasti terselit sedikit dalam hati kegusaran atas keadaan nenek di Makkah nanti.

"hah..apa nama........ini baru bujang namanya..ni bertambah semangat wat aktiviti yang jarang sempat kita buat.."

Suara zainul jelas menambahkan keceriaan di suasana malam itu. Ditambah gelagatnya yang memang sentiasa ceria membuatkan hati terisi dengan ubat kesedihan dan kesepian. Namun pasti, ceria sentiasa ada tempatnya, jika dalam keadaan yang memerlukan keseriusan dan penekanan, pasti, itulah yang sebaiknya.

"Kembara....Bujang.....Lapok...amacam...lawa juga nama program kita ni..dah tiga-tiga bujang..apa lagi..deal?"

"Wah...Farul kalau part bagi nama ni, dia la, hari tu DAGER dia yang bagi nama, fikirkan apa la nama program DAGER ni, rupanya Dauroh Generasi Rabbani"

"mestila..nama kena GRAND....baru semangat sikit..Hafiz amacam..ok tak ngan nama tu?"

"Ok jer..asif ya khi..disebabkan ana, kena bertolak tengah malam ni..Jazakumullah ya..insyaAllah.."

"lar..touching pula..kena pasang lagu instrumental ESQ yang Track 6 ni.."

"apa la zainul ni..biar la budak sorang ni luahkan..dari tadi ana tengok dia nak bersuara..touching pun touching la..insyaAllah..ukhwah yang didasari atas keimanan akan mampu mengatasi kepentingan diri kita sendiri..syukur sangat kan..berbeza jika kita berkawan dengan kawan-kawan yang hanya berkawan ngan kita atas ada kepentingan yang ingin dipenuhi..itu bezanya ukhwah di landasan keimanan..sehinggakan Iman Ash-Syahid Hassan Al-Banna mengibaratkan Iman dan Ukhwah ibarat permukaan duit syiling yang amat rapat..moga-moga..ukhwah kita mampu seperti para sahabat Rasulullah s.a.w...bahkan ukhwah para mujahidin..ana hari itu tersentuh bila Murobbi ana menyampaikan perihal Hassan Al-Banna yang sanggup mendahulukan ikhwannya dirawat ketika mereka berdua tiba di pusat rawatan, sedangkan dirinya dah ditembusi berapa das tembakan..tahap ukhwah tertinggi atas dasar Cinta kepada Yang Maha Damai, yang mendamaikan hati-hati saling berukhwah sesama mereka..subhanallah.."

"InsyaAllah..semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga kelak.."

"ok-ok..dah..kalau nak layan suasana romantik ni..alamat time tahajjud la kita sampai kang..ok..mari..agar semangat sikit..atas dasar ukhwah.."

"Kembara"......."Bujang"........."Lapok"...

3 sahabat saling menyahut 3 perkataan diiringi tangan saling dilapisi antara satu sama lain..

"ok..dah jam 9.10 dah ni..packing cepat..Laptop nak bawa tak..boleh study...buku-buku yang nak dibedah lagi ni..bawa ja la..kalau nak harap baca di bilik..susah sikit dengan godaan internet apa semua..Hafiz..apa lagi tercegat..cepat packing..bawa yang penting jer..kembara kita satu hari satu malam jer pun..esok kita cuba balik seawal yang mungkin..kan Farul.."

"betulx3..hehe..ana pun nak wat halaqah ngan budak-budak ni esok malam..semalam tak sempat nak buat...nak wat malam ni dorang ada yang ada silat lagi..esok ja la..insyaAllah..ok..packing-packing..."

3 sahabat bujang yang diukir dengan acuan tarbiyyah yang pasti ikatan hati mereka adalah dengan kehendak Allah Ar-Rahman.

"dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."
(QS 8:63)

********************************  TAMAT BAHAGIAN 1  *****************************

3 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..titipan yg bagus..teruskan berkarya

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah..i'll try my best..

A.D.A.M. said...

Keep going! :)