Thursday, November 5, 2009

Kuliah Terakhir Bersamamu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Karya Asli:SaBaHaNmUsLiM

"tuk...tuk..tuk...assalamu'alaikum...Farul...Zainul...."
satu teriakan kecil kedengaran di daun telingaku yang diselumuti bantal kepala yang empuk ditambah dengan bantal guling yang menambah perisa dalam keenakan 'menghimpun daya'.....

"Farul........Zainul.........Bangun-bangun.."
teriakan itu makin kuat dirasakan, makin terasa nikmat telinga yang diberi Maha Pemberi Nikmat menunjukkan derianya. Mata yang enak divisual dengan video mimpi telah sampai pada penghujungnya. Terasa berat ingin melihat kembali dunia yang nyata, namun ku kuatkan juga melawan nafsu yang nyata bersama panglima-panglimanya, Jeneral Iblis Bin Laknatullah serta konco-konconya.

"TIDAAAAAKKKKKK....!!!"..
Hati kerasku teriak dengan dahsyatnya...
"Astaghfirullah Ya Allah..dah jam berapa ni.."
ku berlari ke arah laptopku yang dialun dengan muzik 'alarm' yang membingitkan namun tak mempu menyedarkan daku dari mati yang sebentar lalu mata ku alihkan pada aplikasi itu..terlihat pilihan yang dierikan.....'OFF'..'SNOOZE'..

"Farul.......Zainul.......dah bangun lum.."
tersentak diriku lalu ku ketik pada butang 'OFF'..lalu ku buka kunci pada tombol pintu disamping melihat teman sebilik masih enak dibuai cadar berhiaskan bantal kepala serta bantal guling saiz kecil..

"Assalamu'alaikum khi...baru bangun ka...dari tadi ana ketuk pintutu..tapi....apa nama.....hah..x da respon pun..."
seorang sahabat berpakaian T-Shirt Putih, berseluar 'slack' dan berkopiah datang menerpah..kelihatan kabur pada pandanganku atas sebab teman mataku tidak bersamaku(kaca mata)..

"Allahuakhbar khi, ana terlepas nak qiamullail...Solat berjemaah kat masjid pun terlepas ni..Astaghfirullah..mujur Allah gerakkan hati antum datang ketuk pintu kami..kalau tak..tidak tau berapa banyak lagi dosa kami kumpulkan.."

Terasa terguris di hati ini selepas bermaksiat di hadapan Allah, jika orang di luar sana menganggap tahajjud itu sekadar sunat muakkad, tapi tidak bagi para mujahiddin yang ingin menegakkan Kalimah Toyyibah (QS 14:24) di muka bumi ini kerana Qiamullail lah madrasah para mujahid yang ingin turun perjuangkan agama Allah. Teringat kata-kata Abu Darda r.a. yang merupakan murid Rasulullah S.A.W. di mana beliau berkata:

"lakukan amal-amal yang shalih sebelum berperang, kerana sesungguhnya kalian berperang bersama amal-amal kalian" (Kitab al Jihad, Ibnu Mubarak.m/s 61)

inilah asbab Panglima Shalahuddin Al Ayyubi yang amat menitik berat Qiamullail yang merupakan faktor terpenting dalam mengalahkan musuh.

Begitu juga Sultan Muhammad Al-Fatih yang terkenal dengan pembukaan Constantinople yang terbukti bukan setakat baginda sebagai sultan hatta tenteranya turut menjaga hubungan dengan Allah ketika satu peristiwa ketika solat jumaat hendak didirikan di kota yang ditawan, dalam pemilihan Iman, Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri lalu diajukan beberapa soalan, "Siapa antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meniggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!" tiada seorang pun yang duduk. Dilanjutkan soalan "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat rawatib sila duduk", lalu sebahagian duduk lalu persoala terakhir "Siapa yang pernah meniggalkan solat tahajjud sejak baligh hingga ke saat ini walaupun satu malam, sila duduk". Kali ini semua duduk kecuali Baginda sendiri.

"Zainul..bangun zainul...Solat subuh..."
Suara Akh Umair memecahkan suasana pilu di hati, ikhwah(saudara) yang sanggup datang meredah dari Village 3 ke Village 5 ditambah mendaki tingkat 5 atas dasar ambil berat kepada ikhwahnya jika menunjukkan tanda-tanda masih terlena dibuai atas katil (Tanda-tanda terlajak = tidak nampak di turun ke surau v3 ketika subuh, SMS tidak balas, Call tidak angkat, Gtalk tiada respon, Buzz dari YM tanpa balasan) Namun yang pasti, inilah bukti mengapa Imam As-syahid Hassan Al Banna mengibaratkan Iman dan Ukhwah ibarat kedua-dua permukaan syiling. Ikhwah yang menghidupkan budaya nasihat, saling menjaga keimanan serta berlumba-lumba dalam kebaikan.

"Ana g ambil wudhu lu khi, jazakallah khi"

****************************************

Pagi itu terasa satu kekurangan dalam permulaan hari yang baru, namun apa yang pasti, Prof Dr Syaitan akan terus membuat kita rasa bersalah dan menghasutkan diri agar terus tidak bersemangat beribadah atas alasan tidak layak membuat kebaikan lagi. Aku memotivasikan diri kembali agar membayar ibadah yang ku tinggalkan dengan ibadah lainnya, zikir-zikir ma'thur yang sering dihayati ku alunkan didalam hati dala perjalana menuju dewan kuliah.Jarak masa antara kuliah seterusnya ku manfaatkan sedekahkan setiap ruas tulang dengan sunat dhuha ditambah dengan sunat taubatku agar diampunkan kelalaian diri yang hina akibat badan yang keletihan pada malam sebelumnya selepas melakukan aktiviti harian yang agak memenatkan.

Terkenang hari semalam selepas habis kuliah pada pagi hari, ku bertolak ke Manjong bagi mengurus pembikinan Pasport, setibanya di UTP, tergerak hati ingin merapatkan ukhwah dengan mutarobbi/mad'u(orang yang dibimbing), lalu ku ajak bermain badminton, namun sayangnya, semua dalam menempuhi ujian dunia (Test). Namun ku tetap dengan keinginanku bermain sukan kegemaranku sehingga terasa kelelahan pada fizikal ini. selepas solat maghrib, ku keluarkan quran kecil yang sering berada menemaniku dan tadarus ayat-ayat cinta dari Allah. Azan Isyak melaungkan alunannya mengajak muslimin dan muslimat bukan sekadar datang sholat tapi hidupkan sholat seperti yang dilaungkan dalam azan (Haiyya A'la Sholah) kerana ramai yang solat namun jiwa nurani tidak bersama. Sehabis solat dari surau V3, ku ziarah ikhwah di V4 sebelum pergi ke V1 untuk menghadiri SP Group Meeting yang perlu membincangkan Group assignment yang perlu dibentang keesokan harinya. Selesainya meeting SP ku manfaatkan sedikit masa ziarah mad'u di V1 dan V2 sebelum bergerak ke meeting yang lain. Keletihan badan setibanya di bilik mendorong diri terus merebahkan diri namun ku kuatkan diri untuk menyelesaikan coding C++ yang memerlukan sentuhan terakhir lalu ku kembali menghimpun daya untuk keesokan harinya jika diizinkan Yang Maha Hidup untuk memberikan kembali nikmat kehidupan selepas mati sebentar.

"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan[1313]. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir." (QS 39:42)

*******************************************************


Jarum pendek hampir ke nombor 11 dan jarum panjang mencecah nombor 12 menunjukkan Kuliah terakhir Islamic Studies dalam semester ini hampir bermula di dewan kuliah D6. Hati berbolak-balik samada ingin ke kuliah 2 jam ini atau tidak, SMS datang bertubi-tubi dari teman satu 'course':

1. "salam farul, ko g IS tak?"
2. "Salam, tolong sign kalau farul g IS ya, ada kerja nak buat ni"
3. "farul...*****(no matrix id dirahsiakan)..ni id saya, tolong ya"

hati masih memikirkan fatwa yang nak dikeluarkan, akhirnya hatiku tergerak untuk ke D6..IS adalah salah satu subjek yang berminat ku dengari kerana banyak yang disampaikan kekadang pernah ku perolehi dalam tempoh ku ditarbiyyah walaupun bahasa yang digunakan adalah bahasa orang putih namun term-term arab yang kekadang digunakan serta ayat-ayat quran dan hadith yang disampaikan membantu ku meningkatkan lagi tsaqafah(pengetahuan) serta buat ulang kaj bagi yang pernah ku perolehi.

Sedih seketika....setibanya di dewan kuliyyah...hanya terlihat kelibat sorang muslimat satu 'course' menunggu di luar dewan..lalu ku buka pintu dewan dan melihat hanya benda-benda mati berada di dalam dewan (kerusi, komputer, dll)..ku renung jam tanganku, lalu ku lihat 'handphone'ku..ternyata 5 minit lewat dari jam 11 pagi..lalu ku lihat Ustaz Malik Bennett bergegas melulu ke arah dewan kuliah...dalam perjalanan juga terlihat 2 muslimat dan 2 muslimin dalam perjalanan ke D6...

Ustaz terus melulu masuk ke dewan kuliah yang tidak dihuni oleh pelajar ketika itu..laluku masuk selepas kawan-kawan lain masuk dan seperti biasa, ustaz akan meletakkan 'chart and note handout' yang dikaryanya sendiri berbeza 'lecturer' lain yang menggunakan 'power point' sebagai medium menyampaikan 'lecture note'..

Pada hari ini, satu keistimewaan berbanding kuliah sebelum ini, Ustaz memberikan bukan setakat nota kuliah, juga diselitkan satu helai lirik lagu bertajuk "Islam Is Marching On"..

"I've wrote this lyric 15 years ago...hope I still can remember hows the tone..Let me try first.."

ISLAM IS MARCHING ON - By Ustaz Malik Bennett

You should learn Mu-hammad WAS the Prophet of the Lord;
Yes, the peace of God was with him, and a terrible swift sword;
Yes, he fought to teach us prayer and fasting AND to feed the poor.
ISLAM is marching on! Allah! Allah!

Glory, then, to your CRE-A-TOR;
Brother, nothing can be GREA-TOR;
His Qur’an will teach you ev’ry principle.
You’ll see that God isOne! Allah! Allah!

Miracles supported him at ev’ry time and place;
God’s own Messenger brought unity to all the human race;
He stopped armies and at last he taught the WORLD to read.
His students’ proof lives on! Allah! Allah!

Modesty - and Mo-dera-tion
ARE the lessons for Creation.
Share the gifts of God, you’ll get them BACK one day;
Their value will live on! Allah! Allah!

Fajr, Dzuhr, `Asr, Maghrib, Isha are the prayers;
Give up “drinking”; give up loose talk;
And you’ll settle all your cares;
Trust in Allah; let your life be lived in PURITY
Till Judgment-Day has come! Allah! Allah!

BRING the message to the ORPHANS!
Love and knowledge to the CHRISTIANS!
Peace to mankind; mercy to the universe;
The Wealth of God is OURS! Allah! Allah!

Kami terkesima mendengar lanunan lagu yang disampaikan oleh ustaz..pada pengakhiran 'lecture'..Ustaz mengajak lagi agar kami menyanyi beramai-ramai bersama Ustaz...

Begitula pengakhiran kuliah IS bersama Ustaz Prof Malik Bennett yang kami sayangi..semoga Allah sentiasa merahmati beliau dalam memperjuangkan penerapan nilai-nilai Islam dalam diri Shababul Yaoum(Anak Muda Hari Ini)
Al-Fatihah.......................

Teringat kata imam abu hanifah yang lebih kurang maksudnya.."Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar"..semoga wat renungan untuk kita semua..insyaAllah..Alhamdulillah...

4 comments:

umairzulkefli said...

Sesuatu yang berasal daripada hati, akan sampai ke hati.
Tetapi, sesuatu yang berasal daripada lidah, hanya akan singgah di telinga..

Begitulah perbezaan antara guru yang benar-benar mengajarkan kepada muridnya, apa sahaja yang disampaikan akan terasa amat berguna dan berkesan di hati. Berbeza dengan guru yang hanya mengajarkan atas dasar tanggungjawab menyampaikan ilmu, ia hanya akan penjadi penghias telinga para pendengarnya..

teruskan berkarya akh, tulis yg mahsyuk2 sket..leh tingkat lagi keimanan..

(^_^)v

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah..dalam pengislahan berdakwah melalui pena..=)

analytical said...

Salam.

Tulisan yg menyentuh hati (tika terlepas tahajud).

Alhamdulillah. Dijadikan pedoman. InsyaAllah.

Teruskan berkarya.

Jzk

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah..saling mendoakan agar kita istiqamah dan istimrar dalam beribadat kepada Yang Maha Menghidupkan kita..=)