Sunday, December 12, 2010

Hari Bersama Lapisan Masyarakat 7 - Analogi Kimia Mengajar Erti BOIKOT!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




"minum ape bang?" Abang pengambil order menyapa dengan sopan.

"bagi saya Barli Ais." Akh Fauzi memulakan ordernya.

"saye bagi.....Bancau yer.."Akh Faidhi sambil membaca surat khabar yang disediakan di gerai tersebut.

"erm.. bagi Limau Ais.." Akh Fuad yang tidak lari dari limau ais di setiap order tidak kira dimana gerai diperginya.

"hah..faiz..minum apa?" Akh Fauzi melihat mad'u (orang yang ingin didakwahi) Akh Faidhi yang kelihatan malu-malu yang duduk dihadapannya.

"owh..bagi saya Milo Ais ya bang.."Faiz order sesuatu yang membuatkan Ikhwah semuanya terkejut.

"ok..makan pula?" Abang pengambil order bertanya.

"tak per bang...kami minum jer..terima kasih bang.."Akh Fuad menjawab hormat.

Akh Faidhi dan Akh Fuad terus melihat Akh Fauzi selepas order yang diucapkan oleh Faiz. Faiz yang tiada kefahaman mengenai isu boikot tanpa rasa bersalah terus order produk keluaran Nestle. Akh Fauzi hanya memberi isyarat menenangkan Akh Faidhi dan Akh Fuad untuk biarkan dahulu order Faiz. Namun diam tidak bermaksud menyokong perbuatan tersebut, tapi ingin memberi pengajaran secara berhikmah dengan memberi kefahaman kepada mad'u tersebut.

Sementara menunggu order..

"ni..abang ada sesuatu ingin dikongsi.."Akh Fauzi dengan nada santai ingin memulakan perbualan. Memang antara keempat mereka Akh Fauzi paling tua dari yang lain.

Semua yang lain terus mengawal fokus ke arah Akh Fauzi.

"abang nak kongsi pasal satu kajian ni.."Akh Fauzi dengan suara semangat disertai pergerakan tubuh ingin menarik perhatian semua.

"ok..bayangkan di sini ada air mineral..di sini ada air RO atau reverse osmosis..sini pula air bateri..sini air berkarbonat..macam 100 Plus, 7 Up..sini pula air zam-zam.."Akh Fauzi memberikan 5 sample untuk dibayangkan sambil menunjukkan kawasan yang berlainan namun tersusun dari kiri ke kanan. Ikhwah yang lain hanya fokus melihat dan mengamati perkongsian experiment mengenai air tersebut.

"ok..jadi..semua warna dia putih kan...warna clear..jadi..semua warna yang sama pada mulanya...jadi..semua tahu kan pasal pH value..dari yang merah is acidic..sampai jadi warna ungu which means alkali.."

"owh..tahu..ape name..yang ade table die tu..pH table la kot..dari merah, kuning, hijau, biru dan ungu if tak silap.."Akh Fuad memintas.

"hah..betul la tu..ok..jadi..dalam setiap sample ni kita letak Universal Indicator..letak beberapa drop ja..so, each sample akan berubah warna dia berdasarkan pH masing-masing kan?"

Semua yang lain mengangguk setuju.

"if letak di air mineral..berubah jadi warna hijau...if letak di air RO pun..hijau-hijau gak la..if letak di air bateri warna apa? hah faiz.."

"di air bateri..acidic kot bang.." Faiz menjawab.

"yup..tapi tak acidic sangat..dia jadi warna kuning..hehe.."

"owh ya ka akh?"Akh Faidhi sambil memajukan badannya.

"iya..ok..kita teruskan..next sample air berkarbonat..sengaja pilih yang warna dia clear..senang detect..rasanya apa colour dia?"

"sure merah kan bang.."Faiz yang kelihatan minat dengan kajian ini.

"yup..merah..means very acidic..boleh dikatakan poisonous juga..agak bahaya boleh menghakis colon kita..roughly 2.5 pH value dia tu..dahsyat gak.."

"betul akh..macam Cola la kan..2.5 something..tapi ramai kot orang minum."Akh Faidhi memberi sokongan.

"betul3..tak per..kita habiskan lu kajian kita..next sample air zam-zam..cuba teka warna apa?"

"alkali la kot.."Akh Fuad menjawab santai.

"dia warna ungu..tinggi la alkali dia..kalau WHO..tahu kan..World Health Organization..dia inform, 'The best water in the world is Mecca Water (Air Zam-Zam)"..so, kalau mana-mana mau keluarkan produk air yang terbaik, kena memenuhi kriteria Air Zam-zam ni..alkali dia tinggi..banyak nutrien..yang paling hebat, Air Zam-zam ni dikatakan Air Hidup.."

"tahu kan Rasulullah melarang kita meniup air atau makanan yang panas??? Setiap apa yang disampaikan Rasulullah ada hikmahnya...bayangkan di setiap sample tadi..kita ambil straw, kemudian tiup menggunakan mulut kita..air mineral yang tadi warna hijau, dia akan jadi kuning...air RO..air bateri pula makin acidic..air berkarbonat tak payah tiup..dah memang merah tahap karma dah..hehe..tapi kalau air zam-zam, kenapa dia dikatakan air hidup, sample yang lain if ditiup dia akan kekal acidic tu..tapi if air zam-zam, kalau kita tiup, dia akan juga menurun tapi takkan jatuh bawah dari warna hijau..tapi dia akan dengan sendiri naik kembali jadi warna ungu..itu yang dikatakan Air Hidup tu..automatic jadi alkali balik.."

"subhanallah..mantapnyer.." Akh Faidhi kekaguman. Dua yang lain turun menunjukkan ekspresi muka yang sama, kagum.

"tiada dapat lawan ciptaan Allah..pastu, kita ni kena neutralize kan acid-acid di badan ni..contoh, kalau kita tengok, yang sample semua tadi yang sudah diacidickan, boleh guna air contoh mineral tadi kita tuang balik dalam sample, tuang banyak-banyak sampai air yang warna kuning jadi hijau balik..tapi if sekadar guna air mineral atau RO susah la..pH rendah juga..tapi if letak air zam-zam jadi neutralizer, mantop.."

"tapi..acid ni bahaya..lebih-lebih lagi air berkarbonat tadi..yang warna merah tu..nisbah (ratio) acid to alkali dia, 1:8..maksud dia, 1 acid sudah mampu mengalahkan 8 alkali..kalau kita letak 100 Plus contohnya di penutup botol dia yang kecil tu, sikit ja tu..cuba kita tuang di air mineral, air RO, air bateri hatta air zam-zam sekali, semua akan jadi warna merah terus...satu penutup botol ja..sudah cukup membunuh semua.."

"masyaAllah...dahsyatnyer..tapi ramai kot orang yang minum.."Akh Faidhi dengan suara semangat.

"tu la pasal..ana dulu pun minum kot..tapi lepas tahu F&N tu boikot, terus stop..tapi tak tau pula dari aspek kesihatan sampai macam ni..pergh.."Akh Fuad yang lebih semangat suaranya.

"yup..maklumlah..sedap gitu..hehe..tapi di Israel..walaupun dorang yang keluarkan minuman-minuman bergas ni..tapi rakyat dorang tak minum pun..bahkan dorang disupply susu kambing lagi..dorang pengeluar minuman bergas, tapi dorang bukan pengguna..dorang bagi orang lain yang minum.."

"dorang memang menjaga sesama dorang..ini salah satu juga bentuk serangan melalui pemakanan dan minuman..bahkan salah satu sumber income dorang..sebab tu la..Ketua ulama' sedunia..Professor Dr Yusof Qaradhawi mengeluarkan fatwa setiap satu dollar yang kita spent yang menyuppot income zionis ni, ibarat satu peluru kita belikan pada zionis untuk membunuh umat Islam.."

"banyak lagi barang-barang yang kita perlu boikot..ada di internet banyak tu..dalam website yang inminds contohnya...contoh paling dekat keluaran Nestle..macam Milo, Nespray, dan semua la produk dia..tapi Faiz, takpa la..Faiz tak tau lagi..insyaAllah kedepan tak akan order lagi Milo tu.."

"insyaAllah..saya rasa bersalah pula dah order ni.." Faiz dengan muka bersalahnya.

"tak per la Faiz, kami dulu macam tu gak..tapi pelan-pelan boleh punyer..tu la kalau Faiz tengok ikhwah-ikhwah tiada yang guna barang-barang boikot ni..ini la salah satu usahe yang kite boleh buat untuk bantu saudara-saudara kita di Palestine"Akh Faidhi menambah.

Kelihatan air yang diorder sampai akhirnya. Agak lambat kerana ramai pelanggan pada malam tersebut. Namun, penantian tidak disia-siakan berlalu, dapat minuman Jus Ilmu dan Jus Kesedaran menghilangkan haus pengetahuan dan kefahaman mengenai isu boikot.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[QS al-Baqarah, 2:216]


*****************

"owh..macam tu ka akh kalau mau ilaj (clearkan) pasal barang boikot? ana mau tegur tadi, tapi tidak tau macam mana mau start..takut menyakitkan hati pula kalau direct ja tadi.."Akh Faidhi

"insyaAllah..buat macam tu ja..pelan-pelan masukkan secara halus..kan dakwah untuk menyentuh hati, bukan menyakitkan hati..hehe.."

"kalau antum tidak mulakan tadi..ana terus ja mau cakap air tu barang boikot..tapi dia sudah order.."

"tidak apa la akh..mad'u..biasa la..kita bagi kefahaman dulu..kedepan insyaAllah dia tidak akan lagi order minuman boikot.. Kita harus membumikan gaya berdakwah akh, agar nuansa dakwah tidak memberi  kesan pertama yang menyeramkan."

"wah..betul tu akh..masukkan pasal saintifik lu tadi..ana pun terkilan mendengarnya..hehe.."

"hehe..tapi tu la akh..isu Palestine ni macam ada musim dia..sedih gak tengok..inilah kita habis dijajah oleh puak zionis ni..sedangkan kita hanya boleh dijajaj oleh Allah sebenarnya..bukan dijajah oleh yang lain dari-Nya.."

"betul akh..insyaAllah.."

Wednesday, December 8, 2010

Kisah-Kisah Benar [Nasihat Buat Adik (6) - Wanita Merisik Lelaki?]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

InsyaAllah perkongsian kisah-kisah benar perbualan nasihat yang dikongsi dari pelbagai sumber. Bahasa akan disesuaikan dengan bahasa umum (loghat kelantan, perak, ganu, kedah,etc semua diubah kepada bahasa biasa..tapi ala2 sabah sikit sebab saya yang ubah sikit..huhu..maaf) bagi menghormati privasi orang yang berkongsi. Pengubahan sturuktur ayat namun tidak lari dari makna dan isi asal. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi untuk ibrah pembaca semua.Kepada sesiapa ingin berkongsi, boleh hantar ke fakhrullah90@gmail.com..Syaratnya, kisah benar.

Nasihat Buat Adik (6) - Wanita Merisik Lelaki?
(Kisah Benar Ramai Tidak Tahu..Saya Juga Baru Tahu..Huhu)


Kakak
Hello..Assalamu’alaikum dik..
Adik
Wa’alaikumsalam kak..
Kakak
Mak ada kol akak..yang pasal keputusan adik pasal lelaki tu..
Adik
Owh..ya ka..
Kakak
Adik dah fikir masak-masak ka dik?
Adik
insyaAllah kak..dah minta pendapat mak ayah..
Kakak
Dah istikharah?
Adik
Dah kak..tapi adik tak pasti betul tak tindakan adik ni..
Kakak
Napa dik?
Adik
Ya la..adik yang merisik..
Kakak
Owh..adik tak ingat ka akak pun macam tu..akak yang merisik suami akak tu..
Adik
Ingat..itu yang adik pun berani selepas hati yakin dengan pilihan adik tu..
kakak
Hurm..insyaAllah jangan risau..bukan melanggar syariat pun dik..
Adik
Erm..tapi apa pandangan keluarga lelaki tu nanti kak?
Kakak
Bagi akak, insyaAllah lelaki tu faham agama..kan adik sendiri pernah cerita kat akak pasal lelaki tu..
Adik
Tu la..memang lelaki tu baik..kuat agamanya..tapi adik malu la kak..sebab kebanyakan lelaki yang merisik pompuan..
Kakak
Tak pa dik..masa zaman nabi dulu pun pernah berlaku..bahkan berlaku terhadap  nabi sendiri..
Adik
ya ka kak?
Kakak
Jap ya dik..akak ada simpan buku tu..akak bacakan kisah tu..
Adik
Ok..
Kakak
Ok..dah jumpa..dengar ya.. Anas Ibnu Malik RA berkata: ada seorang wanita yang datang kepada Rasulullah SAW..Dia menawarkan dirinya kepada Rasulullah, "Apakah engkau menginginkan diriku?" Anak perempuan Anas hadir dan mendengar kata-kata wanita itu, lalu berkata, "alangkah memalukan dan betapa buruknya." Mendengar itu, Si Ayah (Anas Bin Malik) menyahut, "Dia jauh lebih baik darimu nak. Wanita itu mencintai Rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada beliau." (HR Bukhori)
Adik
Subhanallah..adik tak tahu pula..
Kakak
Akak pun masa jumpa kisah ni, pertama kali juga akak dengar..ni ada satu lagi kata-kata Hasan Bin Ali.. Nikahkan puterimu dengan orang bertakwa. Sebab bila dia mencintainya, pasti akan menghormati dan memuliakannya, dan bila dia tidak mencintainya, pasti dia tidak akan menzaliminya.
Adik
Erm..insyaAllah kak..
Kakak
insyaAllah dik..tiada salahnya jika kita yang usaha lebih bagi menyempurnakan separuh dari agama..macam akak, Alhamdulillah..bahagia juga dengan suami yang pilihan akak..
Adik
Tapi kalau keluarga lelaki tak terima kak?
Kakak
Kita kena terima la dik..itu kan lumrah dalam pemilihan…samada diterima atau tidak..yang penting adik kena redha dengan ikhlas..mungkin Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat adik..
Adik
insyaAllah kak..nanti adik bagitau mak ayah..
Kakak
insyaAllah..yang penting, ini bukan perkara main-main ya dik..fikir baik-baik..perhatikan niat adik pilih lelaki tu atas dasar apa..
Adik
insyaAllah kak..terima kasih banyak kak..doakan adik ni..
Kakak
insyaAllah..adik akak pun dah besar..apa yang adik buat ni satu perkara yang baik..satu perkara lagi, pastikan lelaki tu pun jenis yang sedia nak nikah..
Adik
insyaAllah kak..adik tahu sikit-sikit pasal dia..ada tanya orang yang rapat dengan dia..
Kakak
Owh..akak faham..insyaAllah..
Adik
O ya kak..keluarga akak sihat?
Kakak
Sehat Alhamdulillah..Cuma si aidil tu demam sikit..dah bawa ke klinik tadi..
Adik
Owh..
kakak
Ok ya dik..nanti kalau dah jadi bagitau akak..
Adik
InsyaAllah kak..
Kakak
Ok..assalamu’alaikum..
Adik
Wa’ailaikumsalam..

Tuesday, December 7, 2010

Hari Bersama Lapisan Masyarakt 6 - Masing-masing Dengan Tujuan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



"Syukran akh tolong hantar ana. Doakan ana ya akh.."Saya sampaikan ucapan terima kasih kepada Akh Zikri atas kesudian beliau menghantar saya ke KTM Batu Gajah.

"afwan akh..doakan ana juga akh..agar ana terus tabah di dakwah ni..maklumlah, anak juga salah satu ujian dalam dakwah.."Akh Zikri juga memohon nasihat. Inilah yang dianjurkan ketika kita akan berpisah. Saling memohon didoakan serta saling mohon dinasihati.

"insyaAllah akh..anak adalah nikmat dari Allah..makin ditambah nikmat, kita patut makin bersyukur akh..buktikan rasa syukur kita pada Allah.."

"insyaAllah akh..subhanallah..hati-hati jalan.."

Ucapan salam serta pelukan ukhuwah mengakhiri pertemuan kedua ikhwah tersebut. Waktu menunjukkan tepat 9.00AM. Tren bergerak jam 9.29AM. Saya manfaatkan masa untuk menikmati sarapan di kiosk yang terdapat di sana. Kemudian bersedia di bahagian menunggu ketibaan tren. Tiba-tiba..

Ketika saya menoleh ke belakang, saya terlihat wanita yang saya kenali dan kelihatan dia terus cuba menyembunyikan wajahnya dan terus memaling ke belakang. Di sebelahnya ada seorang lelaki yang saya tidak kenali. Dalam hatiku menolog:

"astaghfirullah..setahu saya dia jenis wanita yang menjaga benda2 ni..abang dia kot.."

Saya hanya terus memalingkan wajah dan tidak mengendahkan wanita tersebut yang merupakan satu batch dengan saya di UTP.

Tren berhenti tepat dihadapan saya. Koc Berlabel 'X2' saya masuki. Mencari tempat duduk 11C. Kelihatan di sebelah ada makcik bakal menjadi teman tempat duduk di sebelah saya. Bersyukur dapat makcik walaupun wanita berbanding mendapat yang lebih payah bagi menjaga hati, wanita muda.

Beg pakaian saya letak bahagian atas tempat simpanan barang, kemudian beg galas bahagian bawah kaki saya. Saya perhatikan kesemua tempat duduk penuh diisi lautan manusia. Hari ini ramai juga yang bercuti sempena ma'al hijrah pada esok harinya. Teringat mesej dari seorang ikhwah:

"boleh pulak tempat kerja cuti rupenye arini..kalo tau duk rumah jer dr smlm..=p"

Kesian si dia...

Berbalik ke dalam tren.

"Assalamu'alaikum makcik.."Wajah kelihatan dalam 40-50 tahun.

"Wa'alaikumsalam.."

Itu sahaja sekadar salam dan senyuman dari saya.

"Adik mau ke mane?"Makcik menyapa.

"Saya mau ke KL makcik.."

"Owh..buat ape disana?"

"saya dah bercuti..mau balik sabah makcik.."

"owh..masih belajar la ni..dimana dik?"

"di UTP makcik.."

"owh..makcik orang Tronoh..Sabah sebelah mana?"

"Kota Kinabalu.."

"Anak makcik ada disana. Dia kerja di KK juga..Makcik hampir setiap tahun pergi sana. Awal tahun dan hujung tahun. Anak makcik bawa jalan-jalan di sana..tahun lepas baru pergi.."

"owh..sudah berapa tahun anak makcik kerja di sana?"

"baru 2 tahun..alhamdulillah..makcik suka di Sabah..Kalau mau g makan tu, pergi di pasar malam di KK tu..makanan laut dia murah-murah..hari tu kami ambil ketam, sotong, ikan dan lain2..tapi semua tidak sampai RM50 pun.."

"owh..sabah memang murah makanan laut dia makcik..cuma ada satu jenis ikan di sabah susah mau dapat, pastu orang sabah ramai juga tidak makan..saya pun makan pertama kali di perak ni.."

"ikan keli kan..anak makcik pun ada bagitau yang orang sabah ni tak makan ikan keli sangat..di sana pun susah mau jumpa.."

"iya..ikan keli..sana kalau ada pun mahal makcik..hari tu saya jumpa..RM18 sekilo..di sini baru dekat RM5 ja sekilo..saya rasa isi dia manis dan lembut juga..kalau goreng tu sekali tulang boleh makan.."

"mahal juga di sana kan..satu lagi, makcik hari tu pergi ke Kundasang..punye murah sayur di sana..banyak macam ni (sambil menunjukkan contoh memegang satu ikat sayur) baru berapa..di sini, sikit macam ni (sambil contoh) pun sudah RM1."

"Owh..makcik pernah g kundasang juga..sayur sana segar-segar makcik.."

"anak makcik bawa keliling dah di Sabah. Sudah pergi Sandakan juga. Cuma area2 ke arah Labuan tu belum lagi.."

"owh..insyaAllah..anak makcik ada kereta ka di sana?"

"ada..senang sikit nak berjalan..kami haritu naik kereta juge.."

"owh..betul tu makcik.."

"Adik KK sebelah mana?"

"Saya di Putatan makcik.."

"owh..anak makcik pun pernah sewa rumah di Putatan..dekat dengan AirPort kan?"

"iya..senang lah kalau dekat AirPort..makcik ada berapa orang anak?"

"makcik ada 3..sorang kerja di KL, pastu yang di sabah..satu lagi di tronoh ja kerja.."

"owh..makcik masih bekerja?"

"makcik dah bersare..baru juge...suami makcik pun dah bersare..tapi baru meninggal dunie.."

"innalillahi wainnailahihi roji'un..maaf makcik.."

"tak per.."

"anak-anak ja la harapan kite kan makcik?"

"iya la..makcik dulu kerja jururawat..hari tu ada kawan ajak kerje balik, tapi makcik cakap dah dekat 32 tahun dah kerje..sekarang mau fokus ibadah.."

"alhamdulillah..insyaAllah makcik.."

Perbualan terhenti seketika. Pekerja Tren ingin melihat tiket. Kemudian lubang ditebuk menandakan tiket sudah diguna. Perbualan kami terhenti buat beberapa ketika.

Tren berhenti di pelbagai stesen. Ibarat sesiapa yang ingin menapaki jalan dakwah ini, kita akan lihat seperti persinggahan tren ini, tidak semua memiliki tujuan atau niat yang sama, ada yang turun di pertengahan jalan, ada yang kehabisan bekalan sehingga memutuskan untuk berjalan sendiri, ada yang merasa kecewa dengan penumpang lainnya, ada yang tidak suka dengan drivernya..dan beribu lagi alasan dalam landasan dakwah ini.


*******************

Kelihatan makcik tersebut mengeluarkan buku bacaannya. Saya yang ketika itu sedang membaca buku 'Taujih Ruhiyyah jilid II- Abdul Hamid Al-Bilali" melirik mata ekor melihat buku apa yang dibaca..dalam buku tersebut terdapat ayat-ayat al-Quran..Dalam hatiku hanya mengucapkan hamdalah dan meneruskan pembacaan saya.

Saya terkesan dengan kata-kata pembukaan dari penerbit:

"Tiba-tiba ada perubahan besar di ruhiyyah (spritual) kita. Ya, shalat kita tidak khusyuk. Gairah qiyamul lail melemah sedikit demi sedikit atau hilang total. Semangat membaca al-Quran atau merenungkannya menurun. Ambisi kita pada dunia meluap-luap. Kita tidak ingat lagi kepada kematian, bahkan tampil dingin dan "biasa-biasa" saja saat mendengar, atau melihat langsung kematian seseorang, atau melewati kuburan. Kita susah diingatkan dan reaksioner bila dinasihati. Jiwa kita liar. Mata kering hingga tidak menyisakan air mata. Kita gagal menangkap pesan-pesan Allah ta'ala, yang bertebaran, di al-Quran dan alam semesta. Dan, masalah-masalah lain yang tidak kalah bahayanya. Jika itu semua terjadi pada seseorang, maka itulah penyakit kronis atau lonceng kematian jiwanya (spritual). Kendati, secara fisik, ia terlihat segar bugar dan tampil wah."

SubhanALLAH. Amat menyentuh dan mengingatkan kembali kesihatan hati di dalam dada. Terkadang dah agak susah untuk mengeluarkan tangisan. Benarlah jika seseorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana Allah, justeru menangislah kerana ketidakmampuan itu..Menangislah kerana kita sudah tidak mampu mengeluarkan air mata  untuk dipersembahkan kepada Allah. Ingin terus mencari dan mengubati hati, insyaAllah silakan baca buku ini. Saya tidak akan berkongsi semua di sini..huhu..

"dik..bagus la kalau suke membace ni..makcik pun suka membace..dulu masa free, akan pergi ke Perpustakaan Negara pinjam buku.."

"owh..betul tu makcik..tapi kalau kita tengok anak-anak muda melayu sekarang..tidak ramai yang suka membaca dah.."

Dalam tren sahaja. Berbagai karenah manusia dan yang menyedihkan, anak muda atau anak tua melayu, kebanyakan hanya tidur, bahkan ada pula pasangan anak muda melayu juga beramah mesra, tidak dilupakan juga yang asyik dengan goyangan kepala melayan muzik yang melalui telingannya.

Di sudut yang lain, terdapat orang cina warga tua khuysuk membaca surat khabar. Wanita india sedang membaca buku fakta. Namun, ada juga yang sebaliknya.

"itulah..buku ni makcik pinjam di Perpustakaan Negara la ni.." Buku agak tebal. Makcik menyerahakn buku tersebut. Tafsir al-Quran yang khusus untuk seruan "Ya Ayyuhal Mukminun". Saya membelek buku tersebut. Baca semua daftar isi buku tersebut. Namun menyerahkan kembali makcik yang sedang dalam pembacaan tadi.

"bagus buku ni makcik..kupas mengenai semua seruan yang menyeru kepada keimanan.."

"iya..makin dibaca, makin banyak terasa kekurangan dalam iman..insyaAllah.."

"InsyaAllah makcik.."

Perbualan mengenai keimanan terus menemani sepanjang perjalan hingga ke KL Central.

*********************

"Alhamdulillah..sampai dah.."

"insyaAllah kita jumpa lagi ya dik..selamat bercuti..selamat pergi dan kembali ke UTP ye.."

"InsyaAllah makcik.."

Sejurus keluar dari tren..Sekali lagi, lautan manusia memainkan peranan menghilangkan kelibat makcik tersebut. Masing-masing pun menuju destinasi yang berasingan. Dan bagiku, belum masanya untuk rehat. Tukar tren yang lain ke arah Klang. Ada sesuatu yang menanti di situ.

Hari Bersama Lapisan Masyarakt 5 - Dia Saudara Baru Kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



[Salam akh..malam ni kita semua g ziarah baby akh zikri lepas maghrib..jumpa di Surau Taman Maju..lepas tu kita g dinner di restoran selatan..Akh Farul esok pagi akan balik sudah..c ya..wassalam]

Message Sent To...(All Ikhwah UTP)

Mesej dihantar kepada semua ikhwah UTP yang masih tersisa di bumi UTP..Ikhwah-ikhwah foudation dan beberapa ikhwah-ikhwah undergrad..hari terakhir di UTP dimanfaatkan dengan meluangkan masa dengan ikhwah-ikhwah seperjuangan.

[ok akh..beres]

[count me in...]

[jumpa di surau ya]

dan banyak lagi mesej-mesej balasan dari ikhwah-ikhwah UTP. Barang siap dikemas.

***********

"Assalamu'alikum Warahmatullah..."Imam di Surau Taman Maju menghabiskan solat jemaah fardhu maghrib. Lalu memulakan zikir beramai-ramai. Kelihatan ada makmum yang berdiri ke belakang melakukan solat sunat ba'diah, ada musafir berjemaah menjama' & qasar fardhu isyak, ada yang kekal duduk menghidupkan zikir dan ada juga yang mempunyai kebutuhan atau keperluan untuk terus keluar dari surau.

Di suatu sudut, kelihatan sekumpulan manusia sebaya generasi muda semuanya, itulah ikhwah-ikhwah UTP.

"so akh..amacam..gerak sekarang ker?"Akh Nu'aim mengajukan soalan pada Akh Farul. Rumah Akh Zikri hanya beberapa langkah dari Surau di sini.

"kejap akh..kita tunggu signal dari Akh Zikri..insyaAllah.."

"o ya akh..antum nampak tak yang sana tu..pakcik tu saudare baru..die orang cine..hari tu ana ade dengar yang die ade masalah kewangan nak ke kelantan. Family dia ada di Ipoh, tapi tak layan dan tak terime die sangat.." Akh Ikram berkongsi satu kisah menarik.

Kelihatan di sudut bahagian saff hadapan terdapat seorang muallaf bermuka cina. Sebelah dia ada seorang ahli jemaah surau ini. Lalu kelihatan seorang pakcik maju ke hadapan dan mengambil microphone.

"Assalamu'alaikum sidang jemaah sekalian..insyaAllah kite ade saudare baru yang perlukan bantuan kite..name die Abdullah Ng..Die perlukan duit untuk pergi belajar di Kelantan..insyaAllah, kepade sesiape yang ingin memberi sumbangan boleh berjumpe dengan beliau selepas isyak nanti.."

Kelihatan muallaf tersebut berdiri dan membongkokkan sedikit badannya sebagai lambang hormat ketika nama beliau disebut oleh pakcik yang membuat pengumuman.

"Nu'aim..apa lagi..kami menghantar antum sebagai duta kami ke negeri cina sana..hehe.."Akh Farul berseloroh.

"jom la akh..same-same..kite cakap cina ngan die.."Akh Nu'aim yang pandai berbahasa cina memperlawa Akh Farul sekali yang juge boleh berbahasa cina.

"hah..ni dari ana.."

"ni pula dari ana.."

kelihatan ikhwah-ikhwah mengeluarkan wang ringgit untuk dikumpulkan bersama dan serahkan kepada muallaf tersebut.

"antum pegang duit ni akh..nanti antum bagi..kita g berdua ke sana..sementara menunggu signal dari akh zikri."Akh Farul memperlawa.

"ok akh..insyaAllah.."

Akh Nu'aim dan Akh Farul pergi meninggalkan perkumpulan ikhwah dan menuju kearah muallafa bersama seorang pakcik yang dianggap ustaz.

****************

"Assalamu'alaikum uncle..pakcik.."Akh Farul membuka salam dan menghulurkan tangan untuk bersalam..lalu terus duduk disamping mereka. Akh Nu'aim melakukan perkara yang sama.

"uncle dari mana?"

"saya olang Ipoh..keluarka saya ata ti KL..tapi ata masalah sikit..anak tika2 di KL..tolang selalu cakap saya sutah jadi melayu..saya selalu cakap sama dolang..saya bukan jati melayu..tapi saya islam..saya masih olang cina.."

Akh Nu'aim dan Akh Farul mendengar dengan saksama sambil diselangi dengan anggukan kepala.

"inilah ni..sudah masuk Islam 3 tahun..tapi baca al-Fatihah pun tidak betul..5 hari saja belajar.."Pakcik sorang ni tiba-tiba dengan suara agak tinggi bercakap.

"itulah..uncle dulu baru 5 ari belajar ti selangor..ini sijil2 uncle..macam ustaz cakap..al-Fatiha pun saya tak betul..saya dulu bekerja itu angkat semen punya..tapi saya tapat sakit di pahakian kanan sini (sambil tunjuk buah pinggang sebelah kanan)..6 bulan operation..saya sutah tak boleh kerja..duit juga sutah titak ata.."

"mana boleh cume 5 hari belajar..kalau 3 tahun u belajar..memang sudah pandai baca al-Fatihah"pakcik terus memotong. Akh Nu'aim dan Akh Farul hanya diam dahulu untuk memahami keadaan dan mendengar dari pihak Uncel Abdullah Ng.

"tapi saya selalu solat..ini buku saya tapat tulu..ata tunjuk cala sembahyang..saya tulu tidak selalu ikut lang cina pergi sembahyang..katang-katang saja..kalau pergi pun saya titak tengok itu muka yang olang sembah..tapi lepas saya tapat mimpi jumpa olang pakai jubah..sama serban..itu apa olang cakap.idayah tatang..saya telus masuk Islam..saya poleh baca al-Fatihah..dengar ah.."

"alamtulillai lobbil aalamin.."Uncle Abdullah menghabiskan bacaannya dengan lidah cinanya. Akh Nu'aim dan AKh Farul memahami bukan mudah lidah cina untuk dilembutkan agar mampu membaca al-Quran. Perlu latihan.

"mei kuan xi uncle..ni man-man lien xi (tak pa la uncle..uncle belajar pelan-pelan).."Akh Farul memegang paha Uncle Abdullah sambil memujuk hatinya.

"owh..ni hui jiang hua yi ya (owh..kamu pandai cakap cina?".."Uncle Abdullah menyapa terkejut.

"hui yi tien-tien che si (boleh la sikit-sikit).."Akh Farul menjawab.

"cui cung yao..ni you solat ma..man-man lien xi..ge yi de..(yang penting..uncle ada solat..uncle belajar pelan-pelan..boleh punya.."Akh Nu'aim turut memberi semangat.

"owh..korang pandai cakap mandarin ah.."Pakcik Ustaz memindahkan pandangan kepada kami.

"boleh sikit-sikit pakcik..dulu pernah sekolah cina.."Akh Farul menjawab.

"ok la uncle..wo men you si yau chu ji (ok la uncle..kami ada hal mau keluar)"AKh Farul meminta izin. Signal dari Akh Zikri dah sampai.

"che pien you yi tien ge ni (sini ada sikit untuk uncle).."Akh Nu'aim menghulurkan sedikti sumbangan dari ikhwah-ikhwah UTP.

"owh..xie-xie ni men.."

"o ya..ni te tian hua hao ma le (o ya..no telefon uncle?)"Akh Farul meminta.

"owh..ling yao liu......(016-xxxxxxx)"Bagi yang belajar bahasa mandarin, biasa digunakan 'yi'..itu yang biasa kita dengar 'yi..er..san..si..wu..'..tapi kalau untuk penggunaan no telefon..kita akan ubah 'yi' kepada 'yao'..hehe..sedikit belajar mandarin ya..ini kalau dalam percakapan.

Akh Nu'aim dan Akh Farul bangun salam dan memeluk uncle Abdullah. Kemudian salam pakcik ustaz tersebut. Namun selepas pergaulan ini, dalam hati, dakwah untuk menyentuh hati seseorang, bukan menyakitkan hati orang tersebut. Apa yang pasti, indahnya Hidayah yang diberikan Allah kepada yang dikehendakinya.

"Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya."[QS al-Baqarah, 2:272]

**********************

"Assalamu'alaikum ya akhi.."Salam diberikan selepas melihat Akh Zikri keluar dari rumahnya.

"wa'alaikumsalam..jemput masuk.."

Kelihatan bayi comel diletakkan di tengah ruang tamu. Ikhwah-Ikhwah berkumpul dalam bulatan mengelilingin bayi tersebut. Kelihatan ikhwah-ikhwah sibuk bermain dengan bayi tersebut.

"wah..tahniah akhi..sudah jadi abi ni.."

"insyaAllah.."

"lelaki tau pompuan ni akh?"

"lelaki la akh.."

"Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki,"[QS as-Syura, 42:49]

"sapa nama dia akh?"

"tak letak lagi..masih berfikir ni..nanti hari ke-7 diconfirmkan..o ya..jemput la hari selasa depan ni..ke rumah ana..buat sedikit cukur rambut anak lepas isyak..insyaAllah.."

"owh..Akh Farul tidak dapat la join"

"tak pa la..yang penting sudah jumpa baby ni..hehe.."

"tahun depan baby sapa la pula..hehe"

"kita tunggu baby akh azahar..akh umair..hehe.."

"insyaAllah..amin..amin..tolong doakan.."

"macam mana mau dapat anak..zaujah pun tak lepas lagi..hehe.."

Tangisan bayi mendiamkan suasana. Seorang ikhwah membantu.

"chu..chu..chu..."bunyi dibuat sambil menepuk-nepuk paha bayi tersebut. Bayi diam sebentar.

"hah..kan dah diam..hehe.."

Bayi nangis kembali.

"apa lagi..nyanyilah..hehe.."

"hah..abi (akh zikri)..tunjukkan bakat seorang abi..hehe.."

Akh Zikri pun berusaha namun masih belajar. Akhirnya, bayi diserahkan kepada Emah Akh Zikri. Bayi diam.

"ish3..kene belajar lagi ni..hehe.."

"wah..subhanallah.."

Karipap dan sejenis buah yang ramai tidak pernah tengok dikeluarkan untuk dihidang.

"buah apa ni akh..tak pernah tengok pun.."

"ini dari kelantan ni.."

"nama dia buah..(penulis lupa nama buah tu..hehe).."

"owh..macam mana makan ni.."

"pecahkan kulit dia ni..pastu makan..hati-hati ada biji tu..dia masam-masam sikit akh.."

Ikhwah-ikhwah seronok berukhuwah. Lalu, Azan Isyak berkumandang menghentikan perbualan mereka.

"ok la akh..terima kasih ya..insyaAllah.."

semua ikhwah beri kata-kata sambil bersalaman dengan Akh Zikri. Solat Isyak diselesaikan untuk memenuhi amanah sebagai seorang hamba. Semoga anak kurniaan Allah mengikuti bahkan lebih baik lagi dari si Abi memperjuangkan agama Allah dalam keimanan.

"Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya." [QS at-Thur, 52:21]

****************

"hah..order la.."

Semua ikhwah dengan order masing-masing. Sementara menunggu order. Akh Farul memecahkan perbualan pelbagai sudut sesama ikhwah.

"insyaAllah..Alhamdulillahi Robbil 'Alamin..(kata2 pembuka bicara lalu dibacakan surah al-Anfal, 8 ayat 63)..insyaAllah..hati-hati kita diikat oleh Allah SWT, walaupun kita infak seluruh isi bumi ini..jadi..memandangkan ana akan balik esok..ana mohon nasihat dari antum semua..untuk ana bekalkan sepanjang cuti ini..boleh mulakan dari kanan ana.."

Beberapa nasihat diberikan dari ikhwah-ikhwah yang ada..antaranya:

"akh..ingat..dimane-mane pun yang kami tak dapat lihat antum..ingatlah Allah sentiasa melihat antum.."

"ana nak kongsi pribahasa melayu..Dimana bumi dipijak..di situ langit dijunjung..hehe..antum kan mau ke indonesia..mesej la ana.."

"antum rajin-rajin cari ilmu..jaga solat berjemaah ya akh..kalau ikhwah lain x balas mesej antum..mesej ana..hehe.."

"jaga mutaba'ah..maafkan jika ada kesalahan-kesalahan orang lain..insyaAllah.."

"(hadis dibacakan)..Jaga Allah, Allah akan jaga antum akh.."

"balik cepat sikit akh..hehe..lobi nikah..x da la..(hadis dibacakan)..bertakwalah dimana sahaja kamu berada..kesalahan akan dihapuskan dengan kebaikan..(ayat quran dibacakan)..banyakkan ibadah ya akh.."

"Jaga diri, keluarga dan agama...insyaAllah..selamat pergi..selamat kembali.."

"kahwin cepat..hehe..dimana-mana kita tetap berukhuwah..jaga diri ketika bersendirian..cari kawan-kawan..if iman down..yang pnting jaga yang fardhu.."

"Kita sentiasa dipandang Allah..ikhlaskan niat sentiasa ya akh..ingat akan kematian.."

dan beberapa lagi durratun nasihah..atau butir-butir nasihat yang diberikan untuk semua yang mendengar sebenarnya. Bagi nasihat konteks agama, kita mungkin dalam keadaan miskin, lapang, ramai,  masih berkomitmen, tapi bagaimana ketika kekayaan kita dapat, kesempitan menimpa atau bilangan sedikit atau bersendirian, adakah komitmen masih ada? Namun bagi kita, mari usahakan akan tetap beri komitmen kepada Allah, Rasul, dan Jihad dalam keadaan miskin/kaya, senang/ susah dan suka/ terpaksa..Semoga Allah beri kekuatan kepada kita. Ikhlas & Pengharapan kpd Allah akan memacu kita terus kuat menapak di jalan ini, kerana apa guna peluh-payah kita jika bukan kerana Allah? Teruslah menapaki jalan ini, jangan juga sekali-kali merasa tidak layak untuk bersama dakwah, kerana lingkaran ini hanya tersedia bagi orang-orang yang merasa tidak sempurna.

Bagi nasihat konteks mengenai ilmu, teruslah meletakkan kehausan terhadap air ilmu. Lalu beramal dan sampaikan pula ilmu tersebut. Seperti kata-kata Hasan Al-Basri Rahimahullah, "sesunggunya Allah telah mmbuat perjanjian dengan mereka yang berilmu supaya mereka menyampaikan ilmu mereka kepada seluruh manusia. Martabat dan darjat amat ditinggikan pada pandangan Allah. Atsar dari Ibnu Abbas RA yang meningkatkan semangat kita untuk menambah ilmu, "Ilmu akan menambah kemuliaan seseorang dan akan mengangkat darjat seseorang.

Bagi nasihat konteks pernikahan???hurm..Jika kita lihat kondisi masyarakt kini, ramai pasangan bercerai 2-3 bulan selepas menikah, padahal mnghabiskan masa beramah-mesra dekat 2-3 tahun, bahkan lebih lagi..kerana belum tentu yang kita cintai adalah terbaik untuk kita. Kita simpan saja ungkapan cinta dan derap hati rapat-rapat kepada si dia, Allah akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang tepat. Kerana jodoh itu di tangan Allah, tapi benarkah kalau tidak diambil-ambil, maka akan terus berada di tangan Allah?? Usaha, ikhlas, tawakkal dan redha pada Allah SWT.

"hah..datang dah makanan kite..jemput-jemput..dengar-dengar ade orang nak belanje..hehe.."

Makanan yang dihidang dijamah dengan penuh selera. Makanan masakan kelantan. Tidak pedas sangat. Indahnya Ukhuwah Itu.

Sunday, December 5, 2010

Be Strong To Hijrah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM
Cebisan Lirik  : Untitled - Simple Plan






How could this happen to me..
I've made my mistakes..
I’ve got no where to run.. 
The night goes on 
As I’m fading away.. 
I’m sick of this life.. 
I just wanna scream..
How could this happen to me..

Terkadang kita tertanya mengapa semua ini berlaku kepada kita?
Kesalahan yang memberi impak besar kepada diri kita..
Yang berterusan mengejar fikiran kita..
Membuat kita makin lemah tidak bermaya..
Hilang daya dan upaya meneruskan kehidupan dunia..

Namun ingatlah..
Satu benda yang pasti..
Teriakan mengadu putus asa atas apa yang terjadi,
Itu bukan solusi..

Everybody's screaming..
I try to make a sound but no one hears me..
I'm slipping off the edge..
I'm hanging by a thread..
I wanna start this over again..

Sekeliling kita..
Terkadang tiada masa untuk kita..
Walau sehingga kita jatuh ke jurang yang dalam..
Hanya berpaut pada tali rapuh tidak bermaya..
Sehingga terasa itulah pengakhiran..

Namun ingatlah...
Masih ada tali yang mampu menyelamatkan..
Tali yang harus jadi pegangan..
Yang bakal memberi kita suntikan harapan..
Yang sentiasa disana bila kita memerlukan..
Ayuh hijrah semula bangkitkan semangat.

So I try to hold..
onto a time when nothing mattered
And I can't explain what happened
And I can't erase the things that I've done
No I can't..

Ini perkara yang perlu disedari,
Perkara yang berlalu takkan mampu kita kembali,
takkan mampu kita hilangkan semula,
Kesilapan lalu biar jadikan pengajaran,
Untuk kita perbaiki di masa hadapan,
bukan berterusan menangisi keadaan.

Ketinggian motivasi bila kuatnya harapan,
Tingkatkanlah semangat usaha yang gigih,
Dibekali doa tawakkal penuh pengharapan,
kerna kesilapan yang ada untuk kita perbaiki.

Walau terkadang mencapai kegagalan,
Namun itu langkah bagi mencapai kejayaan.
Terus belajar dari kesilapan,
Terus belajar dari pengalaman,
lepas dan buanglah kaca mata hitam,
Yang melemahkan kita melihat semua dalam kegelapan,
kegelapan yang kononnya tiada harapan.

Hijrah lah kita tidak menunggu masa,
hijrah pada setiap waktu dan ketika,
bila terasa ada silap dan salah,
terus hijrah memacu dan memperbaiki arah.

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
[QS az-Zumar, 39:53]

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."
[QS an-Nisa', 4:48]

"Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
 [QS Yusof, 12:87]

Friday, December 3, 2010

Hari Bersama Lapisan Masyarakt 4 - Aku Bertemu Wanita Solehah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Sekadar coretan kenangan untuk dijadikan kisah ibrah buat semua. Dalam hari-hari akhir di UTP. Pelajar sibuk packing barang sini-sana..turun-naik tangga..Bahkan ramai juga barang bagai orang dah berkeluarga..masyaAllah..siap dengan induction cooker la, rice cooker la, toaster la, cutting board la, pisau all set la, iron la, n so on la..dan saya termasuk salah satu ahli yang banyak barang ni..huhu..Lagi-lagi dalam perantauan, memang barang untuk tinggal 5 tahun punya..sekali balun..Tapi, bukan ini yang ingin dikongsikan sangat, sekadar mukadimah pembuka post ini..

Ba'da Asar, keluar ke Taman Maju untuk beli barang dan g potong rambut..rambut sudah agak panjang..mau pendekkan..habis beli barang, singgah beli keropok lekor dulu..baru ke kedai gunting rambut..yang penting penggunting dia lelaki..masuk-masuk, ada sorang giliran depan saya..saya dipelawa duduk oleh penggunting di kerusi menunggu..saya pun tidak kisah sebab alang-alang ingin habiskan keropok lekor yang dibeli..satu perkara berlaku..

Terlihat dua kanak-kanak, saya hanya melemparkan senyuman kepada mereka, mereka membalas dengan senyuman malu melihat saya..seorang lelaki, seorang perempuan..adik-beradik rasanya..berdiri sebelah abah dorang yang sedang dalam proses cukur janggutnya..budak lelaki memberanikan diri datang duduk di sebelah saya..senyumannya masih tidak lekang..saya membalas senyuman dia..

"adik kenal abang ka?" soalan keluar dari saya..manatau dia pernah ikut kelas mengaji ka..atau jumpa di mana-mana program masyarakat..

Adik tu hanya goyang-goyang malu..tidak menjawab soalan tapi membalas soalan..

"Abang datang sini naik ape?" ala comelnya cara dia cakap..muka pun comel..alhamdulillah..

"owh..abang datang naik motor.."

"motor abang mana?"

"tu..depan kedai..yang warna kuning tu.."

Adik tu melulu keluar melihat motor berwarna kuning..kemudian berpatah balik duduk di sebelah saya..saya tengah menjamah sekeping keropok lekor..

"adik nak keropok lekor.."

Sekali lagi dia menunjukkan goyangan comelnya..tidak menjawab, tapi perlakuan dia menjawab..action speak louder than words..Adik tu sendiri pergi ambil sekeping keropok lekor keluarkan dari plastik..lalu memasukkan ke dalam mulut kecilnya..

Kelihatan dalam plastik ada lagi tinggal sekeping keropok lekor..

"adik name ape?"

"isykar.."sambil menjamah keropoknya..

"owh..yang sana tu akak ya?.."kelihatan si kakak dari tadi memperhatikan kami dengan gaya malu-malunya..

"iya..itu kak yang..kak long ada di umah.."

"owh.."

tudung yang dipakai Kak Yang memenuhi kriteria labuhan seperti digariskan al-Quran. Terasa bangga dan kagum, dari usia muda sudah di didik sedemkian rupa..namun tidak dinafikan, ada sahaja antara generasi muda hari ini, ibu bapa sudah elok didikannya bermula usia muda, namun, ditenggelami pengaruh dari rakan sebaya, akhirnya ibu bapa yang merana.

Tiba-tiba Kak Yang pula menghampiri kami. Saya hanya teringat sebuah hadis yang boleh diaplikasi dalam kondisi seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 7-8 tahun, tapi jangan salah guna pula ya..dimana Rasulullah bersabda:

"Sesempurna kaum mukminin (laki-laki beriman) mengenai keimanannya ialah yang terbaik budi pekertinya di antara mereka itu, dan yang terbaik di antara kaum mukminin itu ialah yang terbaik sifatnya terhadap kaum wanitanya."[HR Tirmidzi]

"hah kak yang..nak keropok lekor tak..ada lagi satu ni.."saya mempelawa adik sorang ni..umur rasa dalam 7-8 tahun. Perlakuan sama dengan adiknya, hanya perlakuan menjawab soalan. Jika si adik lelaki dengan gaya comelnya, si Kak Ayang dengan gaya malunya. Alhamdulillah..nikmat cabang keimanan yang sudah ramai wanita perkotak-katikkan. Sedangkan Rasulullah pesan kepada kita..Hadis yang pasti kita semua biasa dengar dan mengetahuinya..

"Keimanan itu ada tujuhpuluh lebih - tiga sampai sembilan -atau keimanan itu cabangnya ada enampuluh lebih - tiga sampai sembilan. Paling utama ialah ucapan La ilaha illallah dan serendah-rendahnya ialah menyingkirkan apa-apa yang berbahaya dari jalanan. Sifat malu adalah suatu cabang dari keimanan itu." (Muttafaq 'alaih)

Malulah yang sebenarnya mengawal wanita dari mengeluarkan syahwat yang melebihi kaum Adam. Jika malu yang mempertahankan syahwat tersebut tidak dikawal, maka..kita tahu apa akibatnya seperti dunia hari ini..Dan yang pasti, malu adalah secabang keimana..Syahwat pula tidak membawa kepada kebaikan jika tidak dikawal dengan iman.

"isykar umur berape?"

Adik Isykar hanya melihat Kak Yang-nya..

"Kak Yang umur berape?"

"darjah dua..dah ambil buku text.."

Dalam fikiran saya, sudah ambil buku text, maksudnya tahun depan baru darjah dua..

"owh..jadi Kak Yang tahun depan darjah dua la kan?"

"iya.."

"adik pula umur berape?"

"adik umur 4 tahun.."Kak Yang menjawab.

"a'ah..adik umur 4 tahun.."

"owh..sama umur macam Upin Ipin la ni..hehe.."teringat Upin Ipin sebab kepala adik ni pun botak.

"betul3.."Adik Isykar menjawab sambil berdiri dengan semangat..

"hehe.."Nampaknya dah berjaya melepaskan barrier antara kami.

"abang..abang..semalam adik tengok Batman.."Adik Isykar dengan keropok lekor masih belum habis di tangan.

"eh..bukan ler..cicakman.."si Kak Yang menyampuk.

"a'ah..yang boleh panjat dinding tu bang.."Adik Isykar dengan body language ala-ala cicakman.

"abang ada tengok tak bang?"

"owh..ke'..ke'..ke'..."ana buat suara ala-ala cicakman. siapa tidak tahu iklan yang Cicakman..Walaupun tidak pernah tengok.

"a'ah bang..bunyi dia macam tu kan..adik tengok sampai habis semalam.."

"owh..abang tak tengok habis..abang tengok sikit jer..jadi..tidur lambat la adik semalam?"

"a'ah la..tapi adik bangun awal.."keropok di tangan terus dipegang.

Habis kotor adik-adik ni makan keropok yang ada sambal diletak terus dalam plastik.

"Kak Yang, dah nak jatuh sambal die tu.." Kak Yang memegang keropok lekor sekali menggunakan plastik. Si adik, belasah sahaja terus dengan tangan kosong.

"Jap, abang ambilkan tisu.."Saya melihat ada segulung tisu depan meja cermin.

"ni Kak Yang, pegang baik-baik.."

"adik nak.."Adik Isykar mengeluarkan lagi aura comelnya.

"ya..ya..ada ni..lap tangan tu.."

Kelihatan abahnya hampir selesai..Muka nampak garang, senyumannya kurang..namun semua itu bukan jadi percaturan..Anak nampak baik akhlaknya..Inilah persepsi yang dimiliki setiap orang..Namun, kebanyakan melihat keindahan kulit daripada isinya..menetapkan perkara berdasarkan luaran..teringat kisah pada zaman Rasulullah SAW..Ketika Rasulullah mengajar sahabat melalui pertanyaan..

"Ada seorang lelaki yang berjalan melalui Nabi SAW, lalu beliau bertanya kepada seseorang yang sedang duduk di sisinya: "Bagaimanakah pendapatmu tentang orang ini." Orang yang ditanya itu menjawab: "Ini adalah seorang lelaki dari golongan manusia bangsawan. Orang ini demi Allah, sudah nyatalah apabila ia melamar seseorang wanita, tentu terlaksana ia dikawinkan dan apabila memintakan pertolongan pada sesuatu, tentu akan dikabulkan permintaan pertolongannya itu - untuk kepentingan orang lain."


Selanjutnya ada seorang lelaki lain berjalan melalui Nabi s.a.w. kemudian Rasulullah SAW bersabda - kepada kawan seduduknya itu: "Bagaimanakah pendapatmu tentang orang ini?" Orang itu menjawab: "Ya Rasulullah. Ini adalah seorang lelaki dari golongan kaum fakirnya orang-orang Islam. Orang ini nyatalah bahwa jikalau meminang, tentu tidak akan diterima untuk dikawinkan - dengan yang dipinangnya - dan jikalau memintakan pertolongan pada sesuatu, tentu tidak akan dikabulkan permintaan pertolongannya itu." 


Kemudian Rasulullah bersabda: "Yang ini - yakni yang engkau hinakan karena kefakirannya -adalah lebih baik dari pada seluruh isi bumi itu penuh seperti yang ini - yakni yang dimuliakan karena kekayaannya." (Muttafaq 'alaih)

SubhanAllah..suatu kisah pengajaran bagi kita semua dalam menilai seseorang manusia..manusia hanya tahu luaran..kekadang yang bercahaya tidak semestinya emas dan yang cantik semestinya permata..bahkan kekadang pujian diberikan akibat luaran..maka, jangan la kita termakan dengan pujian kerana manusia hanya tahu luaran sahaja..mungkin bagi kita, jika dosa-dosa mengeluarkan bau yang busuk, pasti tiada siapa ingin mendekati kita atas bau busuk yang keluar disebabkan dosa-dosa kita..Astaghfirullah..Allah Mengetahui Segalanya.

Kita dalam menilai seseorang, jangan terus prasangka buruk dan negatif yang diutamakan..kenali, fahami dan selami dahulu siapa dia sebenar..Perkara meleakkan persepsi buruk pada orang lain sering kali terjadi sehingga bukan hanya merenggangkan hubungan, bahkan mampu sehingga meleraikan hubungan sesama kita.

"ok bang..abah dah panggil.."Kak Yang menyapa.

"abang, nanti abang bawa lagi keropok ni ya.."Adik Isykar dengan slamber berkata.

"owh..nanti kita jumpa abang bawa lagi ya.."Tidak tahu akan jumpa lagi atau tidak.

"ok bang..mari sini.."Penggunting rambut dah panggil untuk menjalankan tugasnya.

"kasi pendek saja ya..tak mau layer.."

"owh wokey..belakang mau pakai gunting atau mesin.."

"pakai mesin.."saya pun tidak tahu ada beza ka.

"sideburn mau cukur"

"tak mau cukur.."

Selesai proses pengguntingan. Kain penghalang rambut dilepaskan kemudian proses mengurut dimulakan. Ini yang membuatkan saya suka gunting rambut di sini, urutan menyegarkan. Di sabah, tidak pernah jumpa. Lusa mau ke Shah Alam, lagi tidak mau potong disana, sure semua pompuan pengguntingnya.

Abang Penggunting Rambut urut dahi, rambut, kepala..di bahagian kepala dia ada buat apa entah sampai meletup-letup diketuk kepala kita menggunakan kumpalan tangan yang direnggangkan antara jari. harap boleh gambarkan. selepas urut kepala. dia urut bahu dan belakang kita. dan proses yang terakhir kekadang buat saya terkejut dan saya tidak biasa lakukan..namun dia sering buat dalam saya tidak sedar..Leher dipulas hingga berbunyi entah apa..tapi lega dirasa..hurm..kiri..kanan...akhir sekali..telinga pun ditarik sampai mengeluarkan bunyi..uish..itu lah salon di sini. Masa untuk balik ke UTP. Maghrib sampai isyak saya ada handle kelas tajwid untuk warga masyarakat di sebuah taman perumahan.

************

"insyaAllah..Tuan-tuan sekalian..Adik-adik Rahimakumullah..hari ni saya tidak akan bagi hukum-hukum tajwid yang baru..kita akan bersama-sama bertadarus untuk mengaplikasikan hukum-hukum tajwid yang lepas.."

Penuntut tidak lah ramai, ada 6 pakcik-pakcik, 5 anak muda (pekerja ada, pelajar U ada, form 5 ada dan form 3 ada).

"sebelum tu, pagi tadi saya ada dapat mesej dari kawan di UKMKL..Tok Wan dia baru sahaja meninggal dunia.."

"Innalillahi wainnalilahi Roji'un.."Pakcik-pakcik paling semangat.

"jadi insyaAllah, tuan-tuan sekalian, selagi kita masih diberi kehidupan, itu sebenarnya peluang bagi kita untuk memohon keampunan kepada Allah dan juga peluang untuk kita menambah lagi amalan kita..bagi kita..makin berusia, sepatutnya makin beramal..tapi kalau kita lihat di luar sana tuan-tuan dan adik-adik sekalian..betapa ramai orang-orang yang dah berusia namun masih buat benda-benda tidak sepatutnya.."

"contoh kalau kita lihat keluarga sekarang tuan-tuan..kekadang kalau anak-anak bertanya mengenai agama, ibu bapa pun tidak tahu jawab..ada makcik seorang tu tuan-tuan..anak dia tanya sama dia.."

"Mak..Nabi lahir tahun apa mak?"

"aaaa....apa la..apa guna mak hantar pergi sekolah..mesti ada diajar di sana..dah-dah..g tanya ayah kamu.."

Pakcik-pakcik gelak dengan cerita yang saya buat ala-ala mak anak tersebut ingin cover yang dia tidak tahu.

"ceh..padahal dia tak tau tuan-tuan..pastu anak p tanya ayah dia pula.."

"abah2...kenapa Nabi lahir tahun gajah?"

"sebab nabi tak lahir tahun kambing la..dah2..itu pun tak tau.."

"hehe..tuan-tuan..mungkin nampak lawak..tapi inilah yang berlaku dalam masyarakt sekarang..mungkin juga berlaku dalam keluarga kita..jadi insyaAllah..kita buat satu bulatan..yang tiada al-Quran boleh ambil.."

Kami semua duduk dalam bulatan.

"insyaAllah saya minta setiap orang baca setengah muka surat sahaja..kita akan sama-sama dengar dan baiki..kita mula dalam surah al-Imran..dalam mukasurat 50.."

Alhamdulillah..anak-anak muda hampir semua boleh membaca..namun ada seorang yang baru sekali datang..dia mengaku tidak pandai membaca..yang pakcik-pakcik pun ada dua orang memberi alasan.."

"pakcik susah mau tengok la.."sambil mengenyitkan matanya.

"tak pa la..pakcik baca lain kali.."wallahu'alam..microphone diserahkan kepada pakcik disebelahnya. Alhamdulillah boleh baca namun banyak dibaiki. Lalu sampai pada seorang pakcik ni.

"pakcik lama tak baca ni..tak reti sangat..tak pa la.."

selepas semua membaca kecuali 3 orang.

"insyaAllah, kita pelan-pelan belajar mengaji..semua perkara agak sukar sebelum ia menjadi mudah..kalau tiada apa-apa contoh maghrib sampai isyak macam ni..walaupun saya tiada..boleh buat tadarus macam ni.."

"betul tu ustaz..boleh kami makin lancar nanti.."Anak muda yang bekerja bersuara.

"mungkin ada yang kita tahu orang lain tahu, mungkin juga ada yang kita tidak tahu, orang lain tahu..jadi nanti saling membantu..insyaAllah..Yang paling penting kita usahakan pandai baca..kemudian perbetulkan bacaan kita..nama hukum-hukum tajwid semua hanya fardhu kifayah, tapi jika mau diaplikasikan dalam membaca al-Quran..dia jadi fardhu ain..bayangkan kalau tidak baca dengan betul tuan-tuan..jadilah "anak unta alaihim"...dari mana pula tiba-tiba keluar anak unta..tapi insyaAllah..kita sama-sama belajar..saya rasa itu sahaja..kalau ada persoalan?"

"ustaz..yang hukum tajwid 'Imalah' tu memang satu saje ke kalimah dalam al-Quran?" Anak muda pekerja yang paling semangat dengan catatan buku dia lagi.

"owh..iya..hari tu saya ada kongsikan..dia doa untuk naik kenderaan laut atau udara tu..yang kalimah "majreha"..dalam surah hud..surah yang ke-11..ayat yang ke....41...dalam mukasurat.....226..dia ada lambang diamond bawah tu..ini kita panggil Imalah..dia tak dibaca 'majraha' atau 'majriha'..tapi dia macam kita sebut 'sate'..'te'...'bukan majteha ya..nanti jadi 'mana teh nya'...kita baca..'majreha'..dalam al-Quran ini saja kalimah dia..insyaAllah.."

"ustaz..dulu pakcik tau tajwid2 ni..tapi tu la..lama tak gune...idgham mithlain, mad lin..sume tu pakcik ingat dulu.."

"tak pa pakcik..penyakit ilmu adalah lupa..yang penting tadi saya dengar pakcik baca semua ok..nanti kita sama-sama ingat balik..saya yakin, sebenarnya, kita semua pernah tahu nama2 tajwid ni..tapi mungkin agak lupa sikit2..pelan-pelan kita cuba ingat balik..insyaAllah.."

"jadi, saya rasa itu saja..isyak pun dah masuk..kita tutup kelas tajwid kita dengan tasbih kifarah dan suratul 'ashr.."

****************

inilah kondisi umat sekarang. Ramai yang sudah makin jauh dari kitab al-Quran. Jangankan nak ditadabburi, nak membukanya pun jarang..Namun bagi yang diberi nikmat boleh membaca, bahkan diberi nikmat untuk ditarbiyyah diri dengannya..Mari kita tingkatkan lagi kedekatan kita dengan al-Quran..sehingga kita mampu mencapai kenikmatan dalam membacanya.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. [QS al-Anfal, 8:2]

Pembacaan ayat-ayat al-Quran sepatutnya meningkatkan keimanan kita kepada Allah. Belajar lah al-Quran, lalu ajarkan pula ia, namun jangan sesekali membelakanginya. Ayat Quran bukan hanya lancar dan indah di mulut, serta ingat dan hafal di kepala, tapi tidak pengaruh dan membekas di hati..Dari ayat ke ayat yang berlalu..Hayatilah ia dengan saksama..Manfaatkan setiap nasihat dan pengajaran yang Allah sampaikan kepada kita..Akhir sekali, mari kita amalkan ayat-ayat dari Raja Seluruh 'Alam.

Wednesday, December 1, 2010

Kembara Bujang Lapok - Episod Akhir (Jaga diri baik-baik ya nek...)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Mohon maaf lama tidak sambung kisah ni..sebab pengalaman dah lama berlalu..lupa dah banyak perkara..namun ini yang termampu..terimalah..episod terakhir..



Tiba-tiba!!!

"Astagfirullah..AllahuAkhbar..." akh Hafiz melaung dengan kuat.

"Ya Allah.." Akh Hafiz menghentikan kereta dan cuba parkir ke bahu jalan.

Teriakan AKh Hafiz mengejutkan kedua saudaranya yang sedang enak dibuai kedinginan hujan yang makin lebat. Kedua saudaranya menggosok mata sambil melihat kiri dan kanan.

"Hafiz..ade ape!!!ape berlaku Hafiz??" Akh Zainul mengajukan persoalan dengan cemas.

"Astagfirullah..Innalillahi wainnailaihi roji'un.." AKh Farul tiba-tiba mengucapkan kalimat itu tatkala melihat ke luar tingkap bahagian kanan Hafiz.

Akh Zainul terus melihat Akh Farul tatkala Akh Farul bersuara. Pandangannya terus mengikuti pandangan Akh Farul ke luar tingkap.

"Lailahaillallah..dahsyatnye.." AKh Zainul turut terkejut selepas melihat apa yang dilihat kedua saudaranya.

"habis remuk kereta tu..macam mana la keadaan penumpang kereta tu agaknya."Akh Farul turut mendongak ke tingkap kanan Akh Hafiz.

"tak tau la khi..time ana tengok tadi kereta tu memang dah dalam keadaan macam tu.."

Hujan lebat yang membasahi lebuhraya itu menyaksikan satu kemalangan yang dahsyat berdasarkan impak yang besar kepada kenderaan Honda Vios berwarna hitam. Bahagian hadapan hancur sama sekali. Kaca-kaca bertaburan di atas jalan. Kelihatan bahagian atas kenderaan hampir bertemu dengan kerusi kenderaan. Secara logiknya, pasti mati sesiapa yang berada dalam keadaan itu.

"Akhi..tengok kat tepi kereta tu..Innalillah.."

"Astaghfirullah.."Akh Farul mengalihkan mata ekornya ke arah yang ditunjukkan Akh Hafiz.

Kelihatan 4 mayat kemalangan maut ditutup dengan pelastik hitam ditepi kenderaan dibasahi tangisan dari langit. Dari pandangan kasar yang dikaburi dengan jatuhan air hujan kelihatan mayat terdiri dari 2 dewasa dan 2 lagi kanak-kanak.

Kelihatan polis trafik berpakaian baju hujan berwarna biru gelap sedang mengawal lalu lintas dengan lampu amaran berwarna merah berkelip-kelipan mengarah kenderaan melalui bahagian jalur kiri labuhraya.

Orang ramai berpusu mengelilingi situasi namun dikawal rapi  oleh pihak berkuasa dengan garisan pemisah menggunakan pita amaran yang mengelilingi kawasan kemalangan. Kedahsyatan pada zahirnya pasti kenderaan yang terbabit bukan dalam kelajuan yang minima. Saluruh keluarga menjadi mangsa atas kelalaian pemanduan yang dipercayai ayah dalam keluarga mangsa.

Ketiga bujang lapok masih terus menatap di luar tingkap dengan saksama. Memerhatikan setiap sisi keadaan kemalangan. Pasukan-pasukan penyelamat dan bomba turut berada di tempat kejadian melaksanakan tugasan amanah masing-masing. Bagaimana agaknya perasaan ahli keluarga mangsa yang belum mengetahui keadaan ini. Pasti luluh atas pemergian mereka.

Sudah pasti mangsa kemalangan tidak menyangka semua ini terjadi. Mungkin pada mulanya kesemua sedang ketawa riang dalam menuju destinasi bagi menikmati keseronokan. Namun takdir Allah siapa yang tahu, sesungguhnya kematian akan mendapatkan kita dimana jua kita berada samada dalam keadaan sihat mahupun sakit, dalam waktu muda mahupun tua, dalam waktu beriman mahupun kufur dan dalam keadaan lapang mahupun sempit tanpa ditunda walau sesaat. Beruntunglah sesiapa yang sentiasa ingat akan kematian, dan lebih beruntung bagi sesiapa yang sentiasa bersedia untuk kematiannya.

"Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS 62:8)

"Ya Allah..nasib baik kite belum ditakdirkan seperti itu..astaghfirullah..ana tak bersedie lagi..Hafiz..bawa kerete hati-hati tau..ingat orang yang menyayangi kite akhi.." AKh Zainul memecahkan suasana suram sementara.

"Dan sekali-kali mereka tidak akan mengingini kematian itu selama-lamanya, karena kesalahan-kesalahan yang telah diperbuat oleh tangan mereka (sendiri), dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang aniaya"(QS 2:95)

"insyaAllah..ana akan usaha yang terbaik..hujan lebat lagi ni..susah gak nak nampak..insyaAllah kita selamat sampai..ok le..moga kemalangan menjadi pengajaran buat kite..ana gerak ya.."

kereta mula bergerak meninggal puluhan manusia yang berkumpul di tengah-tengah lebuhraya. Ketiga bujang lapok menjumpai hatinya tatkala mengingat akan kematian seperti kata-kata imam ghazali untuk kita mencari hati kita di 3 tempat dan salah satunya adalah 'dzikrul maut'.

Akh Farul masih diam membisu dan merenung sejuta batu. Akh Zainul memajukan badannya dan memerhatikan keadaan perjalanan. Waktu awal 1.00 pagi tidak menjadi penghalang bagi ketiga bujangga dalam keadaan segar semula. Zikirullah terus berkumat kamit di bibir mereka. Alunan istighfar turut terus menghiasi kembara mereka.


                 **********************

"Alhamdulillah..akhirnya sampai dengan selamat.." Akh Hafiz bercakap kesorangan sambil menghela nafas lega.

Kedua saudaranya sudah lena kembali dalam tidur. Kelihatan banyak kenderaan mengerumuni rumah nenek yang ingin dituju. Akh Hafiz parkir di belakang kereta Naza Ria lalu mematikan jantung kereta 'kancil harimau'. Waktu tepat jam 2.40 pagi.

"Farul..bangun Farul..dah sampai ni..bangun-bangun.."

"Zainul..bangun..Zainul..jom-jom..sampai dah ni.."

Akh Hafiz berusaha mengejutkan kedua saudaranya.

"dah sampai ker.." Suara Zainul mula kedengaran.

"a'ah..sampai dah..bangun la akhi..jom turun.."

Akh Zainul bangkit lalu merenggangkan tubuh badannya. Akh Farul masih tegar dengan tidurnya. Akh Zainul pula kali ini mencuba mengejutkan dengan kaedah rahsia.

"klekk..klekk..klekk.."Akh Zainul menggelikan pinggang Akh Farul sambil menggoyangkan seluruh badannya.

"bangun..bangun..akhi ku bangun..bangun mari turun kereta.."Akh Zainul menyanyi seperti dalam salah satu wayang kanak-kanak.

"dimana dah ni..dah sampai ka.." Akh Farul akhirnya mencelikkan matanya yang sepet seperti orang cina namun kurang cerah kulitnya.

"dah sampai sabah dah ni..ana fikirkan ana jer yang susah nak dikejutkan..tak sangka antum pun berani nak mencabar ana..hehe.."

"dah la..jom turun..ana nak g jumpa nenek ni.."Akh Hafiz menghalang dari masa dilewatkan.

Ketiga bujang lapok turun dari tunggangan 'kancil harimau' dan menuju ke muka pintu rumah nenek Akh Hafiz. Kelihatan penuh rumah sehingga ke luar rumah. Kebanyakan sedang tidur secara baring atau duduk. Ada juga yang datang menyapa Akh Hafiz dan kawannya. Nenek nampak belum kelihatan pada pandangan Akh Hafiz.

"alhamdulillah..sampai juge anak saudare mak su ni..jam berape bertolak tadi..jom masuk..ajak kawan tu..mari.."Seorang wanita kelihatan masih muda namun kelihatan kematangannya menyapa ketiga bujang lapok.

"owh mak su..bertolak dekat jam 10 malam tadi..nenek mana mak su.."Akh Hafiz menyalami muhrimnya yang merupakan adik bongsu mama Akh Hafiz. Akh Farul dan Akh Zainul hanya meletakkan tangan kanan didada sambil tunduk sedikit sebagai tanda hormat kepada yang tua. Senyuman turut disedekahkan sebagai lambang kasih sesama islam.

"nenek ade kat atas..tengah bersiap dah tu..kita gerak lewat sikit..jam 3.30 gitu..mari masuk lu..ajak kawan tu..mak su dah sedie masakan negeghi tu..ramai tengah tidur agi..maklumler..semua kepenatan berjalanan jauh dari tempat masing-masing..mariler.." Mak Su mengajak dengan penuh senyuman yang terukir. Dia terus masuk dahulu bagi menghidangkan makanan masakannya.

"Zainul...Farul..jom la..tadi tu adik mak ana yang bongsu..biasa panggil mak su jer..jom la khi..rasa masakan orang negeghi..masak lemok cili api pasti ada tu..tapi Farul..kena tahan pedas sikit ler..antum kan tak kuat makan pedas..hehe..jom la.."

"ana ok jer..tangisan kepedasan tu dah biasa..hehe.."Akh Farul yang tidak biasa dengan makanan pedas cuba menyembunyikan kisah sebenar.

"wah..makan ape name die ni..makan sahur pun boleh..hehe.."Akh Zainul menyampuk sambil menepuk bahu AKh Hafiz.

"makan ape je la..hehe..jom la..mak su dah siap hidang dah tu.."

Ketiga bujangga masuk ke rumah nenek yang sederhana binaannya. Zainul dan Farul menundukkan pandangan dari melihat beberapa orang yang tidur di ruang tamu. Kelihatan ramai budak-budak kecil tidur bersusun di atas permaidani biru di hadapan televisyen. Terdapat juga budak lingkungan 4 tahun yang masih asyik bermain dengan mainannya.

           ******************************
"jemput la makan..sori la rumah kecil jer..makan atas lantai lagi..meja dah diangkat ke luar pagi tadi..tak per kan.."Mak Su menjemput ketiga bujangga duduk atas lantai dihadapan makanan yang sudah sedia terhidang.

"ala makci..kami dah biase makan macam ni kat hostel..hehe..kan Hafiz.."Akh Zainul pertama duduk sambil mengemaskan duduk silanya.

"hehe..ya mak su..kami biasa masak sendiri kat hostel..kami biasa makan kat talam jer..don't worry la..dorang biasa dah tu..jom makan.."

"wah..masak sendiri ker..mesti masak telur, nugget, sausage atau benda-benda yang mudah ja kan.."

"mane der makci..bukan itu ja..kami siap masak kari ayam, ayam kurma, ayam sos, ikan keli berlada, tomyam, kerang, sayur-sayur dan banyak lagi la..tapi kebanyakannya resepi baru la..main masuk ja apa yang ada..tapi selama ini belum ada kes keracunan makanan..hehe.."Akh Farul turut menyampuk sebagai meraikan perbualan dengan Mak Su.

"wah..siapa tukang masak dia..nak harapakan Hafiz..mak su tak caye lah..dia ni..masak air boleh la..hehe..kan Hafiz."

"mane de mak su..ana..eh..Hafiz yang selalu jadi tukang tanak nasi..hehe..yang masak-masak lauk tu bagi orang lain.."

"betul tu makci..nasi Hafiz selalu menjadi..walau kekadang kami terpaksa buat resepi baru..macam hari tu plan nak wat nasi goreng..Hafiz punya pasal..terpakse buat bubur goreng..pergh..tak pernah dalam sejarah masakan..sengsara nak gaul bubur goreng tu..habis keluar urat-urat tangan nak menggaul.."AKh Zainul dengan semangat berbual dengan Mak Su.

"dah agak dah..hehe..dah la..jamah la makanan tu..kali ni tiada bubur goreng..jangan risau..o ya..yang kawan Hafiz sorang ni orang sabah ker.."Mak Su menunjuk Akh Farul.

"owh..ya Mak Su..sabahan 'bah'.."

"owh..yang sorang ni pula..sarawakian pula..hehe.."

"ho..saye orang kajang makci..name Zainul..yang sabahan ni name die Fakhrullah..tapi panggil die Farul jer.." Akh Zainul menyapa Mak Su sambil mengaut nasi di bekas nasi.

"macam mana makci tahu saya dari sabah..hehe.."

"loghat kamu tu..sama dengan kawan sabah makci tempat makci kerje..dah la..jemput makan tu..habiskan je semue yer..maci nak naik atas jap..jangan malu-malu makan.."

"baik makci..terima kasih ya/yer.."Akh Farul serentak bersama AKh Zainul.

Makanan yang dihidang dijamah dengan penuh kesyukuran selepas membaca doa bersama sebelum menjamah rezeki dariNya.

         *********************************

Kedinginan awal pagi yang masih disinari cahaya rembulan mengusik hati di jiwa. Kesemua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu berhadapan dengan nenek kesayangan yang sedang duduk di atas sofa. Kelihatan semua ahli keluarga duduk berkumpul dengan rapat di atas lantai berlapiskan permaidani berwarna biru awan yang lembut. Akh Hafiz turut berada di dalam perkumpulan sesama ahli keluarga sementara Akh Zainul dan Akh Farul hanya berada di luar pintu rumah memerhatikan dengan penuh saksama.

"BismillahirRahmaniRahim..Assalamu'alaikum warahmatullah.." Suara nenek yang halus dan terus menusuk di kalbu memecahkan kesunyian awal pagi sambil disahahut anak-anak serta cucu-cucunya.

"Alhamdulillah..terima kasih semue...."Tangisan tiba-tiba meresapi diri nenek hingga kata-kata terhenti seketika. Kelihatan air mata kasih sayang seorang mama juga seorang nenek membasahi pipinya. Tangisan itu membuat sebilangan ahli keluarga turut bersedih serta menitiskan air mata. Setitik air mata yang menyingkap sejuta makna dari kelopak mata nenek seperti dapat difahami ahli keluarga yang lain. Kelihatan Mak Su berdiri menghampiri nenek dan memeluk bagi menyabarkan Ibunya yang tersayang.

Adakah tangisan itu lambang kasih sayang dan rindu kepada anak dan cucunya? Adakah tangisan itu lambang kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana akhirnya nenek hanya tinggal setapak sahaja lagi menuju ke tanah suci makkah yang telah lama dinanti? Adakah tangisan itu kerana takut dan kesedihan akan perpisahan yang bakal berlaku untuk beberapa waktu yang belum tahu kesudahan samada bakal bertemu semula atau tidak?

"terima kasih nenek ucapkan kepade semua yang sudi hadir pada hari ini..nenek mohon doa dari semua agar nenek yang sudah tua ini mampu melaksanakan haji dengan selamat dan sejahtera..semoga Allah berikan nenek haji yang mabrur..maafkan jika nenek pernah buat salah kepada semua..kepada anak-anak mak..cucu-cucu nenek semua..juga.." Tangisan sekali menghentikan percakapan nenek yang diiringi dengan tangisan keikhlasan darinya.

"semoga Allah sentiasa merahmati kite semua..nenek terharu kerane mempunyai anak-anak dan cucu-cucu yang sudi menemani nenek disini..nenek ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua.."Suara nenek terus menusuk ke kalbu kerana suara dari hati akan jatuh ke hati.

Selepas ucapan yang penuh dengan makna, kesemua ahli keluarga berdiri satu persatu untuk bersalaman dan berpelukan dengan seorang insan tua yang masih kelihatan kuat di riak wajahnya.

"Maafkan along mak..selame ini along tidak menjage mak dengan baik..along selalu sibuk dengan urusan sendiri..maafkan along ya mak.." Orang pertama yang berdiri selepas ucapan nenek adalah anak sulungnya diikuti adik-adiknya yang lain.

Suasana kesedihan di awal pagi bakal melunakkan sesiapa sahaja yang menyaksikannya. Akh Farul turut menitiskan air mata tatkala melihat suasana itu. Akh Farul terkenang Ibu di kampung selepas melihat pelukan kasih sayang dari seorang Ibu kepada Anak-anaknya. Tangisan yang jatuh membasahi pipi mengingatkan tangisan ibu suatu masa dahulu. Akh Farul bertahmid memuji Allah atas sifat kasih sayang yang dikurniakan kepada Ibunya untuk disalurkan kepada anak-anaknya sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Pengorbanan dari anak dikandungan sehingga meningkat dewasa terus bermain di fikiran Akh Farul.

Akh Zainul yang dari luar seorang yang ceria namun hatinya lembut turut menitiskan air mata akan suasana yang berlaku di rumah itu. Turut bermain di fikirannya akan kelibat Ibunya yang amat disayanginya. Pujian kepada Allah turut dilantunkan yang meniupkan sifat kasih sayang dalam diri hamba-hambaNya. Pelukan antara Mak Su dan Ibunya bagaikan tidak ingin dilepaskan menguatkan lagi kesedihan di hati sesiapa yang menyaksikan. Mak Su yang menjaga Ibunya sepanjang abang dan kakaknya bersama rumah tangga dan kerjaya masing-masing pasti lebih luangkan masa bersama Ibunya itu membuatkan sukar untuk melepaskan Ibunya itu.

"dah lah nak..insyaAllah Mak akan baik-baik saje ye nak..mak nak minta maaf kalau selalu menyusahkan ucu ye.." Mak Su bertambah tangisan dan makin erat pelukannya kepada Ibu tersayang. Kelihatan kakaknya cuba mendampingi adiknya  untuk menyabarkan dan meleraikan pelukan kasih sayang itu. Suasana terus dilanda kesedihan sehingga sampai giliran cucu nenek untuk bersalam dengannya. Akh Hafiz yang pertama menyapa nenek kesayangannya itu turut menitiskan air mata. Pelukan dan ciuman dari neneknya yang turut menitiskan air mata menghibakan hati di dada.

"terima kasih ye cu..sudi datang jenguk nenek dari jauh..belajar rajin-rajin..banggakan ayah dan ibu..sentiasa ingat harapan mereka ye cu.."

"Ye nek..jaga diri baik-baik ya nek.."

Begitulah pengalaman Kembara Bujang Lapok suatu masa dahulu..Pengalaman yang sekarang menjadi bingkisan dalam kenangan..


- TAMAT -