Sunday, December 12, 2010

Hari Bersama Lapisan Masyarakat 7 - Analogi Kimia Mengajar Erti BOIKOT!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




"minum ape bang?" Abang pengambil order menyapa dengan sopan.

"bagi saya Barli Ais." Akh Fauzi memulakan ordernya.

"saye bagi.....Bancau yer.."Akh Faidhi sambil membaca surat khabar yang disediakan di gerai tersebut.

"erm.. bagi Limau Ais.." Akh Fuad yang tidak lari dari limau ais di setiap order tidak kira dimana gerai diperginya.

"hah..faiz..minum apa?" Akh Fauzi melihat mad'u (orang yang ingin didakwahi) Akh Faidhi yang kelihatan malu-malu yang duduk dihadapannya.

"owh..bagi saya Milo Ais ya bang.."Faiz order sesuatu yang membuatkan Ikhwah semuanya terkejut.

"ok..makan pula?" Abang pengambil order bertanya.

"tak per bang...kami minum jer..terima kasih bang.."Akh Fuad menjawab hormat.

Akh Faidhi dan Akh Fuad terus melihat Akh Fauzi selepas order yang diucapkan oleh Faiz. Faiz yang tiada kefahaman mengenai isu boikot tanpa rasa bersalah terus order produk keluaran Nestle. Akh Fauzi hanya memberi isyarat menenangkan Akh Faidhi dan Akh Fuad untuk biarkan dahulu order Faiz. Namun diam tidak bermaksud menyokong perbuatan tersebut, tapi ingin memberi pengajaran secara berhikmah dengan memberi kefahaman kepada mad'u tersebut.

Sementara menunggu order..

"ni..abang ada sesuatu ingin dikongsi.."Akh Fauzi dengan nada santai ingin memulakan perbualan. Memang antara keempat mereka Akh Fauzi paling tua dari yang lain.

Semua yang lain terus mengawal fokus ke arah Akh Fauzi.

"abang nak kongsi pasal satu kajian ni.."Akh Fauzi dengan suara semangat disertai pergerakan tubuh ingin menarik perhatian semua.

"ok..bayangkan di sini ada air mineral..di sini ada air RO atau reverse osmosis..sini pula air bateri..sini air berkarbonat..macam 100 Plus, 7 Up..sini pula air zam-zam.."Akh Fauzi memberikan 5 sample untuk dibayangkan sambil menunjukkan kawasan yang berlainan namun tersusun dari kiri ke kanan. Ikhwah yang lain hanya fokus melihat dan mengamati perkongsian experiment mengenai air tersebut.

"ok..jadi..semua warna dia putih kan...warna clear..jadi..semua warna yang sama pada mulanya...jadi..semua tahu kan pasal pH value..dari yang merah is acidic..sampai jadi warna ungu which means alkali.."

"owh..tahu..ape name..yang ade table die tu..pH table la kot..dari merah, kuning, hijau, biru dan ungu if tak silap.."Akh Fuad memintas.

"hah..betul la tu..ok..jadi..dalam setiap sample ni kita letak Universal Indicator..letak beberapa drop ja..so, each sample akan berubah warna dia berdasarkan pH masing-masing kan?"

Semua yang lain mengangguk setuju.

"if letak di air mineral..berubah jadi warna hijau...if letak di air RO pun..hijau-hijau gak la..if letak di air bateri warna apa? hah faiz.."

"di air bateri..acidic kot bang.." Faiz menjawab.

"yup..tapi tak acidic sangat..dia jadi warna kuning..hehe.."

"owh ya ka akh?"Akh Faidhi sambil memajukan badannya.

"iya..ok..kita teruskan..next sample air berkarbonat..sengaja pilih yang warna dia clear..senang detect..rasanya apa colour dia?"

"sure merah kan bang.."Faiz yang kelihatan minat dengan kajian ini.

"yup..merah..means very acidic..boleh dikatakan poisonous juga..agak bahaya boleh menghakis colon kita..roughly 2.5 pH value dia tu..dahsyat gak.."

"betul akh..macam Cola la kan..2.5 something..tapi ramai kot orang minum."Akh Faidhi memberi sokongan.

"betul3..tak per..kita habiskan lu kajian kita..next sample air zam-zam..cuba teka warna apa?"

"alkali la kot.."Akh Fuad menjawab santai.

"dia warna ungu..tinggi la alkali dia..kalau WHO..tahu kan..World Health Organization..dia inform, 'The best water in the world is Mecca Water (Air Zam-Zam)"..so, kalau mana-mana mau keluarkan produk air yang terbaik, kena memenuhi kriteria Air Zam-zam ni..alkali dia tinggi..banyak nutrien..yang paling hebat, Air Zam-zam ni dikatakan Air Hidup.."

"tahu kan Rasulullah melarang kita meniup air atau makanan yang panas??? Setiap apa yang disampaikan Rasulullah ada hikmahnya...bayangkan di setiap sample tadi..kita ambil straw, kemudian tiup menggunakan mulut kita..air mineral yang tadi warna hijau, dia akan jadi kuning...air RO..air bateri pula makin acidic..air berkarbonat tak payah tiup..dah memang merah tahap karma dah..hehe..tapi kalau air zam-zam, kenapa dia dikatakan air hidup, sample yang lain if ditiup dia akan kekal acidic tu..tapi if air zam-zam, kalau kita tiup, dia akan juga menurun tapi takkan jatuh bawah dari warna hijau..tapi dia akan dengan sendiri naik kembali jadi warna ungu..itu yang dikatakan Air Hidup tu..automatic jadi alkali balik.."

"subhanallah..mantapnyer.." Akh Faidhi kekaguman. Dua yang lain turun menunjukkan ekspresi muka yang sama, kagum.

"tiada dapat lawan ciptaan Allah..pastu, kita ni kena neutralize kan acid-acid di badan ni..contoh, kalau kita tengok, yang sample semua tadi yang sudah diacidickan, boleh guna air contoh mineral tadi kita tuang balik dalam sample, tuang banyak-banyak sampai air yang warna kuning jadi hijau balik..tapi if sekadar guna air mineral atau RO susah la..pH rendah juga..tapi if letak air zam-zam jadi neutralizer, mantop.."

"tapi..acid ni bahaya..lebih-lebih lagi air berkarbonat tadi..yang warna merah tu..nisbah (ratio) acid to alkali dia, 1:8..maksud dia, 1 acid sudah mampu mengalahkan 8 alkali..kalau kita letak 100 Plus contohnya di penutup botol dia yang kecil tu, sikit ja tu..cuba kita tuang di air mineral, air RO, air bateri hatta air zam-zam sekali, semua akan jadi warna merah terus...satu penutup botol ja..sudah cukup membunuh semua.."

"masyaAllah...dahsyatnyer..tapi ramai kot orang yang minum.."Akh Faidhi dengan suara semangat.

"tu la pasal..ana dulu pun minum kot..tapi lepas tahu F&N tu boikot, terus stop..tapi tak tau pula dari aspek kesihatan sampai macam ni..pergh.."Akh Fuad yang lebih semangat suaranya.

"yup..maklumlah..sedap gitu..hehe..tapi di Israel..walaupun dorang yang keluarkan minuman-minuman bergas ni..tapi rakyat dorang tak minum pun..bahkan dorang disupply susu kambing lagi..dorang pengeluar minuman bergas, tapi dorang bukan pengguna..dorang bagi orang lain yang minum.."

"dorang memang menjaga sesama dorang..ini salah satu juga bentuk serangan melalui pemakanan dan minuman..bahkan salah satu sumber income dorang..sebab tu la..Ketua ulama' sedunia..Professor Dr Yusof Qaradhawi mengeluarkan fatwa setiap satu dollar yang kita spent yang menyuppot income zionis ni, ibarat satu peluru kita belikan pada zionis untuk membunuh umat Islam.."

"banyak lagi barang-barang yang kita perlu boikot..ada di internet banyak tu..dalam website yang inminds contohnya...contoh paling dekat keluaran Nestle..macam Milo, Nespray, dan semua la produk dia..tapi Faiz, takpa la..Faiz tak tau lagi..insyaAllah kedepan tak akan order lagi Milo tu.."

"insyaAllah..saya rasa bersalah pula dah order ni.." Faiz dengan muka bersalahnya.

"tak per la Faiz, kami dulu macam tu gak..tapi pelan-pelan boleh punyer..tu la kalau Faiz tengok ikhwah-ikhwah tiada yang guna barang-barang boikot ni..ini la salah satu usahe yang kite boleh buat untuk bantu saudara-saudara kita di Palestine"Akh Faidhi menambah.

Kelihatan air yang diorder sampai akhirnya. Agak lambat kerana ramai pelanggan pada malam tersebut. Namun, penantian tidak disia-siakan berlalu, dapat minuman Jus Ilmu dan Jus Kesedaran menghilangkan haus pengetahuan dan kefahaman mengenai isu boikot.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."[QS al-Baqarah, 2:216]


*****************

"owh..macam tu ka akh kalau mau ilaj (clearkan) pasal barang boikot? ana mau tegur tadi, tapi tidak tau macam mana mau start..takut menyakitkan hati pula kalau direct ja tadi.."Akh Faidhi

"insyaAllah..buat macam tu ja..pelan-pelan masukkan secara halus..kan dakwah untuk menyentuh hati, bukan menyakitkan hati..hehe.."

"kalau antum tidak mulakan tadi..ana terus ja mau cakap air tu barang boikot..tapi dia sudah order.."

"tidak apa la akh..mad'u..biasa la..kita bagi kefahaman dulu..kedepan insyaAllah dia tidak akan lagi order minuman boikot.. Kita harus membumikan gaya berdakwah akh, agar nuansa dakwah tidak memberi  kesan pertama yang menyeramkan."

"wah..betul tu akh..masukkan pasal saintifik lu tadi..ana pun terkilan mendengarnya..hehe.."

"hehe..tapi tu la akh..isu Palestine ni macam ada musim dia..sedih gak tengok..inilah kita habis dijajah oleh puak zionis ni..sedangkan kita hanya boleh dijajaj oleh Allah sebenarnya..bukan dijajah oleh yang lain dari-Nya.."

"betul akh..insyaAllah.."

9 comments:

Muhammad Ar-Rabi' said...

kisah benar?
syukran atas perkongsian.

Anonymous said...

salam akh..

amboi...masih igt lg ka eksperimen tu.sapa yang buat tuh ya?

p/s: apa lg...pasanglah oxy pi mesin..insya Allah...alkaline

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Muhammad Ar-rabi' -> iya..kisah benar..

Anonymous -> mesti la ingat..alhamdulillah boleh diaplikasikn dlm berdakwah..smga org yg berkongsi itu mndapt pahala ilmu yg dimanfaatkn..

p/s:x tau bila mau psng..hehe..

Anonymous said...

SALAM ...SKARANG NI PALING BAHAYA DAN PERLU BOIKOT IALAH FACEBOOK..100% YAHUDI PUNYA..SAME-SAME KITA BOIKOT..

Fakhrullah Bin Mawardi said...

salam anonymous..syukran atas pandangan..asif, bagi ana terpulang pada penggunaannya seperti pandangan ustaz hazrizal..wallahu'alam..

zawie said...

salam...
macam mane pule klu
ada yg kate sume kene boikot dlu br die boikot?

Fakhrullah Bin Mawardi said...

zawie -> wassalam..jika mau menunggu semua orang boikot baru dia ikut boikot, itu lebih kpd tiada pendirian sendiri untk memberi sumbangan memboikot mana yg blh diboikot..dan dia jg menyumbang dan menyokong dlm keadaan dia blh memboikot..namun dia x memboikot sebab menunggu semua org boikot dahulu..wallahu'alam..

AQ said...

apa pula peranan kita bila kat umah kalau semua brgn boikot ada smpai xnak guna pun akhirnya tguna juga sket.. maybe xdpt beri kfhmn yg baik pd fmili lg..huhu..
mohon doa semua..

Fakhrullah Bin Mawardi said...

AQ:
brgn boikot yg mmg dah ada kat umah, atau dah terbeli, better guna ja daripada membazir..namun, kedepan, cuba kita yg offer g beli barang2 umah, agar kita yg mampu pilih produk apa yg x diboikot..