Tuesday, December 7, 2010

Hari Bersama Lapisan Masyarakt 5 - Dia Saudara Baru Kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



[Salam akh..malam ni kita semua g ziarah baby akh zikri lepas maghrib..jumpa di Surau Taman Maju..lepas tu kita g dinner di restoran selatan..Akh Farul esok pagi akan balik sudah..c ya..wassalam]

Message Sent To...(All Ikhwah UTP)

Mesej dihantar kepada semua ikhwah UTP yang masih tersisa di bumi UTP..Ikhwah-ikhwah foudation dan beberapa ikhwah-ikhwah undergrad..hari terakhir di UTP dimanfaatkan dengan meluangkan masa dengan ikhwah-ikhwah seperjuangan.

[ok akh..beres]

[count me in...]

[jumpa di surau ya]

dan banyak lagi mesej-mesej balasan dari ikhwah-ikhwah UTP. Barang siap dikemas.

***********

"Assalamu'alikum Warahmatullah..."Imam di Surau Taman Maju menghabiskan solat jemaah fardhu maghrib. Lalu memulakan zikir beramai-ramai. Kelihatan ada makmum yang berdiri ke belakang melakukan solat sunat ba'diah, ada musafir berjemaah menjama' & qasar fardhu isyak, ada yang kekal duduk menghidupkan zikir dan ada juga yang mempunyai kebutuhan atau keperluan untuk terus keluar dari surau.

Di suatu sudut, kelihatan sekumpulan manusia sebaya generasi muda semuanya, itulah ikhwah-ikhwah UTP.

"so akh..amacam..gerak sekarang ker?"Akh Nu'aim mengajukan soalan pada Akh Farul. Rumah Akh Zikri hanya beberapa langkah dari Surau di sini.

"kejap akh..kita tunggu signal dari Akh Zikri..insyaAllah.."

"o ya akh..antum nampak tak yang sana tu..pakcik tu saudare baru..die orang cine..hari tu ana ade dengar yang die ade masalah kewangan nak ke kelantan. Family dia ada di Ipoh, tapi tak layan dan tak terime die sangat.." Akh Ikram berkongsi satu kisah menarik.

Kelihatan di sudut bahagian saff hadapan terdapat seorang muallaf bermuka cina. Sebelah dia ada seorang ahli jemaah surau ini. Lalu kelihatan seorang pakcik maju ke hadapan dan mengambil microphone.

"Assalamu'alaikum sidang jemaah sekalian..insyaAllah kite ade saudare baru yang perlukan bantuan kite..name die Abdullah Ng..Die perlukan duit untuk pergi belajar di Kelantan..insyaAllah, kepade sesiape yang ingin memberi sumbangan boleh berjumpe dengan beliau selepas isyak nanti.."

Kelihatan muallaf tersebut berdiri dan membongkokkan sedikit badannya sebagai lambang hormat ketika nama beliau disebut oleh pakcik yang membuat pengumuman.

"Nu'aim..apa lagi..kami menghantar antum sebagai duta kami ke negeri cina sana..hehe.."Akh Farul berseloroh.

"jom la akh..same-same..kite cakap cina ngan die.."Akh Nu'aim yang pandai berbahasa cina memperlawa Akh Farul sekali yang juge boleh berbahasa cina.

"hah..ni dari ana.."

"ni pula dari ana.."

kelihatan ikhwah-ikhwah mengeluarkan wang ringgit untuk dikumpulkan bersama dan serahkan kepada muallaf tersebut.

"antum pegang duit ni akh..nanti antum bagi..kita g berdua ke sana..sementara menunggu signal dari akh zikri."Akh Farul memperlawa.

"ok akh..insyaAllah.."

Akh Nu'aim dan Akh Farul pergi meninggalkan perkumpulan ikhwah dan menuju kearah muallafa bersama seorang pakcik yang dianggap ustaz.

****************

"Assalamu'alaikum uncle..pakcik.."Akh Farul membuka salam dan menghulurkan tangan untuk bersalam..lalu terus duduk disamping mereka. Akh Nu'aim melakukan perkara yang sama.

"uncle dari mana?"

"saya olang Ipoh..keluarka saya ata ti KL..tapi ata masalah sikit..anak tika2 di KL..tolang selalu cakap saya sutah jadi melayu..saya selalu cakap sama dolang..saya bukan jati melayu..tapi saya islam..saya masih olang cina.."

Akh Nu'aim dan Akh Farul mendengar dengan saksama sambil diselangi dengan anggukan kepala.

"inilah ni..sudah masuk Islam 3 tahun..tapi baca al-Fatihah pun tidak betul..5 hari saja belajar.."Pakcik sorang ni tiba-tiba dengan suara agak tinggi bercakap.

"itulah..uncle dulu baru 5 ari belajar ti selangor..ini sijil2 uncle..macam ustaz cakap..al-Fatiha pun saya tak betul..saya dulu bekerja itu angkat semen punya..tapi saya tapat sakit di pahakian kanan sini (sambil tunjuk buah pinggang sebelah kanan)..6 bulan operation..saya sutah tak boleh kerja..duit juga sutah titak ata.."

"mana boleh cume 5 hari belajar..kalau 3 tahun u belajar..memang sudah pandai baca al-Fatihah"pakcik terus memotong. Akh Nu'aim dan Akh Farul hanya diam dahulu untuk memahami keadaan dan mendengar dari pihak Uncel Abdullah Ng.

"tapi saya selalu solat..ini buku saya tapat tulu..ata tunjuk cala sembahyang..saya tulu tidak selalu ikut lang cina pergi sembahyang..katang-katang saja..kalau pergi pun saya titak tengok itu muka yang olang sembah..tapi lepas saya tapat mimpi jumpa olang pakai jubah..sama serban..itu apa olang cakap.idayah tatang..saya telus masuk Islam..saya poleh baca al-Fatihah..dengar ah.."

"alamtulillai lobbil aalamin.."Uncle Abdullah menghabiskan bacaannya dengan lidah cinanya. Akh Nu'aim dan AKh Farul memahami bukan mudah lidah cina untuk dilembutkan agar mampu membaca al-Quran. Perlu latihan.

"mei kuan xi uncle..ni man-man lien xi (tak pa la uncle..uncle belajar pelan-pelan).."Akh Farul memegang paha Uncle Abdullah sambil memujuk hatinya.

"owh..ni hui jiang hua yi ya (owh..kamu pandai cakap cina?".."Uncle Abdullah menyapa terkejut.

"hui yi tien-tien che si (boleh la sikit-sikit).."Akh Farul menjawab.

"cui cung yao..ni you solat ma..man-man lien xi..ge yi de..(yang penting..uncle ada solat..uncle belajar pelan-pelan..boleh punya.."Akh Nu'aim turut memberi semangat.

"owh..korang pandai cakap mandarin ah.."Pakcik Ustaz memindahkan pandangan kepada kami.

"boleh sikit-sikit pakcik..dulu pernah sekolah cina.."Akh Farul menjawab.

"ok la uncle..wo men you si yau chu ji (ok la uncle..kami ada hal mau keluar)"AKh Farul meminta izin. Signal dari Akh Zikri dah sampai.

"che pien you yi tien ge ni (sini ada sikit untuk uncle).."Akh Nu'aim menghulurkan sedikti sumbangan dari ikhwah-ikhwah UTP.

"owh..xie-xie ni men.."

"o ya..ni te tian hua hao ma le (o ya..no telefon uncle?)"Akh Farul meminta.

"owh..ling yao liu......(016-xxxxxxx)"Bagi yang belajar bahasa mandarin, biasa digunakan 'yi'..itu yang biasa kita dengar 'yi..er..san..si..wu..'..tapi kalau untuk penggunaan no telefon..kita akan ubah 'yi' kepada 'yao'..hehe..sedikit belajar mandarin ya..ini kalau dalam percakapan.

Akh Nu'aim dan Akh Farul bangun salam dan memeluk uncle Abdullah. Kemudian salam pakcik ustaz tersebut. Namun selepas pergaulan ini, dalam hati, dakwah untuk menyentuh hati seseorang, bukan menyakitkan hati orang tersebut. Apa yang pasti, indahnya Hidayah yang diberikan Allah kepada yang dikehendakinya.

"Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya."[QS al-Baqarah, 2:272]

**********************

"Assalamu'alaikum ya akhi.."Salam diberikan selepas melihat Akh Zikri keluar dari rumahnya.

"wa'alaikumsalam..jemput masuk.."

Kelihatan bayi comel diletakkan di tengah ruang tamu. Ikhwah-Ikhwah berkumpul dalam bulatan mengelilingin bayi tersebut. Kelihatan ikhwah-ikhwah sibuk bermain dengan bayi tersebut.

"wah..tahniah akhi..sudah jadi abi ni.."

"insyaAllah.."

"lelaki tau pompuan ni akh?"

"lelaki la akh.."

"Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki,"[QS as-Syura, 42:49]

"sapa nama dia akh?"

"tak letak lagi..masih berfikir ni..nanti hari ke-7 diconfirmkan..o ya..jemput la hari selasa depan ni..ke rumah ana..buat sedikit cukur rambut anak lepas isyak..insyaAllah.."

"owh..Akh Farul tidak dapat la join"

"tak pa la..yang penting sudah jumpa baby ni..hehe.."

"tahun depan baby sapa la pula..hehe"

"kita tunggu baby akh azahar..akh umair..hehe.."

"insyaAllah..amin..amin..tolong doakan.."

"macam mana mau dapat anak..zaujah pun tak lepas lagi..hehe.."

Tangisan bayi mendiamkan suasana. Seorang ikhwah membantu.

"chu..chu..chu..."bunyi dibuat sambil menepuk-nepuk paha bayi tersebut. Bayi diam sebentar.

"hah..kan dah diam..hehe.."

Bayi nangis kembali.

"apa lagi..nyanyilah..hehe.."

"hah..abi (akh zikri)..tunjukkan bakat seorang abi..hehe.."

Akh Zikri pun berusaha namun masih belajar. Akhirnya, bayi diserahkan kepada Emah Akh Zikri. Bayi diam.

"ish3..kene belajar lagi ni..hehe.."

"wah..subhanallah.."

Karipap dan sejenis buah yang ramai tidak pernah tengok dikeluarkan untuk dihidang.

"buah apa ni akh..tak pernah tengok pun.."

"ini dari kelantan ni.."

"nama dia buah..(penulis lupa nama buah tu..hehe).."

"owh..macam mana makan ni.."

"pecahkan kulit dia ni..pastu makan..hati-hati ada biji tu..dia masam-masam sikit akh.."

Ikhwah-ikhwah seronok berukhuwah. Lalu, Azan Isyak berkumandang menghentikan perbualan mereka.

"ok la akh..terima kasih ya..insyaAllah.."

semua ikhwah beri kata-kata sambil bersalaman dengan Akh Zikri. Solat Isyak diselesaikan untuk memenuhi amanah sebagai seorang hamba. Semoga anak kurniaan Allah mengikuti bahkan lebih baik lagi dari si Abi memperjuangkan agama Allah dalam keimanan.

"Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya." [QS at-Thur, 52:21]

****************

"hah..order la.."

Semua ikhwah dengan order masing-masing. Sementara menunggu order. Akh Farul memecahkan perbualan pelbagai sudut sesama ikhwah.

"insyaAllah..Alhamdulillahi Robbil 'Alamin..(kata2 pembuka bicara lalu dibacakan surah al-Anfal, 8 ayat 63)..insyaAllah..hati-hati kita diikat oleh Allah SWT, walaupun kita infak seluruh isi bumi ini..jadi..memandangkan ana akan balik esok..ana mohon nasihat dari antum semua..untuk ana bekalkan sepanjang cuti ini..boleh mulakan dari kanan ana.."

Beberapa nasihat diberikan dari ikhwah-ikhwah yang ada..antaranya:

"akh..ingat..dimane-mane pun yang kami tak dapat lihat antum..ingatlah Allah sentiasa melihat antum.."

"ana nak kongsi pribahasa melayu..Dimana bumi dipijak..di situ langit dijunjung..hehe..antum kan mau ke indonesia..mesej la ana.."

"antum rajin-rajin cari ilmu..jaga solat berjemaah ya akh..kalau ikhwah lain x balas mesej antum..mesej ana..hehe.."

"jaga mutaba'ah..maafkan jika ada kesalahan-kesalahan orang lain..insyaAllah.."

"(hadis dibacakan)..Jaga Allah, Allah akan jaga antum akh.."

"balik cepat sikit akh..hehe..lobi nikah..x da la..(hadis dibacakan)..bertakwalah dimana sahaja kamu berada..kesalahan akan dihapuskan dengan kebaikan..(ayat quran dibacakan)..banyakkan ibadah ya akh.."

"Jaga diri, keluarga dan agama...insyaAllah..selamat pergi..selamat kembali.."

"kahwin cepat..hehe..dimana-mana kita tetap berukhuwah..jaga diri ketika bersendirian..cari kawan-kawan..if iman down..yang pnting jaga yang fardhu.."

"Kita sentiasa dipandang Allah..ikhlaskan niat sentiasa ya akh..ingat akan kematian.."

dan beberapa lagi durratun nasihah..atau butir-butir nasihat yang diberikan untuk semua yang mendengar sebenarnya. Bagi nasihat konteks agama, kita mungkin dalam keadaan miskin, lapang, ramai,  masih berkomitmen, tapi bagaimana ketika kekayaan kita dapat, kesempitan menimpa atau bilangan sedikit atau bersendirian, adakah komitmen masih ada? Namun bagi kita, mari usahakan akan tetap beri komitmen kepada Allah, Rasul, dan Jihad dalam keadaan miskin/kaya, senang/ susah dan suka/ terpaksa..Semoga Allah beri kekuatan kepada kita. Ikhlas & Pengharapan kpd Allah akan memacu kita terus kuat menapak di jalan ini, kerana apa guna peluh-payah kita jika bukan kerana Allah? Teruslah menapaki jalan ini, jangan juga sekali-kali merasa tidak layak untuk bersama dakwah, kerana lingkaran ini hanya tersedia bagi orang-orang yang merasa tidak sempurna.

Bagi nasihat konteks mengenai ilmu, teruslah meletakkan kehausan terhadap air ilmu. Lalu beramal dan sampaikan pula ilmu tersebut. Seperti kata-kata Hasan Al-Basri Rahimahullah, "sesunggunya Allah telah mmbuat perjanjian dengan mereka yang berilmu supaya mereka menyampaikan ilmu mereka kepada seluruh manusia. Martabat dan darjat amat ditinggikan pada pandangan Allah. Atsar dari Ibnu Abbas RA yang meningkatkan semangat kita untuk menambah ilmu, "Ilmu akan menambah kemuliaan seseorang dan akan mengangkat darjat seseorang.

Bagi nasihat konteks pernikahan???hurm..Jika kita lihat kondisi masyarakt kini, ramai pasangan bercerai 2-3 bulan selepas menikah, padahal mnghabiskan masa beramah-mesra dekat 2-3 tahun, bahkan lebih lagi..kerana belum tentu yang kita cintai adalah terbaik untuk kita. Kita simpan saja ungkapan cinta dan derap hati rapat-rapat kepada si dia, Allah akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang tepat. Kerana jodoh itu di tangan Allah, tapi benarkah kalau tidak diambil-ambil, maka akan terus berada di tangan Allah?? Usaha, ikhlas, tawakkal dan redha pada Allah SWT.

"hah..datang dah makanan kite..jemput-jemput..dengar-dengar ade orang nak belanje..hehe.."

Makanan yang dihidang dijamah dengan penuh selera. Makanan masakan kelantan. Tidak pedas sangat. Indahnya Ukhuwah Itu.

5 comments:

Walid Hafizul said...

akh, buah yang anta makan tu macam buah delima jak.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

bukan2..delima ana tahu..hehe..baru ana tnya tadi, nama buah dia, buah keranji..uhu

ano said...

buah keranji dalam perahu tu.

Walid Hafizul said...

owh buah keranji bah pulak rupanya...
ana rasa anta lupa sebab buah keranji tu biasanya ada dalam perahu...macam dalam pantun melayu hehe =P

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Sorok papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh membaca dia tak tahu

hihi..ni pantunnya..