Sunday, February 28, 2010

Qudwah & Uswah Semua Kondisi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Ikuti Jejakku


"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah" (33:21)

Sidang pembaca yang dimuliakan Allah,
"qudwah dan uswah adalah mengikuti Rasulullah dalam semua kondisi"(Tafsir Qurtubi)..Dewasa ini, memang ramai yang melaungkan sunnah-sunnah Rasulullah bahkan ramai juga yang mengikutinya. Namun, kebanyakan hanya ingin mengikuti Rasulullah dalam beberapa aspek kehidupan sahaja. Sebagai contoh, dari segi pemakaian, bekeluarga, kepimpinan, pemakanan, pemerintahan dan sebagainya. Berapa ramai yang kita mampu lihat umat Rasulullah yang makin rosak pada zaman ini yang sanggup mengikuti sunnah yang bukan hanya senang dilakukan bahkan sanggup lakukan sunnah yang agak sukar umatnya lakukan. 

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Berapa ramai yang sanggup mencontohi perniagaannya namun tetap qana'ah & zuhud kepada dunia. Berapa ramai yang sanggup mencontohi kepimpinannya namun tetap tawadhu dihadapan pimpinannya.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi kekeluargaannya namun tetap menjaga jiran tetangganya.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi pemakaiannya namun tetap menajaga pergaulan manusia lainnya.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi dalam pemerintahan namun tetap mantap ibadah pada-Nya.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi cara pergaulan namun tetap tiada dendam dipendam.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi dalam ketegasan namun tetap pemaaf, santun dan lembut hatinya.
Berapa ramai yang sanggup mencontohi dalam keberanian namun tetap ada rasa malunya.

Rasulullah panutan sepanjang zaman
Contohi baginda dalam semua kondisi
Teladan dalam aspek kehidupan 
Jangan abaikan sunnah yang diwarisi

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga!
Marilah semua umat Nabi Muhammad, ikuti sunnahnya walau kepahitan terpaksa dilalui. Sebagai bukti cintamu kepada Rasulmu. Janganlah kau menghina sunnah Rasulmu jika kau tidak suka mengikutinya. Cukuplah dirimu memuhasabah sejenak waktu, betapa jasa pengorbanan Rasulmu kau abaikan. 

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Ikhwah wa Akhwat Rahimakumullah,
Marilah kita berjuang menghidupkan sunnah Nabi mulia, sebagai bukti cinta dan rindu kepada baginda. Sebagai bukti syukur kita kepada Yang Maha Kuasa, mengurniakan Pesuruh-Nya kepada alam semesta. Teruskan perjuangan sunnah terbesar, yang hanya segolongan umatnya yang ingin teruskan, yang menyeru kepada kebaikan serta mencegah kepada kemungkaran, dakwah kepada Allah, Rasul dan Jihad. Semoga kekuatan dan redha sering dilimpahkan kepada kita.

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!