Wednesday, December 8, 2010

Kisah-Kisah Benar [Nasihat Buat Adik (6) - Wanita Merisik Lelaki?]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

InsyaAllah perkongsian kisah-kisah benar perbualan nasihat yang dikongsi dari pelbagai sumber. Bahasa akan disesuaikan dengan bahasa umum (loghat kelantan, perak, ganu, kedah,etc semua diubah kepada bahasa biasa..tapi ala2 sabah sikit sebab saya yang ubah sikit..huhu..maaf) bagi menghormati privasi orang yang berkongsi. Pengubahan sturuktur ayat namun tidak lari dari makna dan isi asal. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi untuk ibrah pembaca semua.Kepada sesiapa ingin berkongsi, boleh hantar ke fakhrullah90@gmail.com..Syaratnya, kisah benar.

Nasihat Buat Adik (6) - Wanita Merisik Lelaki?
(Kisah Benar Ramai Tidak Tahu..Saya Juga Baru Tahu..Huhu)


Kakak
Hello..Assalamu’alaikum dik..
Adik
Wa’alaikumsalam kak..
Kakak
Mak ada kol akak..yang pasal keputusan adik pasal lelaki tu..
Adik
Owh..ya ka..
Kakak
Adik dah fikir masak-masak ka dik?
Adik
insyaAllah kak..dah minta pendapat mak ayah..
Kakak
Dah istikharah?
Adik
Dah kak..tapi adik tak pasti betul tak tindakan adik ni..
Kakak
Napa dik?
Adik
Ya la..adik yang merisik..
Kakak
Owh..adik tak ingat ka akak pun macam tu..akak yang merisik suami akak tu..
Adik
Ingat..itu yang adik pun berani selepas hati yakin dengan pilihan adik tu..
kakak
Hurm..insyaAllah jangan risau..bukan melanggar syariat pun dik..
Adik
Erm..tapi apa pandangan keluarga lelaki tu nanti kak?
Kakak
Bagi akak, insyaAllah lelaki tu faham agama..kan adik sendiri pernah cerita kat akak pasal lelaki tu..
Adik
Tu la..memang lelaki tu baik..kuat agamanya..tapi adik malu la kak..sebab kebanyakan lelaki yang merisik pompuan..
Kakak
Tak pa dik..masa zaman nabi dulu pun pernah berlaku..bahkan berlaku terhadap  nabi sendiri..
Adik
ya ka kak?
Kakak
Jap ya dik..akak ada simpan buku tu..akak bacakan kisah tu..
Adik
Ok..
Kakak
Ok..dah jumpa..dengar ya.. Anas Ibnu Malik RA berkata: ada seorang wanita yang datang kepada Rasulullah SAW..Dia menawarkan dirinya kepada Rasulullah, "Apakah engkau menginginkan diriku?" Anak perempuan Anas hadir dan mendengar kata-kata wanita itu, lalu berkata, "alangkah memalukan dan betapa buruknya." Mendengar itu, Si Ayah (Anas Bin Malik) menyahut, "Dia jauh lebih baik darimu nak. Wanita itu mencintai Rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada beliau." (HR Bukhori)
Adik
Subhanallah..adik tak tahu pula..
Kakak
Akak pun masa jumpa kisah ni, pertama kali juga akak dengar..ni ada satu lagi kata-kata Hasan Bin Ali.. Nikahkan puterimu dengan orang bertakwa. Sebab bila dia mencintainya, pasti akan menghormati dan memuliakannya, dan bila dia tidak mencintainya, pasti dia tidak akan menzaliminya.
Adik
Erm..insyaAllah kak..
Kakak
insyaAllah dik..tiada salahnya jika kita yang usaha lebih bagi menyempurnakan separuh dari agama..macam akak, Alhamdulillah..bahagia juga dengan suami yang pilihan akak..
Adik
Tapi kalau keluarga lelaki tak terima kak?
Kakak
Kita kena terima la dik..itu kan lumrah dalam pemilihan…samada diterima atau tidak..yang penting adik kena redha dengan ikhlas..mungkin Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat adik..
Adik
insyaAllah kak..nanti adik bagitau mak ayah..
Kakak
insyaAllah..yang penting, ini bukan perkara main-main ya dik..fikir baik-baik..perhatikan niat adik pilih lelaki tu atas dasar apa..
Adik
insyaAllah kak..terima kasih banyak kak..doakan adik ni..
Kakak
insyaAllah..adik akak pun dah besar..apa yang adik buat ni satu perkara yang baik..satu perkara lagi, pastikan lelaki tu pun jenis yang sedia nak nikah..
Adik
insyaAllah kak..adik tahu sikit-sikit pasal dia..ada tanya orang yang rapat dengan dia..
Kakak
Owh..akak faham..insyaAllah..
Adik
O ya kak..keluarga akak sihat?
Kakak
Sehat Alhamdulillah..Cuma si aidil tu demam sikit..dah bawa ke klinik tadi..
Adik
Owh..
kakak
Ok ya dik..nanti kalau dah jadi bagitau akak..
Adik
InsyaAllah kak..
Kakak
Ok..assalamu’alaikum..
Adik
Wa’ailaikumsalam..

19 comments:

ano said...

benar.dan saya salah seorang dari mereka yang bakal merisik pihak lelaki.InshaAllah.keinginan beberapa rakan yang dah lama ingin mencontohi pribadi saidatina khadijah + post akh songkok tentang "wanita perlu memulakan" dalam HO yang sangat mencabar kewanitaan ana.

bukan apa,kadang2 entah la lelaki nhe banyak beno pk nya.sian dekat wanita2 yang menunggu dilamar.kadang2 sampai ana geram,macam nak lamarkan jek untuk sahabat2 ana tu.bila si wanita sudah cukup bersedia lelaki pulak belum2 lagi nak merasa cukup.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

semoga dimudahkan dan diberi yg terbaik dlm usaha anti ano..pandangan yg baik untuk kedua2 pihak..syukran..

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Sorok papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh membaca dia tak tahu

hihi..ni pantunnya..

umairzulkefli said...

sorong papan tarik papan
buah keranji atas perahu
suruh makan dia makan
suruh mengaji dia tak mahu

silap sket pantun tu...

heh~
farul post ni mende ni macam dah biasa lalu je..hoho~

Fakhrullah Bin Mawardi said...

tersalah post tempat ni..ana nak post di kisah bersama masyarakat 5..terpost pantun di sini pula..

pernah lalui???mendalam sungguh maksudnya..(-.-)

Anonymous said...

menarik postnya..
bila memulakan bg sorg wanita.,debaran mmg kuat.x dinafikan.tp kena cukup gah menghadpninya.terutama pndgn disebelah pihak yg dirisik dan pndgn msyrkt len..

pengalaman mengajar kita..Bila ditolak,memamg malu tp kena trima dgn hati terbuka.sbb niat kita yg penting.kerana Allah dan kerana AgamaNYA.subhanallah...

tasnimsahaja :) said...

salam . anim mohon share ne ye ..

Fakhrullah Bin Mawardi said...

wa'alaikumsalam anim..silakan..terima kasih..

Muslimah Mujahidah said...

subhanallah...betapa diberi kekuatannya wanita seperti ini....ana sgt kagum...ana x boleh smpai tahap 2....

Fakhrullah Bin Mawardi said...

sheda_girl90 : kita dlm bab amal kebaikn jgn kata x boleh, mngin belum mampu..tp usahakn sehingga boleh..dan ia tidak mustahil..

Muslimah Mujahidah said...

tp, ade ke bnde bgini zman skang?

Fakhrullah Bin Mawardi said...

sheda_girl90 : ada masih walaupn dah berkurang..sy sndiri menyaksiknnya..

Muslimah Mujahidah said...

rely?mgkin ana xbpe nk kua ag menjenguk dunia luar 2, 2 yg x taw cte2 cni..huhu...papepn, gadis yg sbegitu adalah lbih mulia brbndg gadis yg menjaja2 cinta mereka in public krana dia brani mnyuarakan hasrat hatinya, dgn cara yg mulia di sisi Allah n Islam....erk?btul ke ckap nih?huhu...maaflah klu slah pndgn =)hee~

Fakhrullah Bin Mawardi said...

sheda_girl90 : subhanallah, betul la tu..jauh lebih mulia dari mereka yg meletakkan harga murah terhadap kemuliaan mereka..lebih indah ingin kemuliaannya dijaga dgn proaktif mencari si penjaga itu brbnding menunggu2 pnjaga untk mnjaganya..iA ini buat kedua2 kaum Adam dan Hawa..berusaha jaga kemuliaanmu masing2 dihapan Allah semata..

Muslimah Mujahidah said...

tp an, cne klu si lelaki 2 menolak cinta gadis nih?gadis nih slalunye jenis yg sng heartbroken...tkut2 nnti klu ditolak, dh trauma nk crik len...sbb malu...ye x?

Mawaddah said...

sheda_girl90

** skdr mmberi pndgn..
ssorg perempuan yg th menyuarakan hasratnya kpd ssorg llki,perlulah bersedia mghadapi segala kemungkinan.Jika ditolak, kekecewaan itu mgkn ada.. tetapi kprcayaan kpd jnji Allah jgn sskli pudar krn Allah sntiasa mengotakan janjiNya. Raih cinta Allh akan melupakan cinta kita kpd manusia lantas.. tatkala Allah menitipkan cinta dihati seorang lelaki / wanita,, mgkn shja itulah cinta drNya dan bukan ujian cinta drNya. Mksd ujian cinta drNya dcni adlh mgkn shja cinta yg lahir itu adlh dr nafsu smata2 untk menguji sjauh mana cnta kita kpdNYA..Wallahu'alam.
Mohon tuan blog perbetulkan~

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Sheda_girl90 -> sori, x perasan komen dari dulu..mngenai pertanyaan tu..kita dlm mncuba mmg hasilnya samada brjaya atau sebaliknya..tugas kita usaha, hasilnya Allah menentukn..iA terus yakin dgn janji n takdir Allah mngnai prancangan Allah jauh lebih baik trhadap hambanya..x dpt yg ni, try yg lain..bkn nak kata mudah, tp usaha mncari yg trbaik buat kita tnpa mengenal erti putus asa..x ada bnda nak malu jika mnyentuh bab untk beribadat..

Nurliyana Adnan : ana setuju sngat pndpt anti tntang hal ni..itu yg sngat2 dituntut bg semua umat Islam agar sntiasa positif kpd ujian n ketetapan Allah..barakillah..

Mawaddah said...

“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”

link asli: http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/#more-1292

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Nurliyana Adnan -> subahanallah, perkongsian menarik..jodoh kita dunia bkn hnya untk dunia,tp jodoh smpai ke syurga..insyaAllah..laksanakn amanah sebaiknya..