Karya Asli : Akh Hazim (Perkongsian Pengalamannya)
ikhwah sekalian,
"kenapa boleh jadi retak ni"? seorang ikhwah bertanya kehairanan.
lalu fikiran kami tertumpu kepada satu bunyi pelik yang menegur kami dalam perjalanan menuju ke sekolah.
"mungkin ade batu kecil yg menghempap cermin kereta ini semasa perjalanan kemari", satu konklusi ringkas dari akh azahar. tanpa membuang masa kami menghidupkan enjin kereta lalu pergi meninggalkan sekolah. keadaan cermin yg berpola seperti berlian dengan coraknya seperti kepingan 'snow flake' menganggu tumpuan pemandu untuk memandu dengan baik dan terampil. l
alu kami memecahkan semua cermin yg retak itu dengan rakus sekali di hadapan sebuah balai polis tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yg lain. setelah semuanya pecah, kami dapati inilah kereta paling hebat di dunia, tanpa perlu menghidupkan penghawa dingin, kami meneruskan perjalanan dengan semangat yang jitu.
bagi org lain, perjalanan seperti ini ibarat mimpi ngeri bagi mereka, namun tidak bagi ikhwah, perjalanan pada malam tersebut kami penuhi dengan gelak ketawa diselitkan pengalaman indah akh azahar ketika kemalanganya di gerik tahun lepas. sebuah kereta proton satria berwarna biru tanpa wind screen bergerak megah di atas jalan raya negeri perak ini yg semestinya memecahkan suasana damai pada malam tersebut.
berbekalkan 2 org pemandu ala-ala rally yg beraksi dalam keadaan sejuk akhirnya kami berjaya sampai ke banglo tercinta tepat pada masanya. inilah salah satu pahit manis dalam berdakwah.
9 comments:
salam ziarah akhi..astagfirullah.. moga Allah permudahkan segalan urusan antum semua..
tergelak kecil ana lihat akhi azhar pakai topi..hehe mesti cute kan..
ape2 pon, moga Allah membalas semua perbuatan kalian dengan syurgaNya ^_^
hape yg lawaknye? mendatangkan kemarahan je sape yg buat tu...bagusnya antum bersangka baik n berlapang dada walaupun dlm keadaan yg genting camtu ek..bole la pulak batu kecik hempap keta jadi teruk camtu, hurmm....pape pn moga terus tsabat dan istimrar!
salam akh...ujian..
insyaallah ada hikmah..
kereta sapa yg kene akh?
akh AhMiEzZ..jzkk..
biasalatu GMS, smga Allah beri yg terbaik.
Amin Baek..keta walabi, satria..mesti tau..hehe.
masyallah, ana pun terkejut juga bila tengok kete ni di rumah akh azahar tadi, mula berbalut dengan kanvas, ana ingat pecah kecik saje, rupanya, punyalah luas.
takpelah akhi, kalau betul ada aniaya, doakan si penganiaya dapat petunjuk dari Allah.
Subhanallah..kenangan antum..Ahamdulillah semua selamat..
betul akh zikri..serahkan pada Allah
adeq, alhamdulillah semua selamat..
salam akh...
alhamdulillah sume slamat....
memang biasa terjadi cermin pecah seribu... ni sbb pakai one layer. kna batu beasr separuh ibu jari pob leh jadi cmtu...
utk keselamatan.. tukar pada cermin 2 layer.. kena batu akan retak kat tmpat tu je.. safety first. bila ada budget tuka jgn x tukar.
owh..gitu ya..dah tuka cermin tu..tp ana tahu pasang yg brp layer..nnti ana smpaikn pd owner keta..jzkk..
Post a Comment