Thursday, May 26, 2011

Pengembaraan Sejuta Erti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


Kembara Alam Semula Jadi



Alhamdulillah, minggu lepas merupakan sebuah pengalaman yang amat bemakna. Program Perkhemahan Tarbiyyah Nasional yang dianjurkan oleh Neo Synergy Training Centre memang memberikan pengajaran dan pengalaman yang meningkatkan kualiti para peserta samada dalam aspek fizikal, mental dan rohani. Perkhemahan yang  memakan masa selama 4 hari 3 malam memang menguji ketahanan fizikal memasuki hutan dan mendaki bukit-bukau, menguji ketahanan mental untuk berdikari dan tidak berputus asa, serta menguji ketahanan rohani untk terus beramal tidak kira dimana dan apa juga kondisinya. Perkhemahan yang mementingkan keselamatan dan kepentingan para peserta dengan membekali insurans, sistem komunikasi yang berkuasa tinggi serta aspek-aspek keselamatan yang lain meyakinkan kami untuk menguji cabaran-cabaran dalam perkhemahan ini.

Taklimat dan perkongsian survival skill dan ilmu-ilmu mengenai hutan yang disampaikan oleh pihak penganjur yang berpengalaman amat mengetuk dinding otak kami yang kebanyakan antara kami tidak pernah mengetahuinya. Perkongsian pengalaman dan nasihat yang diberikan amat bermanfaat sebagai bekal kepada kami sebelum memasuki satu kawasan yang jarang kami hadapi. Benarlah salah seorang yang beruntung adalah orang yang mengambil pelajaran dari pengalaman sendiri & pengalaman orang lain. Susah-susah diri sendiri dan orang lain mencipta dan melalui pengalaman, namun mudah-mudah bagi kita peluang jika ingin mengambil pelajaran..insyaAllah..Peraturan-peraturan yang perlu didisiplinkan juga menapis seorang peserta yang tidak dibenarkan mengikuti perjalanan ini kerana faktof sakit yang dihadapinya. Mencegah lebih baik dari mengubati.


Gambar di atas jika kita perhatikan berbelakangkan sebatang pokok yang amat besar yang pasti hanya mampu dijumpai dalam hutan yang dalam dan di beberapa tempat. Pokok yang memerlukan 25 orang untuk mengelilingi satu lingkaran pokok tersebut. Kami amat gembira akan kesempatan ini kerana kita tidak tahu pada masa hadapan adakah masih peluang pokok-pokok ini terus bertahan dengan kerakusan manusia yang menebangnya. Wahai manusia, janganlah dirimu membuat kerosakan di muka bumi ini...minima jangan kita membuang sampah merata-rata..bertindaklah atas dasar keimanan..

Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi." Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." [QS al-Baqarah, 11]


"kemudian banyak diantara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerosakan dimuka bumi." [QS al-Maidah, 5:32]


Mukmin Harus Kuat


Bukit curam dan tinggi didaki amat menguji ketahanan fizikal para peserta. Namun hadis bahawa  Allah mencintai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah memotivasi kami untuk terus bertahan. Bentuk geografi yang pelbagi kami tempuhi bermula dari jalan hutan, jalan dusun, bukit dari 30 darjah sehingga 75 darjah juga terus didaki, sungai-sungai yang beraneka deras diseberangi dan akhirnya perkhemahan pindah randah yang menguji kecekalan.

Di suatu ketika dalam perjalanan mendaki sebuah bukit yang tinggi, dengan tangan yang erat menarik membantu sesama peserta, kabus yang dingin dirasa laksana berada di awan meyakinkan kami bahawa kami berada di tempat yang tinggi dari paras laut. Pernafasan yang ada batasnya kami rasakan mengingatkan akan analogi yang difirmankan Allah kepada kita semua. Analogi yang mengumpamakan orang yang berat menerima perkara-perkara Islam seperti aktiviti-aktivit keislaman akan merasa berat untuk pergi seperti mendaki ke langit.

"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman."[QS al-An'Am, 6:125]

Semoga kita tergolong dalam hamba yang dilapangkan dada menerima Islam. Berbalik kepada perkhemahan, perjalanan berjam-jam namun mempunyai banyak pit-stop memberikan ruang untuk para peserta berehat. Salah satu keperluan yang diwajibkan peserta bawa oleh penganjur adalah sekotak kurma. Kurma yang menjadi sumber kekuatan kami ketika lemah mengingatkan kami sirah Rasulullah yang berperang dengan berbekalkan kurma sahaja. Kami juga harus buktkan bahawa kami juga ingin menjadi pemuda yang kuat laksana generasi umat Islam dahulu. Kerana ramai kita lihat umat Islam hari ini yang tidak memerhatikan aspek kekuatan fzikal dan kesehatan, sehinggakan menghambat umat Islam untuk tingkatkan kuantiti, mutu dan kualiti ibadat, apatah lagi untuk berdakwah ke sana ke mari. Ayuh umat Islam, kita harus kuat untuk melaksanakan amanah yang berat!!!Air perlu terus bergerak agar tidak bertakung kerana akan mendatangkan pelbagai penyakit. Begitu juga dengan kita, perlu terus beramal dan jangan berhenti agar penyakit badan dan hati mampu dijauhi.

Konsep perkhemahan yang bermalam di tiga kawasan berlainan amat berbeza dengan perkhemahan yang pernah saya ikuti sebelum ini. Sebelah pagi-tengah hari meneruskan perjalanan, kemudian sebelah petang mendirikan khemah serta aktiviti-aktivit lainnya. Namun semuanya terasa ringan ketika dikuatkan dengan ukhuwah sesama peserta yang walaupun ada antaranya pertama kali bertemu, namun ukhuwah yang ditekankan kerana keimanan amat melahirkan kerjasama yang erat.

Bertakwa Dimana Sahaja



Perkara lain yang ditekankan dalam pengembaraan ini adalah pengaplikasian hadis Rasulullah untuk kita bertakwa dan menjaga hubungan dengan Allah tidak kita dimana kita berada. Al-Quran yang sentiasa dibelek ketika waktu rehat, solat sunat dhuha yang diteruskan, solat sunat tahajjud walaupun sukar bangun dalam keadaan penat, dan banyak lagi input-input rohani sepanjang program diterapkan. Khas untuk bangun tahajjud, ia sepertimana unsur kimia melakukan peleraian dan reaksi. Maka, leraikanlah sleep-bonding terhadap tubuh kita ketika dalam kondisi sepertiga malam, lalu reaksikan tubuh kita dengan tahajjud-bonding bagi menghidupkan malam..insyaAllah..

Aktiviti-aktivit lain yang disertakan juga memberikan seribu macam pengajaran bermula dari kretiviti, kerjasama, menganalisa, semangat dan kesugguhan, dan banyak lagi. Kuiz-kuiz dan pertandingan yang menarik juga menceriakan lagi suasana hutan. kepada team yang kalah, hehe..Mukmin sebenar mungkin akan kalah, tapi tidak akan mengalah ya..^.^..Di bawah antara aktiviti yang sempat dirakam:





Bertemu-Berpisah Kerana Allah

Kenangan pahit manis, senang susah yang dilalui para peserta amat menguatkan dan membuktikan ukhuwah yang sebenar, kerana kebanyakan ketika senang, ramai ingin bersama-sama merasainya..Namun bila datangnya kesusahan, berapa ramai sanggup menemaninya?Mari bina, pupuk & kuatkan ukhuwah sesama kita..insyaAllah..Semoga ukhuwah yang terbina dalam perkhemahan akan terus tertaut sampai bila-bila. Ukhuwah yang bukan hanya berputik ketika di program, namun akan terus mekar di luar sana. Walaupun jasad berjauhan..pastikan hati sentiasa berdekatan..

Maaf tidak dapat cerita pengembaraan dari A-Z atau dari Alif-Ya..hehe..^.^..

 

4 comments:

Anonymous said...

Pergh.....mmg mencabar, tapi yang paling penting adalah Camp Comm yg hebat dan terampil......hahahahaha..
Ana merindui ikhwah dr Sabah, seluruh semenanjung dan juga dari zon tengah. Mudah2an kita akan berjumpa lagi....

amaat.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

hoho..camp comm dah datang..turun 10 sekarang..hehe..camp comm kali ni baik hati la..hihi..apapun, ana jg sama spt antum, merindui ikhwah2 seluruh dunia..^.^..

Adib said...

x pernah comment d blog antm
hehe
ye moga terus kekal di jalan dakwah
jumpa lagi next mukayyam

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah ya akhi..semoga dipertemukn dgn izin-Nya..