Tuesday, May 18, 2010

Adakah Hatiku Terjaga?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, Pendtadbir kerajaan langit dan bumi, penguasa seluruh alam jagad raya, penguasa semua hati hamba-hamba-Nya. Selawat serta salam kita panjatkan bersama kepada junjungan mulia panutan qudwah dan uswah kita bersama, baginda Rasulullah s.a.w, putera Abdullah yang suatu masa dulu berjuang meninggikan kalimat toyyibah di hati para umatnya sehinggakan kita mampu melafazkan kalimat toyyibah sebagai lambang persaksian kepada Yang Maha Esa serta pesuruh-Nya. Alhamdulillah.

Ikhwah wa akhwat sekalian, satu peringatan buat kita bersama, satu perkara yang perlu kita perhatikan bersama serta satu masalah yang perlu kita mengambil berat mengenainya. Adakah hatiku terjaga? Satu persoalan yang ingin diutarakan dalam rangka kita muhasabah kembali penjagaan hati kita dalam menapaki arus kemodenan yang pasti tiada batas waktu dan tempat bagi kita semua berkomunikasi secara alam maya. Ana yang penuh dengan khilaf dosa juga baru kembali menyedari perkara ini. Semoga perkongsian ini untuk tazkirah diri ana sendiri dan untuk sekalian pembaca yang dipilih. Perkongsian yang ingin dibicarakan berkaitan dengan firman Allah dan hadits Rasulullah yang pasti kita biasa dengannya :

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. "(QS 17:32)

"Sahabat Abi Hurairah ra berkata, bahwa Nabi Saw telah bersabda "Perzinaan bagi mata adalah memandang, perzinaan bagi telinga adalah mendengar. perzinaan bagi mulut adalah pembicaraan. perzinaan bagi tangan adalah meraba, perzinaan bagi kaki adalah berjalan menuju kemaksiatan, dan perzinaan bagi hati adalah terangsang, berharap, dan membenarkan apa yang menjadi ajakan farji (kemaluan)(HR Bukhari dan Muslim)

 Jika dahulu konsep hubungan tanpa sempadan belum  tercorak, sudah pasti perzinaan khususnya melalui mata,telinga dan hati masih kabur pada pandangan. Namun kini, berbekalkan jaringan tanpa sempadan, ruangan sosial secara on-line yang meluas mahupun ruangan pertemuan perbualan yang pasti mendekatkan mereka yang jauh, mengenalkan mereka yang asing sehingga perbualan antara berlainan jantina sudah dipandang perkara yang enteng. Kita mengetahui larangan Rasulullah lelaki bersendirian bersama wanita tanpa muhrim:

Sahabat Ibnu Abbas ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda "Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu bersendirian dengan seorang wanita, kecuali beserta mahram" (HR Bukhari dan Muslim)

Jangan kita hanya kecilkan skopnya sekadar pertemuan fizikal. Bagaimana pula pertemuan hanya kamu dan si dia di 'chat room'? Pertemuan fizikal secara berhadapan pasti masih ada perasaan malu membentengi, namun jika hanya perkataan yang keluar ke skrin komputer pasti mengurangi benteng malu tersebut. Berapa ramai kita dapat lihat contohnya di laman sosial yang tidak saling mengenali namun berani berbicara benda-benda yang kekadang lari dari tujuan asalnya. Merapu tidak tentu hala. Memuji dan bergurau yang berlebihan dan sebagainya.

Kita ambil contoh bayangkan kita bertemu ramai kawan-kawan sekolah yang telah lama tidak ketemu dan akhirnya ketemu di alam maya, pasti jika dahulu semasa di sekolah kita tidak berani bertegur sapa, bahkan tidak pernah pun berbicara dengannya, khususnya yang berlainan jantina, namun alam maya membenarkan segala, bertanya khabar sehingga mampu menjerumus penyakit timbul di dalam dada.

Blog-blog yang pasti mega bilangannya juga tempat yang harus sentiasa kita awasi. Komen-komen yang mampu menggugat kekuatan hati harus kita membatasi. Pujian dari seorang ikhwah kepada akhwat atau sebaliknya. Kita takuti perkara ini akan perlahan mengotori hati yang selama ini ingin bersama kita menjaga. Bagi yang sedikit islamik, penggunaan anta-anti menjadi cagaran, nampak indah pada pandangan, walau berlainan jantina, namun anta-anti membolehkan segalanya yang mampu merosakkan hati manusia kerana kita takuti inilah sarana syaitan untuk men-tazyin atau membuat indah perkara yang salah seperti peringatan dari Allah s.w.t:

 Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,(QS 15:39)

Ikhwah wa akhwat sekalian, jangan kita manfaatkan kemudahan tanpa sempadan sebagai sarana membuat maksiat tanpa sempadan. Kemudahan bentuk ini merupakan ujian bagi kita dari terjerumus ke lembah perzinaan hati jika kita tidak mengamalkan larangan-Nya secara tsumul di semua tempat sehingga syaitan mampu kaidun atau menipu daya hati-hati kita.

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."(QS 2:208)

dan satu perkara yang pasti:

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.(QS 40:19)

Semoga Allah memberikan kita kekuatan membezakan mana yang hak dan mana yang bathil, mana yang halal dan mana yang haram atas rangka kita ingin menjaga hati kita bersama. Keimanan kita masih perlu dipertanyakan dimana tingkatannya jika salah satu indikator yang Rasulullah berikan belum mampu kita penuhkan:

Sahabat Abi Hurairah ra bertanya, bahwa  Rasulullah saw telah bersabda "Tidak akan berzina seorang pezina bila ketika berzina dia beriman...(HR Bukhori & Muslim)

Sesungguhnya tazkirah ini khusus dan paling utama untuk ana sendiri, syukur kepada Illahi yang memberikan kesedaran akan perkara ini dari terus menjerumus mengotorkan hati ini walau pasti sudah terlalu banyak bintik hitam yang mengotori hati. Segala pujian kita serahkan segalanya kepada yang memberikan nikmat atas segalanya. Jika keindahan kita dapati tidak kira dimana lokasi, ingat dan pujilah kepada Dia yang selayaknya. Segala kekurangan dan kesalahan diri atas dasar kehinaan kita sendiri yang bergelumut dengan dosa samada ktia sedari atau sebaliknya, samada besar atau kecil saiznya kerana dosa bukan umpama lalat yang hinggap sementara pada hidung, dikuis terus hilang(Hilal Asyraf) dan yang pasti dosa kecil lebih kita takuti dari dosa besar kerana ia tidak dapat dirasa kerana kekecilannya(Ibn Qayyim). Persiapan hati itu yang penting(Abu Muhammad).

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawapan."(QS 17:36)

30 comments:

zikri said...

syukran akhi atas komentar yg telah antum tuliskan..moga kita semua berbuat lillahitaala. adapun lubang2 kemaksiatan itu kita tutupi dahulu dengan kesedaran dan nasihat dari ikhwah2.

lebih baik mencegah dahulu dari mengubatinya.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

InsyaAllah..sia-sia segala penulisan kita jika ada niat lain yang dicari selain redha-Nya..sentiasa kita saling menasihati untuk bersama kita lahirkan umat islam sejati.

dr. mujahidah said...

setuju dengan posting ni. mungkin ikhwah wa akhwat sekalian patut menjaga hubungan di alam maya disamping menjaga hubungan di alam nyata. kita tak tahu hati masing2. kadang2 kalau bkn FB, blog pun boleh mngotorkan hati kita.. dengan komen2 yang menggetar jiwa.. kurangkan hubungan berkomen yang tidak perlu di blog akhwat/ikhwah.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

InsyaAllah..smga kita bkn mengotorkan hati bersama, tp mensucikan hati bersama..diognasis dulu diri b4 berkometar:"adakah akan merosakkn hati atau sebaliknya"..kita mampu fikir dan bezakannya..smga Allah memberkahi semula dakwah kita jika sebelum ni terhambt dgn khilaf hati kita sendiri..amin..

analytical_blue said...

Salam.
Terima kasih atas ingatannya. Ana juga mula terasa risau dengan perkara ini. Dalam sedar atau tidak, ia mungkin akan mempengaruhi kita.

Alhamdulillah, peringatan yang amat bermanfaat buat semua. Jazakallahu khair.

umairzulkefli said...

Jazakumullah Khair atas peringatan

Mungkin jika kita kaji semula, mengapa terkadang bantuan lambat hadir, mungkin kerana masih terdapat beberapa perkara yang belum kita selesaikan dengan Allah. Masalah hati.

Semoga kita sama-sama membenahi kesucian hati. Syaitan akan sentiasa menghancurkan dakwah kita. Mari bersihkan saf ini bersama.

Anonymous said...

hmm, terima kasih atas peringatan.

memang dah sedar, tapi tazkirah ni bagi 'sedar' lagi la.

tapi kan, ada masalah sikit la. i'm not that perfect utk jadi tegas dan avoid such conversations dekat chat room ke apa kan. and nasib baik la tak de blog, so kurang sket 'channel' dia. my main problem is ym, gtalk, etc.

macam mana ya kita nak elakkan? ada tips tak? sebab yang ym n gtalk tu memang dah biasa, and macam weird kalau tiba-tiba kita stop. nak jelaskan straight forward takut orang takut nak tegur in case ada something important.

dilemma.

thanks in advance.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Jazakumullah khair atas segala penambahan analytical_blue & umairzulkefli..InsyaAllah biiznillah..

kpd anonymous,kena difahami bknnya kena stop secara total penggunaan ym,gtalk,skype,bddylist,etc..especialy when there's sumthng importan..it's more the way we handle with it..kita pasti tahu mana perbualan yg tiada tujuan yg penting & ianya hanya sekadar suka2,gurau2 senda,bahkan sekadar mengampu antara berlainan jantina,etc..mmg sumthng weird when we r trying to b diffrent than we r use to..but we must dare to b diffrent in order to stand with islam's real princple..but, there's a way & tips 2 make others receive in a good & accepted way plus undrstand what u r trying to be ..to b a better ikhwah/akhwat..diz is more 2 preaching technique..b4 kita nak dakwah org,kita dulu kena didakwahi,b4 kita nak memahamkn org lain,kita dulu yg kena faham..tp, ketegasan kita mmg harus ada..jgn kita pun lemah terkulai dgn ajakan pasangn berbual yg x bermanfaat..ni ujian kita la..kita blh ja kawal converstn kita kpd bnda yg patut,cepat selesaikn bnda2 yg perlu dibncangkan,pastu stop dgn baik..nafsu & syaitan x kan duduk diam..kena lawan la ya..sy yakin blh punya..insyaAllah..maybe ikhwah/akhwat lain ada masukan..silakan..

MenuLisLah DeMi ANakmU said...

Jazakallah kepada saudara Fakhrullah. Kebenaran itu perlu diungkapkan sekalipun pahit. Perlu dinyatakan sekalipun membuatkan saudara lain kita terasa. Perlu dikatakan, kerana tidak semua kita punya kesedaran, keberanian dan kesungguhan yang sama.

Jazakallah, kerana tidak biarkan kita dan saudara kita lemas tenggelam.

ruhjihad said...

jazakallah atas perkongsian ini. semoga kita sama-sama dapat menjaga hati kita tak kiralah sama ada di alam maya mahupun di alam nyata. insyaAllah

Fakhrullah Bin Mawardi said...

waiyyakumullah insyaAllah..harap saling mendoakan kpd semua yg ingin membantu agama Allah..agar semua yg brejuang mndpt redha dlm prjuangan masing2..spt sorang ikhwah memberitahu kpd ana, semua yg brdkwh ada perann masing2,umpama membina rumah,kita mungkin incharge bahagian tingkapnya,ada yg bahagian pintu,atap,lantai,tiang,etc..pasti cara pembikinannya berbeza..tp yg pasti,kita akn usaha mmbuat tingkap yg paling cantik..insyaAllah..bangkitlah umat islam dlm keadaan bangunan yg tersusun kuat..mari membantu sesama kita..

matadore said...

syukran akhi ats perkongsian.
alhamdulillah hati ini masih membenarkan kata-kata akhi dan bukan mempersoalkannya.

Jazakallahukhair.

Anonymous said...

menarik..
ana tertarik dgn posting akhi nie..btul,sglanya bermula dr ati...
ana sndri dlm dilema dgn khndak dri n ati..kdg2 bila jmpa kwn sek,rsa x dpt kwl perasaan lonjak kegambiraan..tp mslhnya org itu adlh adam..mmg susah nk jga ati nie kan..huhu..harap2 kita sume dpt mengelak drp fitnah hati yg berpunca dr diri sndri..

Anonymous said...

Assalamua'laikum WBT.

Sungguh yang paling bergelora bukanlah badai di lautan, yang paling luas bukanlah semesta yang terbentang, yang paling dalam bukan lerengan jurang, tetapi hati.

Kerana itulah syaitang menggunakan hati kita yang bergelora, yang luas, yang dalam untuk kita isi dan penuhkan dengan keburukan. Kadangkala, dibungkus cantik keburukang itu dengan memberikannya rupa kebaikan, jalan seolah-olah kebaikan dan cara-caranya yang syar'ie, namun bagi yang tajam mata hatinya akan melihat bahawa itulah mainan syaitan, itulah perencanaan syaitan dan itulah kepakaran syaitan.

Tajamkan mata hati, dengan dzikrullah, tajamkan mata akal dengan menuntut ilmu, tajamkan mata pena dengan latihan, insyaAllah, kita takkan disesatkan oleh syaitan, kita akan selamat daripada jalan syaitan dan kita akan menyampaikan tegahan kepada yg terkhilaf utk mengikuti jalan kemungkaran.

Thanx for the article....menarik dan benar....

Fakhrullah Bin Mawardi said...

jzkk atas perkongsian mempertajam dalam menambah sensitiviti kita mengenal hati yang terlalu sukar bagi menyelam ke dalamnya, mengembara sekitarnya dan menahan gelojak badainya..insyaAllah kita sentiasa terjaga hatinya dari perkara2 yang mampu menodainya..kita penuhi hati kita dengan rasa cinta kepada Yang Maha Membolakkan hati kita..ami..

ImanCo said...

like2~

ramai dah komen mende yg hampir sama dengan apa yang ana nak ckp..

nk request tazkirah tajuk :
" maksiat yang diulang2"

boleh?

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah ada masa ana usahakan buat ya akh..

wardah said...

Alhamdulillah..Allah sedarkan ana mlalui pmbcaan pnulisan saudara..kkadang perkara mcm ni kte pndg biase je..hakikatnya..mgotorkan hati yg slame ni kte usaha utk mmbersihkannya..

.: Al Goku :. said...

subhanallah..ana mat mnyukai posting ini..doakan smogakita sama2 thabat jauh dr gejala ini..aminnn

Anonymous said...

salam..pertama2nya terima kasih untuk perkongsian..sekian lama mencari,akhirnya terjumpa gak..Alhamdulillah..nice article..memang diakui diri ini agak jauh dari landasan,lari dari prinsip yg selama ini dipegang,hmm.no commment at all..tapi,ana mohon permission untuk share dgn sohabah2 yang lain..insyaAllah..
syukran..

Anonymous said...

rasulullah b'sabda "kebaikan itu apa yg mententramkn hatimu dan dosa itu sesuatu yg meresahkn hatimu walaupn seluruh manusia memberikn fatwa kpd mu"

Fakhrullah Bin Mawardi said...

syukran atas perkongsian..hadis yg dikongsi tu ada dlm hadis ar-bai'in..hadis ke 27..jzkk..

adeq said...

pencerahan yang jernih..

erm...berfikir sejenak..

afwan kepada sesiapa yang rasa ana mengomen lebeh2..sebab ana merahsiakan identiti ana..jadi mungkin sebab ana rasa x ada siapa tahu maka ana pun meneruskan aja..

contoh terberi kata2 semangat..terpuji..terloya..

Astaghfirullah ~

Fakhrullah Bin Mawardi said...

owh adeq..famous blog walker..rajin mengomentari blog unutk perbaikan dan pemberi semangat..walau dlm keadaan tidak dikenali..al-akhfiya..

GMS said...

ha lupe nak berterima kasih...
terima kasih atas post yg terkena pada batang hidung ana..

sukar gak nk elak dari berlaku ikhtilath dari kehidupan seharian sama ada scr fizikal atau maya..tapi perlu mncari jalan bukan alasan utk atasi masalh ni kn?jawapan anta utk En.Anon tu inshaAllah dpt membantu..

tinggal satu lagi entri xbaca.. teruskan menulis.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah GMS..jzkk atas sokongan..

nadia said...

kpd anonymous..
assalamualaikum
sememangnya perubahan itu adalah sukar..
sesungguhnya Rasulullah ada kata bahawa sesuatu kebenaran yg dibawa psti ad bantahan sekiranya tkde maka boleh jd kebenaran yg dibawa itu ajrn sesat..
Maksud disini kebaikan dan peringatan psti ada yang tdk ske..
atau tidak setuju dan bantah dengn peringatan itu dengan melakukan prkara yg bertntangan dgn tazkirah itu

namun kte manusia pasti buat kesalahan
perubahan perlu dilakukan secepat mungkin krn
maybe if we plan to change at 12th hour we will die at eleventh hour..
Ada yang kte rase seronok itu sebenarnya buruk utk kte.
mgkin sikit2 kte rse mcm tkde pape..
sebenarnya keseronokan mcm mne yg kte inginkan ksrnkn sementara atau keseronokan selama-lamanya di akhirat?
Tp manusia dijadikan boleh berubah menjadi lebih baik walaupun susah krn
manusia diciptakan sebaik2 kejadian
iaitu dikurniakan akal fikiran yg boleh bezakan baik dan buruk..
mungkin kte berusaha sedikit..
Allah akan membalasinya dengan pahala yg berlipat ganda
carilah cinta Allah nescaya cinta wanita solehah/lelaki soleh akan kte perolehi..

assalamualaikum

Fakhrullah Bin Mawardi said...

assalamu'alaikum Nadia..syukran atas penambahan yg baik untk kita semua..smga menjelaskan lg pandangan manusia yg kabur dgn kebenaran yg perlu ditelan..insyaAllah..

princess islin said...

mohon share sahabat,,semoga ianya dapat dikongsikan bersama sahabat2 yang lain,,insyaallah

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah silakan princess islin..syukran sudi kongsikan..