Tuesday, November 23, 2010

Muhasabah Niatmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




Kita Tidak Layak

Alhamdulillah, syukur Ya Allah kerana masih memberi kami peluang menanam amal untuk kami tuai hasilnya di akhirat kelak jika diizinkan-Nya. Selawatlah kepada junjungan mulia Rasulullah SAW. Sedikit perkongsian dalam sedikit kesempatan waktu yang ada, saya mohon maaf agak lama tidak membuat perkongsian. Ada sedikit kesibukan yang utama. Perkongsian kali ini bermuhasabahkan niat kita, walaupun sebenarnya bukan kita yang layak untuk menilai niat dalam hati seseorang, namun sekadar untuk kita muhasabah dan renungkan, kerana apa niatmu?

Sekali lagi, Sungguh yang paling bergelora bukanlah badai di lautan, yang paling luas bukanlah semesta yang terbentang, yang paling dalam bukan lerengan jurang, tetapi hati dalam sanubari. Hanya Allah mengetahui niat sebenar dalam hati kita. Manusia tidak mungkin tahu niat sebenar seseorang lainnya melalui pandangan luaran semata-mata. Yang bercahaya tidak semestinya emas, yang berkilau tidak semestinya permata. InsyaAllah sedikit perkongsian untuk salah satu persiapan yang amat penting, persiapan hati.

Mengapa kita berdakwah?

Cuba kita perhatikan bilakah masa kita berdakwah? Dalam kondisi apa kita berdakwah? Kerana apa kita berdakwah? Ada yang ketika di medan sendiri, tugas dakwah dilaksanakan dengan cemerlang, terutama pada awal dan pertengahan semester..Sistem dakwah dan pemantauan serta sentiasa ada yang ajak untuk bergerak, semua suasana yang kondusif menggalakkan kita untuk berdakwah..Namun, mengapa ketika sudah tiada yang memantau, sudah tiada yang arahkan, sudah tiada yang mengajak, kita terus hentikan dengan serta merta laksana tidak pernah ada perkataan dakwah dalam kamus kehidupan kita?

Kerana apa kita berdakwah pada waktu yang lepas? Adakah kerana ada yang memantau? ada yang mengarahkan? ada yang mengajak? kita ingin orang lain nampak yang kita juga ada berbuat? atau kita memang berbuat kerana Allah? walaupun sudah tiada suasana menggalakkan, namun dia dengan inisiatif sendiri akan terus mencari jalan dan peluang untuk berdakwah mengingatkan manusia akan hakikat kehidupan. Saya kagum dengan seorang yang masih bersekolah, yang baru diusia remaja, namun semangat dia untuk berdakwah tidak kira dimana berada, tidak kira pada bila waktunya, dia terus mencari ruang dan peluang untuk menyebarkan agama Allah. Ketika sudah tiada di tempat dia ditarbiyyah, ketika sudah kembali ke halaman perkampungan, ketika pada hakikat sudah tiada yang mengarahkan, namun dia terus ingin hidupkan dakwah di kawasan tempat tinggal. Sanggup propose kepada AJK surau untuk diadakan kelab remaja, untuk dimanfaatkan anak-anak muda di kampungnya untuk menghidupkan surau di sana. Ini, dakwah tidak kira masa. Minima niat dan usaha, walaupun sedikit, walaupun itu sahaja yang mampu dibuat, tapi ada sumbangannya kepada agama Allah.

Kagum juga dengan seseorang yang keseorangan. Memulakan dakwah di medannya dengan sendiri, jika nak dia dah boleh lari, namun tidak bagi dia, bahkan hampir setiap detik terus bertanya tips dan strategi..terus tanyakan apa lagi artikel untuk dia sebarkan..apa lagi kaedah yang boleh digunakan..apa lagi nasihat yang ingin diberi..subhanAllah, bukan disuruh, bahkan dia yang mencari, bukan tunggu ada pengarahan, tapi dia yang minta pengarahan..bukan dia cari alasan, tapi dia sentiasa mencari jalan..bukan dia menunggu peluang, tapi dia sentiasa akan cipta peluang.

Ada juga seseorang, sentiasa ada inisiatif diri, untuk perbaiki diri dan skill, untuk dakwahi kaum family, tidak jemu bertanya rendahkan diri, tidak malu dalam ingin membaiki diri, masalah dalam halaqah atau aktiviti yang lain dia yang usaha cari solusi..terus berbuat walau boleh saja jika dia berdiam diri, tapi bukan itu yang dia pilih.

Persoalannya disini, bagaimana pula dengan kita? Adakah dakwah kita "Full-Time Dakwah" atau "Part-Time Dawah" atau "Over-Time Dakwah"..Muhasabah niatmua..Berdakwahlah tidak kita dimana kita berada, berdakwahlah tidak kira bila waktunya..berdakwahlah tidak kira apa mediumnya..ikhlaskan diri, lakukan semua kerana Allah..dan bukan lainnya..ujian itu pasti, samada dari segi fizikal atau ruhi..dari segi zahir atau batin..kekadang kita pasti mendapat cemuhan, mendapat kutukan, mendapat hinaan, tapi satu benda yang pasti, sabar dan tabah itu yang penting..Ramai tidak sanggup di jalan ini, ramai tergelincir di jalan ini, kebanyakan masalah niat di hati..ingin mencapai benda lain di jalan ini, ketika tidak dapat meraih, maka cari jalan yang lain..Don’t aspect anything in dakwah, just espect maradhatillah...biarkan mereka dengan cara mereka, kita ada cara kita sendiri, yang penting harus kita yakini..dan pasti kita hormati apa juga yang mereka yakini..selagi ia berorientasikn dakwah kepada Allah, berpaksikan sunnah Rasulullah dan bernafaskan agama islam...mari berbuatlah bukan kerana orang lain buat itu dan ini, tapi tekankan di dalam hati, niat demi meraih cinta yang suci, cinta Illahi. Muhasabah niatmu.

Mengapa Kita Beramal?

Skop ni saya sudah panjang lebar bahaskan dalam post "Amal Tiada Cuti". Namun, renung dan fikirkan kembali, bayangkan kembali waktu dan ketika kita beramal, mengapa kita beramal waktu itu? Dan yang paling utama, kerana apa kita beramal?

Saya nak menyentuh sedikit beberapa perkara yang saya terlepas dalam post "Amal Tiada Cuti", untuk kita muhasabah kembali ibadah harian yang kita lakukan, ibadah mingguan yang kita adakan, ibadah bulanan hatta tahunan yang kita laksanakan, adakah semua itu kita lakukan hanya kerana Allah semata? Sekali lagi, kondisi yang sama saya ketengahkan seperti dalam topik dakwah diatas, kondisi ada yang memantau, mengajak dan menggalakkan.

Cuba kita lihat mutu ibadah yang kita lakukan..terkadang ada antara kita, ketika tahajjud dilakukan, laksana sempat nak melepaskan batuk di tangga pun tidak, ketika dikejutkan, tidak tahu apa niat yang bermain di jiwa, wudhu diambil, solat 2 rakaat, lalu terus sambung keasyikan tidur. Apa sebenarnya 2 rakaat yang kita lakukan itu? Adakah hanya untuk memenuhi tuntutan? Atau sepatutnya kita lakukan kerana ALLAH?..tolong lakukan kerana Allah..agar ia bernilai pada sisi-Nya..

Begitu juga dalam solat dhuha kita, terkadang solat yang dilakukan tidak membekas di jiwa, habis dhuha terus seperti tiada kesannya..kita sendiri tahu diri kita..adakah sejurus dhuha ada membekas minima ucapan zikir walau sedikit, bahkan doa kita mohon pada-Nya..ini tidak, sekali lagi, hanya Allah tahu semuanya, bukan tugas kita untuk menilainya..

Amalan-amalan lain yang kita lakukan, subuh berjemaah kita, bacaan quran kita, ma'thurat kita, istighfar harian kita, selawat kita, zikir kita serta amalan lainnya yang kita usahakan lakukan secara rutin, adakah kita dah menganggap ia hanya sabagai rutin harian? Biar kita lakukannya secara rutin, tapi jangan menganggap ianya rutin. Lebih-lebih lagi kalau ingin minta cuti, selagi nyawa masih ada, tiada lagi kata cuti, kerana cuti hanya bila mata tertutup buat selamanya. Mari kita tingkatkan kualiti ibadah kita, mutu keikhlasan kita, semua kita tekankan, tolong lakukan kerana Allah, kerana itu lebih utama!!!

Boleh jadi kejayaan belum mampu kita raih, kerana masih ada antara kita, masih belum menjaga hubungannya dengan Allah, masih lakukan benda-benda maksiat, masih lakukan perkara sia-sia, bahkan yang paling utama, masih niat belum disucikan, muhasabah niatmu.

Mengapa Kita Berukhuwah?

Berukhuwah juga kita lihat terkadang ada pasang surutnya..terkadang ada yang menguatkannya, terkadang juga ada ujian yang ingin merenggangkannya..Kita juga perlu sedar, kita mungkin sama manusia, tapi kita tidak serupa, tidak kira ikhwah atau akhwat, masing-masing ada kekuatan dan pasti ada juga kelemahannya..Jagalah ukhuwah antara kita, ukhuwah yang wangian dari bunga keimanan..kerana iman dan ukhuwah berkadar terus sesama mereka..Ukhuwah atas keimanan akan menghasilkan ikhlas dalam hubungan. Jika ada antara satu yang tempang, cuba kaji kembali antara duanya..satu benda yang pasti..niat berukhuwah kita apa? sesama ikhwah? sesama akhwat? Jagalah perkara yang perlu dibatasi..yang paling utama ukhuwah masing-masing ikhwah mahupun akhwat..perlu kita kuatkan semampu yang boleh..samada kita jauh mahupun selalu jumpa..terkenang sebuah mesej luahan kalbu..cinta yang menghasilkan rindu..

"Assalamu'alaikum ya akhil kareem..ku rehat sebentar terfikir dirimu, terkenang kembali kisah bersamamu, ku hanya inigin kau tahu, kekuatan ukhuwah kan terikat selalu, walau kekadang kita jarang berhubung"

Saya juga ingin memohon maaf kepada semua yang berjuang bersama, tidak kira medium apa sekalipun, yang banyak membantu dan saling mengukuh, semoga kekuatan ukhuwah kan terus tersemat..kerana Allah pasti menjaga ukhuwah kita, jika kita menjaga Dia..Jika kau hilangkan cintamu pada-Nya, maka hilang juga cintaku padamu..ikhlaskan niat berukhuwahlah kerana Allah..

Dalam kita berukhuwah, memahamilah secara dua hala, atau erti kata mudah saling memahami, amat penting dalam berukhuwah..Dan serendah-rendah perlu kita tanamkan, janganlah ada sangkaan buruk yang terus menerus kita sisipkan dalam hati kita..kerana Ukhuwah tidak mungkin boleh dimulakan dengan su'uzon..

Kita mampu lihat diluar sana, atau bahkan diri kita sendiri, ukhuwah kerana dunia, amat ramai, namun ukhuwah kerana akhirat..kita boleh hitung hanya berapa..Ukhuwah sesama mat rempit jika kita lihat, saling bantu membantu, saling menjaga sesama mereka, saling memberi semangat antara mereka, jika ada yang ganggu seorang antara mereka, berduyun-duyun datang membantu..Begitu juga ukhuwah penjenayah lainnya, strategi mereka dalam melaksankan tugas bersama, saling memahami, saling bantu segala kekurangan, fuh..sehingga sanggup mati pun ada..

"Kebatilan yang tersusun mampu mengalahkan kebajikan yang tidak tersusun"[Saidina Ali]

Ukhuwah sesama kita patut lebih hebat dari mereka, ukhuwah yang ganjarannya bukan hanya kebahagiaan dunia, bahkan akhirat sana yang bakal tiba..ikhwah wa akhwat, hidup ini terlalu singkat untuk kita menjadi hina dimata Allah..Teruslah berusaha agar sentiasa dipandang mulia..walaupun jika kita dipandang hina orang lain, namun yang penting mulia pada pandangan Allah. Ayuh kita kuatkan salah satu dari tiga kekuatan sesuatu perjuangan, Ukhuwah Yang Kukuh yang sentiasa kita selaputi dengan niat yang satu, berukhuwah kerana Dia. Muhasabah niatmu.

Muhasabah Niatmu

Ikhwah wa Akhwat sekalian, tidak kira siapa kita, perjuangan apa yang kita bawakan, cara apa yang kita yakini, amanah apa yang kita diberi, satu perkataan indikasi terbaik, IKHLAS. Carilah perjuangan yang terbaik, bukan ter-rileks..Kita akan banyak diuji, samada dari nafsu sendiri, atau syaitan sekeliling, dalam bentuk jin atau insani..Namun satu benda yang pasti, tiada yang mampu mengalahkan kita, jika kita peganng formula ini, IKHLAS.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang IKHLAS di antara mereka."
 [QS Al-Hijr, 15:39-40]

Sepeti alignment kereta yang perlu lurus sebelum memakan tayar, alignment niat juga perlu diluruskn sebelum memakan diri.  Mari bersama kita berbuat bukan kerana dipaksa atau terpaksa, tapi kita sentiasa tingkatkan keikhlasan niat kita, berbuat kerana Allah. Usahalah semampumu, lalu ikhlaskan hasil yang diberi, tawakkal hanya pada Allah, bukan usaha atau lainnnya. Jangan juga jadikan alasan tidak berbuat kerana takut tidak ikhlas kononnya, teruslah berbuat dan teruslah gilap keikhlasan itu dari detik ke detik yang lain. Jangan berdalil untuk tidak berbuat, tapi berdalil la agar sentiasa berbuat. Semoga Allah mengampuni dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan, niat dan tujuan yang tidak sepatutnya, dan Allah kuatkan hati-hati kita, agar berjuang dengan penuh teguh, tabah dan sabar, semua hanya kerana Dia. Muhasabah niatmu.




Azhan Atan – Ku Milik-Mu

Jauh ku tinggalkan kisah semalam
Jauh ku tinggalkan duka kelmarin
Kusut jiwa menyesakkan dada
Kecamuk hati ini tak pernah ku luah
Ketika Kau kurniakan
NikmatMu kepadaku
Terasa diri dlimpahi RahmatMu
(chorus)
Ku mohon Engkau pimpinlah kelemahan hati ini
Agar aku selalu di jalan RedhaMu
Tak putus memujiMu
Moga tak Kau biarkan dan lontarkan diriku
Bersama mereka yang di dalam kemurkaanMu
Tuhan kepadaMu aku meminta
Jangan Kau biarkan aku terleka
Dan tenggelam dalam nikmat dunia
Terlupa yang ku miliki semua milikMu
Hanyalah keikhlasan serta pengabdianku
Menjadi lafaz syukurku kepadaMu
Dan ku kembali padaMu Tuhan
Yang Menciptakan

1 comment:

umairzulkefli said...

Alangkah indah...jika cinta Allah itu mudah diraih
Alangkah indah, jika kita sentiasa dapat menghalakan segala usaha semata-mata untuk mendapat redha-Nya..
Alangkah indahnya...

Namun hakikat kehidupan tidak seperti itu..
Syaitan datang berbondong-bondong cuba menggelincirkan para Da'i ilallah. Agar kita tidak berjaya menyelamatkan lebih ramai manusia-manusia lain ke jalan ini.

Semoga terus tsabat ya akhi...
Doakan ana yang lemah ini.

Uhibbukafillah, abadan abada..
Bi insya-Allah...