Wednesday, November 30, 2011

Cinta Melahirkan Rindu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM





Cinta Melahirkan Rindu

"Salam..Rul, kakak rindu mama dgn papa la..Huhu..;'(


"Mama akan dtd Disember ni..huhu..insyaAllah cinta melahirkan rindu..terus mendoakan dan contact mereka ya kak.."


"ada kak kol mama hari tu..tapi x tau la..tiba2 ni rindu sangat sampai teresak2 pula nangis..maybe sebab kuar tadi n nampak ada anak dgn mama yg mesra..then c mama dia tu lbh kurang mcm gaya2 n fizikal mama..huhu"

Mesej pun terus saling berbalas antara mereka. Adik-beradik yang berada di perantauan sudah pasti saling berkongsi rasa yang sama atas dasar cinta kepada ibubapa. Sesuatu yang pasti, perasaan dan ucapan rindu hanya muncul ketika kita mencintai yang kita rindukan itu.

"Salam kak, ahad ni saya g umah kakak..jom kita lunch bersama"

Saya tekad untuk ziarah lagi kakak saya pada minggu ini yang dipisahkan dengan jarak lebih 200KM antara "aku dan dia" bagi memenuhi amanah sesama ahli keluarga yang perlu saling menyayangi, menasihati dan memerhati bukannya selalu membenci, tidak ambil peduli dan bergaduh sana sini.

Keluarga Juga Mad'u

*p/s : Mad'u = Golongan yang didakwahi

Dalam kesibukan dan pengorbanan ramai pejuang-pejuang agama Allah yang sanggup berdakwah ke hulu ke hilir, ke timur ke barat, ke utara ke selatan, dari musim durian hingga musim rambutan, dari sekolah hingga kepada masyarakat dan dari musim teriknya panas dan lebatnya hujan, jangan sekali-kali lupa juga kepada sudut dan waktu kepada keluarga.

Setiap minggu pastikan ada menghubungi mereka, bertanya khabar kepada mereka, mendoakan mereka, bantu mereka, ada kelapangan ziarahlah mereka. Sepertimana kita membina dan menguatkan hubungan kepada mad'u medan kita, mari membina dan menguatkan juga hubungan dengan mad'u keluarga kita.

Namun satu benda yang pasti, tolong ketahui tahapan cinta, tahapan amanah atau tahapan pengorbanan yang perlu kita jadikan amalan dalam kehidupan kita. Jangan sampai lebih mengutamakan kerjaya, harta dan keluarga berbanding mengutamakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalan-Nya, kerana ramai yang mengorbankan cinta kepada Allah, Rasulullah dan berjihad dijalan-Nya demi cinta kepada lainnya. Bertindak bijaklah kita dalam menyusun tangga cinta di aras sepatutnya tanpa membiarkan anak tangga lainnya.

Azankan Bayi Perempuan

"salam farul..akak (akak sepupu dua kali) sudah selamat melahirkan awal pagi tadi dalam jam 3 pagi.."


"AllahuAkbar..alhamdulillah..semua ok jg ka kak ana?"


"alhamdulillah..iya..semua selamat..akak di hospital sungai buloh ni..tapi abang ali kamu outstation..sebab mula-mula tiada pula tanda-tanda nak melahirkan..tapi dia otw balik dah"


"owh..farul dekat PJ ni..nanti farul g hospital dengan kak faiqah.."


"alhamdulillah..ngam (sesuai) la tu..boleh farul azankan anak akak"


"owh..insyaAllah..nanti kalau dah sampai saya bagitau ya kak"


"ok farul..terima kasih ya"

Panggilan lepas subuh dari Kak Ana membuatkan saya mengubah perancangan perjalanan yang sepatutnya balik terus ke Perak selepas subuh. Saya terus menghubungi Kak Faiqah yang berada di Shah Alam untuk saya ambil dan bawa sekali ziarah Kak Ana yang sama nasib dengan kami, merantau.


Gambar Hiasan

Walaupun mengazankan dan mengiqamatkan bayi yang baru lahir disepakati dari hadis yang lemah dalilnya. Namun oleh kerana ia menjadi amalan baik yang masyhur, maka kita tidak memeranginya kerana ia sebahagian dari kaifiat azan yg sering ditakwil oleh banyak ulama dalam pelbagai hal yang lain. Sepertimana Ibn Qayyim juga menganjurkannya, sedangkan Ibn Qayyim adalah amat terkenal sebagai Imam yg memerangi bid'ah atau sesuatu pembaharuan. Kita juga ketahui dua jenis bid'ah iaitu bid'ah hasanah dan bid'ah dholalal.

Lebih-lebih lagi dalam hal bagi menyesuaikan dengan masyarakat sekarang, namun yang pasti bukan semua perkara kena disesuaikan dengan masyarakat, bahkan memang sepatutnya masyarakat yang patut menyesuaikan dengan tuntutan awal Islam. Selagimana ia tidak mengaitkan dengan perkara-perkara yang pokok (ushul) dalam Islam. InsyaAllah perlahan-perlahan kita fahamkan masyarakat dan semua kita mengenai penyisipan dakwah dengan berhikmah sesuai dengan zaman dan keadaan.

Pernah Kita Rindu Allah?

Kita sudah akui bahawa perasaan rindu adalah asbab dari perasaan cinta. Namun persoalannya disini, pernah atau tidak kita merasakan rindu kepada Allah? rindu ketika kita makin jauh dariNya, rindu ketika kita sudah melupakannya, rindu yang lahir kerana bukti cinta kepada-Nya? Mungkin ramai antara kita bukannya rindu tapi ingin mengingati Allah sahaja sangat sedikit.

Marilah kita bersama muhasabah kembali cinta kita kepada Allah SWT. Muhasabah yang bukan hanya menyedari tanpa ada reaksi yang perlu dilakukan. Mulakan dengan menolog diri kita bahawa "Kita Cinta Allah" lalu rancang dan laksanakan amalan-amalan cinta demi memperbaiki dan meningkatkan lagi cinta kita kepada Allah Pemilik Cinta.


Semoga kita selepas ini mampu merasakan dan mengucapkan Kita Rindu Allah. Amin Ya Rahman Ya Rahim. Akhir sekali, mari kita baca, hayati dan amalkan ayat yang mungkin sering kita dengar dan sampaikan namun belum mampu kita buktikan.

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuwatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. [QS at-Taubah, 9:24]


Jemputan Forum Mahasiswa SINERGI



3 comments:

Nur Maizatul Nasyiin said...

salam'alaik..entry yang benar2 mnyntuh hati ana..truskn berpena atas dasar dakwah..jgn lupa bah truskn usha hingga ke titisan darah terakhir..'ala kulli hal,mg redha allah bersama para da'ie yg berpaksikn dakwah sbg jalan kehidupan mereka..wallahu'alam

Fakhrullah Bin Mawardi said...

wa'alaikumsalam,

insyaAllah fathul jannah..kehidupan berpaksikan dakwah dan berorientasikan redha Allah semata memang sangat indah..

smga Allah selalu memimpin kita di jalan kebenaran dan disuntik dgn pertolongan-Nya..

Nur Maizatul Nasyiin said...

barakallah..mg pertolongan allah sentiasa bersama orang-orang yang inginkan kesucian islam terus mekar di taman syurga... ;-)