Wednesday, September 22, 2010

Baksos Masuk Sinar Harian

Sumber :   http://synergymedia2010.blogspot.com/2010/09/baksos-masuk-sinar-harian.html

Assalamu'alaikum..sepanjang Synergy Media bercuti..Baksos yang dijalankan pada bulan Ramadhan dimasukkan ke dalam akhbar sinar harian..semoga perkongsian tersebut menaikkan semangat masyarakat untuk sentiasa membantu golongan yang memerlukan..Alhamdulillah..Di bawah kami sertakan keratan akhbar tersebut.

Gambar Atas: Fasilitator dan Peserta Baksos bersama Putera-putera Bait Al-Amin

Memandangkan perkataan di keratan di atas kurang jelas, sini kami re-type untuk bacaan semua.

PARIT - Anak-anak yang tidak bernasib baik perlu diberikan semangat untuk merubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.
      Oleh itu, sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi yang pernah mendapat bimbingan dari pada sebuah syarikat motivasi dan latihan iaitu Synergy Training Centre (pembetulan : Neo Synergy Training Centre) menganjurkan satu program bakti sosial atau bakso (pembetulan : Baksos) di rumah anak yatim dan miskin Bait Al-Amin, Parit.
     Pengarah program, Fakhrullah Mawardi, 20, berkata, program itu bertujuan memberikan motivasi dan keceriaan kepada penghuni rumah kebajikan berkenaan.
     Menurutnya, konsep yang digunakan diambil daripada al-Quran supaya perkara itu dapat terpahat dalam hati masing-masing.
    "Kita mahu memberikan motivasi kepada anak yatim ini supaya mereka mampu merubah kehidupan menjadi lebih baik dari sekarang."
    "Kita memberikan kesedaran kepada mereka kenapa mereka perlu berubah ke arah lebih baik dan tahu hala tuju hidup sebenar", katanya.
     Fakhrullah adalah pelajar Kejuruteraan Kimia tahun dua dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) berkata, bukan sahaja anak yatim akan mendapat manfaat daripada program berkenaan kerana fasilitator juga turut sama mendapat faedahnya.
     "Apabila datang ke sini secara tidak langsung fasilitator sendiri akan dapat melihat cara hidup di sini dan akan lebih menghargai ibu bapa masing-masing"
     "Kita juga mahu perkara ini berterusan iaitu mereka yang mendapat khidmat motivasi daripada program ini akan menjadi fasilitator kepada orang lain pula selepas ini", katanya.
     Sementara itu, seramai 12 fasilitator daripada UTP, UniKL, Kolej Matrikulasi Gopeng, UIA turut serta menjayakan program berkenaan. (Pembetulan : 12 Fasilitator, 60 yang lain adalah peserta baksos dari pelbagai institusi pengajian)


Synergy Media mengucapakan seikhlas terima kasih kepada Neo Synergy Training Centre yang menjemput kami bekerjasama menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada pembeli Majalah Sinergi atas sumbangan anda ke tabung kebajikan kami dalam setiap belian anda. Semoga Allah meredhai semua usaha amal kita. Amin.

No comments: