Monday, October 31, 2011

Kata Nasihat Buatku & Dirimu [Bahagian XII]



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

InsyaAllah di bawah saya sertakan beberapa kata-kata nasihat harian yang saya kongsikan di akaun Facebook http://www.facebook.com/SaBaHaNmUsLiM..Namun, akan saya abadikan di blog ini untuk memudahkan kepada sesiapa yang tidak memiliki facebook. InsyaAllah 10-15 Kata Nasihat setiap Episod. Semoga ia memudahkan saya khususnya dalam mengingati nasihat-nasihat yang diberikan agar saya paling utama tidak melanggar apa yang saya katakan, juga agar bermanfaat buat kita semua..Amin Ya Mujib..



Nasihat Hari Ini : Mencari wanita yang memakai tudung memang ramai, tetapi mencari wanita yang menutup aurat amat sedikit.


Nasihat Hari Ini : Jangan membeli mengikut kemahuan, tapi belilah mengikut keperluan.


Nasihat Hari Ini : Ingatlah, kita lahir dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa (harta), dan sedarlah, kita akan kembali juga dalam keadaan tidak memiliki apa-apa.


Nasihat Hari Ini : Beramallah sepenuh hati, bukan separuh hati apatah lagi tanpa hati.


Nasihat Hari Ini : Ada manusia yang ingat akan mati, ada yang takut akan mati dan ada juga yang lupa akan mati. Maka jadilah manusia paling bijak yang sentiasa ingat dan bersedia untuk mati.


Nasihat Hari Ini : Janganlah menjadi lilin yang hanya menerangi orang lain namun membakar diri sendiri.


Nasihat Hari Ini : Mengapa ketika kesalahan besar kau lakukan tanpa merasa malu, tapi kemudian kau malu untuk mengaku kesalahan itu? Malu untuk diketahui, maka malulah juga untuk berbuat.


Nasihat Hari Ini : Bencilah pada perlakuan maksiat, bukan kepada pelaku tersebut. Tegurlah kerana kasih sayang, bukan dengan penuh kebencian.


Nasihat Hari Ini : Jangan penuhi album kehidupan kita dengan gambar-gambar keburukan, tapi  penuhilah dengan gambar-gambar kebaikan.


Nasihat Hari Ini : Berfikirlah sebelum berbicara agar tiada hati yang bakal dizalimi, samada merosakkan hati sendiri atau menyakiti hati orang lain.

No comments: