Tuesday, October 25, 2011

Motivasi Diri Sendiri


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


Ujian datang bukan hanya bersilih ganti,
terkadang datang sekaligus bertubi-tubi,
sehinggakan terasa lemahnya diri.

Kita mencari-cari bantuan sejati,
untuk bangkit agar terus berdiri,
namun hanya pujukan berlalu sepi.

Kita mencari-cari sumber motivasi,
untuk menguatkan diri kembali,
namun hanya angin menghembus sepi.

Mungkin pengharapan terlalu tinggi,
terhadap kekuatan yang tidak pasti,
dimana kekuatan diri sendiri?

Mari kita sedari,
ada ketika ujian perlu dilalui sendiri-sendiri,
merangkak menyeberangi ujian berduri.

Ayuh motivasi diri sendiri,
memujuk diri dengan kalam illahi,
tiada ujian diberi melebihi batas diri,

Ayuh motivasi diri sendiri,
bahawa kita sebenarnya tidak bersendiri,
kerana ada Allah yang sentiasa menanti.

Kami mohon padaMu Illahi,
menguatkan diri-diri yang lemah ini,
melalui semua ujian yang Engkau beri.

No comments: