Thursday, October 6, 2011

Kata Nasihat Buatku & Dirimu (Bahagian XI)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

InsyaAllah di bawah saya sertakan beberapa kata-kata nasihat harian yang saya kongsikan di akaun Facebook http://www.facebook.com/SaBaHaNmUsLiM..Namun, akan saya abadikan di blog ini untuk memudahkan kepada sesiapa yang tidak memiliki facebook. InsyaAllah 10-15 Kata Nasihat setiap Episod. Semoga ia memudahkan saya khususnya dalam mengingati nasihat-nasihat yang diberikan agar saya paling utama tidak melanggar apa yang saya katakan, juga agar bermanfaat buat kita semua..Amin Ya Mujib..








Nasihat Hari Ini : Janganlah meresapi sifat syaitan yang sombong, tamak dan tergesa-gesa, kerana ia adalah racun yang sangat merbahaya.


Nasihat Hari Ini : Jangan kerana masalah anak habis merosakkan juga rumah tangga kita kerana saling tuduh-menuduh dan menyalahkan sesama. Kita perlu menyelesaikan masalah, bukan mencari dan menambah masalah. Ayuh selesaikan masalah dengan bijak wahai ibubapa semua.


Nasihat Hari Ini : Profesi kita adalah amanah yang diberikan Allah kepada kita. Tapi jangan sampai profesi kita membuatkan kita lupa amanah kita kepada Allah.


Nasihat Hari Ini : Jangan kerana ingin nampak hebat dihadapan manusia sehingga menjadikan hidup ni dipenuhi dengan berhutang dan mencari duit hanya untuk membayar hutang.


Nasihat Hari Ini : Being different not always the best, but being the best is always different.


Nasihat Hari Ini : Kita harus jaga tepi kain orang agar kainnya tidak koyak dan rosak. Ubahlah fahaman kita harus hidup sendiri-sendiri tanpa peduli orang sekeliling.


Nasihat Hari Ini : kita tidak akan pernah berselisih, tidak akan saling membenci kerana kita satu hati. Inilah yang perlu bersama kita raih.


Nasihat Hari Ini : Cinta tidak akan habis diterangkan dari A sampai Z, atau dari alif sampai ya, kerana cinta bukan untuk diterangkan, tapi perlu dibuktikan.


Nasihat Hari Ini : Janganlah hanya ingin membina cinta di dunia, tapi binalah jambatan cinta yang mampu sampai ke syurga.


Nasihat Hari Ini : Jangan biarkan hanya ringan sama dijinjing, tetapi biarkan berat pikul sendiri. Bukan hanya kegembiraan diraikan bersama, tapi kesedihan juga perlu dihadapi bersama.


Nasihat Hari Ini : Lautan pasti ada ombak yang mendatang, samada yang kecil mahupun besar, namun teruskanlah berenang jangan tenggelam. Semoga kita diberikan kekuatan berenang di lautan dunia yang penuh dengan ombak ujian.


Nasihat Hari Ini : Perkataan dan perbuatan yang buruk akan menjadi bomerang yang bakal mengenai kita semula.Jika bukan di dunia, nantikan bomerang kembali kepada kita di akhirat sana.

No comments: