Tuesday, October 4, 2011

Dakwah Family

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM






Halaqah Keluarga

Sambutannya setiap bulan, terkadang saya berkesempatan dan kebanyakannya tidak, kerana jasad terletak jauh di perantauan. Namun bagi mereka keluargaku, meneruskan tradisi mengikat silaturrahim melalui majlis sebegini. Semoga diredhai Allah selalu.

Kita ketahui keluarga besar kita masing-masing banyak ragamnya, ragam dari segi keimanan pada-Nya, ada yang surut ada juga yang pasang. Saya yakin semua antara kita inginkan keluarga yang bukan hanya keluarga terdekat mendekati Allah, juga usahakan keseluruhan keluarga kita makin mendekati Allah. Inilah kewajipan bagi kita dalam mengamalkan ayat penjagaan bukan hanya pada diri, namun juga kepada keluarga kita.

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."[QS At-Tahrim, 66:6]

Semoga kita ingin penuhi salah satu ciri keimanan ini dalam diri kita. Minima jika tidak mampu untuk menasihati mereka, tolong menjaga hubungan sesama mereka samada sentiasa berhubung, melakukan aktiviti bersama dan sebagainya. Wahai perantau mahupun pendakwah, tolong usahakan jangan melupakan amanah kita sebagai seorang anak mahupun ahli keluarga, hubungilah keluarga selagi mampu. Jangan juga hanya menghubungi ibu bapa, usahakan juga hubungi dan bina ikatan hati dengan adik-beradik kita serta kaum kerabat dekat lainnya. Sepertimana kita membina ikatan hati kepada mad'u atau kawan kita, begitulah juga ikatan hati yang perlu lebih lagi kita bina dengan kerabat kita. Akhirnya, tolong jangan abaikan keluarga kita makin menghampiri api neraka, namun dekatkan mereka dengan amalan syurga. Ayuh, sentiasa ingatkan   keluarga kita!

"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, "[QS Asy-Syu'araa', 26:214]

Alhamdulillah, hari keluarga saya yang sentiasa bergilir "Tuan Rumah" memberikan kesempatan untuk semua menziarahi tempat sesebuah keluarga tersebut. Ada juga yang lebih memilih pantai, pulau, peranginan dan sebagainya berbanding buat di rumah sendiri dan yang pasti, setiap keluarga sudah tentu diriuhkan dengan adik-adik kecil, bayangkan ketika adik-adik ini disinergikan, fuh..habis berantakan (bahasa indonesia) suasana. Itulah kepentingan ada juga pertandingan atau peraduan khas buat kanak-kanak, agar mereka mudah dikawal dan yang lebih utama, mereka merasakan keseronokan dan bukan kejemukan semata-mata.



Terbaru adalah giliran keluarga saya menjadi tuan rumah, 1 oktober 2011 yang lepas. Kami hanya buat di rumah buat kali ini dengan jamuan yang insyaAllah secukupnya. Pertemuan kali ini diakhiri dengan sedikit tazkirah daripada timbalan pengerusi "Majlis Keluarga" kemudian sedikit juga tazkirah dari saya mewakili kaum muda. Pengacara majlis meminta saya memimpin bacaan doa yang khusus buat semua keluarga serta anak-anak yang menghadapi UPSR, SRU, PMR, SPM dan sebagainya. Selesai majlis keluarga, bersiap untuk packing kerana esoknya balik ke Perak.

Nasihat Seorang Ayah

Saya terbang ke KL bersama kakak, Faiqah Binti Mawardi. Menaiki Fire Fly. Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), beg kesemua dipindahkan ke sebuah troli. Lalu salam hormat, ciuman kasih sayang dan pelukan penuh mesra mengakhiri pertemuan hari itu. Akhir pertemuan itu..

"InsyaAllah ya pa..doakan segala perjuangan yang farul lakukan agar diredhai dan dalam kebenaran..semoga semua ceramah dan program yang farul buat semuanya ada pahala mengalir kepada bapa dengan mama.."

Lalu bapa saya memberikan nasihat balasan buat luahan anaknya, dia berikan saya perkongsian doa yang boleh saya amalkan..Saya mengamati dan cuba mengingati semua bait-bait doa bersumberkan al-Quran yang bapa bacakan. Memang setiap kali balik ke semenanjung, mama dan bapa akan berikan nasihat yang sentiasa menusuk terus ke dalam hati. InsyaAllah nasihat kali ini berupa doa saya kongsikan kepada kita semua.

"Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai surga yang penuh kenikmatan, dan ampunilah bapakku.." [QS as-Syu'ara, 26:83-87]

Dan katakanlah: "Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik." [QS al-Mukminun, 23:118]

"(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." [QS al-Kahfi, 18:10]

Tangisan Adik Tersayang

Duduk di balai berlepas berbelakangkan pandangan kapal terbang yang silih berganti mendarat dan berlepas, telefon bimbit memainkan fungsinya ketika ada signal panggilan ia dapatkan. Saya melihat ruang skrinnya dan yang keluar adalah no telefon rumah. Setelah menekan butang menjawab, suara tangisan yang ku dengar sebagai mukadimah suara.



"Abang..abang dimana sudah? kenapa tidak kejutkan adik mau hantar abang tadi.."

Suara kecil, manja dan teresak-esak dari seorang insan yang ku sayang, satu-satunya adik perempuan yang akan sentiasa saya lebih perhatikan untuk menjaganya dari tribulasi dunia yang makin mencengkam, berbanding adik-adik lelaki saya yang insyaAllah lebih kuat menghadapi dunia berbanding, dialah Nur Firzanah Nabila Binti Mawardi.

"abang di airport sudah dik..abang sudah kejut adik tadi..tapi adik endak mau bangun..abang bukakan tingkap adik lagi dulu..adakan tingkap adik terbuka?"

Suara tangisan yang tersekat-sekat seolah-olah menarik nafas banyak kali lama kedengaran sebelum adik menjawab.

"ada..tapi kenapa tidak kejut sampai adik bangun..bila la lagi boleh jumpa abang"


"abang sudah usap-usap kepala adik tadi..endak apa la dik..abang sudah juga usap dan sayang sama adik tadi..nanti abang balik la lagi ke rumah ya.."berusaha untuk memujuk.


"adik tidak mau la pakai shampoo..nanti hilang bekas abang pegang.."


"jangan la macam tu dik..shampoo kepala adik sampai wangi..semalam adakan adik minta abang belikan shampoo yang adik suka tu..sayanglah kalau adik tidak pakai.."


"Iyalah bang..bila lagi abang balik.."


"hujung tahun mungkin abang balik ya..ok la dik..abang mau masuk kapal sudah ni..jaga diri baik-baik..belajar betul-betul tau..assalamu'alaikum."


"iya bang..wa'alaikumsalam.."

Kakak yang duduk disebelah saya menyapa..

"kenapa juga tu farul?"


"adik..biasalah tu..manja betul..jom la kak..kena panggil sudah tu.."

*****************

Kapal FY 501 mendarat dengan selamat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Sementara menunggu bagasi, seperti biasa setiap kali selamat mendarat, kami akan hubungi  keluarga untuk pemberitahuan. Selang beberapa masa selepas menamatkan perbualan dengan mama. No telefon rumah terpampang lagi di skrin telefon bimbit saya.

"assalamu'alaikum bang..abang sudah sampai kan?" suara yang lebih tenang tapi suara kesedihan.


"wa'alaikumsalam dik..iya..napa dik?"


"adik mau tanya..kalau ada kawan mau hantar surat pergi ke KL bah..macam mana mau hantar?"

Persoalan menggunakan kata ganti diri orang lain untuk menutupi diri dia sendiri yang mahu lakukan..hihi..

"owh..senang jak dik..nanti pergi ja pejabat pos..yang penting ada tulis alamat sama siapa mau dihantar tu..ala..adik tanya ja mama atau bapa..dorang pun tau tu dik.."


"owh iya la..ok bang.."


"ok..assalamu'alaikum.."


"wa'alaikumsalam"

Sistem Barter @ KLIA

Saya dengan kakak alhamdulillah ada kawan masing-masing yang datang mengambil di airport. Setelah makan tengah hari bersama kakak, kawan kakak pun sampai untuk menjemputnya..Bagi saya, sementara menunggu kawan, pergi melangkahkan kaki ke surau tingkat 3 (Tingkat 3 adalah level ketibaan). Saya memasuki surau tersebut tanpa ada orang di dalamnya. Tiada selipar atau kasut di luar. Maka saya pun mengambil wuduk bagi melaksanakan solat. Selagi panggilan dari kawan tiada mendatang, maka saya terus berada di surau menyambung beberapa buku pembacaan. Setelah beberapa minit, saya ingin keluar sebentar untuk ke tandas, ajaibnya, SANDLE SAYA HILANG! dan kelihatan ada sepasang kasut diletakkan di rak yang sebelum ini tiada di rak tersebut. Mana mungkin orang tu buat sistem barter pula..hurm..


Saya pun mula meletakkan persangkaan bahawa kemungkinan ada orang pinjam sekejap untuk ke tandas, maka saya pun kembali memasuki ke dalam surau. Setelah lebih 30 minit, masih tiada khabar berita mengenai mangsa kehilangan, sandle saya. Seorang staf KLIA melalui pintu surau lalu saya menyapanya dan memberitahukan hal yang terjadi. Dia terus pergi ke tandas lelaki untuk melihat dan kemudian kembali ke surau lalu menyatakan..

"tiada orang di tandas.."

Setelah menunggu hampir sejam, kawan juga mesej sudah hampir tiba..Kemungkinan orang yang terambil itu lebih suka sandle saya, atau kelam kabut sampai tersalah pakai yang milik dia dan terakhir mungkin orang itu sudah terbang atau baru mendarat dan terus ke rumah dengan sandle saya. Inilah ujian. Inilah sistem barter. Beralaskan kasut yang ada sedikit kekoyakan, saya menapak keluar menuju kereta kawan. Lalu bersama meluncur selamat menuju ke Perak. Keesokannya pula hari pertama saya practical/internship. Nantikan kisahnya..insyaAllah..

4 comments:

Nafsah Dulajis said...

alhamdulillah, teruskan perkongsian yang bermanfaat. moga dalam redha Allah selalu...

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah..syukran..smga kita semua sentiasa dalam redha Allah selalu..

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum..lama tak komen sini.
tuan blog apa khbr?

suka baca entri ini..sebab tu teringin nak komen ^^,

bila ar dpt kumpul one family seperti keluarga akh ni..masa hari raya jak kot berlaku...

part adik tersayang n kes sandle tu memang mencuit hati ^^.

oh ya nak tanya..23/9 tu akh kata ada g ums kn..untuk program apa?

Fakhrullah Bin Mawardi said...

wa'alaikumsalam wbt,

Alhamdulillah nazihah, sehat..insyaAllah pelan2 usahakn mampu mengeratkn ikatan family..biar nazihah mulakan..

23/9 tu bg ceramah ja d masjid UMS..