Thursday, November 18, 2010

Hari Bersama Lapisan Masyarakat 3 - Raya Korban Hari Ke-2 @ Perantauan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

"InsyaAllah jika jodoh kita memang ditetapkan oleh Allah Penentu Segala, semoga jodoh tersebut didekatkan dan dipermudahkan urusannya..Jika jodoh ini akan meningkatkn lagi rasa Cinta kepada Allah, dan menambah lagi keredhaan-Nya, maka tiada alasan saya tak terima, tapi jika jodoh ini akan mengurangkn rasa cinta kpd Allah, semangat da'wah kepada agama Allah, dan mengurangkan keredhaan-Nya, maka saya harap ia dijauhkan..sebagai lambang cinta tertinggi hanya milik Allah..harap xxxx faham.." Terkenang satu mesej yang pernah dihantar suatu ketika dulu. Pengorbanan cinta. Semoga Allah beri yang terbaik untuk kita semua.


Bukan-lah kisah cinta yang ingin disampaikan, tapi sedikit sahaja perkongsian di hari ke-2 raya korban..saya cuma memperuntukkan lebih kurang 3 jam untuk aktiviti korban hari ini..selebihnya mau study..esok dah start paper..mohon doakan saya dapat jawab dengan baik..walaupun ramai mahasiswa/wi yang dah habis exam, bahkan dah bercuti pun, tp kami baru nak start exam..tak pa la..3 jam hari ni bermula dari 8 pagi hingga 11 ja..tapi sarat dengan aktiviti dan pengalaman yang lebih menarik berbanding semalam..syukur alhamudulillah (bukan iklan Hi-O ya)..Walaupun hari ni cuma seekor kerbau yang lebih besar dari semalam..amat besar mengalahkan kerbau semalam..seekor lagi dari spesis kambing...



Gambar atas proses mengerjakan kerbau yang dikorbankan..kiri bawah tu belasah kepala kerbau..alhamdulillah, hari ni tiada jari baru yang terluka..kerja kami pun laju..dalam masa sejam siap semuanya..dah makin expert la kot..hehe..tapi luka semalam kembali terkoyak..tu yang sakit..tapi tak sesakit semalam..hari ni agak banyak pula muka saya dalam gambar, sebab ni camera akh zikri..semalam guna hp sendiri, gambar orang lain ja banyak..tak nak cakap banyak kali ni..tengok gambar pun jadi la..Kerbau ni agak besar, tak berani nak sembelih, so, saya ambil keputusan nak sembelih kambing di bawah ni ja la..saksikan video penyembelihan pertama saya lakukan terhadap binatang berkaki empat..sebelum ni sembelih berkaki dua ja..fuh..alhamdulillah..






Fuh..Syukran kepada Akh Dr Hizul atas tunjuk ajar nak menyembelih dengan cara yang betul..nampak ganas pula tengok saya sembelih ni..insyaAllah kedepan, nantikan lembu, kerbau atau unta..untuk disembelih..darah tiada pula yang terpercik ke arah saya..bersih suci seluar dan baju..gambar bawah adalah riwayat kambing sebelum dan selepas disembelih..





Itu ja la kot..sikit perkongsian..post kali ini mengambil masa saya sebanyak 20 minit..Upload gambar & video yang lambat..apapun, semoga ibrah sempena raya korban yang kita harapkan menusuk ke dalam hati kita..jangan hanya kita seronok beraya sakan, seronok sembelih lapahan, semangat takbir 3 hari, tapi tiada muntijah sebenar ibadah korban, tapi tiada terkesan kepada hati untuk kita bersama menjadi yang lebih beriman, bertakwa dan berkualiti..Teruskan hayati kisah disebalik laungan takbir di 3 hari ini..


"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik."[QS Al-Hajj, 22:37]

6 comments:

Anonymous said...

eerrghh...da lama x tgk org sembelih binatang tym raya korban..apa perasaan ye ketika menyembelih? adeh..sadis la pulak rase..

Fakhrullah Bin Mawardi said...

hehe..subhanallah, perasaan kena sndiri lalui..tp bg sy, cuma permulaan terasa bersemangat ja la..tp alhamdulillah diingatkn mslh niat..itu lebih utama..

Anonymous said...

salam,
kejap apa kaitan sembelih dengan post perenggan pertama tu.sedikit pelik.ada kena mengena ke?

Fakhrullah Bin Mawardi said...

owh..itu melambngkn pengorbanan cinta pasangan dunia jika cintanya mengurangkan cinta kpd Allah..lebih sanggup korban cinta dunia brbnding cintanya Allah..

adeq said...

dah lama x tengok kerja penyembelihan,terasa ngeri pulak.

mungkin leh pakai parang kot,lebih senang.beli lah parang panjang / rambo.tajamkan.
kemudian mungkin leh tarik dari bawah terus ke atas sambil menekan urat haiwan korban.
tanpa melepaskan parang dari leher haiwan qurban,teruskan memotong hingga terputus urat merih.
tariknya biar ke dalam,berikan sedikit tekanan.jadi mudah untuk haiwan tersebut.
ini teori semata,ana pernah sembelih ayam la.
untuk amali zaman sekolah dulu tapi terlebih tekanan sampai putus terus kepala ayam tu.
bagus3.pengalaman pertama.nest time lembu pulak ke.
lagi kena kuat tenaga.nak sembelih perlu tenaga.

- melihat ayah ana menyembelih lembu terpercik2 ke kopiah dan baju -

Fakhrullah Bin Mawardi said...

wah adeq..dahsyatnya smpai terputui kepala ayam tu..parang keris ni dah tajam..dia dah ptng 4 kerbau b4 diz..cuma starting tu ana x bg tekanan lebih, tu yg x lut..baru nak adapt lu force needed..hehe..pastu terus tekan lebih sikit, rasanya ana x angkt kot pisau tu..sembelih berterusan gak la..

insyaAllah next is kerbau, guna tenaga lebih ya..betul3..akan ana manfaatkn tangan yg selalu main badmiton ini untuk smbelih korban..