Friday, November 13, 2009

Kembara Bujang Lapok - Episod 2 (Kita Adalah Perantau)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
KARYA ASLI : SaBaHaNmUsLiM


"Cepat ler Farul..tadi antum yang semangat sampai tahap karma..hehe..kami dah siap dah ni..ish, ish, ish.." Akh Zainul siap berdiri di hadapan pintu yang tertera no V5B.5.2.4 dengan bergalaskan bag laptopnya.


"Sabar la khi, kita kena prepare for the worse, persiapan kena mantap, mana tau kita terdampar di highway malam ni, na'udzubillah la, tapi, kita merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah-lah sebaik-baik perancang, better 'sediakan apparatus sebelum experiment', so that, time experiment berlangsung, tak da la baru nak mencari apparatus apa segala"


"lar..perumpamaan baru ler pule, ana tau la antum ambil Chemical Engineering, tapi apapun, betul gak..susah nanti nak buat wiring kalau tak sediakan wire..hehe.."


"ceh..nak juga tunjukkan Electrical & Electronic Engineering dia..yang penting..insyaAllah..kita jadi Engineer yang  mampu menyampaikan ayat-ayat quran dan hadith-hadith dalam semua keadaan..seperti Muwajjih time malam khamis tu..seorang doktor tapi Alhamduillah, tsaqafah mengenai agama superb..itu yang kita nakkan..baru la islam insyaAllah diamalkan secara tsumul di semua kondisi..seorang jurutera, jurutera yang beriman, doktor, doktor yang beriman, peniaga, peniaga yang beriman, guru beriman, ahli sukan yang beriman, hatta jika kita ditakdirkan jadi seorang peyapu sampah sekalipun, tapi Islam masih prinsip utama..subhanallah..alangkah indah dunia ini jika di setiap penjuru disinari cahaya Islam, inilah islam yang tsumul yang harus kita sebarkan seperti kata Syeikh Mustafa Masyhur dalam buku Tariq Ad-Dakwah dia menyatakan 


'apabila menyampaikan dakwah dan peringatan, kita wajiblah mengemukakan ketsumulannya dengan selengkapnya, dengan seutuhnya dan dengan segala kesempurnaannya yang sempurna dan menyempurnakan tanpa memisahkan sebahagian dari keseluruhannya atau memansuhkan sebahagian daripadanya kerana sesungguhnya Islam itu adalah penutup segala agama.'


 tapi ana percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok." Akh Farul panjang lebar berbicara dengan loghat sabahnya yang tidak hilang walau dah lama disibgah dengan bi'ah non-sabahan.


"wah..berceramah la pula budak sabah sorang ni..nanti sambung dalam kereta la yer..dah jam 9.30 dah ni..insyaAllah kite buktikan salah satu muwosoffat tarbiyyah malam ni..kite mampu berdikari" Akh Hafiz akhirnya bersuara dengan nada yang ceria menyejukkan hati kedua ikhwahnya.





"ok-ok..bila Hafiz berbicare..hehe..ni..tolong bawakan sleeping bag ana ni..antum kosong jer tangan tu..tolong menolong dalam kebaikan..kan Musnad Ahmad Ibn Hanbal pernah berkata..janganlah kamu meremehkan kebaikan meskipun itu hanya sekadar menuangkan air dari gayung mu ke tempat air orang yang meminte, atau melayani perbincangan dengan saudaramu dengan wajah yang berseri" Akh Zainul dengan muka cerianya memancing Hafiz menolongnya dengan kata-kata hikmah.


"elleh..yer la..bak sini..insyaAllah..setitik zarah kebaikan akan ade balasannya (QS 99:7)..o ya..Farul..bawa Laptop ya..boleh study sikit dalam kereta..kite dah la minggu depan hari rabu first paper..kena bersiap siaga ni"


"Dah masuk dah pun dalam bag..hehe..ok..siap dah ni..last check..bekal makan & minum dah settle lum..bawa ja biskut-biskut ni..boleh makan dalam kereta..ada satu kotak lagi susu kacang(1 Litre) di peti ais tu..bawa ja semua..baru nampak macam kembara sikit.." Akh Farul yang akhirnya selesai bersiap dengan berseluar slack hitam, baju T-Shirt biru gelap bersarungkan Jaket Intifadhah Double Sidednya. Bag laptop digalas di belakang, tangan kanan memegang sekantung plastik dan kirinya memegang bantal kepala beserta sleeping bag yang disangkut pada bahunya.


"Ok..nanti ana pergi ambil..dah kan semue..Matric Card jangan lupe..Nanti sia-sia kita disaman time nak masuk UTP balik..ana hari tu dah kene dah..melayang 30 ringgit..not let by gone be by gone, but let by gone become a lesson..baru betul..ok..jom gerak..kang tak sempat ana nak jumpa nenek" Akh Hafiz dengan baju kemeja berbelang juga bersarungkan Jaket Intifadhah Double Sided berserta seluar slack berwarna coklat yang memegang sleeping bag  Akh Zainul di tangan kirinya dan Air Kotak di kirinya. Bag galas berwarna hijau yang sering dipakai ketika ke kuliah turut menemaninya dalam kembara ini.


"Betul, betul, betul, jom-jom, kesian cucu sorang ni..lar..apasal pule sefesyen jer kita ni dengan Jaket Intifadhahnya lagi..macam pakai uniform la pula" Akh Zainul yang juga memakai Jaket jenis yang sama dengan baju melayu peach di dalamnya dipasangkan dengan seluar kokonya membuat Akh Hafiz dan Akh Farul tergelak akan kebetulan tersebut ditambah lagi dengan term 'uniform'. Tangan kanan Akh Zainul yang memegang satu bekas makanan yang dalamnya terdapat pelbagai jenis makanan ringan, manakala tangan kirinya dengan bantal guling bersaiz kecil ibarat 'bantal busuk' pada waktu kecil dahulu.


Ketiga 'bujangga' pun turun dari tingkat 5 menuju ke kereta kancil berwarna hitam kepunyaan Akh Zainul yang terletak bersebelahan dengan kereta Proton Waja berwarna Silver. Kereta kancil yang sering digelar 'Kancil Harimau' kerana reka dalaman kereta yang diselaputi dengan kulit harimau bakal meredah lebuhraya pada malam itu. Semua barang disusun rapi ke dalam kereta.


Akh Farul meminta kunci kereta dari Akh Zainul kerana dia tahu kepenatan Akh Zainul dengan kuliah dan kelas tutorial yang penuh dari jam8 sampai jam12 ditambah selepas solat Jumaat, Akh Zainul bergerak ke Sekolah Menengah di Ipoh untuk menghalaqahkan budak-budak sekolah.


 Akh Farul menolog sendiri:
"inilah salah satu sarana dalam usaha mengejutkan remaja-remaja yang berada dalam rumah yang terbakar seperti kata-kata Syeikh Mustafa Masyhur dalam bukunya Dakwah Fardiyyah yang menyatakan mereka ni seperti sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur. Di sebelah mereka terdapat api yang marak menyala dan akan membakar mereka sekiranya mereka masih lagi tidur.Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur, terdapat mereka yang tidak tidur dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling, tetapi tidak mampu memadamkan api yang sedang membakar. Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tidur supaya setiap mereka menyedari keadaan masing-masing dan menjauhkan diri daripada api." 


Akh Farul berhenti dari lamunannya.

"Ok..antum bertuah kerana mendapat driver yang dihantar khas dari sabah pada malam ini..hehe..Hafiz, antum jadi co-driver ya..biar Zainul rehat kat belakang dulu..nanti kita singgah di stesen minyak dulu untuk periksa keadaan kancil harimau kita ni..ha..Zainul..bacakan doa" Kebergantungan kepada Allah menjadi keutamaan dalam apa jua hal.


"ana pula..insyaAllah..Al-Fatihah............." Akh Zainul memimpin bacaan doa dengan khusyuk penuh pengharapan kepada Allah As-Salam.


"Amin Ya Rabbal 'Alamin..Alhamdulillah..nasib baik cuaca baik kan..tak macam semalam dengan hujan lebatnya..insyaAllah kite selamat sampai di destinasi yang dituju..Farul..Ingatlah orang yang tersayang yer..hehe..bawa elok-elok..kalau ngantuk bagitau ana, nanti ana ganti"Akh Hafiz menyampaikan nasihat kepada Akh Farul yang kekadang bahaya dari segi pemanduannya. Ketiga-tiga bujang lapok yang mempunyai lesen memandu mudah meringankan beban bersama.


 Akh Zainul kelihatan sudah mula membetulkan posisi untuk mendapatkan keselesaan yang maksima di atas kerusi kereta yang berlapiskan sarung kerusi leather. Akh Farul mengelamun sendiri selepas melihat Akh Zainul yang ingin 'menghimpun daya' selepas sehari suntuk berjihad di bilik kuliah disambung berjihad mentarbiyyah remaja-remaja harapan bangsa kelak. 


Akh Farul menyambung menolog kembali perihal rumah terbakar. 
"alangkah indah jika setiap umat islam sedar akan kondisi umat sekarang, namun ada yang masih lena dengan mimpi dunia yang hanya sekadar senda gurauan:


"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (QS 6:32)



Bukankah dunia ini hanya persinggahan, mengapa tidak perbanyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan kerana kita cuma ada satu persinggahan. Namun, terdapat juga manusia yang sudah sedar dari lena tidur namun hanya ingin menyelamatkan diri sendiri tanpa mengejutkan manusia yang lain:


"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar" (QS 4:95)


Namun satu benda yang pasti, Aku yakin syurga Allah amat mahal harganya, dosa yang sering dikumpulkan ditambah dengan amalan yang sedikit belum tentu jamin bakal mendapat ganjaran syurga seperti atsar Ibnu Mas'ud yang menyatakan sebanyak 3 kali "sesungguhnya dagangan Allah mahal harganya" sebelum menyatakan "susungguhnya dagangan Allah adalah syurga". 


Adakah Aku layak masuk ke dalam Syurga-Nya. Dah la dosa tinggi menggunung, saban hari menambah ketinggian gunung tersebut, dikuatkan lagi di kaki gunung akan dosa-dosa yang lalu yang tidak pasti dah diampunkan belum, namun mengapa diriku sering alpa bila diuji dengan ujian dunia, semoga sedikit amalan yang kulakukan mampu melandaikan gunung dosaku. Inilah erti kembara ini, mengingatkan agar menjadi seorang perantau di dunia ini seperti sabda Rasulullah :


"Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau."

Ibn Umar berkata:
Apabila kamu berada pada waktu petang,
janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi.


Apabila kamu berada pada waktu pagi,
jangan tunggu menjelangnya waktu petang.


Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu
sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan
semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.

(HR Bukha
ri)



"FARUL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"Akh Hafiz dengan suara teriakan mengembalikan Akh Farul dari lamuman panjangnya.


"BELOK FARUL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"


************************************* TAMAT EPISOD 2 **********************************************

2 comments:

Walid Hafizul said...

wah suspen nya cerita akta ni akh???cepat la sambung lagi

Fakhrullah Bin Mawardi said...

x dpt smbung setakat ni..mood study..no feel if nak berkarya time kepala fokus ngan study ni..huhu..insyaAllah episode seterusnya bakal menjelang minggu depan..=)