Saturday, August 6, 2011

Ramadhan Di Perantauan [Episod 3]


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




Kenapa Kita Berpuasa?

Berjubahkan hadiah semalam. Saya meluncur dengan motor menuju ke Surau Nurul Huda. Alhamdulillah, tiba dengan selamat. Seronok melihat wajah-wajah masyarakat di sini yang istiqamah hadir ke surau. Motor dimatikan. Azan isyak juga baru dihabiskan. Kaki menuju rumah Allah yang merupakan salah satu tempat yang dijanjikan ahli-ahlinya akan dinaungi di hari tiada naungan selain-Nya. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

Sunnah memberikan salam, berwajah manis dan menghulurkan tangan salaman dilakukan kepada warga di Surau Nurul Huda. Ramah mesra warga di sini. Seusai bersapaan, selesaikan solat isyak lalu tarawih dan kini, tazkirah time! Pembukaan kata seperti biasa lalu..

"tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, insyaAllah tazkirah malam ni saya ingin mulakan dengan pertanyaan buat kita semua..soalan yang mudah untuk kita sama-sama fikirkan dan renungkan...KENAPA KITA BERPUASA?"

Saya merenung dari kiri ke kanan..dan mengulangi pertanyaan.

"KENAPA KITA BERPUASA? Saya yakin ramai antara kita akan menjawab kerana ini adalah kewajipan yang perlu kita laksanakan, atau perintah Allah yang wajib kita lakukan..persoalannya tuan-tuan puan puan"

"kenapa melakukan kewajipan berpuasa kita sanggup lakukan, tapi kewajipan lain banyak kita tinggalkan? Puasa wajib kita lakukan, tapi perkara-perkara wajib lainnya tidak kita lakukan. Berpuasa selama lebih kurang 13 jam sanggup kita lakukan..tapi terkadang solat fardhu yang hanya 5-10 minit setiap fardhu berat atau tidak kita lakukan? Adakah kita berpuasa kerana wajib? Saya juga sedih melihat solat sunat tarawih ramai kita mampu turun..tapi mengapa solat fardhu berjemaah kita sangat-sangat susah untuk laksanakan?"

"tuan-tuan dan puan-puan..madrasah, sekolah atau tarbiyyah ramadhan mengajarkan kita untuk berkorban bagi melaksanakan perintah Allah..sanggup mengorbankan hal perut untuk melaksanakan kewajipan perintah berpuasa..tapi kenapa kewajipan lain banyak lagi kita tinggalkan?sebagai contoh masalah aurat yang jelas-jelas wajib..tapi berapa ramai antara kita menjaga aurat kita, menjaga aurat isteri kita mahupun anak kita?"

"bayangkan time cuci kereta tuan-tuan, habis kita buka aurat kita..ibu-ibu ketika menjemur kain, terkadang tidak juga menutup auratnya..mari kita sama-sama sepertimana melaksanakan kewajipan berpuasa, maka kewajipan lainnya perlu juga kita lakukan..bukan niat saya untuk mengherdik atau mengkritik, tapi sekadar untuk peringatan buat kita semua"

"saya terkilan dengar berita-berita time bulan ramadhan ni..kalau tuan-tuan puan-puan ada baca  paper, bayangkan berita mengenai seorang ibu yang ingin mengejutkan anak wanitanya untuk bersahur, tapi buka ja bilik, melihat seorang lelaki tidur bersama anak dia..berita yang lain pagi tadi kawan saya bacakan..mengenai seorang wanita yang melahirkan sendiri, bayi yang dalam keadaan songsang..maksud dia kaki di bawah dan kepala di atas kan tuan-tuan..tapi bayangkan, dia tarik juga keluar anak tu sampai TERPUTUS kepala anak tu.."

Gema kejutan para pendengar bukti terkejutnya mereka.

"inilah keadaaan masyarakat kita tuan-tuan..masa bulan ramadhan lagi nih buat perkara-perkara tak senonoh gitu..semoga kita menjaga diri kita dan keluarga kita dari perkara sebegini..bimbing dan jaga keluarga kita agar menjadi keluarga yang baik.."

"InsyaAllah sekian sahaja tazkirah untuk malam ini..sekali lagi kita tanyakan pada diri kita, KENAPA KITA BERPUASA? Jangan hanya sekadar rutin tahunan, tapi berusahalah untuk makin dekat kita dengan Allah dan pastikan Ramadhan kali jauh lebih baik dari sebelumnya..Bulan Ramadhan ini adalah bulan terbaik untuk kita berubah..Jika bukan bulan ini kita ingin lakukan perubahan, bulan apa lagi yang kita harapkan? Harapkan bulan lain yang penuh dengan godaan syaitan..fuh..payah kita tuan-tuan puan-puan.."

Saya pun mengakhiri tazkirah malam itu dengan penuh pengharapan agar pendengar sedar kenapa kita berpuasa dan memandu tarbiyyah melakukan perintah puasa kepada perintah-perintah lainnya.

Fenomena Bulan Ramadhan

Kita mampu melihat dari setiap tahun, solat tarawih meriah selalu hanya bertahan lebih kurang 10 hari sahaja. Hari-hari selepasnya ramai yang gugur syahid tidak mampu datang. Bukan saya katakan suatu benda yang buruk, sudah cukup baik mampu turun di awal Ramadhan..Namun mari usahakan untuk ianya berterusan dalam dan selepas Ramadhan.Jangan hanya malam-malam Ramadhan penuh masjid dengan jemaah yang ramai..tapi mengapa di luar Ramadhan habis tersirna kesemuanya? Bayangkan salah seorang ulama' mengatakan..

"Barangsiapa yang hadir hanya pada bulan Ramadhan sahaja, dia sebenarnya menjadikan Ramadhan sebagai berhala yang disembah sahaja" [Syeikh Ramadhan al-Buty]

Mungkin kita marah ketika mengatakan perkara ini, kita mengatakan kita ikhlas menyembah Allah sahaja..Namun, bukankah Allah juga ada pada bulan syawal, zulhijjah atau zulkaidah dan bulan-bulan lainnya? Inilah fenomena yang perlu kita ubah bersama. Tanamlah azam dan tekad untuk kita lakukan perubahan dari sekarang juga!

Sepertimana jika kita perhatikan istilah waktu dalam bahasa inggeris..Masa lalu dipanggil sebagai 'Past Tense' atau masa yang sudah berlalu..Masa hadapan sebagai 'Future Tense' dan masa sekarang dipanggil sebagai 'Present Tense" yang bermaksud hadiah. Begitulah pepatah inggeris yang sering kita dengar:

"Yesterday is a past..Tomorrow is uncertain..Today is a gift/present.."

Hari ini adalah hadiah yang perlu kita manfaatkan..Jangan lagi bertangguh dalam melakukan perubahan..Ayuh jadikan Ramadhan kali ini turning point bagi kita tinggalakan segala perkara-perkara dosa dan bagi kita tingkatkan lagi amalan-amalan kita. Akhir kata, mari dalam hati kita sendiri menjawab pertanyaan Allah ini:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." [QS al-Hadid, 57:16]



4 comments:

Hidayah alHafizah said...

ana kendong kelek hadis 7 perlindungan Allah pada hari tiada perlindungan selain perlindunganNya ke mana-mana sebab bahagia dgn hadith tu

Fakhrullah Bin Mawardi said...

ana setuju..ia suatu hadis pembakar semangat untuk berusaha menjadi salah satu dari golongan tersebut..insyaAllah..semoga kita semua tergolong kalau bukan semua, minima salah satu darinya..Amin Ya Hadid Ya Mujib..

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum akh.

"Barangsiapa yang hadir hanya pada bulan Ramadhan sahaja, dia sebenarnya menjadikan Ramadhan sebagai berhala yang disembah sahaja" [Syeikh Ramadhan al-Buty]-->terpanah dgn kata2 ni..mcm mn kalau bab akhwat..

surau..masa solat fardhu..lelaki jak yg dtg,itupun tak banyak..akhwat ni nak dtg..takkan sorang jak kat surau tu..huu

mmg masa terawih jak ramai kat surau..
barulah kenampakkan ramai perempuan yg pergi..huu

mcm mnalah nak imarahkan surau ni..

terima kasih akh atas pengisian ini.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

wa'alaikumsalam wbt Nazihah..bagi pihak akhwat insyaAllah berbeza dan lebih dianjurkan solat di rumah melainkan ada peluang yang memungkinkan untuk ke sana seperti ramai2 ke sana atau sebagainya..