Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Di Perantauan [Episod 1]


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


Hujan Menghambat Imam

"Assalamu'alaikum En Jalil, maaf saya tak dapat jadi imam malam ni..hujan lebat sangat.."

Hujan yang bermain formasi menjatuh ke bumi membasahi malam ke-4 Ramadhan. Petir juga tidak ketinggalan dengan rentak dentumannya.

"owh..ustaz nak saya ambil ker?"

En Jalil yang merupakan penasihat kepada Surau Nurul Huda begitu semangat ingin mengambil imam yang ditugaskan menjadi imam sepanjang Ramadhan. Rumah Imam yang mengambil masa 10 minit menaiki motor menuju surau yang terletak di taman perumahan menghambat sedikit amanah pada malam itu. Imam yang selalu hanya menggunakan motor menuju ke surau tidak mampu membelah lebatnya hujan malam itu. Jika suraunya dekat, payung memungkinkan imam tersebut meredah hujan menapaki langkah.

"eh..tak per la En Jalil..menyusahkan pula..insyaAllah minta jer siapa-siapa ganti saya.."

En Jalil bersama keretanya ingin menjadi kenderaan yang membawa imam ke Surau Nurul Huda. Namun, masyarakat di sana yang kebanyakan boleh menjadi imam adalah faktor yang diambil kira oleh imam tersebut berbanding menyusahkan orang lain untuk menjemput dengan kereta dan kemudian perlu dihantar semula.

"tak per ustaz..saye memang kat luar ni dekat Seri Iskandar"

Seri Iskandar yang sebenarnya bukan searah jika dari Tronoh ke Surau Nurul Huda menambah lagi keyakinan Imam untuk tidak menyusahkan Penasihat surau tersebut.

"tak per En Jalil..insyaAllah kalau hujan reda saye datang sendiri yer.."

Perbualan pun disudahi dengan ucapan salam. Imam yang dilantik oleh AJK Surau untuk mengimamkan Solat Sunat Tarawih merasa bersalah tidak mampu meneruskan amanah pada malam tersebut. Terkenang ketika Pengerusi Surau Nurul Huda, En Har dan Penasihat Surau Nurul Huda, En Jalil menelfon memberitahukan hasrat mereka yang sama ketika mesyuarat AJK-AJK surau pada bulan sya'ban.

"Assalamu'alaikum fakhrul..kami tengah mesyuarat ni..kami nak usulkan untuk melantik fakhrul jadi imam tarawih sepanjang Ramadhan..kalau fakhrul setuju, kami terus setuju..ni pengerusi nak cakap sikit" [En Jalil]

Telefon kemudian diserahkan kepada pengerusi surau sebelum sempat saya membalas.

"hah fakhrul..macam mane?mike (kamu) boleh tak jadi imam ramadhan ni..awo(saya) boleh jer, tapi lebih baik bagi yang mude-mude ni.."

"owh..insyaAllah boleh jer En Har.."

"ok..alhamdulillah..nanti kami bagi la insentif imam sikit.."

"eh..tak yah la En Har..jadi imam jer pun..tak yah..tak yah.."

Kaget (terkejut) hati  dibuatnya. Menjadi imam pun perlu dibayar.

Malam Pertama Ramadhan

Ahad malam isnin disahkan bermulanya Ramadhan selepas hilal menunjukkan dirinya. Amanah imam dilaksanakan bermula malam pertama. AJK Surau request mengingatkan kembali dahulu lafaz niat puasa, kaifiat solat sunat tarawih serta solat sunat witir. Saya pun memenuhi sahaja. Inilah masyarakat.

Saya mengambil whiteboard marker dari beg dan menuju ke whiteboard yang terletak di bahagian tengah surau. Selepas tulisan basmalah pembuka tulisan maka terus disahut dengan pembukaan bicara.

"Alhamdulillah, alhamdulillahi robbil 'alaim, nahmaduhu, wanasta'inuhu, wanastaghfiruh..wana'udzubillahi min sururi anfusina, wamin saiyyiati a'malina, maiyahdihillahu falamudillalah, wamaiyudhlil falahadiayalah, ashaduala ila ha illallah, waashadu anna muhammadarasulullah..Qolallahu ta'ala fil kitabihilkarim, Allah berfirman dalam al-Quran"

Saya membacakan surah al-Baqarah ayat 183 bersama dengan maknanya.

"waqola Rasulullahi SAW..man shoma ramadhan, imanan wahtisaban, gufiralahu mataqoddama min zanbihi..muttafaqun'alaih..barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan..maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu"


"alhamdulillah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian..pertama kita bersyukur kepada Allah SWT diatas keizinan bagi kita menggapai nikmat beribadah di bulan Ramadhan..insyaAllah saya tidak ingin membahas panjang dahulu..sedikit peringatan mengenai lafaz niat puasa, tarawih serta witir yang akan kita mulakan malam ini.."

Saya pun menulis lafaz niat dalam bahasa arab bagi ketiga-tiga niat yang direquest pihak AJK Surau kemudian membacanya untuk semua masyarakat beraneka usia.

"insyaAllah saya yakin kita sudah hafal niat-niat ini, namun saya sekadar ingin memperingatkan sahaja kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian..insyaAllah, saya akan menjadi Imam di Surau ni..kita akan melakukan 8 rakaat tarawih serta 3 rakaat witir 2 salam..sebelum witir saya akan beri sedikit tazkirah ringkas setiap malam.."

Al-Quran saiz yang amat besar diletakkan diatas rehal berkaki tinggi dihadapan tempat Imam. InsyaAllah setiap rakaat satu muka surat. Jemaah di sini sangat meriah dari pelbagai lapisan umur namun usia yang paling tua hanya level belum pencen. Amanah imam pun dilaksanakan pada malam tersebut.

Malam Ke-3 Ramadhan

Iftar yang juga diadakan pada malam ini dari pihak yang sponsor menambah ramai lagi bilangan jemaah di surau ini. Pengerusi datang menghampiri saya.

"Alhamdulillah ya ustaz..makin meriah surau ni..imamnya pun bagus..ustaz bacaan lancar..tazkirah ringkas tapi bagus..stamina pun ada..itu yang kami nak orang muda tu..kalau kami semput baca satu muka surat tu ustaz"

"alhamdulillah..biase-biase jer pun En Har..saya pun usahakan baca laju sedikit, maklumlah kalau lama-lama ni, makin hilang makmum kite..saya pun penat juga baca satu muka surat tu..suara pun makin hilang..nasib baik sentiasa ada air di tepi tu En Har.."

"ustaz rase kita boleh tak 30 juz di sini ni..sebab tengok tak der la lama sangat tarawih kita..dalam jam10PM sudah selesai.."

En Har menarik saya pergi ke al-Quran besar yang siap ditanda dimana berhenti bacaan tarawih.

"hah..dah masuk 24 muka surat..boleh la ni kan ustaz.."

"tak dan (sempat) En Har..kalau nak kena baca lebih lagi..kita mungkin boleh la dalam 12 Juz jer sebab satu muka surat jer setiap rakaat..tak per la En Har..insyaAlah ini pun sudah mencukupi.."

Penasihat, En Jalil juga sembang perkara yang sama. Semangat sungguh ketika melihat helaian-helaian al-Quran dipindahkan dari 2 rakaat ke 2 rakaat seterusnya kerana sebelum ini surau ini hanya membaca surah-surah lazim. Bagi saya, saya ingin ubah juga mind-set masyarakat yang rigid hanya perlu baca surah yang sama setiap solat. Saya sengaja setiap solat sunat witir, di dua rakaat saya akan baca surah atau ayat-ayat al-Quran yang saya hafal bagi mencairkan sedikit ke-rigid-an yang makin menebal nanti.

Tazkirah malam itu saya sengaja menyentuh mengenai hadis pahala orang yang memberi makan kepada orang yang berbuka adalah sama pahalanya tanpa dikurangi walau sedikit pun bagi meraikan dan menaikkan lagi semangat masyarakat untuk berinfak. Selain itu, tazkirah kepada masyarakat yang utama kena sentiasa menyentuh dan menyelitkan perbaikan keluarga dan anak-anak serta harus memberikan jalan atau cadangan solusi yang boleh dipraktikkan. Alhamdulillah. Teruslah bersemangat beribadah di bulan Ramadhan.

2 comments:

Nazihah@Jiha said...

seronok menjadi imam dan berceramah kerana peluang berkongsi ilmukan :)

salam ramadhan akh.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

yup..itu yg dikejar sebenarnya..sedeqahkan ilmu jariah..insyaAllah..

salam Ramadhan kembali..