Sunday, June 26, 2011

Total Motivation

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM
Ilham : Ceramah "Al-Quran Sumber Motivasi" @ SERATAS






Soalan Dari SERATAS

Alhamdulillah, semalam saya baru selesai memberikan ceramah remaja di bawah tajuk "Al-Quran Sumber Motivasi" di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah(SERATAS) Taiping, Perak. Terima kasih diiringi doa semoga mendapat kejayaan di dunia dan akhirat saya ucapakan atas jemputan bagi berkongsi ilmu dengan adik-adik di SERATAS ini.

Slot "Question & Answer (Q&A)" yang memang biasa saya sediakan di setiap akhir ceramah untuk menjawab soalan-soalan dari para pendengar, untuk penambahan dari sesiapa atau untuk membetulkan jika saya ada lakukan kesalahan. Kebanyakan penceramah jarang membuka peluang bagi pendengar mengajukan soalan, penambahan atau pembantahan atas dasar apa, saya sendiri kurang pasti.



Saya ingin kongsikan satu soalan yang diajukan kepada saya semalam yang bukan sahaja dari kalangan pelajar, tapi daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Cikgu Roslan yang turut serta menyokong bersama-sama murid dalam majlis ilmu semalam. Soalan dari beliau amat sukar untuk saya luahkan jawapannya. Belau bertanya yang lebih kurang maksudnya:

"apakah sumber motivasi saudara sehingga sanggup ke sana ke mari memberikan ceramah kepada adik-adik, apa motivasi utama saudara sehinggakan mampu bertahan untuk menyebarkan ilmu?"

Ketika saya mendapat soalan ini, pertama memang agak terkejut kerana soalan diajukan daripada Cikgu Roslan. Saya menerima soalan tersebut dan cuba memberikan perkongsian sumber motivasi tersebut.

"terima kasih kepada Cikgu Roslan atas soalan yang sebenarnya bukan hanya untuk diri saya..tetapi adik-adik, ini untuk kita semua..Mengapa ramai antara kita yang mudah jatuh motivasinya ketika ujian diberikan atau kegagalan kita hadapi?"

Total Motivation

Saya membawa beberapa buku untuk ceramah kali ini (Quranology, Quranic Leadership, Menuju Tangga Kejayaan, Total Motivation dan tidak dilupakan Majalah SINERGI Edisi-5). Saya mengangkat salah satu buku yang saya bawa untuk ceramah kali ini..


"saya sarankan adik-adik dan kita semua cuba baca buku ini, Total Motivation karangan Satria Hadi Lubis..dalam buku ini dia memberikan dua jenis motivasi kepada diri kita..pertama adalah external motivation, ataupun motivasi luaran.."

Saya meletakkan kembali buku tersebut..

"Sebagai contoh adik-adik, bayangkan seorang yang tengah berputik cintanya dengan kekasihnya..Pasti tidurnya lena, makannya kenyang bahkan mandi selalu basah..bagaimana ketika berakhir cintanya?tidur tak lena, makan tak kenyang bahkan mandi tak basah..hehe..inilah contoh motivasi luaran yang ketika ianya hilang, habis motivasi diri kita hilang sekali"

"banyak contoh motivasi luaran yang mungkin membuatkan kita semangat,terkadang kita belajar ketika ada kawan bersama, ketika sendiri, habis tidak kita belajar..ada juga motivasi luaran dia adalah ibu bapa..kawan berlawanan jantina..ada yang kerana wang ringgit, hadiah dan macam-macam lagi..tapi adik-adik.."




Saya memandang audience dari hulu ke hilir, dari puncak ke cerun, kerana audience ada di bahagiaan kiri, kanan, bawah dan atas..muslimin berada di bawah bahagian hadapan dari kiri ke kanan, dan muslimat berada di bahagian bawah belakang dan bahagian tingkat atas belakang..

"ada sumber motivasi lain yang lebih utama, iaitu Internal Motivation..baru dikatakan kita mendapat Total Motivation..Internal Motivation atau motivasi dalaman ini amat penting bahkan jauh lebih penting dari motivasi luaran..ia adalah motivasi diri sendiri atau self motivation yang perlu kita kuatkan tanpa terlalu mengharapkan motivasi luaran semata"



Motivasi Pendakwah?

Saya memandang Cikgu Roslan kembali untuk menjawab pertanyaan sebenar yang menjuru kepada diri saya..

"Cikgu Roslan, begitu juga dengan saya dan kawan-kawan saya yang sanggup datang ke sini, kami ada motivasi dalaman yang mendorong kami datang ke sini, walaupun memang terkadang kakak-kakak dan abang-abang yang datang ke sini dengan penuh semangat, namun terkadang adik-adik yang ada terlalu sedikit, namun itu hanya faktor luaran yang tidak menghalang kami, kerana itu bukan tujuan asal kami.."

Saya mula serius memberikan jawapan sebenar..

"Kami sebenarnya lakukan ini atas dasar amanah kami untuk membimbing adik-adik yang merupakan generasi muda yang bakal menggantikan kami..dan amanah itu tidak lain adalah dari Allah untuk kami bimbing adik-adik di sini..saya berikan 3 contoh nabi yang sanggup berjuang, berdakwah walaupun hasilnya luarannya terlalu jauh dari usahanya namun ada perkara lain yang sebenarnya mereka harapkan.."


"Contoh Nabi Nuh, nabi nuh berdakwah selama berapa lama adik-adik?"


Semua menjawab "950 tahun"




"betul, 950 tahun, siang dan malam, namun hasilnya hanya beberapa sahaja yang menaiki bahteranya..kita lihat dalam al-quran apa sebenarnya motivasi Nabi Nuh..lihat dalam surah ke-26 bermula ayat 105-109..cuba bacakan.."

"Kaum Nuh telah mendustakan para rasul.Ketika saudara mereka (Nuh) berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa? Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.  Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam."[QS asy-Syu'araa, 26:105-109]

"apa yang Nabi Nuh harapkan?Upah dari Allah semata..Kita lihat juga kisah Nabi Lut..Tolong bacakan dalam surah yang sama, ayat 160-164"

"Kaum Luth telah mendustakan rasul-rasul, ketika saudara mereka, Luth, berkata kepada mereka: mengapa kamu tidak bertakwa?" Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semeta alam." [QS asy-Syu'araa, 26:160-164]



"sama juga, hanya mengharapkan upah dari Allah, motivasinya bukan kerana luaran, tapi keyakinan kepada Allah semata..walaupun kita tahu hanya 3 orang yang menerima dakwah baginda, 2 anak wanitanya dan seorang lelaki..namun tidak juga jatuh motivasinya kerana bukan hasil luaran yang dia harapkan"

"Contoh nabi lain yang ingin abang kongsikan adalah Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW..kita tahu cacian, makian dan hinaan yang dia hadapi, bahkan dilempar dengan benda-benda yang tidak sepatutnya..namun baginda masih tidak terputus motivasi kerana apa?..cuba lihat dalam surah ke-34 ayat 47"

Katakanlah: "Upah apa pun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Upahku hanyalah dari Allah, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."[QS Saba', 34:47]



"Perkara yang sama disampaikan walau zaman yang berbeza, iaitu upah dari Allah semata.."


"Jadi cikgu, mohon doa dari cikgu dan semua, agar kami berkorban ini ikhlas termotivasi hanya atas dasar upah,ganjaran atau pahala dari Allah semata..insyaAllah..boleh cikgu?"

Cikgu Roslan tersenyum sambil mengangguk..Saya menghela nafas panjang selepas menjawab soalan ini..

Penambahan Dari Hati Kaunselor

Saya juga amat terkesan dan tersentuh dengan penambahan dari kauselor, Cikgu Izhar yang bagi saya secara jujur ia memang lahir dari hatinya yang suci demi cintanya kepada murid-murid di sini. Penambahan dari beliau yang lebih kurang ayatnya:

"Terima kasih sangat kepada saudara Fakhrullah dan kawan-kawannya yang sanggup datang berkongsi dengan pelajar di sini..saya amat teruja dengan penceramah yang merupakan pelajar engineering tapi tahu banyak ayat al-quran, banyak surah dan banyak ayat-ayat quran..pelajar-pelajar di sini tolong manfaatkan abang-abang dan kakak-kakak yang sanggup datang untuk berkongsi ilmu dengan kita..kita memang kena pastikan akademik perlu dijaga, tapi jangan juga lupa sisi ibadat kita.."[Kaunselor SERATAS, Cikgu Izhar]

Saya amat setuju dengan statement Cikgu Izhar bahawa akademik memang satu benda yang utama, tapi jangan lupa sisi ibadat kita yang jauh lebih utama. Saya yakin antara guru-guru yang berada di sekolah, pasti guru kauselor antara guru yang berat bebanannya kerana berdepan dengan masalah pelajar lalu berhadapan pula dengan ibubapa yang sentiasa inginkan penjelasan. Semoga bertahan mendidik anak agama, negara dan bangsa kita.

Kenangan Berceramah Yang Indah

Ini adalah antara ceramah saya yang memberi kesan kepada saya sendiri atas sokongan dan dokongan dari pihak pendidik yang sangat komited dan bersungguh-sungguh lakukan tugas untuk kepentingan murid-muridnya.

Habis sahaja slot ceramah tersebut, selepas adik-adik datang bersalaman, ada juga yang mengajukan beberapa soalan..antaranya:

"mengenai penawar kepada kawan yang lemah semangat (makhluk halus)" = saya hanya berikan ayat 17:82 (Quran Penawar) dan ayat 43:36 (Jauh dari quran syaitan mendekat).

"bagaimana dengan orang yang bagi alasan hidayah belum turun so tak berubah?" = saya bagi ayat 5:35 (hidayah bukan ditunggu, tapi perlu dicari)

Waktu yang menunjukkan agak lewat malam membuatkan saya bergegas untuk pulang semula ke tronoh, dan terpaksa meninggalkan adik-adik namun insyaAllah di masa lain boleh berjumpa kembali..Alhamdulillah..

Ikhlaslah Wahai Pendakwah

Pendakwah sekalian tidak kira apa wadah kita, apa kenderaan dakwah kita, atau apa cara dakwah kita..Mari bersama kita lakukan kerana Allah semata..Jangan mengharap perkara lain atau ada niat lain yang tidak sepatutnya tersembunyi di dalam hati..Berdakwahlah kerana Allah dan mengajak kepada Allah, bukan kepada lainnya..insyaAllah..

Umat islam mempunyai titik temu yang perlu bersama kita tuju..titik temu yang bakal menjadikan umat bersatu..bukan menuju kepada ketokohan, fikrah atau kumpulan-kumpulan sebagai titik temu, tapi menuju dan berpegang kepada al-Quran dan sunnah sebagai titik temulah yang membuatkan kita bersatu..Ayuh bersihkan saff dakwah kita dengan kemurniaan mengajak kepada dua pegangan yang paling utama, wasiat dari Nabi kita.

Perkara terakhir dalam perkongsian kali ini, mari bersama menguatkan ukhuwah umat islam, dan bukan  melemahkan ukhuwah umat Islam hanya atas dasar perkara yang tidak sepatutnya berlaku bagi kita sebagai saudara seaqidah..Samada membenci yang lain, mengata yang lain atau bahkan menfitnah yang lain kerana ukhuwah mensinergi kekuatan ummah..

8 comments:

Anonymous said...

Hebat..
karya motivasi yang menarik.
Memandangkan ana baru je lepas bca karya shbt akhi sndri..Shoutul Ikhwah tentang muara cinta.Terus ana dapat satu ilham..

Motivasi itu boleh hadir jika kita sendiri yang menghadirkan kerana siapa lagi yang dapat memberikannya kalau bukan diri sendri yg mulakan..

syukran bermakna kali ini.

-Ukhti Liyana-

Nazihah@Jiha said...

ya rabb,terasa 'rendah diri pula dengan akh :)

berpeluang memberi ceramah agama dan didengar pula ramai org,mashaAllah..setiap persoalan akh jawab penuh makna dan yakin,mabruk akh :)

bila dengar lagu kat blog ni,semakin rindu nak bertemu ramadhan :)

mohon doa dari akh,diri diberikan kekuatan tetap pada-Nya :)

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Ukhti Liyana -> alhamdulillah..Allah x mengubah keadaan suatu kaum melainkn kaum tu sndiri mulakan langkah untuk berubah..13:11..

Nazihah -> amin insyaAllah smga kita semua sntiasa diberi kekuatan untuk istiqamah pd-Nya..mmg itu yg paling kita harapkn..kekal smpai akhir hayat..istiqamah dlm berserah diri pd-Nya, dlm surah 3:102 (jgn mati melainkn dlm keadaan berserah diri)..

tingkatkn lg kerinduan dgn pembuktian dlm bentuk persediaan ya..iA untk kita semua..

hadimuslim said...

mashallah akhi...ana sungguh terkesan dengan nukilan ini, entah kenapa setelah habis baca ana terus muhasabah kembali diri ini dan perasaan ana jadi tenang..Allahukbar..

semangat ana ingin menjadi seorg pendakwah bangkit semula wlaupun seketika tadi ana merasa DWON..

begitulah Allah menamburkan nikmatNya kepada hambaNya yg bertaqwah, memanfaat ilmu duniawi dan ukhurawi utk keptingan umat dan agamanya, mengharap redha manusia tidak akan, upah dan ganjaran hanya dari penciptaNya..

semoga berbahagia Akhi...

Fakhrullah Bin Mawardi said...

hadimuslim -> insyaAllah akhi..alhamdulillah Allah menyedarkan kita..teruslah pacu semangat untuk terus berdakwah kerana Allah semata..^.^..

بنت كمال said...

yep..
sangat2 salute dengan sahabiah yg boleh hafaz ayat2 alQuran walaupun bidang yang diceburi sangat jauh untuk disatukan.[padahal, ilmu2 tu semuanya datang dari Allah]

kagum juga dengan sahabiah dari sabah [terutama kat tempat saya ni], semangat yg sentiasa membara utk pimpim adik2..

nway, keep it up akh.

Ahmad Ghoni said...

Alhamdulillah, walaupun dh lama x bertemu dgn ikhwah2 utp..ana yakin usaha & semangat antum sama seperti ikhwah2 yg awal. Semoga usaha kita dlm menuju kegemilangan Islam dgn menegakkan kembali Khilafah Islamiyah sentiasa membara. Kerana syabab(pemuda) yg mencontohi generasi terbaik(para sahabat) adalah generasi berilmu, bersemangat & berani yg terus berdakwah TAK KENAL HENTI.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

بنت كمال --> bidang yg kita ceburi bkn pnghalang untk mempelajari perkara yg jauh lebih penting,Islam. InsyaAllah kita keep it up..

Ahmad Ghoni --> jzkk akhi..insyaAllah kita semua mnjadi generasi berilmu, bersemangat & berani yg terus berdakwah TAK KENAL HENTI..Amin