Friday, May 27, 2011

Kata Nasihat Buatku & Dirimu (Bahagian VIII)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

InsyaAllah di bawah saya sertakan beberapa kata-kata nasihat harian yang saya kongsikan di akaun Facebook..Namun, akan saya abadikan di blog ini untuk memudahkan kepada sesiapa yang tidak memiliki facebook. InsyaAllah 10-15 Kata Nasihat setiap Episod. Semoga ia memudahkan saya khususnya dalam mengingati nasihat-nasihat yang diberikan agar saya paling utama tidak melanggar apa yang saya katakan, juga agar bermanfaat buat kita semua..Amin Ya Mujib..




Nasihat Hari Ini : Sudah tahu mempunyai penyakit, bukan racun patut diminum, tapi ubat sepatutnya dimakan. Sedangkan yang berpenyakit itu pun tidak semestinya sembuh selepas memakan ubat, apatah lagi mereka yang meminum racun. Begitu juga penyakit hati, jangan ditambah dengan racun maksiat, tapi sembuhkan dengan ubat kebaikan.

Nasihat Hari Ini : Tegakkanlah kebenaran walaupun pahit, tegakkan dalam dirimu dan orang lain. Lebih baik jika kita hidup susah di dunia mengamalkan kebenaran berbanding hidup susah di akhirat kerana membelakangi kebenaran. 

Nasihat Hari Ini : Doktor tahu kadar ubat yang paling baik diberikan kepada pesakitnya, apatah lagi Allah yang lebih tahu kadar rezeki yang paling baik kepada kita. Bersyukur dan qana'ah-lah dengan apa yang diberikan kepada kita. Pasti ada hikmah dengan kadar rezeki yang diberikan kepada kita.

Nasihat Hari Ini : Bagaimana orang yang hanya baring di atas katil, tidur disebalik selimut, bersembunyi di dalam bilik kemudian mengharapkan gaji yang terbaik. Begitu juga bagi kita jika inginkan ganjaran syurga perlu mengharap dengan tangisan bukan air liur dan perlu usaha hingga keringat peluh bukan suara dengkur.

Nasihat Hari Ini : Nasihatilah dirimu dan jangan hanya mengharap diriku atau selainku, kerana aku hanya mampu menasihati apa yang tersurat darimu, sedangkan kau mampu menasihati yang tersirat dalam dirimu.

Nasihat Hari Ini : Ketika kematian datang menjemput, apa yang kau harapkan di dunia sudah tidak mampu diraih, namun apa yang kau lupakan di akhirat akan segera menghampiri. Bersedialah dengan yang bakal dihadapi.

Nasihat Hari Ini : Sibukkanlah dirimu dengan hal yang memberi manfaat kepada dunia dan akhirat, bukan menyibukkan diri dalam hal yang memberi mudarat kepada dunia dan akhirat, dan semestinya kesibukan yang lebih utama adalah persiapkan bekalan menuju akhirat.

Nasihat Hari Ini : Hari semalam telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan. Maka jadikanlah hari ini dan hari esok laluan yang hanya penuh dengan bunga kebaikan dan jauh dari duri keburukan.

Nasihat Hari Ini : Jangan sentiasa merasakan masih ada kekurangan dalam nikmat diberi, lalu sentiasa meminta agar diberikan nikmat yang lebih, sedangkan nikmat yang sedia ada seringkali tidak dipeduli.

Nasihat Hari Ini : Ada hati tanpa lisan lebih baik daripada ada lisan tanpa hati. Ada hatinya baik namun kurang mampu menyampaikan melalui lisannya, ada pula lisannya fasih menyampaikan namun hatinya lumpuh tidak mengamalkan. Namun yang lebih baik antara keduanya adalah mempunyai hati dan lisan yang bergerak sealiran. 

Nasihat Hari Ini : Rezeki itu samada untuk kita atau untuk orang lain, jika ia memang untukmu maka ia akan sampai padamu, jika ia untuk orang lain maka terimalah ia bukan untukmu.

Nasihat Hari Ini : Kita perlu penuhkan ilmu di dalam dada, bukan penuhkan asap (rokok) di dalam dada, dipenuhi dengan ilmu mendatangkan manfaat, dipenuhi dengan asap mendatangkan mudarat.


6 comments:

Nazihah@Jiha said...

Alhamdulillah..buka ja blog dapat nasihat terus..hehe^^

Fakhrullah Bin Mawardi said...

alhamdulillah..buka ja blog ada komen..syukur pd Allah berikn nikmat berupa nasihat kpd kita semua..x semua hambanya yg diberikn nikmat sedemikian..

Anonymous said...

Nasihatilah dirimu dan jangan hanya mengharap diriku atau selainku, kerana aku hanya mampu menasihati apa yang tersurat darimu, sedangkan kau mampu menasihati yang tersirat dalam dirimu.

"mengharapkan ssuatu dr ssorg yg tlh mmberi kata putus adlh ssuatu penantian yang memritkan.Terlupa sebentar pd Yang Behak sedangkan Cinta Ilahi diraih seiring cinta manusia.Perjalanan arahku yang tersilap langkah.Pertemuan ini dicipta Allah tetapi pertemuan ini tpaksa diakhirkan kerana cinta manusia melepasi cinta Allah.Gugurnya sang pejuang dalam perjuangan ini kerana masih goyah kerana masih meletak harapan padanya.Kini,pejuang ni teguh berdiri.Berjya merintasi halngan dgn kesabaran yang Allah titipkan.Biarlah langkah pjuang ini,langkh terakhir.Takkan menoleh ke belakang lagi.Jika gugur sekalipun,biar gugur sbg harum bukan bauan busuk yang merosakkan perjuangannnya.Dunia ini adlah fitnah dan fitnah wanita adalah ancaman yang berbhya."

syukran akhi..
moga berakhir dijalan yang direhai Allah.
Truslah bermujahadah..

Ikhlas adalah inti bagi segenap ucapan dan perbuatan, tatkala keikhlasan telah diurai darinya, maka ia akan jadi laksana kulit tanpa intinya..Laksana kuih onde-onde tanpa gula merah sebagai inti, pasti hanya terasa tepungnya.

Allahu yubarik fik.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

amin Ya Qodir atas doa yg diberikan "moga berakhir dijalan yang direhai Allah."

"Truslah bermujahadah.."

insyaAllah untuk kita semua..syukran atas nukilan yang menyedarkan hakikat perjuangan..

Anonymous said...

Mohon izin untuk share smoga bermanfaat utk yg lain...syukran ya akhi...

Fakhrullah Bin Mawardi said...

memang untuk dikongsikan..tafadhol..