Wednesday, February 8, 2012

Warga Emas = Generasi Muda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


Ibnu Ahmad Umair


Kelahiran Mus'ab Bin Umair

Kita pasti mengenali salah seorang sahabat yang dijamin masuk ke dalam syurga, Mus'ab Bin Umair r.a. Namun, kelahiran yang saya maksudkan pada perkongsian kali ini bukan dirujuk kepada sahabat tersebut, tapi buat anak seorang ikhwah & akhawat seperjuangan yang bernama Ahmad Umair & pasangannya Ukht Atifah yang baru menimang cahaya mata dan nama anak yang diberikan adalah Ahmad Mus'ab Bin Ahmad Umair.

Semoga Adik Ahmad Mus'ab Bin Ahmad Umair merupakan Mus'ab Bin Umair r.a. pada zaman ini yang sanggup berkorban demi menguatkan bangunan Islam dan mengembalikan kegemilangan umat Islam. Istimewa buat Akhi Ahmad Umair Bin Zulkefli, semoga dengan nikmat cahaya mata ini disyukuri dengan berbuat lebih gencar dan ikhlas lagi membantu agama Allah Pemberi Rezeki. Barakallahulakuma..

Mengenang Saat Kelahiran

Ketika kita dilahirkan, kita menangis dan orang sekeliling ketawa gembira menyambut kita, namun ingatlah, ketika kita dimatikan, orang sekeliling pula yang akan menangis dan semoga kita ketawa gembira dengan amalan kita. Saban tahun berlalu, sehingga kita semua menjejak remaja, lalu melangkah dewasa, kemudian bertongkat tua, dan akhirnya ke alam seterusnya. Inilah putaran kehidupan kita jika diizinkan melalui kesemua fasa kerana kematian bukan kita tetapkan.


Saya yakin kita pernah melalui dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja kemudian dari zaman dewasa ke usia tua, tapi mengapa kita tidak yakin bahawa kita juga mampu melalui dari usia tua ke alam seterusnya? Sehinggakan kita masih sanggup mempersiakan waktu yang diberikan kepada kita dengan perkara-perkara yang bakal merosakkan bukan hanya di dunia tapi juga di alam seterusnya.

Plot-plot penceritaan kehidupan kita selama ini mungkin dipenuhi dengan kisah-kisah kemusnahan diri dan orang lain, maka mari kita coretkan plot-plot kehidupan dengan kisah-kisah perbaikan diri dan orang lain. Mari kita bersama perbaiki kehidupan kita yang telah lama tertidur mati dengan mimpi dunia. Bangkitlah dari tidur dan kejutkanlah juga keluarga dan umat semuanya agar kita dan mereka sedar hakikat kehidupan dunia yang hanya sementara.


Warga Emas = Generasi Muda

Kesempatan berkongsi di Radio IKIM pada minggu lepas ada saya kongsikan perihal warga emas sebenar bukan warga tua, namun generasi muda yang sebenarnya warga emas yang amat bernilai. Sehinggakan Rasulullah SAW mengingatkan kita agar memanfaatkan masa muda sebelum datangnya waktu tua kita (HR Hakim).

Namun, generasi muda zaman sekarang sudah tidak semahal dan sestabil harga emas yang sebenar. Generasi muda zaman sekarang terlalu murah sehingga terlalu mudah dibeli oleh maksiat, nafsu dan syaitan.  Bangga dengan kerosakan dan maksiat yang mereka lakukan, disokong dan didokong lagi dengan teman-teman seperjuangan yang bergerak seiringan. Walaupun pada pandangan nafsu dan syaitan golongan murah ini terasa mereka nampak indah dan mahal kerana dapat melakukan perkara-perkara yang tidak semua remaja zaman sekarang mampu lakukan.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang indah (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, [QS al-Hijr, 15:39]

Wahai generasi muda yang saya yakin tidak semua mengikut arus perdana ke arah trend remaja yang merosakkan, mari kita kuatkan kembali potensi generasi muda yang dinanti-nanti oleh umat kita setelah majoriti generasi muda telah dibantutkan potensinya, maka kitalah yang diberi izin oleh Allah menyedari hakikat ini untuk kita lakukan sebuah perbaikan pada umat akhir zaman ini. Mulakan dengan menggilap lagi kualiti emas dalam diri, lalu kita gilapkan kembali karat-karat yang melekat pada jongkong emas generasi muda zaman ini.



Semoga kita semua menjadi pemuda & pemudi yang bakal membawa perubahan yang melawan arus yang mengalirkan kerosakan dan kemaksiatan, kita yang bakal membelah arus itu dengan wangian tarbiyyah dan dakwah, yang bakal mengubah arus kepada aliran kebaikan, mari kita mulakan dengan meninggalkan perkara-perkara dosa dan maksiat yang kita lakukan, ingat kembali kepada Allah, lalu teruslah beramal memohon keampunan dan rahmat darinya. Sedarlah, bahawa kita (Generasi Muda) adalah modal harapan yang bakal mengembalikan kegemilangan Islam. Amin Ya 'Aziz.

Pemuda & pemudi adalah asset berharga kebangkitan bangsa. Setiap kebangkitan bangsa, jawapannya adalah pemuda.[Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna]

4 comments:

Anonymous said...

salam.
trkesan dgn entri ni.
Kisah yg disampaikan oleh akhi Umair tntg anak sulungnya jg memberi sentuhan yg mndlm.

btw, anta bila lagi?. :)

Fakhrullah Bin Mawardi said...

wa'alaikumsalam..yup..kisah akhi umair buat anaknya sangat baik..

hurm..ana?bila lagi..mestilah lepas ada zaujah (isteri) baru ada anak..^.^..

umairzulkefli said...

Farul ni pusing2 pulak..
Kene tuka soalan tu..
Anta bila pulak nak nikahnye..huhu~

Jazakumullah Khair atas entri ini.
Doakan ana, zaujah dan mus'ab akan terus berada dalam hidayah dan taufiq daripada Allah SWT.

Ameen...Insya-Allah

Fakhrullah Bin Mawardi said...

owh..akh umair..soalan yang baik..hehe..jawapan dia kita nantikan di blog ini ya..akan diumumkan bila tiba masanya..mohon doakan sahaja ya..^.^..