Friday, February 24, 2012

Kata Nasihat Buatku & Dirimu [Episod Ke-17]


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM


InsyaAllah di bawah saya sertakan beberapa kata-kata nasihat harian yang saya kongsikan di akaun Facebook http://www.facebook.com/SaBaHaNmUsLiM..Namun, akan saya abadikan di blog ini untuk memudahkan kepada sesiapa yang tidak memiliki facebook. InsyaAllah 10-15 Kata Nasihat setiap Episod. Semoga ia memudahkan saya khususnya dalam mengingati nasihat-nasihat yang diberikan agar saya paling utama tidak melanggar apa yang saya katakan, juga agar bermanfaat buat kita semua..Amin Ya Mujib..





Synergy Media Sdn Bhd (SMSB) Designer : Freshie


Nasihat Hari Ini : Mengapa ibu ayah kita sanggup menghadapi karenah usia muda kita, namun kita pula tidak sanggup menghadapi karenah usia tua mereka? Adakah adil perlakuan kita?


Nasihat Hari Ini : Belajarlah bukan hanya dari kejayaan orang lain, tapi belajarlah juga kegagalan orang lain, agar yang baik semestinya dijadikan teladan, yang buruk pastikan kita jadikan sempadan.


Nasihat Hari Ini : Sesiapa yang mungkin disampaikan berita-berita mengenai orang lain, jangan terus dipercayai tapi harus kita selidiki sebagai langkah yang adil.


Nasihat Hari Ini : Agama Islam tidak akan lapuk dek hujan, tidak akan lekang dek panas, akan sesuai sepanjang zaman, kehebatannya tidak terbatas. Mari amalkan Islam dalam kehidupan sekarang mahupun yang akan datang.


Nasihat Hari Ini : Makin luas dakwah disebarkan, Makin kuat ujian keikhlasan. Maka sentiasalah memperbaharui dan menguatkan keikhlasan sepanjang perjuangan.


Nasihat Hari Ini : Jangan hanya dunia kita makin maju, namun akhirat kita makin mundur, jangan hanya dunia kita makin untung, tapi akhirat kita makin merundum.


Nasihat Hari Ini : Jika kita menyedari, mengetahui dan menghayati hakikat kerosakan teruk umat sekarang, nescaya kita tidak akan berehat, bermalasan dan bertunda dalam menyebarkan dakwah kebaikan. Ayuh da'i kita gencarkan lagi perjuangan yang didasari redha Illahi.


Nasihat Hari Ini : Mengapa isu-isu kerosakan akhlak yang jauh lebih utama tidak serius difikirkan untuk diselesaikan, tapi perbezaan pendapat yang terus menerus diperdebatkan dan dipergaduhkan? Ayuh bekerjasama agar masalah umat kita selesaikan.


Nasihat Hari Ini : Terkadang orang lain menghalangi kita untk berjaya, tapi kebanyakannya kita sendiri yang menghalangi diri sendiri untuk berjaya. Fikirkan dan lakukan perbaikan.


Nasihat Hari Ini : Keikhlasan akan membuat kita istiqamah dan terus berjuang walau orang lain sudah berhenti di jalan-Nya, walau orang lain tidak melakukannya, walau orang lain tiada lagi menyuruhnya, kerana dia tahu, dia lakukan segalanya bukan untuk pandangan manusia, tapi pandangan Allah semata. 


Nasihat Hari Ini : Pastikan kita menuju ke destinasi yang dituju oleh peta al-Quran. Bukan menggunakan peta nafsu dan syaitan. 


Nasihat Hari Ini : Nasihat diberikan bukan untuk di'LIKE' beribu-ribu, bukan untuk di'Share' beratus-ratus, bukan untuk di'Comment' berpuluh-puluh, sehinggakan kita merasa kecewa jika tidak tercapai semua itu, ikhlas dan berikanlah sahaja nasihat walau mungkin hanya sedikit yang melihat. Semoga Allah sentiasa menerima amalan kita semua.


p/s : syukran kepada yang sudi berkongsi dan menyebarkan nasihat dari blog ini..jika sudi boleh sertakan link ke blog ini..insyaAllah..

No comments: