Wednesday, February 1, 2012

Remaja & Rasulullah @ Radio IKIM.FM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Ikim.Fm

Assalamu'alaikum wbt, segala puji bagi Allah, selawat serta salam cinta dan rindu buat junjungan mulia baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita selaku umat baginda mencintai dan meneladani sebaik-baik ikutan, Rasulullah SAW.

InsyaAllah, saya mengucapkan syukran jazakumullahu khoiron katsira kepada semua yang sudi mendengar perkongsian saya yang sederhana pada waktu semalam dalam slot remaja di bawah tajuk "Remaja & Rasulullah" atau "R&R".Saya mohon maaf di atas kekurangan dari pihak saya kepada semua sidang pendengar serta mohon maaf sekali lagi kerana tidak sempat menjawab semua soalan yang diajukan.

Majalah SINERGI Edisi Ke-4
(Mengetengahkan Mengenai Rasulullah SAW)

Akhir, syukran juga kepada pihak Radio IKIM.FM yang sudi menjemput lagi saya berkongsi sedikit ilmu kepada golongan remaja. Tidak lupa juga kepada Neo Synergy Training Centre dan Synergy Media Sdn Bhd yang menyokong dan mendokong usaha-usaha mengembalikan kegemilangan umat Islam.

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan mendengarkan perkongsian semalam, insyaAllah di sini saya kongsikan rakaman yang dikongsikan oleh salah seorang pendengar slot semalam. Terima kasih kepada yang sudi merakam dan berkongsi kepada kita semua. Silakan download dan bantu kongsi dan sebarkan.


No comments: