Wednesday, July 27, 2011

Kenangan Ceramah Bersama Adik-Adik SMKANT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM
Sumber Laporan : http://synergymedia.com.my/?p=1212


SMKANT 4


Laporan Program Ceramah


Assalamu'alaikum wbt,


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT program ceramah anjuran Neo Synergy Training Centre & Synergy Media dengan kerjasama SMKA Nibong Tebal berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan sambutan yang hangat dari semua adik-adik pelajar SMKA Nibong Tebal bermula dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.

Program : Ceramah "Al-Quran Sumber Motivasi"
Masa : 8.00PM - 10.00PM (26 July 2011)
Tempat : Dewan al-Ghazali, SMKA Nibong Tebal
Penceramah : En Fakhrullah Bin Mawardi


Perkongsian tips-tips belajar berdasarkan al-Quran membuka minda para pelajar muslimin & muslimat akan sumber rujukan dan motivasi kita  hatta dalam pelajaran sekalipun. Penekanan dalam slot amanah seorang pelajar dan total motivation menaikkan lagi semangat dan motivasi adik-adik di sini. 


Sesi soal jawab yang khusus disediakan selama 30 minit tidak mencukupi untuk menjawab soalan yang terlalu banyak dari adik-adik di sini yang menunjukkan semangat adik-adik untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kami memohon maaf kerana kekurangan masa untuk menjawab semua soalan adik-adik di sini, insyaAllah penceramah sudi menjawab soalan secara pribadi di e-mail beliau.


Akhir kata, ucapan terima kasih yang terlalu tinggi kami ucapkan khusus buat Pengetua SMKA Nibong Tebal, Ustazah Habibah Binti Haji Ramli yang sudi menemani sepanjang ceramah berlangsung serta kesudian menjemput pihak kami untuk berkongsi sedikit ilmu dan kesedaran kepada adik-adik di sini. Tidak lupa juga kepada Ustazah Najlaa selaku pengurus program, Ustaz Muzammil dan Ustazah Rozita. Kami mendoakan kejayaan dan keredhaan sentiasa diberikan kepada semua warga SMKA Nibong Tebal.

Terima Kasih Secara Pribadi

Alhamdulillah..dengan izin Allah memberikan ruang untuk membuat pahala kebajikan di SMKA Nibong Tebal. Saya merasa sangat bersyukur jika diberi peluang sebegini kerana ini adalah peluang untuk saya menyampaikan dan menyedarkan generasi muda yang masih belum pekat disentuh oleh kebejatan kebatilan.  Tanam dan suburkan kesedaran dan kebaikan di awal usia perlu kita bersama perjuangkan untuk kepentingan masa hadapan agama, bangsa dan negara kita.

Secara pribadi saya ingin ucapkan terima kasih dan diiringi doa semoga diredhai Allah kepada pengetua, Ustazah Habibah dan pengurus program Ustazah Najlaa atas program yang dianjurkan. Inilah keikhlasan para pendidik anak bangsa yang akan bertungkus lumus melakukan yang terbaik demi anak-anak didik mereka. Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk mendidik dan membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah.

Tidak lupa juga kepada Neo Synergy Training Centre & Synergy Media yang terus berjuang mengadakan program-program bagi melahirkan umat terbaik. Terima kasih juga kepada crew-crew NSTC yang sudi melancarkan lagi perjalanan program dari awal sehingga akhir. Semoga Allah membalas kebaikan antum/na di dunia dan akhirat.

Adik-Adik Ingin Berubah

Memang saya sediakan 30 minit sesi soal jawab, namun tidak menyangka mendapat sambutan menggalakkan sehingga melebih tempoh soal jawab dan saya mohon maaf kepada semua adik-adik SMKANT kerana terpaksa menghentikan tanpa menjawab lebih lagi soalan-soalan yang diberikan. Ada yang bertanya terus dan ada yang menulis soalan di kertas. Inilah semangat generasi muda yang saya harapkan, berani untuk bertanya demi perbaikan diri dan orang lain. Tahniah kepada kesungguhan dan keberanian adik-adik SMKA NT.

Semua soalan yang diajukan berbentuk ingin meningkatkan diri, ingin mengubah diri bahkan orang lain dan banyak lagi. Teruskan semangat ini wahai adik-adik sekalian. Jangan takut untuk berubah!Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa silam, tiada juga insan berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan.

2 comments:

Maziah Ghuraba said...

mabruk, ya akh!!
seronoknya tengok akhi fakhrullah dpt berkongsi ilmu dgn pljr smka nibong tebal,
mungkin smka Al Irshad, juga bakal menjemput akhi fakhrullah untuk bg semangat kpd generasi baru di sekolah akhi sendiri.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

alhamdulillah..insyaAllah maziah_maqsurah..boleh diusahakan..jika ada yang menjemput insyaAllah saya akan datang..