Sunday, February 6, 2011

Kata Nasihat Buatku & Dirimu (Bahagian I)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

InsyaAllah di bawah saya sertakan beberapa kata-kata nasihat harian yang saya kongsikan di akaun Facebook..Namun, akan saya abadikan di blog ini untuk memudahkan kepada sesiapa yang tidak memiliki facebook. InsyaAllah 10-15 Kata Nasihat setiap Episod. Semoga ia memudahkan saya khususnya dalam mengingati nasihat-nasihat yang diberikan agar saya paling utama tidak melanggar apa yang saya katakan, juga agar bermanfaat buat kita semua..Amin Ya Mujib..


Nasihat Hari Ini : Kita perlu menjadi batu-bata yg menguatkan binaan, bukan batu-bata yg menghancurkan binaan. Maka, jadilah umat yang menguatkan agama, bukan menghancurkan agama.

Nasihat Hari Ini : Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, sama seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah..

Nasihat Hari Ini : Takutlah kepada Allah akan ilmu yang kita ada dan akan ilmu yang kita tiada..berusahalah beramal dgn ilmu tersebut, dan berusahalah mencari ilmu untuk diamalkan..

Nasihat Hari Ini : Cinta bukan sekadar ingatan fikiran, bukan sekadar simpan di hati, bukan sekadar manis bicara, tapi perlukan amal pembuktian diiringi sebuah pengorban disaluti dengan penuh keikhlasan..

Nasihat Hari Ini : Kejayaan Islam tidak selalu disebabkn kita, tapi kejatuhan Islam boleh kata sering disebabkn oleh kita.

Nasihat Hari Ini : Dalil kesyukuran bukan hanya berbunga di hati, wangi di mulut, tapi yang paling utama mekar dengan amal perbuatan..Bersyukurlah dengan hati, lisan dan amal perbuatan..

Nasihat Hari Ini : Tarbiyyah & Dakwah, Ubat Penyakit Umat Kini. Kita perlu mncari ubat, menggunakan ubat & kelak mendapatkn manfaat ubat..bukan fobia dengan ubat, lari dari ubat kerana kelak membinasakan badan sendiri..

Nasihat Hari Ini : Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan yang boleh kita berikan, yang penting kita berusaha sebaik mungkin dengan keupayaan yang ada pada diri kita. Sumbang lah semampu yang boleh, bukan sesikit yang boleh..insyaAllah..

Nasihat Hari Ini : Carilah hiburan yang bukan untuk menghibur hati, tapi carilah yang mampu mendidik hati & menyentuh hati..

Nasihat Hari Ini : Selagi nyawa masih ada, tiada lagi kata cuti bagi kita, kerana cuti sebenar hanya ketika mata tertutup selamanya..Sedarlah, hidup ini terlalu singkat untuk kita bermalas-malasan dalam ibadat..

Nasihat Hari Ini : Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa silam, dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan..Jangan kita merasa cukup mulia bila kita terus beramal, jangan pula merasa kita dah cukup hina bila terus melakukan dosa, bila masih diberi kehidupan, maka itulah peluang yang diberi kepada kita..berusahalah untuk memperbaiki diri dan sekeliling kita..

Nasihat Hari Ini : Mukmin sebenar mungkin akan kalah, tapi tidak akan mengalah..kerana tiada kata putus asa dalam kamus seorang mukmin..

Nasihat Hari Ini : Jangan yakin ingin tangguh taubat di masa tua, kerana usia muda bukan jaminan bakal sampai masa tua..Jangan juga jadikan taubat sebagai alas untuk kita melakukan dosa..Fikirkanlah dosa dan pahala, lalu laksanakan yang berpahala, tinggalkan yang berdosa..Hisab la dirimu sebelum kita dihisab kelak..Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita dan memberikan kekuatan untuk sentiasa meningkatkan iman di dada..Amin Ya Sami'un 'Alim..

Nasihat Hari Ini : Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini, kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai..Jika merasa diri ada kelebihan maka bersyukurlah, jika merasa diri ada kelemahan maka perbaikilah..

Nasihat Hari Ini : Jangan hanya menjadi penumpang kepada gerabak Islam, jadi la penyumbang yang menggerakkan gerabak tersebut..Jangan juga menjadi batu-bata yang merapuh dan meruntuhkan binaan Islam, tapi jadilah batu-bata yang menguatkan lagi binaan Islam..Kita ada potensi masing-masing, manfaatkanlah ia demi kepentingan agama Allah..minima jika tidak ingin menyumbang kebaikan, mohon jangan menyumbang kerosakan dengan perlakuan dosa kita..Bersama membina keindahan Islam..

2 comments:

Anonymous said...

salam.sekadar cadangan. saya fikir baik disertakan sekali tokoh yang mengeluarkan setiap kata-kata ni (if ada)..TQ

Fakhrullah Bin Mawardi said...

sebenarnya nasihat2 di atas hasil gabungan dari pelbagai sumber kemudian digabung dan diolah ayat mnjadi nasihat yg blh menarik hati insyaAllah..jg hasil fikirn sendiri ketika terfikir terus dicatat untk dikongsikn..kebnyakn hasil pembacaan mnjadi sumber inspirasi n ilham untk mengolah ayat..makasih atas masukn,if ada yg bulat2 sy quote sy akn sertakn tokohnya mcm yg sy lakukn dlm penulisan2 saya..^.^..