Sunday, April 10, 2011

Ujian 'Engineering Team Project'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM






Engineering Team Project

Alhamdulillah, akhirnya diberi lagi ruang dan peluang untuk berkongsi lagi sedikit pengalaman dan ilmu untuk memberi peringatan kepada diri dan sekeliling. Setelah kesibukan dan masa yang banyak digunakan menyiapkan projek yang menuntut banyak pengorbanan dalam merealisasikan lakaran hitam putih di kertas kerja kepada bahan realiti yang nyata di hadapan mata. Akhirnya ingin saya kongsikan dan abadikan di blog ini projek yang memakan masa 11 minggu.

Engineering Team Project adalah salah satu subjek yang wajib diambil bagi pelajar Engineering di UTP. Team tersebut adalah hasil gabungan dari pelbagai bidang kejuruteraan seperti Chemical, Mechanical, Electric & Electronic, Civil dan Petroleum. Ahli dalam team tersebut dipilih dan ditetapkan oleh pihak UTP sendiri. Ia bertujuan bagi mensinergikan ilmu dari pelbagai bidang untuk menghasilkan sebuah projek yang dibincang dan ditetapkan oleh ahli kumpulan itu sendiri. Sebanyak 54 kumpulan yang bakal berentap mencipta projek masing-masing dan yang menariknya, sebanyak 30 projek bakal dipilih untuk dimasukkan ke Engineering Design Exhibition bagi merebut Gold Medal.

Tempoh projek ini bermula dari perancangan, perlaksanaan dan akhirnya mempersembahkan atau present di hadapan evaluator yang terdiri dalam kalangan pensyarah UTP. Bagi terus membimbing dan memberi nasihat kepada semua pelajar yang mengambil subjek ini, setiap kumpulan dibekalkan seorang supervisor juga dalam kalangan pensyarah UTP. Alhamdulillah, bagi kumpulan saya, kami mendapat seorang supervisor yang amat hebat yang bagi saya mempunyai ciri-ciri seseorang yang tinggi pengetahuannya, berwawasan jauh, berpengetahuan luas, berfikiran luas, kesungguhan yang tinggi serta banyak lagi takrifan yang boleh diberikan sesuai dengan kapabilitinya. Beliau adalah Prof. Dr. Noorhana Yahya.

Kami amat berterima kasih di atas segala tunjuk ajar dan motivasi yang berterusan diberikan kepada kami dalam menyelesaikan sebuah projek yang amat besar bagi kami. Semoga bertambah lagi umat Islam yang mampu berjaya seperti beliau. Kita semua juga harus bersama-sama mengambil inisiatif dan kesungguhan dalam menjadi yang terbaik dalam segala aspek bagi mengembalikan kegemilangan umat Islam.

Apa Projek Kami?

Seperti dalam setiap pemilihan projek, pasti ada yang dikatakan sesi 'brainstorming' bagi mengeluarkan idea-idea yang bermain di minda ahli kumpulan masing-masing untuk dijadikan sebuah idea yang diusahakan bersama. Memang diakui ahli kumpulan pada pertemuan pertama masih dalam fasa mengenal sesama. Dalam kumpulan saya terdiri dari 6 ahli kumpulan dari pelbagai bidang kejuruteraan. Lebih spesifik ; 4 warga Malaysia, 2 pelajar dari luar negara (Africa dan Thailand). 4 kaum lelaki, 2 kaum wanita. 4 Muslim, 2 Non-Muslim. 4 Muslim semua adalah warga Malaysia, dan baki 2 adalah non-Muslim. Mereka adalah saya sendiri, Hanafi, Muzammil, Fatimah, Elidio(Lelaki Africa) dan Umdao(Wanita Thailand). Ahli kumpulan yang ber'background'kan pelbagai negara, budaya, sikap dan kebiasaan memang amat menguji kesefahaman dan kerjasama antara kami. Namun, inilah juga salah satu yang ingin diterapkan UTP kepada kami dalam memupuk skill bekerja dalam kumpulan.

Hasil perbincangan kami mencapai kata putus untuk mengusahakan sebuah projek yang boleh memanfaatkan ilmu dari setiap bidang dari kami. Saya dan Muzammil adalah wakil dalam bidang kimia. Projek kami adalah berfoundasikan bidang pertanian. Kami cuba menghasilkan baja yang halal lagi bersih yang berdasarkan kajian dan menghasilkan sebuah sistem penanaman yang paling effisien sesuai dengan kondisi hari ini.

Synergy Nano Fertilizer?

Hurm..sinergi lagi..dimana-mana sinergi..(^.^)..dinamakan baja sinergi kerana ia adalah hasil gabungan pelbagai elemen yang menghasilkan sebuah baja yang amat baik. Untuk makluman semua, kita ketahui baja terbahagi kepada dua jenis iaitu baja organik dan baja kimia. Masing-masing ada kebaikan dan keburukannya, maka, kami juga menggunakan konsep KAIZEN dalam budaya orang Jepun iaitu mengambil perkara-perkara yang baik bagi setiap jenis baja, kemudian perkara-perkara yang buruk dibuang, lalu menghasilkan sebuah baja baru yang lebih baik. Itulah KAIZEN.

Mengikut kajian memang baja yang paling baik adalah baja hasil gabungan kedua baja organik dan kimia. Baja organik mampu kita dapatkan pada sisa buangan binatang contohnya yang banyak diguna-pakai oleh petani hari ini kerana kosnya yang jauh lebih murah berbanding baja kimia. Namun, kami dikejutkan ketika ada di beberapa kawasan yang menghasilkan baja dari najis binatang yang haram, walaupun najis itu sendiri sudah perkara yang kotor, ditambah lagi sumber dari binatang yang haram. Maka, kami usahakan mengeluarkan baja yang juga ada sumber organik namun dari bahan yang bersih dan halal. Iaitu kulit udang atau lebih dikenali sebagai chitosan dan satu lagi bahan organik iaitu rumpai laut (Sea-Weed). Kedua jenis organik yang kami gabungkan ini mempunyai sumber nutrien yang amat banyak dan cukup baik bagi daya tahan tumbuh-tumbuhan disamping kosnya yang amat murah. Ia juga merupakan sumber yang boleh didapati semula (Renewable-Source).

Setiap baja akan berusaha untuk memenuhi elemen nutriet yang utama (Major Nutrient) yang diperlukan bagi tumbuhan iaitu NPK's Ratio atau N=Nitrogen, P=Phosphorus dan K=Potassium. Walaupun baja organik kami (Chitosan + SeaWeed) telah mempunyai banyak nutrient yang diperlukan, kami menambah dan menguatkan lagi beberapa nutrient melalui kaedah makmal. Kami menambah Potassium Hydroxide dan Ammonia bagi mendapat lagi elemen Nitrogen dan Potassium. Elemen lain yang paling menarik dalam baja kami adalah penambahan partikel saiz Nano atau Nano Particles. Kami memilih menggunakan ZnO (Zinc Oxide) sebagai Nano Particles kerana ia merupakan nutrient yang amat penting untuk kadar penumbuhan (Growth Rate) yang cepat. Maka, Synergy Nano Fertilzer = Chitosan + Seawed + KOH + NH3 + ZnO(Nano). Pelbagai jenis proses digunapakai dalam menghasilkan baja ini..alhamdulillah..



Pembuatan Synergy Fertilizers tidak berhenti dalam proses makmal kimia. Kami memanfaatkan ahli kumpulan dalam Electric & Electronic Engineering untuk melakukan proses Electro-Magnetic (EM) dan Bubbling (Oxygenation) bagi menambah lagi kekuatan ikatan ionic (Ionic-Bonding) dan menambah lagi tenaga dalam baja kami. Untuk makluman semua, baja makmal kebiasaan memerlukan masa yang amat panjang untuk disimpan dan dimatangkan sebelum ia boleh digunakan, bahkan ada sehingga 2 tahun penyimpanan. Namun, hasil proses EM dan Oxygenation, tempoh tersebut kami berjaya kurangkan kepada hanya 7 hari. Alhamdulillah.

Teori dan kajian perlukan pembuktian, maka kami melakukan ujian kepada tauge untuk melihat tindak balas baja kami. Kami mencabar baja kami dengan membuat perbandingan dan ujian bersama banyak jenis baja yang lain. Alhamdulillah, hasilnya amat memuaskan hati kami kerana baja kami memberikan kesan positif yang paling baik dengan memberikan kadar penumbuhan yang paling cepat dan ketinggian tauge di atas paras sample yang lain.

Vertical Aeroponic Farming?

Pernah anda melihat kaedah penanam di bukit yang ditereskan? atau ditanggakan bukit tersebut bagi dijadikan kawasana penanaman? Pernah anda melihat sistem hydroponic yang menanam tanpa menggunakan tanah? Pernah anda melihat kaedah penanam yang mampu menggunakan semula air siraman? Pernah anda melihat sistem penyiraman dan pembajaan yang tidak memerlukan tenaga manusia? Sistem yang dilengkapi dengan sensor dan timer secara automatik? Pernah anda melihat tempat menanam yang boleh diletakkan di apartment, flat, condominium, rumah lainnya atau pejabat anda? Tempat penanaman yang menegak ke atas yang mampu memuatkan banyak tanaman?



Kesemua persoalan diatas mampu dijawab melalui ciptaan kami. Ciptaan yang mensinergikan pelbagai konsep penanaman dan teknologi bagi memberikan kaedah penanam yang paling baik khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan yang terhad tempat menanam dan bagi mereka yang ingin memakan sayuran yang ditanam sendiri yang pasti lebih terjamin kualitinya.

Sistem kami dilengkapi dengan saluran penyiraman dan pembajaan yang automatik. Putaran air yang mampu diguna semula bagi menjimatkan lagi kos penggunaan air serta menggunakan kuasa tenaga elekrik yang rendah untuk mengoperasikannya. Selain itu, perkara menarik lain adalah ciptaannya yang mampu dibuka dan dipasang semula (seperti lego) dan juga mudah dipindah dimana-mana dengan roda yang dibekalkan.

Projek Kami Terpilih!!!

Alhamdulillah, antara 54 projek yang diperingkat pre-EDX (Engineering Design Exhibition), kami antara 30 projek yang dipilih bagi dipertandingkan di EDX pada 13 April 2011 di Ruangan Chancellor Hall, UTP. Pada 6 April 2011 yang lepas adalah hari kesemua projek ETP dipersembahkan dan dibuktikan fungsinya. Kami juga tidak terlepas dengan memberikan presentation kami dihadapan dua evaluator dari kalangan pensyarah UTP. Bahkan, evaluator kami memang khusus dan pakar dalam konsep projek kami yang banyak menyentuh bahagian Chemical dan Mechanical. Seorang evaluator dari Chemical Department dan seorang lagi dari Mechanical Department. Cemas juga bila present depan orang yang memang dah tahu dan pakar terhadap apa yang kami persembahkan.



Kami tidak dapat menafikan, terdapat banyak lagi projek-projek hebat, inovatif, kreatif dan menarik dari kumpulan-kumpulan yang lain yang membuka mata dan minda akan kehebatannya. Semoga Allah berikan yang terbaik kepada kami dalam memberikan alternatif baja yang bersih lagi halal serta sistem penanaman yang tidak merosakkan alam sekitar. Nasihat buat diriku dan dirimu, tidak kira apa profesi kita, ayuh jadikan keimanan tunjang profesi tersebut, jadilah Doktor yang beriman, Engineer yang beriman, Businessman yang beriman, Lecturer yang beriman, Cikgu yang beriman, Ustaz/Ustazah yang beriman, Pemimpin yang beriman, IbuBapa yang beriman, Pelajar yang beriman, dan sebagainya. InsyaAllah..

7 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah,tahniah n good luck 13/4 ni..^_^Semoga Allah berikan yang terbaik kepada kmpln akh ~~Nasihat akhir tu akan d'pegang~~cikgu yg beriman InsyaAllah..

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Nazihah@Jiha : InsyaAllah..syukran atas doanya..smga nasihat itu mnjadi realiti buat kita semua..amin..

adeq said...

salam,menarik.ana sangat meminati ilmu yang boleh membawa manfaat kedalam kehidupan.boleh jadi usahawan nhe.usahawan kejuruteraan.doakan ana moga dapat menjadi seorang usahawan sains dan teknologi.

selamat maju jaya.

- nampaknya penggunaan kata sinergi dah popular -

Fakhrullah Bin Mawardi said...

adeq : insyaAllah itu yg kita nakkan buat semua umat Islam..jdikn perniagaan konsep utama dlm pekerjaan..9/10 sumber rezeki dari perniagaan, lain2 1/10 dari sumber lain..selamt maju jaya jg buat semua..sinergi..sinergi..sinergi..maksudnya yg amat baik menaikkn namanya sendiri..

Unknown said...

mantap la! tahniah3...huh~ sshnya jadi student 3rd year...kat sini pun lebih kurang je..pon kena buat benda yg sama,,..hmm..2nd year jugak yg seronok~ chemical...chemical... nanti boleh ciplak idea ni. mintak izin dulu.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

GMS : 2nd year lg best ker?yg wat research n project lagi best..2nd year bnyk experiment ja, best la juga..dah chemical mmg x lari dari experiment..if nak ciplak kena improvise ya..blh ja, tp jgn ciplak bulat2, tp improvisekn lagi itu blh..insyaAllah.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

GMS : 2nd year lg best ker?yg wat research n project lagi best..2nd year bnyk experiment ja, best la juga..dah chemical mmg x lari dari experiment..if nak ciplak kena improvise ya..blh ja, tp jgn ciplak bulat2, tp improvisekn lagi itu blh..insyaAllah.