Friday, April 15, 2011

Rezeki @ Engineering Design Exhibition (EDX)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM






Engineering Design Exhibition (EDX)

Alhamdulillah..baru selesai EDX..Seperti yang dikongsikan post lepas, 30 projek Engineering Team Project telah dipilih untuk dipertandingkan dalam EDX dan kami salah satu dari kumpulan tersebut. Program yang berlangsung selama 2 hari bermula jam8 pagi sehingga 5 petang amat memenatkan para peserta kerana konsep pameran di booth masing-masing untuk semua pelawat kerana bukan sedikit pelawat yang datang, dan setiap pelawat inginkan penerangan bagi projek yang dilawati bermula dari pagi sehinggi malam.

Dalam EDX diberikan 4 juru hakim bagi mendengar presentation dan penerangan dari wakil kumpulan selama 10 minit. 10 minit merupakan masa yang terlalu singkat dan berharga untuk hanya mempersembahkan poin-poin yang penting dan menarik perhatian para juru hakim. Pusingan pertama dilakukan pada hari pertama, dan penghakiman pusingan kedua diadakan lagi pada hari ke-2.

Pelbagai Lapisan Pelawat

Alhamdulillah, ramai pelawat menziarahi booth kami kemungkinan besar tertarik dengan kebesaran prototype kami yang saya rasakan paling besar saiznya berbanding projek yang lain. Hiasan pada booth yang bertemakan 'Green World' juga tidak ketinggalan. Booth kami juga disertakan video montaj perjalanan pembuatan projek kami, sample tanaman yang menggunakan baja kami, ram material kepada baja kami, info-info yang dilekatkan di board booth, dan banyak lagi.

Pelawat bukan hanya dalam kalangan pelajar UTP dan pensyarah UTP, terdapat juga pelajar-pelajar dan organisasi luar yang berkunjung memeriahkan EDX. Pada hari pertama terdapat pelajar-pelajar dari MRSM Taiping dan MRSM Gerik turut datang berkunjung dan mendengar penerangan yang saya berikan mengenai projek kami. Ada sekali dikerumun pelajar-pelajar sekolah ni secara beramai-ramai mencecah 20 sekaligus, macam bagi ceramah pula dengan mereka ini. Apapun, terima kasih atas kesudian menziarahi booth kami yang tidak seberapa dan penerangan yang mungkin tidak memuaskan.

Paling kami minat ketika pensyarah dan orang-orang bekerja mendekati booth kami kerana bukan hanya kami memberikan penerangan, namun dapat banyak masukan dari mereka untuk perbaikan projek kami di masa hadapan. Saya akui agak penat ketika terpaksa menjadi presenter projek dari pagi sampai malam sehinggai pada malam tu sakit kaki kerana lama berdiri, tapi ia suatu kepuasan ketika ilmu dan kesedaran berjaya kami sampaikan kepada semua. Selain itu, benda sama yang terpaksa diulang-ulang kepada pelawat yang datang silih berganti.

Rezeki @ EDX

Majlis penutupan dan penyampaian anugerah dilakukan pada hari kedua (hari ini) pada waktu petang. Kami amat terkejut ketika kami mendapat dua anugerah bagi kumpulan kami. Iaitu 'Bronze Medal' untuk projek dan juga 'The Best Presenter'. Alhamdulillah, dua kali naik pentas..



Kami amat terkesima melihat kesemua projek-projek yang dipertandingkan dengan kehebatan projek tersebut yang dibuat oleh pelajar-pelajar. Tahniah buat semua peserta yang projek hampir semua ke arah kebaikan manusia dan alam sekitar. Semoga menjadi sumbangan kepada masyarakat kelak.

Perkongsian Presentation

Di sini saya ingin berkongsi apa yang diterangkan di booth projek kami. Khas buat semua yang tidak berkesempatan menghadiri booth kami dan sebagai perkongsian ilmu yang harapnya bermanfaat buat semua. Walaupun ketika EDX penerangan dalam bahasa english, di sini saya ingin berkongsi dalam bahasa melayu ja ya..

Projek kami yang diberi nama 'Vertical Intelligence Aero-phonic Farming' dibawah pemantauan Prof. Dr Noorhana Binti Yahya terilham selepas United Nation (UN) mengeluarkan satu ramalan dan statistik mengenai perkembangan mendadak populasi manusia dari masa ke semasa bermula dari 1950 sehingga 2050. Populasi manusia terus meningkat namun ruang bagi menampung kehidupan makin menyempit. Lebih merisaukan kami ketika statistik menyatakan Asia adalah kawasan yang paling cepat percambahan populasi manusia. Oleh yang demikian, kami cuba menyelesaikan masalah kekurangan tanah dengan mengoptimumkan penggunaan ruangan tanah khusus bagi manusia dan penanaman dengan membuat sistem penanam secara menegak (vertical).



Selain itu, berikutan dengan penambahan populasi manusia, ia semestinya berkadar terus dengan keperluan makanan bagi mengelakkan kebuluran. Maka, kita harus mengeluarkan satu formula yang mampu mempertingkatkan produksi makanan bagi menampung keperluan makanan di masa hadapan dengan mencipta sejenis baja dan sistem penanaman yang effisien bagi mendapatkan hasil makanan yang maksima.

Namun, perkara lain yang menarik perhatian kami melaksanakan projek ini adalah mengenai pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti pertanian. Baja yang hampir semua mempunyai kandungan Nitrogen amat bahaya jika dilepaskan ke sekeliling. Berdasarkan kajian copenhagen climate summit, baja yang kebanyakan hanya 40% diserap oleh tumbuhan dan baki 60% dilepaskan kepada alam sekitar amat berbahaya. Kehilangan 60% ini memberikan impak negatif terhadapa ekonomi dan alam sekitar. Ekonomi kerana tidak dapat mengoptimumkan penggunaan baja, dan dari segi alam sekitar, yang terlepas ke bahagian tanah akan mencemarkan kandungan tanah tersebut serta air yang berada di dalam tanah (ground water). Nitrogen yang dilepaskan ke udara pula yang menghasilkan N2O dianggap 310GWP berbanding CO2. GWP bermaksud Global Warming Potensial. Potensi N2O lebih bahaya yang pasti menipiskan lapisan ozon lalu mengakibatkan kesan kepada global warming.



Oleh yang demikian, dalam projek kami juga mencipta sistem saliran khusus bagi memaksimakan penggunaan baja dan air kepada tanaman agar bukan hanya 40% baja digunapakai, tapi menghampiri 100% mampu diserap sepenuhnya oleh tanaman kita. Inilah beberapa objektif yang kami usahakan bagi menyelesaikan masalah bukan hanya untuk masa kini, tapi persediaan bagi masa hadapan.

Dari segi Metodologi, pada awal projek, kami membahagikan kepada dua projek utama iaitu pengkajian dan penghasilan baja, dan pembuatan sistem penanam yang efektif. Saya akan terangkan dahulu bahagian pengkajian dan penghasilan baja. Secara mendasar, baja kami hasil gabungan dua jenis sumber organik iaitu kulit udang dan rumpai laut. Kedua-dua sumber ini mempunyai hampir 9 jenis nutrien yang diperlukan pada tumbuhan. Selain itu, kami juga cuba memberikan alternatif baja yang lebih bersih dan halal berbanding menggunakan bahan buangan binatang yang kita risau asal usul dari binatang yang mana.

Perkara baru yang berjaya kami hasilkan adalah pemanfaatkan teknologi nano dengan memasukkan ZnO kedalam baja kami. ZnO merupakan bahan yang pada hari ini banyak digunakan di kosmetik, perubatan dan sebagainya kerana manfaatnya yang banyak serta ia sumber yang mudah didapati. Namun, belum lagi kami sedari ada yang cuba memanfaatkan ZnO kedalam baja. Ini suatu penemuan baru yang kami telah buktikan dengan percubaan terhadap sample-sample tanaman kami yang lebih subur ketika mempunyai elemen ini. Ini membuktikan ZnO juga boleh dimasukkan dalam penghasilan baja.



Masalah yang biasa dihadapi terhadap baja yang dihasilkan dengan kaedah artificial adalah tempoh penyimpanan dan pengoksidaan yang memakan masa yang lama. Sehingga kami juga ada mendapatkan baja artificial yang telah disimpan selama dua tahun baru digunakan. Namun, kami memanfaatkan penggunaan Elektromagnetic Radiation dan Oxygenation bagi meningkatkan tenaga elemen dalam baja sehingga baja kami mampu digunakan hanya selepas tempoh 5 hari. Setiap kajian perlukan pembuktian dalam bentuk fizikal, maka kami mencuba dan membandingkan hasil tanaman yang menggunakan baja kami dan ia memberikan kesan yang positif terhadapa peningkatan kadar penumbuhan tanaman tersebut.


Bagi bahagian rekaan sistem penanam kami, seperti yang telah saya tekankan pada awal penerangan mengenai rekaannya yang menegak bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan daratan. Selain itu, kita dapat lihat dalam sistem saliran kami ada dua saliran yang berbeza bagi aliran air dan baja bagi memaksimakan penggunaan baja kerana masalah yang biasa berlaku ketika pembajaan dilakukan adalah ia dikurangkan atau dihilangkan (wash-away) dengan siraman kita. Kami juga ingin memastikan kandungan nitrogen dalam baja tidak dilepaskan kepada alam sekitar yang mengakibatkan pencemaran. Sistem kami juga menggunakan konsep pengaliran yang berterusan dan kitaran yang berulang (recycle) bagi menjimatkan dan meng'efficient'kan penggunaan air dan baja. Ini bagi mengurangkan juga kos keseluruhan kelak.



Sistem penanaman kami juga dibekali dengan sistem timer dan sensor. Kita boleh menetapkan berapa kali penyiraman dan pembajaan ingin kita lakukan. Sebagai contoh kita ingin penyiraman dua kali sehari, pagi dan petang, kemudian boleh juga terus set-kan ingin berapa lama tempoh penyiraman, seperti hanya 10 minit, semua ini boleh ditetapkan. Begitu juga bagi saliran baja, kerana pembajaan tidak memerlukan terlalu kerap, kita boleh tetapkan ia hanya 2 kali seminggu atau sebagainya. Selain itu, rekaan ini juga mempunyai 'Level Sensor'. Jika kandungan dalam tangki berada di paras selamat, lampu hijau akan bernyala, namun jika berada pada paras tidak mencukupi, maka lampu merah akan menyala menandakan kita perlu mengisi semula kandungan dalam tangki tersebut.

Dari segi ekonomi, kita telah banyak mengurangkan kos operasi (operational cost) seperti kawasan tanaman yang mungkin disewa boleh dikurang namun memberikan hasil tuaian yang banyak, kos upah (labor force) yang juga dikurangkan kerana sistem ini berjalan dengan automatik selepas di-setkan timernya, penjimatan penggunaan air dan pengoptimum penggunaan baja juga memberi kesan penguran kos kita serta banyak lagi kos yang mampu dikurangkan. Bagi segi produksi atau hasil tanaman juga amat memberikan pulangan yang maksima. Pulangan yang maksima dan kos yang rendah, maka semestinya keuntungan bersih amat tinggi berbanding kaedah tanaman lainnya.

Sebagai konklusinya, kami yakin projek ini memberikan kesan yang paling baik kepada kebaikan manusia sejagat dan alam sekitar kerana inovasi rekaan yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah hari ini dan di masa hadapan, rekaan yang memberikan pulangan yang lumayan kepada pengguna, rekaan yang mampu diguna bukan hanya di kawasan perkampungan bahkan dalam bandar atau rumah sekalipun, rekaan yang user-friendly dan environmental-friendly, penggunaan alternatif baja yang bersih dan halal, serta projek yang mampu dikomersialkan kepada pelbagai tumpuan pasaran.

Kejayaan Dunia & Akhirat


Umat Islam memang kita harus berjaya dalam hal keduniaan, tapi perkara yang lebih utama adalah kejayaan di akhirat kita. Doa yang sering kita lantunkan :

"Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" [QS al-Baqarah, 2:201]


Perkongsian terakhir buat nasihat diriku dan dirimu, mari mencegah manusia melakukan kerosakan samada terhadap manusia, alam sekitar atau agama. Manfaatkan dimana sahaja profesi kita untuk melaksanakan perintah Allah. Seperti perintah menjaga manusia melakukan kerosakan kepada alam sekitar di bumi kita. InsyaAllah..

"Maka mengapa tidak ada dari umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada (mengerjakan) kerusakan di muka bumi.."[QS Hud, 11:116]

6 comments:

Anonymous said...

Mabruk akhi.
cemerlang disitu.
biar dunia dan akhirat~~

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Anonymous -> Jzkk akhi..insyaAllah..

Anonymous said...

Alhamdulillah~~
Tahniah =)
hebat bah!

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Nazihah@Jiha -> alhamdulillah..rezeki..

Mohammad Adhwa said...

wah! kagum ana!
tahniah akhi!

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Mohd Adhwa -> syukran akh..insyaAllah..kita semua blh..