Wednesday, April 27, 2011

Destinasi Akhir Kita Bertemu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



Waktu terus berlalu,
dilalui antara kau dan aku,
melepasi jalan panjang nan berliku,

Walau kau melalui jalan berbatu,
aku pula melalui jalan bergunung,
namun masih menuju destinasi yang satu.

Aku melihat kesakitan dirimu,
memijak melalui jalan berbatu,
namun kakimu tetap utuh.

Aku pula dengan laluan gunung,
terkadang aku banyak terjatuh,
namun kan terus mendaki dengan kukuh.

Teruslah bergerak jangan kaku,
dengan ujian dahsyat yang kita lalu,
bekalan iman yang kan terus memacu.

Hanya beberapa simpangan kita bertemu,
namun hati sudah terpaut dan kan terus menyatu.
walaupun jasad makin menjauh.

Itulah jalan dakwah kau dan aku,
ada jalan bergunung ada jalan berbatu,
ada amanah berbeza untuk dituju,

Namun akhirnya kita akan bertemu,
di destinasi akhir yang kita tunggu,
iaitu redha Allah Yang Maha Satu.

7 comments:

MF said...

Jzkk akhi.. nice

Zikir Din said...

farul boleh ganti a samad said..
insyaallah.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Hariz --> waiyyaka ya akhi..syukran..

Zikri --> fuh, jauh sangat akhi..hehe..insyaAllah..

aleep said...

mohon share...:)

Fakhrullah Bin Mawardi said...

silakan aleep..makasih ya sudi share..(^.^)..

Nazihah@Jiha said...

Destinasi Akhir Kita Bertemu-nice!, itu jak nak komen^^,

Fakhrullah Bin Mawardi said...

insyaAllah..smga semua yg mngejar redha Illahi kan bertemu di jannah firdausi..Amin Ya Mujib..