Wednesday, March 23, 2011

Kata Nasihat Buatku & Dirimu (Bahagian V)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

InsyaAllah di bawah saya sertakan beberapa kata-kata nasihat harian yang saya kongsikan di akaun Facebook..Namun, akan saya abadikan di blog ini untuk memudahkan kepada sesiapa yang tidak memiliki facebook. InsyaAllah 10-15 Kata Nasihat setiap Episod. Semoga ia memudahkan saya khususnya dalam mengingati nasihat-nasihat yang diberikan agar saya paling utama tidak melanggar apa yang saya katakan, juga agar bermanfaat buat kita semua..Amin Ya Mujib..



Nasihat Hari Ini : Nilai-nilai ukhuwah terbukti ketika sanggup susah bersama-sama..Kerana kebanyakan ketika senang, ramai ingin bersama-sama merasainya..Namun bila datangnya kesusahan, berapa ramai sanggup menemaninya?Mari bina, pupuk & kuatkan ukhuwah sesama kita..insyaAllah..


Nasihat Hari Ini : Ubat yang diberikan doktor tidak memberikan kesan jika kita tidak memakannya. Begitu juga, ubat-ubat nasihat yang diberikan kepada kita, bukan hanya sekadar untuk dibaca, tapi untuk kita mengamalkannya.


Nasihat Hari Ini : Setiap kita memiliki sesuatu yang dicintai. Namun ketika sampainya kematian, apa yang dicintai akan ditinggalkan. Maka mari jadikan sesuatu yang kita cintai itu adalah amal kebaikan, kerana ia akan tetap menemani kita selepas kematian..


Nasihat Hari Ini : Jangan biarkan emosi mengawal pemikiran, biarkan pemikiran yang mengawal emosi.


Nasihat Hari Ini : Mari muhasabah kembali diri kita, hisab kembali perlakuan kita, sebelum Allah yang menghisab kita kelak. Manfaatkan masa yang diberikan kepada kita seoptimumnya, kerana waktu semalam sudah bukan milik kita lagi, esok hari yang belum tentu kita dapati. waktu sekaranglah yang ada di tangan untuk kita manfaati.


Nasihat Hari Ini : Mengamalkan sunnah Rasulullah lambang pembuktian kita bahawa baginda Qudwah dan Uswah. al-Quran dan Sunnah tali kebenaran sepanjang masa yang mengelak dari jatuh ke lembah kesesatan. Peganglah tali al-Quran dan Sunnah itu dan jangan biarkan ia terlepas dari tangan kita.


Nasihat Hari Ini : Ketika matinya ahli keluargamu kamu tangisi, matinya perniagaanmu kamu tangisi, matinya keduniaanmu kamu tangisi, tapi mengapa matinya agamamu tidak kamu tangisi?


Nasihat Hari Ini : Bangunlah dari tidur panjangmu, basuhlah wajahmu dengan air kesedaran, lalu cermin kembali siapa dirimu, agar kau sedar siapa dirimu, apa tujuanmu dan kemana destinasimu.


Nasihat Hari Ini : Orang yang masuk tarbiyyah itu biasa, yang masuk dan kekal yang luar biasa, semoga tergolong dalam kalangan yang istiqomah di jalan-Nya.


Nasihat Hari Ini : Bukan keikhlasan ditunggu baru beramal, tapi harus beramal dahulu untuk membina keikhlasan.


Nasihat Hari Ini : Terkadang kita mendapat sesuatu yang tidak disukai, tapi belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapati, pasti ada hikmah disebalik anugerah illahi.


Nasihat Hari Ini : Kita diciptakan bukan untuk hidup di dunia, tapi untuk kekal di akhirat, maka fikirkanlah dunia dan akhirat, lalu dahulukan mana yang utama, ingin kekal bahagia di syurga, atau kekal merana di neraka?

12 comments:

Anonymous said...

minta di copy ya

Fakhrullah Bin Mawardi said...

silakan..makasih..

Anonymous said...

nasihat hari esok takda kah..hik2
alhamdulillah,dpt jg mnjd pedoman dlm hidup semua ^-^

Fakhrullah Bin Mawardi said...

nasihat hari esok (akhirat) ada dalam nasihat hari ini tu..insyaAllah..hehe..

Aezza Khuratuain said...

Minta izin di'copy'..

Fakhrullah Bin Mawardi said...

silakan..semoga bermanfaat..jzkk..

Meraih Cinta-Nya said...

Alhamdulillah..sedia brkongsi.Amat brmanfaat bt smua..Nasihat yg ringkas namun padat dgn makna.. Smoga ALLAH mbrkatimu..Akhi :)

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Meraih Cinta-Nya : Amin insyaAllah Ya Allah..semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan Allah SWT..Ilmu Allah itu luas..

zulkarnain said...

Alhamdulillah dpt mencedok manfaat drpd blog ini..

Akhi, teruskn istiqamah dalam menulis..InsyaAllah, moga2 ia akan mnjadi "Dakwah Bil Qalam"

Jazakallahu khairan jazak...

Fakhrullah Bin Mawardi said...

zulkarnain : waiyyaka ya akhi..insyaAllah kita semua usahakn istiqamah dan istimrar dalam pelbagai medan dakwah..

Multi Core Enterprise Malaysia said...

salam.syukran atas kta2 nasihat.mohon izin utk d kongsi bersm rakan2 yg lain.insyaallah.

Fakhrullah Bin Mawardi said...

Multi Core Enterprise Malaysia : afwan, insyaAllah silakan..smga bermanfaat..